Aneka resipi biskut raya berasaskan coklat yang bakal menjadi rebutan kanak-kanak. Selain rasanya yang enak dan manis, gabungan coklat dalam biskut dilihat sangat menyelerakan! Jom cuba. Pasti raya anda nanti jadi lebih meriah.

 

1.  COKLAT BADAM

BAHAN-BAHAN:

  • 250gm coklat susu compound
  • 50gm pes kacang hazel
  • Badam jejari secukupnya |dipanggang

CARA MEMASAK:

  1. Cairkan coklat dengan menggunakan kaedah double boiler.
  2. Masukkan badam yang telah dipanggang ke dalam coklat masakan. Kacau sebati.
  3. Sudukan ke dalam kertas cawan dan biarkan sejuk.

Info Chef: Pastikan hirisan badam dipanggang terlebih dahulu hingga masak dan rangup kemudian barulah di tuangkan ke dalam coklat masakan.

 

2. BISKUT BADAM SALJI  

BAHAN A:

  • 250gm mentega
  • 150gm gula kastor
  • 1 sudu teh esen vanilla
  • 50gm sebuk badam

BAHAN B:

  • 350gm tepung red rose
  • 50gm tepung kastard
  • 50gm tepung susu
  • 40gm tepung jagung
  • Sedikit coklat masakan dan serbuk roti |untuk hiasan

CARA MEMASAK:

  1. Pukul kesemua bahan A hingga berkrim dan gebu.
  2. Masukkan bahan B dan kacau hingga menjadi doh.
  3. Kemudian canai dan bentukkan adunan menjadi bulat.
  4. Bakar pada suhu 150°c selama 30 minit.
  5. Sejukkan biskut dan celupkan ke dalam coklat masakan yang telah di cairkan.
  6. Akhir sekali, golekkan ke dalam serbuk roti dan biarkan sejuk.

 

3. BISKUT NESTUM RANGUP  

BAHAN-BAHAN:

  • 80gm gula perang
  • 125gm mentega
  • 180gm tepung gandum
  • 20gm nestum
  • 50gm chocolate chip
  • 2 sudu makan susu tepung
  • 1 biji telur
  • 1 sudu teh soda bikarbonat
  • Sedikit coklat masakan

CARA MEMASAK:

  1. Pukul mentega dan gula aising hingga kembang.
  2. Kemudian masukkan telur dan kacau sebati.
  3. Masukkan semua jenis tepung, gaul dan uli adunan hingga sebati.
  4. Masukkan doh ke dalam beg piping dan bentukkan menjadi bulat.
  5. Susun di dalam loyang pembakar yang sudah dilapikkan dengan kertas minyak.
  6. Bakar pada suhu 170 C selama 10 minit. Sejukkan.
  7. Apabila sejuk, paipkan dengan coklat masakan di atasnya dan biarkan sejuk.

 

4. BISKUT HATI COKLAT  

BAHAN-BAHAN:

  • 150gm mentega
  • 60gm gula aising
  • 125gm tepung gandum
  • 80gm tepung jagung
  • 2 sudu makan susu tepung
  • 1 biji telur
  • 1 bar coklat masakan
  • 1/4 sudu teh soda bikarbonat
  • 1 sudu teh pewarna kuning
  • Sedikit esen vanilla

CARA MEMASAK:

  1. Satukan mentega bersama gula aising dan pukul hingga kembang.
  2. Masukkan telur bersama esen vanila. Kacau sebati.
  3. Masukkan susu tepung bersama tepung kemudian pukul lagi hingga menjadi adunan.
  4. Canai dan terapkan dengan acuan berbentuk hati. Susun di atas dulang pembakar.
  5. Bakar pada suhu 150 C selama 10 minit.
  6. Cairkan coklat masakan secara ‘double boiler’ dan celupkan separuh biskut ke dalam coklat. Sejukkan.

Info Chef: Pastikan biskut disejukkan terlebih dahulu selepas dibakar kemudian barulah dicelupkan ke dalam coklat masakan.

 

IKLAN

5. COCO CRUNCH BERSALUT COKLAT  

BAHAN-BAHAN:

  • 200gm bijirin coco crunch
  • 150gm bubble rice
  • 1 bar coklat masakan

CARA MEMASAK:

  1. Sangai coco crunch dan ‘bubble rice’ secara berasingan. Biarkan seketika.
  2. Panaskan coklat masakan menggunakan kaedah ‘double boiler’.
  3. Masukkan semua bijiran di dalam coklat yang telah dicairkan dan gaulkan rata.
  4. Sudukan ke dalam cawan kertas dan biarkan sehingga sejuk.

 

6. LIDAH KUCING COKLAT KEJU  

BAHAN-BAHAN:

  • 250gm mentega
  • 170gm gula kastor
  • 100ml putih telur
  • 170gm tepung gandum
  • 50gm tepung jagung
  • 30gm serbuk koko
  • 1/4 sudu makan emplex
  • 1 sudu teh coklat emelco
  • Sedikit keju cheedar |untuk hiasan

CARA MEMASAK:

  1. Ayak tepung, serbuk koko dan juga emplex. Ketepikan.
  2. Pukul mentega dan gula hingga kembang.
  3. Kemudian masukkan putih telur sedikit demi sedikit dan pukul lagi hingga sebati.
  4. Sambil putar hingga sebati, tambahkan coklat emelco dan gaul hingga rata.
  5. Masukkan campuran tepung dan gaul sekali lagi hingga sebati.
  6. Tuangkan adunan ke dalam acuan dan ratakan. Taburkan keju cheddar di atasnya.
  7. Bakar dalam ketuhar ada suhu 150°c selama 10 hingga 15 minit.

Info Chef: Adunan lebih mudah dimasukkan ke dalam beg piping dan kemudian dipaipkan ke dalam acuan lidah kucing.

 

7. PRETZEL COKLAT MINI 

BAHAN-BAHAN:

  • 250gm mentega
  • 120gm gula aising
  • 100ml telur
  • 50ml susu UHT
  • 10 gula kastor |yang telah di gaul dengan vanilla
  • 450gm tepung
  • 10gm serbuk koko
  • Sedikit garam
  • Sedikit serbuk badam |untuk hiasan
  • Sedikit coklat masakan

CARA MEMASAK:

  1. Pukul mentega bersama gula aising dan telur hingga kembang.
  2. Kemudian masukkan susu UHT, gula kastor, tepung dan juga serbuk koko.
  3. Gaulkan hingga adunan menjadi sebati.
  4. Masukkan ke dalam beg piping dan bentukkan menjadi seperti pretzel.
  5. Bakar pada suhu 150 selama 15 minit dan sejukkan.
  6. Celupkan dalam coklat yang telah di cairkan menggunakan kaedah double boiler, kemudian taburkan dengan serbuk badam.

 

IKLAN

8. BISKUT COKLAT CIP  

BAHAN A:

  • 30gm gula castor
  • 120gm gula perang
  • 120gm mentega
  • 125ml minyak jagung
  • 1 biji telur gred B
  • ¼ sudu teh garam
  • ½ sudu teh susu segar
  • ½ sudu teh esen vanila

BAHAN B:

  • 240gm tepung gandum |diayak
  • 3 sudu teh serbuk koko |diayak
  • 3 sudu teh tepung jagung |diayak
  • ½ sudu teh tartar krim |diayak
  • ½ sudu teh soda bikarbonat |diayak
  • 120gm badam
  • 200gm coklat chip

CARA MEMASAK:

  1. Satukan kesemua bahan A dalam mangkuk besar dan kacau hingga sebati.
  2. Masukkan bahan ayak sedikit demi sedikit dan kacau hingga sebati dengan spatula.
  3. Kemudian masukkan badam dan juga coklat chip. Sebatikan.
  4. Sudukan ke dalam loyang yang dilapikkan dengan kertas minyak.
  5. Bakar dalam ketuhar pada suhu 150°c selama 20 minit.

Info Chef: Jika tidak sukakan badam, anda boleh juga menggantikannya dengan walnut atau jenis kekacang lain yang menjadi kesukaan anda.

 

9. BISKUT SYILING COKLAT CIP  

BAHAN-BAHAN:

  • 250gm mentega
  • 170gm gula kastor
  • 100gm putih telur
  • 170gm tepung gandum
  • 50gm tepung jagung
  • 30gm serbuk koko
  • 1/4 sudu teh emplex
  • 1 sudu teh coklat emelco
  • Sedikit coklat chip |untuk hiasan

CARA MEMASAK:

  1. Ayak tepung bersama serbuk koko dan emplex. Ketepikan.
  2. Pukul mentega dan gula hingga berkrim. Masukan putih telur sedikit demi sedikit.
  3. Sambil putar hingga sebati, tambahkan coklat emelco dan gaulkan hingga rata.
  4. Masukkan campuran tepung dan gaulkan sekali lagi hingga sebati.
  5. Masukkan ke dalam beg piping dan paipkan di atas acuan khas. Taburkan coklat cip di atasnya.
  6. Bakar dalam ketuhar pada suhu 150°c selama 10 hingga 15 minit.

 

10.  SAMPERIT COKLAT  

BAHAN-BAHAN:

  • 150gm mentega
  • 80gm gula aising
  • 80gm tepung kastard
  • 125gm tepung gandum
  • 1 biji kuning telur
  • 3 sudu makan serbuk koko
  • Sedikit esen vanilla
  • Sedikit coklat urai |untuk hiasan
  • Sedikit coklat masakan |dicairkan

CARA MEMASAK:

IKLAN
  1. Pukul mentega dan gula aising hingga kembang.
  2. Masukkan kuning telur dan kacau sebati.
  3. Kemudian masukkan kesemua jenis tepung dan uli hingga sebati.
  4. Canai adunan nipis dan potong memanjang.
  5. Bakar pada suhu 150 C selama 10 minit dan sejukkan.
  6. Apabila sejuk, celupkan ke dalam coklat masakan yang dicairkan dan taburkan dengan coklat urai.

 

 

 Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

Cara Buat Popia Cheese Krup Krap Homemade Hanya Guna 3 Bahan

Koleksi Resipi Lauk Berbuka Berasaskan Ayam. Mudah & Sedap

Cara Tekan Doh Semperit Tanpa Sakitkan Tangan & Tak Senget.

Resipi Telur Bungkus Inti Ayam Yang Sedap & Mudah Buat Untuk Berbuka

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official