Ads

Mi Telur Homemade Paling Mudah & Jimat, Guna 3 Bahan Sahaja

Wow…mudah rupanya buat mi telur homemade ni. Hanya guna tiga bahan yang memang ada di dapur. Memang jimat dan sangat simple. Boleh dinikmati dengan sup atau digoreng. Lepas ni tak perlu lagi mi telur kering di kedai. Buat sendiri secara ‘fresh’ di rumah menggunakan resipi perkongsian saudari Zurina Zulkefli. Sangat berbaloi dan terbaik untuk sajian keluarga.

Resipi Mi Telur Homemade Guna 3 Bahan

Mi Telur Homemade Paling Mudah & Jimat, Guna 3 Bahan Sahaja

Bahan Doh

  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 biji telur
  • Secubit garam halus

Cara Membuat Mi Telur Homemade

  1. Satukan semua bahan doh dan uli hingga sebati. Jika doh terlalu keras, boleh tambah sedikit air.

Mi Telur Homemade Paling Mudah & Jimat, Guna 3 Bahan Sahaja

2. Doh yang siap diuli akan menjadi sedikit kasar. Tutup menggunakan kain bersih dan simpan dalam peti sejuk selama 30 minit.

Mi Telur Homemade Paling Mudah & Jimat, Guna 3 Bahan Sahaja

3. Keluarkan doh dari peti sejuk dan uli sekali lagi sehingga teksturnya lebih pejal dan lembut. Simpan semula selama 15 minit.

Mi Telur Homemade Paling Mudah & Jimat, Guna 3 Bahan Sahaja

4. Selepas itu, keluarkan doh dan uli sambil ditabur sedikit tepung gandum supaya tidak melekat.

Mi Telur Homemade Paling Mudah & Jimat, Guna 3 Bahan Sahaja

5. Leperkan doh dan canai sehingga nipis seperti kain untuk mendapatkan tekstur mi telur homemade yang kenyal.

Ads

Mi Telur Homemade Paling Mudah & Jimat, Guna 3 Bahan Sahaja

6. Potong doh secara memanjang mengikut saiz mi yang diingini.

Mi Telur Homemade Paling Mudah & Jimat, Guna 3 Bahan Sahaja

7. Didihkan air dalam periuk dan rebus mi selama 10 minit atau hingga lembut.

Mi Telur Homemade Paling Mudah & Jimat, Guna 3 Bahan Sahaja

Ads

8. Angkat mi dan lalukan di bawah air paip supaya tekstur mi lebih cantik dan tidak melekat.

Mi Telur Homemade Paling Mudah & Jimat, Guna 3 Bahan Sahaja

9. Toskan mi dan sedia dihidangkan bersama sup ayam serta minyak cili.

Mi Telur Homemade Paling Mudah & Jimat, Guna 3 Bahan Sahaja

Sup Ayam Untuk Mi Telur Homemade

Bahan-Bahan

  • Ayam bahagian bertulang secukupnya
  • 2 sudu makan minyak masak
  • 2 biji bawang merah – hiris
  • 3 biji bawang putih – hiris
  • 2 hiris halia
  • Air secukupnya
  • 1 bunjut sup ikan
  • Garam secukup rasa

Cara Memasak Sup Ayam

  1. Panaskan minyak masak dan tumis bawang merah, bawang putih serta halia hingga naik bau.
  2. Masukkan air secukupnya bersama sup bunjut dan biarkan mendidih.
  3. Masukkan ayam bertulang dan reneh selama kira-kira 40 minit supaya kuah menjadi manis dan sedap.
  4. Perasakan dengan garam secukup rasa.
  5. Untuk hidangan mi telur homemade, ambil kuah sup jernih sahaja tanpa bawang.

Mi Telur Homemade Paling Mudah & Jimat, Guna 3 Bahan Sahaja

Resipi Minyak Cili Paling Sedap

Bahan-Bahan

  • Bawang putih cincang
  • Emping cili (chilli flakes)
  • Secubit garam
  • Minyak masak

Cara Membuat Minyak Cili

  1. Panaskan minyak dalam jumlah yang agak banyak dan tumis bawang putih cincang hingga kekuningan.
  2. Masukkan emping cili dan secubit garam.
  3. Masak menggunakan api perlahan sehingga pecah minyak dan aroma cili menjadi lebih wangi.
  4. Angkat dan sedia dihidangkan bersama mi telur homemade.

Kenapa Ramai Suka Buat Mi Telur Homemade?

Mi telur homemade semakin popular kerana lebih menjimatkan dan bebas daripada bahan pengawet. Teksturnya juga lebih kenyal dan segar berbanding mi kering yang dibeli di kedai. Dengan hanya menggunakan tepung gandum, telur dan garam, anda sudah boleh menyediakan mi sendiri di rumah dengan mudah.

Ads

Selain dijadikan mi sup, mi ini juga sesuai digoreng bersama sayur dan lauk pilihan. Rasanya lebih sedap kerana dibuat segar dan boleh diubah mengikut citarasa sendiri. Jika mahu hasil yang lebih banyak, gandakan sahaja sukatan bahan doh.

Anda mungkin berminat dengan

Resipi mudah ini memang sesuai dicuba terutama bagi yang suka memasak sendiri di rumah. Bukan sahaja lebih puas hati, malah boleh dijadikan aktiviti memasak bersama keluarga.

Kredit resipi & foto: Zurina Zulkefli 

 

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:    

 

Mi Kicap Mudah Paling Sedap, Kuah Pekat Berempah Buat Ramai Tambah!

Dapatkan resipi, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi. Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads

Menu Lain

Lobster Pernah Dipandang Rendah: Kini Jadi Hidangan Mewah Paling Diburu

Lobster kini dianggap hidangan mewah, namun ramai tidak tahu makanan laut ini pernah menjadi makanan golongan miskin dan banduan suatu ketika dahulu.