1. Goreng ikan terlebih dahulu. Baki minyak ikan tadi, kita tumiskan bawang merah, bawang putih, halia dan pes cili kering. Seeloknya pes cili tu kita kisar sendiri. 2. Tumiskan bahan kisar tadi sampai pecah minyak. Kalau guna kuali biasa ni kena pandai jaga api. Selalu kacau-kacaukan supaya tak hangit.
3. Biar sampai pecah minyak. Nak tahu macam mana sampai nampak naik buih-buih minyak tu. 4. Bubuhkan sos tomato, sos cili, sos tiram dan kicap manis. Kalau cili giling beli kat kedai tu kadang masam sangat, kadang tengik dah, senang kata susah nak dapat yang sedap.
5. Masukkan air dalam ¼ cawan. Biarkan merenih dan sambal sedikit memekat. 6. Bila sambal nampak dah memekat, bolehlah masukkan ikan goreng kita tadi. Perasan tak, saya tak bubuh pun garam. Sebab sos tiram dan ikan goreng kita tadi kan dah masin.
7. Masukkan bawang merah sebagai hiasan. Nama je hiasan, tapi sambal kalau tak bubuh bawang gini macam tak sedap je kan? 8. Akhir sekali saya bubuh gula. Kacau semua rata. Kalau korang rasa kurang masin tambah sendiri ye. Sambal ni kena seimbang rasa dia.
Rendang sotong yang RASA kongsikan ini wajib anda cuba kerana ia sangat mudah disediakan dan mempunyai rasa yang sedap. Tidak sampai 20 minit hidang anda boleh disajikan, tidak perlukan kerisik atau menunggu lama di dapur. Untuk mencuba, ini resipi yang dikongsikan:-
RENDANG SOTONG
BAHAN-BAHAN:
500gm sotong
6 tangkai cili merah-kisar
3cm kunyit hidup-kisar
2cm halia-kisar
2 batang serai-kisar
4 ulas bawang merah-kisar
3 ulas bawang putih kisar
200 ml santan pekat
1 keping asam keping
Garam, gula dan perasa secukupnya
Minyak untuk menumis
CARA MASAK:
Bersihkan sotong, masukkan kepalanya dalam badan dan kemaskan dengan lidi di atasnya.
Panaskan air dalam periuk dan celur sotong seketika (lebih kurang 2-3 minit). Angkat dan toskan.
Panaskan minyak dalam kuali, tumiskan bahan kisar hingga pecah minyak, masukkan santan, kacau dan biarkan santan merenah hingga pekat.
Masukkan garam, gula dan perasa secukupnya
Akhir sekali masukkan sotong, kacau rata dan biarkan hingga kuah lebih pekat dan timbul minyak baru angkat.
Biasanya kalam makan telur masin bila menikmati nasi kerabu. Sebenarnya telur masin juga sedap dibuat gulai atau pais Rasanya lemak-lemak masin sungguh enak. Kalau ada stok telur masin di rumah bolehlah buat lauk ini.
ASAM PEDAS TELUR MASIN BAHAN-BAHAN:
2 biji telur masin
1 sudu teh halba
4 sudu makan cili kering kisar
5 biji bawang merah | kisar
2 ulas bawang putih |kisar
½ inci halia |kisar
½ inci kunyit hidup |kisar
Sedikit air asam jawa
2 tangkai daun kesum
Minyak untuk menumis
Garam secukup rasa
1 mangkuk air
CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak di dalam kuali. Tumiskan halba dan terus masukkan bahan kisar serta cili kering kisar. Bila cili sudah garing dan pecah minyak, masukkan air dan perahan air asam jawa. Kacau sebati.
2. Bila kuah mendidih, pecahkan telur masin satu persatu. Apabila telur sudah keras, masukkan daun kesum. Kacau perlahan untuk menggelakkan telur hancur. Biar ia mereneh dan perasakan dengan garam secukup rasa.
3. Angkat dan sedia dihidangkan.
Info chef: Kecilkan api semasa pecahkan telur untuk elakkan telur pecah.
PAIS TELUR MASIN BAHAN-BAHAN:
2 biji telur masin
1 biji telur ayam
Sedikit hirisan daun kunyit
Sedikit hirisan daun limau purut
Sedikit hirisan serai
2 sudu makan santan pekat
Daun pisang untuk membungkus secukupnya
CARA MEMASAK:
1. Sediakan daun pisang.
2. Pecahkan telur masin satu persatu ke dalam daun pisang.
3. Kemudian pecahkan dan hancurkan telur ayam dan tuang ke atas telur masin tadi.
4. Taburkan daun kunyit, daun limau purut dan serai yang telah dihiris.
5. Akhir sekali, tuangkan santan pekat. Kesemua bahan jangan dikacau. Bungkus telur tersebut.
6. Kukus kira-kira 5 minit dan selepas itu dibakar sekitar 5 minit lagi.
7. Keluarkan dan sedia dihidangkan.
Dalam bulan Syawal ni menu lemang dan nasi impit memang antara menu yang jadi kegemaran ramai. Memang sedap kalau dimakan bersama rendang, serunding atau kuah kacang. Namun, ramai yang kurang pasti cara-cara untuk hasilkan nasi himpit homemade dalam kuantiti yang sedikit. Perkongsian Puan Khatimah ni boleh anda cuba. Mudah, sedap dan pejal. Nak buat pun mudah je. Hanya guna bekas tupperware. Jom cuba.
CARA MASAK NASI HIMPIT BEKAS TUPPERWARE
BAHAN-BAHAN:
1 pot beras
3 pot air
(Boleh tambah daun pandan supaya wangi)
CARA MEMASAK:
1. Basuh beras dan masukkan air. Masak sehingga nasi masak. ( Jika masak guna periuk nasi elektrik, masak seperti biasa. Jika guna periuk tekanan, set HP 7 minit)
2. Bila nasi sudah masak, masukkan dalam bekas. Hentak-hentak sedikit dan padatkan. Biar nasi sejuk kemudian barulah ditutup penutupnya.
3. Biarkan nasi impit semalaman sebelum dipotong. Kalau nak cepat makan, masukkan ke dalam peti sejuk selama 3-4 jam dah boleh potong.
4. 1 cawan sukatan beras cukup-cukup untuk saiz bekas tupperware empat segi. Boleh juga guna bekas lain ikut kesesuaian.