Bagi penggemar Donat Gula Klasik, resipi perkongsian saudari Mizzmoon Moon ini antara yang wajib anda cuba. Resipi ini sangat mudah, tidak menggunakan banyak bahan dan hasilnya memang lembut, gebu serta sedap. Jika anda mempunyai bread maker, gunakan sahaja untuk menguli doh. Namun jika tiada, uli menggunakan tangan pun boleh. Hasilnya tetap sama gebu dan elok. Jom cuba resipi ni, boleh buat untuk keluarga tersayang atau dijadikan jualan kecil-kecilan.

Resipi Donat Gula Klasik Yang Sedap, Lembut & Gebu

Donat Gula Klasik: Resipi Sedap, Lembut & Gebu Yang Wajib Cuba!

Bahan-Bahan Donat Gula Klasik:

  • 160gm susu penuh krim
  • 1 biji kuning telur gred A
  • 40gm gula kastor
  • 250gm tepung protein tinggi
  • 1 sudu besar yis kering
  • 30gm shortening

Cara Membuat Donat Gula Klasik:

  1. Masukkan semua bahan ke dalam bread maker. Guna fungsi no.9 untuk menguli selama 30 minit atau uli guna tangan jika tiada mesin.
  2. Bila adunan telah sebati dan kenyal, keluarkan dari bread maker dan timbang doh seberat 30 gram sebiji. Bulatkan doh supaya permukaannya licin.
  3. Biarkan doh rehat seketika selama 10 minit, kemudian tekan dan leperkan sedikit. Buat lubang di tengahnya.
  4. Rehatkan doh selama 45 minit hingga 1 jam atau sehingga doh mengembang dua kali ganda.

Donat Gula Klasik: Resipi Sedap, Lembut & Gebu Yang Wajib Cuba!

Donat Gula Klasik: Resipi Sedap, Lembut & Gebu Yang Wajib Cuba!

5. Goreng donat menggunakan api perlahan. Balik-balikkan sekali sahaja setiap permukaan supaya dapat bentuk ring donat yang cantik dan tidak menyerap minyak.

Donat Gula Klasik: Resipi Sedap, Lembut & Gebu Yang Wajib Cuba!

6. Setelah digoreng, angkat dan biarkan sejuk sebentar.

Donat Gula Klasik: Resipi Sedap, Lembut & Gebu Yang Wajib Cuba!

7. Kisar halus sedikit gula kastor, kemudian taburkan atau bedakkan pada donat yang telah sejuk.

Donat Gula Klasik: Resipi Sedap, Lembut & Gebu Yang Wajib Cuba!

8. Donat gula klasik yang gebu, lembut dan manis kini sedia untuk dinikmati.

Donat Gula Klasik: Resipi Sedap, Lembut & Gebu Yang Wajib Cuba! Donat Gula Klasik: Resipi Sedap, Lembut & Gebu Yang Wajib Cuba!

Tip Donat Gula Klasik Gebu & Cantik:

  • Gunakan susu penuh krim sejuk untuk membantu tekstur doh lebih lembut.
  • Pastikan doh direhatkan cukup masa agar hasil akhir gebu dan ringan.
  • Gunakan shortening berkualiti atau campuran sedikit mentega untuk aroma yang lebih wangi.
  • Goreng dengan sabar menggunakan api kecil supaya warna donat sekata dan tidak berminyak.

Donat Gula Klasik: Resipi Sedap, Lembut & Gebu Yang Wajib Cuba!

Ads

Resipi Donat Gula Klasik ini memang sesuai untuk hidangan petang, minum pagi, atau dijadikan jualan kerana ia tahan lama dan kekal gebu walaupun setelah beberapa jam. Bau harum gula kastor pada donat pasti menggamit selera. Selamat mencuba!

Kredit resipi & foto: Mizzmoon Moon

 

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

Resipi Power, Masak Asam Pedas Rebus Stail Orang Utara

Resipi Kerabu Telur Masin Mudah & Sedap. 10 Minit Je Dah Siap.

Ads

Adunan Tepung Pisang Goreng Sedap, Rangup & Tak Serap Minyak

Cara Buat Sira Buah Cermai. Resipi Orang Dulu-Dulu Yang Sedap & Wajib Cuba

5 Resipi Sajian Air Asam Pembuka Selera. Memang Sedap!

Sedap…Begini Cara Buat Coleslaw Sebijik Macam KFC

Cara Mudah Buat Tat Telur Portugis Homemade Yang Sedap

Resipi Sizzling Tauhu Telur. Mudah Betul Cara Masaknya

Cara Masak Shrimp Omelette Sedap Macam Dekat Restoran Thai

Ads

Resipi Mushroom Chicken Pie Mudah, Tanpa Uli. Hanya Guna Pastri Segera

Resipi Kuih Bom Bijan Yang Sedap, Lembut & Tak Liat Walau Dah Sejuk

Resipi Sotong Goreng Pedas & Rahsia Supaya Lembut, Tak Berbau

Jom Cuba! Resipi Kuih Kole Kacang Sedap, Mudah & Kurang Manis

Bancuh Sendiri Kopi Ais Super Kaw. Sangat Sedap, Nikmat Tak Terkata

Resipi Tart Telur Simple & Sedap. Wajib Dicuba

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

Dapatkan resipi, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

 

 

 

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI