Ramadan merupakan bulan yang penuh kemuliaan yang menyemai semangat kesederhanaan. Inilah masanya keluarga berkumpul bersama-sama dan membuat persiapan bagi menyambut kedatangan Syawal.
Baru-baru ini bertempat di IKEA, Cheras Chef Abang Brian dan Dr. Ezani berkongsi resipi mudah untuk Ramadan dengan demo bagaimana membuat overnight oats versi pedas dan manis. Memang mudah dan boleh dipraktikkan di rumah sempena puasa ini.
Sementara menanti waktu berbuka puasa, media yang dijemput turut sama menjayakan langkah demi langkah membuat overnight oats dengan bahan-bahan yang tersedia di meja masing-masing.
IKEA bergandingan dengan Chef Abang Brian dan Dr. Ezani bagi menghasilkan resipi-resipi mudah yang boleh dinikmati rakyat Malaysia bersama dengan rakan dan keluarga mereka dengan menggunakan bahan-bahan utama daripada Kedai Khas Makanan Sweden IKEA.
Abang Brian telah menghasilkan resipi rendang tersendiri yang cukup lazat dengan bebola daging klasik IKEA yang sesuai dinikmati semasa iftar atau sahur, bahkan pada Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelang.
Cubalah Kek Coklat 5 Bahan yang lazat dan mudah oleh Dr. Ezani. Sudah tentu manisan ini akan menjadi kegemaran semua pada jamuan Ramadan atau Hari Raya.
Kita mungkin berasa tertekan apabila dibanjiri pelbagai tugasan yang perlu disiapkan dalam masa yang singkat, tidak kira merancang menu iftar ataupun mempersiapkan rumah untuk musim perayaan ini.
Berikut 3 tip untuk menjadikan perayaan di rumah lebih mudah, lestari dan meriah.
Kemaskan rumah, dan jangan terlupa ruang dapur!
Fikiran kita lebih tenang apabila berada dalam ruang yang kemas dan tersusun. Jika anda gemar memasak atau membuat kuih dan biskut Raya anda sendiri, dapur yang tersusun pastinya akan membantu. Sebagai permulaan, susun peralatan dapur dengan kemas dalam dulang kutleri yang boleh dimuatkan di dalam laci dapur anda. Kemudian, susun pantri dan peti sejuk dengan menggunakan bekas-bekas makanan, dan label setiapnya dengan jelas.
Ads
Penyusun atur kaunter atas dapur AVSTEG RM80 Penyusun boleh laras untuk laci UPPDATERA RM39 Bakul RISATORP RM32
Serikan ruang kediaman anda
Tidak kira untuk berehat sendiri ataupun menerima kunjungan daripada orang tersayang, ambillah kesempatan Ramadan ini untuk menyerikan rumah anda menjelang Hari Raya Aidilfitri. Selepas mengemas ruang kediaman anda, perkara-perkara kecil seperti menukar sarung kusyen dan pinggan mangkuk, atau memasang barang hiasan dapat menyemarakkan suasana perayaan anda. Koleksi seperti edisi terhad GOKVÄLLÅ daripada IKEA akan melengkapkan ruang kediaman anda dan mewujudkan detik-detik bermakna bersama dengan keluarga sempena musim perayaan ini.
Sarung kusyen GOKVÄLLÅ
RM25 Pinggan GOKVÄLLÅ RM19 Sangga penghidang GOKVÄLLÅ RM139 Lantera LED GOKVÄLLÅ RM28/setiap unit
Elakkan pembaziran makanan
Semasa musim perayaan, ada kemungkinannya kita tersilap menilai keupayaan selera makan kita dan menyebabkan lebihan makanan yang akhirnya dibuang. Dengan merancang menu untuk minggu hadapan, anda boleh menganggarkan bahan dan jumlah makanan yang diperlukan dengan lebih baik. Selain itu, sediakanlah senarai bahan yang anda perlukan. Ini dapat membantu mengelakkan daripada harus membuang bahan segar seperti buah-buahan dan sayur-sayuran yang telah rosak sebelum kita sempat menggunakannya.
Ads
Ia boleh disimpan dengan cara yang betul untuk dinikmati pada hari berikutnya. Dalam pada itu, bekas kaca lut sinar dapat membantu anda memantau stok makanan anda. Pastikan ia disusun dengan kemas dalam peti sejuk kerana jika anda dapat melihatnya, anda akan pasti memakannya. Anda boleh menggunakan penutup makanan yang boleh diguna semula untuk mengurangkan pembaziran makanan dan penggunaan pembungkus plastik sekali guna.
Bekas Makanan Berpenutup IKEA 365+ RM40/3 unit Penutup Makanan ÖVERMÄTT, set 3 unit RM17
Jenama BALMUDA telah dinobatkan sebagai pemenang anugerah reka bentuk inovatif di Jepun yang bakal mengubah pengalaman menjamu selera rakyat Malaysia. Jenama ini telah diasaskan di Tokyo pada 2003 oleh Gen Terao. Menggabungkan kemajuan sains dan kejuruteraan, peralatan BALMUDA menawarkan nilai tiada tandingan kepada para pengguna. Sesungguhnya BALMUDA The Toaster dan BALMUDA The Pot memperlihatkan inovasi fungsi yang sebenar.
BALMUDA The Toaster membawakan “teknologi stim” serba canggih dan kawalan suhu persis untuk mengubah roti dan pastri biasa yang telah disimpan semalaman menjadi hidangan yang segar dan sempurna!
BALMUDA The Pot direka untuk membolehkan penuangan jitu dengan muncung leher angsa, penguasaan suhu air dan teknik pengekstrakan untuk menyediakan cawan kopi yang membangkitkan aroma. Saiz kecil dan ringan membolehkan pengguna mengendalikan alat ini dengan stabil supaya mereka boleh mendidihkan jumlah air panas yang secukupnya, sama ada di rumah, majlis sosial, tempat kerja atau di mana-mana sahaja.
BALMUDA The Toaster dan BALMUDA The Pot masing-masing dijual pada harga runcit RM1,799 dan RM799, dan boleh didapati di gedung-gedung peralatan elektrik utama seperti Harvey Norman, TBM, ESH, Best Denki, Volt dan banyak lagi.
Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi www.balmuda.com.my atau www.visionary.com.my, atau ikuti kami di Facebook & Instagram: BALMUDA Malaysia.
Melihat gambar sahaja sudah meruntun jiwa dan menimbulkan rasa bangga. Itulah yang boleh digambarkan mengenai keprihatinan KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan keluarga baginda setiap kali rakyat ditimpa musibah.
Menerusi perkongsian di laman Facebook Istana Negara semalam, KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong berkenan membantu Raja Permaisuri Agong memasak untuk mangsa banjir yang ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Dewan Orang Ramai Seri Damai, Kuantan, Pahang semalam.
Seri Paduka Baginda berangkat tiba ke PPS ini setelah berkenan melawat dan meluangkan masa menyantuni mangsa banjir yang ditempatkan di PPS Wisma Belia dan PPS Sekolah Menengah Kebangsaan Sg. Isap, Kuantan.
Sedari dulu lagi, sudah menjadi kelaziman bagi KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong menyingsing lengan, bersama-sama para petugas untuk menyediakan makanan kepada mangsa banjir di negeri Pahang.
Sentuhan Yang di-Pertuan Agong dan air tangan Raja Permaisuri Agong mencerminkan keperibadian dan keprihatinan tinggi Seri Paduka Baginda terhadap mangsa banjir dan golongan yang memerlukan bantuan.
Menurut perkongsian tersebut lagi, difahamkan seramai 128 orang daripada 49 keluarga telah dipindahkan di pusat pemindahan sementara tersebut setelah kediaman mereka dilanda banjir akibat hujan yang berterusan sejak hari Sabtu lalu.
Seri Paduka Baginda berdua mengajak seluruh rakyat bersama Baginda mendoakan agar bencana banjir yang melanda beberapa negeri pada ketika ini tidak berpanjangan sehingga mengorbankan nyawa dan harta benda.
Min pernah berkunjung ke Kolej Malaysia Food (Authentic) College di Ukay Perdana membuat rakaman foto resipi di sana . Kesemua resipi ini disediakan oleh tenaga pengajar di sini dengan dibantu oleh pelajar-pelajar asnaf yang menuntut di kolej ini.
Datuk Chef Mohd Farid Alwi (tiga dari kiri)
Resipi yang disediakan ‘ternyata sangat kreatif dan inovatif menepati tema yang RASA berikan. Dengan fasiliti dapur yang mampu dimanfaatkan pelajar mengasah skil masakan dan kulinari.
Tetapi bukan bab kemudahan di sini yang menarik perhatian Min tetapi mengenai pelajar-pelajar ‘bertuah’ dapat menimba ilmu masakan disini. Ya, kesemua pelajar di sini cukup gigih kerana mampu belajar walau pun datangnya dari keluarga asnaf yang terdiri daripada golongan fakir dan miskin.
Peluang mereka terbuka luas kerana adanya insan murni bernama Datuk Chef Mohd Farid Alwi.Chef Farid berpegang kepada 3 prinsip kehidupan iaitu bila mati seseorang anak Adam itu hanya 3 perkara ini yang ditinggalkan di muka bumi iaitu amal jariah, anak yang soleh dan ilmu yang berkekalan.
“Saya mahu ilmu yang saya ada di sini dapat disampaikan menjadi berkekalan dan berlanjutan bila berjaya disampaikan kepada orang lain. Saya direzekikan Allah mendapat ilham untuk berkongsi dengan golongan fakir dan miskin.
Niat saya adalah untuk menyampaikan ilmu, dan bukan bermotifkan duit dan keuntungan. Sebenarnya saya telah mula mengajar bakeri dari tahun 2002 lagi, semasa bekerja sebagai tenaga pengajar di sebuah pusat latihan bakeri di Bandar Baru Bangi.
Dari situ saya mendapat inspirasi untuk membuka kolej sendiri iaitu Bakeri Ria, pada 2007 . Kini bertukar nama kepada Kolej MFA pada awal tahun ini kerana saya meluaskan lagi kepada pengajian seni kulinari dan keusahawanan. Masa awal penubuhan kolej belum ada banyak lagi kolej bakeri Bumiputera.
Sebelum ini Lembaga Zakat tidak menekankan kepada kemahiran untuk pelajar asnaf, tetapi hanya pengajian diploma dan akademik, tetapi dengan adanya sijil kemahiran Malaysia lebih ramai lagi pelajar asnaf dapat menyambung pengajian mereka , “cerita Chef yang berasal dari Merlimau, Melaka ini.
Penglibatan Chef Farid dalam masakan bermula semasa dia bermula bekerja di kedai bakeri dan kek semasa berusia 23 tahun. Pemegang Diploma in Pastry ini juga pernah meraih pengalaman bekerja di hotel berprestij di Kuala Lumpur dan pernah mengikuti kursus Pembangunan Sumber Manusia menjadi tenaga pengajar “train the trainer”.
Bukan sekadar kepada pelajar asnaf, Chef Farid juga kerap membuat kerja-kerja kebajikan dan kerap ke kawasan kediaman asnaf dengan membawa tepung dan bahan mentah mengajar keluarga asnaf membuat donat.Kesemua bahan mentah itu datangnya dari wangnya sendiri.
“ Pelajar dan golongan asnaf harus dipecahkan daripada mentaliti ‘hanya menerima’ dan harus dipupuk dengan kesedaran untuk berubah serta tidak sekadar bergantung dengan apa yang cukup. Ini lah ‘brain storming’ saya kepada mereka untuk terus majukan diri .
“Setiap kali saya berjumpa bekas pelajar, perkara pertama yang saya ajukan adalah berapa banyak yang dia mampu bagi kepada kedua ibu bapa mereka. Bukan jumlah gaji yang diterima. Bila mereka dapat membantu keluarga itu saya rasakan itulah kepuasan dalam hidup saya. Yang penting mereka mampu keluar dari kepompong kemiskinan.”, akhiri Chef Farid yang juga Mejar dalam Angkatan Pertahanan Awam Malaysia yang terlibat dalam aktiviti menyelamat mangsa bencana dan tragedi.
Bagi Chef Farid mudah aje, yakinlah ilmu itu untuk dikongsi bukan disimpan untuk sendiri. Lebih -lebih lagi bila dikongsi dengan golongan tidak berkemampuan maka berkat ilmu dan ‘amal jariah’ itu jadi berlipat kali ganda.
Moga kehadiran awal Muharram ini jadi pembakar semangat untuk kita terus berbuat yang baik-baik dan menjadi orang yang baik-baik.
Ni resipi istimewa dari MFA yang mudah dibuat, jom cuma sajian barat ini.
BAKED SALMON WITH AVOCADO SMASH
BAHAN -BAHAN :
1 keping ikan salmon
1/2 sudu makan minyak zaitun
1/2 sudu teh lemon | diambil jusnya
1/2 biji avokado | yang ranum dilenyek hingga halus
Garam secukup rasa
1 sudu makan daun ketumbar | dicincang halus
CARA MEMASAK :
Perasakan ikan bersama minyak zaitun, gram dan daun ketumbar. Perap sebentar.
Panaskan oven dengan suhu 180 darjah celcius dan bakar selama 10-12 minit. Keluarkan dan ketepikan.
Bagi membuat avocado smash, ambil avokado dan lenyek hingga halus, dalam satu bekas dan kemudian masukkan jus lemon dan gaul hingga rata.
Letakkan avocado smash di atas ikan.
Hidangkan bersama kentang yang dibakar.
Saiz hidangan : 1 orang
Waktu memasak : 15 minit
Cara memasak : Bakar di dalam oven
Jenis masakan : Ikan
Keistimewaan : Gandingan ikan salmon lemak manis dan buah avokado cukup lazat
Ketahui kebaikan belimbing buluh yang menakjubkan untuk kesihatan — dari menurunkan tekanan darah hingga membantu detoks hati. Superfood tempatan yang kecil tapi penuh khasiat!