Merujuk FB Kementerian Kesihatan Malaysia, setakat hari ini seramai 790 kes (setakat jam 5 petang) Covid-19 dilaporkan di Malaysia dengan dua kes kematian dicatatkan semalam. Situasi yang membimbangkan ini semestinya sangat serius malah pihak kerajaan telah mengambil langkah pencegahan dengan mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan terhadap seluruh penduduk di negara ini.
Perintah Kawalan Pergerakan berkuat kuasa bermula hari ini hingga 31 Mac dalam usaha kerajaan mencegah penyebaran baharu penyakit Covid-19.
Ads
Namun disebalik usaha kerajaan dan juga barisan petugas kesihatan dalam membendung wabak ini, ada segelintir di kalangan rakyat yang ingkar dan tidak mematuhi langkah pencegahan yang telah ditetapkan. Ada yang masih berkumpul di tempat-tempat awam, pulang ke kampung halaman, menjamu selera di tempat terbuka dan sebagainya.
Sehubungan dengan itu, Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah merayu kepada semua rakyat Malaysia agar mengambil serius Perintah Kawalan Pergerakan ini
“Hari ini adalah hari pertama Perintah Kawalan Pergerakan di negara kita. Dengan kata-kata mudah, sila duduk di rumah dan jarakkan diri daripada orang lain,” katanya dalam hantaran di Facebook.
Beliau menggesa agar masyarakat membantu Kementerian Kesihatan dengan memainkan peranan masing-masing ke arah memutuskan rangkaian jangkitan Covid-19.
“(Ini) kerana setiap individu bertanggungjawab untuk mengambil segala langkah berjaga-jaga demi keselamatan diri dan keluarga,” katanya.
Menegaskan bahawa kegagalan bukan pilihan dalam soal menangani Covid-19, Dr Noor Hisham turut memperkatakan tentang bahaya yang mungkin muncul jika masyarakat mengambil sikap sambil lewa.
“Kita mungkin menghadapi gelombang ketiga virus ini yang seterusnya akan menjadi lebih besar seperti tsunami lebih-lebih lagi jika kita mempunyai sikap tidak kisah,” katanya.
Beliau mengakhiri hantaran itu dengan pesanan berikut kepada orang ramai, “Duduk di rumah dan jangan keluar.”
Ads
Kerajaan mengambil keputusan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan dari 18 hingga 31 Mac ini di seluruh negara untuk mencegah penularan baharu wabak Covid-19 yang dibimbangkan akan menjangkiti lebih ramai orang.
Malaysia mencatat dua kematian pertama akibat Covid-19 semalam.
Penjelasan lanjut bagi orang ramai tentang beberapa isu berkaitan dengan Perintah Kawalan Pergerakan.
Nona Superwoman Award 2022 telah mengiktiraf Mokti’s Ice Cream sebagai Nona Best Halal Ice Cream Award dan Gula Cakery sebagai Nona Best Homegrown F&B Award. NIMS Chocotub juga telah diiktiraf sebagai Nona Best Crispy Chocotub Brand Award.
Penganjuran Nona Superwoman Award 2022 yang penuh meriah ini telah mengangkat martabat 50 individu dari pelbagai bidang menerusi 48 kategori anugerah.
Majlis yang bertemakan ‘The Oscar Glam’ ini telah diadakan pada 11 Januari 2023 di M Resort & Hotel Kuala Lumpur dan telah dirasmikan oleh Yang Teramat Mulia Che Puan Mahkota Kelantan, Che Puan Sofie Louise Johansson Petra.
Nona Superwoman Award 2022 telah dibawakan oleh penaja utama, Usanita Sdn Bhd dan penaja bersama, IDW Design & Build.
Menurut Editor Pengurusan Nona, Kiffy Razak, beliau bersyukur kerana usaha Nona untuk mengetengahkan golongan wanita yang cemerlang dan berprestij tinggi telah berjaya memberi impak besar kepada pemerkasaan dan kemampanan ekonomi Malaysia.
Tambahnya lagi, setiap individu yang diraikan merupakan antara yang terjejas dengan impak pandemik namun masih mampu berkembang maju dan bertahan dengan semangat yang kuat.
Antara penerima anugerah lain ialah Toh Puan Ragad Kurdi Taib menerima anugerah Nona VIP Award, Datuk Seri Siti Nurhaliza menerima anugerah Nona Celebrity Business Award dan Sharifah Nur Fakhirah Syed Muhsin menerima anugerah Nona Best Supplement Product Award.
Turut hadir, Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari dan isteri Menteri Besar Selangor, Datin Seri Masdiana Muhamad serta Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (Kuskop), Datuk Suriani Ahmad.
Tahniah diucapkan kepada para penerima anugerah di Nona Superwoman Award 2022!
Biarpun baru beroperasi, Hotel Tenera menjanjikan fasiliti yang terbaik buat tetamunya. Hotel Tenera yang diurus oleh KPF Hotel Management Sdn Bhd merupakan 100% dimiliki sepenuhnya oleh Koperasi Permodalan Felda Malaysia Berhad.
Turut diberi pengiktirafan sebagai Best Outstanding 4-Star Hotel 2018 oleh Hospitality Asia Platinum Awards (HAPA.)
Untuk tempoh kurang dari setahun beroperasi, hotel ini telah pun menyediakan pelbagai kemudahan asas dan kemudahan tambahan kepada tetamu, pihak pengurusan hotel mengambil peluang kemenangan ini untuk memasarkan hotel dan meningkatkan jualan dengan lebih tinggi.
Kemudahan tambahan juga ditambah dengan variasi yang pelbagai, termasuklah 302 bilik mewah di hotel dan 200 bilik apartmen. Apartmen terbahagi kepada tiga stail yang berbeza. Terdapat juga 3 kolam renang, gimnasium, bilik permainan, bilik mesyuarat, dewan besar kapasiti 1000 orang.
Terdapat tujuh jenis restoran yang mempunyai konsep pelbagai iaitu, restoran mewah, makanan laut restoran terbuka dengan harga berbaloi iaitu Selasih Restoran, dan pelbagai lagi.Menampilkan menu yg menarik dengan harga yg mampu bilik. Hotel Tenera tampil dengan menu yang menepati citaras untuk warga muda mahupun berusia.
Untuk keselesaan tetamu, 600 unit kawasan letak kenderaan disediakan, perkhidmatan buggy, live band setiap hari kecuali Isnin dan pelbagai kemudahan mesra pelanggan yang lain.
Lagi kemudahan yang baru beroperasi ialah, Serai Pool yang menampilkan dua jenis kolam renang iaitu kolam renang terbuka dan kolam renang khas untuk wanita, hijab pool, bilik penyusuan, bilik permainan dan kafe. Serai Pool mula operasi dari jam 7 pagi hingga 7 malam.
“Menampilkan hotel berteraskan muslim friendly, hotel ini mempamerkan kakitangan wanita yang berhijab selain kebersihan adalah identiti utama hotel dalam mengekalkan konsep itu, kata Encik Fadzly Hamzah, Penolong Pengurus Eksekutif Hotel Tenera.
Bukan hanya bilik hotel dan apartmen mewah, hotel ini juga menjanjikan pengalaman berbeza, yang lain daripada hotel lain. Hotel ini memberikan servis mesra pelanggan dari pintu masuk hotel disambut mesra oleh bellman dan penyambut tetamu sehinggalah tetamu hotel daftar keluar dari hotel, layanan mesra dari kakitangan hotel ini merupakan salah satu faktor kemenangan mereka di HAPA.
Terletak di kawasan strategik iaitu lima minit dari laluan keluar ke lebuhraya KLIA dan ibu kota negara, Kuala Lumpur, Hotel Tenera berdekatan dengan kawasan membeli-belah dan kawasan makanan pilihan umum.
Sama ada memasak di rumah atau oleh chef profesional, keju merupakan ramuan versatil yang boleh meningkatkan rasa dan tekstur masakan, menjadikan hidangan kelihatan lebih menyelerakan dan rasa lebih lazat. Bagi warga Malaysia yang sememangnya terkenal dengan kegemaran mereka terhadap makanan yang berkrim dan savuri, keju menjadi antara bahan yang paling kerap digunakan dalam masakan. Keju bukan sahaja meningkatkan rasa, ia juga menambah nilai khasiat disebabkan kandungan protein dan kalsium yang tinggi. Terdapat pelbagai pilihan keju yang anda boleh dapati, setiap satu dengan kualiti yang unik dan rasa keju yang cukup berbeza untuk dinikmati.
Perfect Italiano merupakan salah satu jenama keju yang paling popular dalam kalangan isi rumah di Malaysia. Terdapat pelbagai jenis keju dan ramuan kulinari yang dihasilkan oleh Perfect Italiano dengan menggunakan kaedah membuat keju Itali secara tradisional untuk memberikan sentuhan ala Itali dalam hidangan anda! Dengan Perfect Italiano, mereka yang memasak di rumah boleh menyediakan hidangan yang lebih enak seakan-akan chef profesional.
Perfect Italiano baru-baru ini memperkenalkan tiga produk baharu yang membawa “gusto perfetto” (rasa yang sempurna) dalam masakan anda. Pilihan baharu yang diadun khas untuk makanan kegemaran ini dicipta untuk meningkatkan rasa piza, pasta atau taco kegemaran anda serta hidangan harian Malaysia anda yang lain! Untuk lebih memudahkan pengguna, keju ini disediakan dalam bentuk yang sudah dicarik-carikkan supaya dapat digunakan pada bila-bila masa!
Dengan saiz bungkusan 150g, pek kecil ini sesuai untuk satu hidangan.
Irene Cheah, Pengarah Pemasaran Fonterra Brands Malaysia, berkata bahawa pilihan Perfect Italiano yang sedia ada menerima sambutan positif terutamanya sepanjang dua tahun yang lalu.
“Bagi menyokong matlamat Fonterra untuk membawa produk tenusu yang berkualiti kepada lebih ramai pengguna di Malaysia, kami membuat keputusan untuk menambah tawaran produk dengan pek 150g ini yang direka khas untuk isi rumah yang lebih kecil. Perfect Italiano adalah jenama keju masakan No. 1 di Australia dan ia diperbuat dengan kandungan tenusu asli yang berkualiti tinggi.”
“Dengan menyediakan pek keju Perfect Italiano dalam saiz 150g yang lebih kecil, lebih ramai keluarga dapat menikmati pelbagai jenis keju dengan lebih kerap lagi. Rakyat Malaysia sememangnya suka berkongsi hidangan dan mencuba resipi baharu. Rangkaian keju Perfect Italiano ini sudah semestinya dapat membantu mereka untuk menambah rasa baharu ke dalam masakan mereka. Ini sekali gus dapat mempertingkatkan rasa makanan mereka serta memberikan mereka pengalaman yang baru dalam menikmati makanan,” tambahnya lagi.
Jika anda gemar menikmati piza dengan “keju tarik”, Perfect Italiano Perfect Pizza ialah pilihan yang tepat . Gabungan keju Mozzarella, Cheddar dan Parmesan memberikan lelehan unggul pada setiap kali piza dimasak, untuk keseimbangan sempurna antara rasa keju dan kelenturan (stretchiness) yang tidak berminyak.
Sudah tentu, nama Perfect Pizza menunjukkan bahawa ia sesuai untuk membuat piza di rumah. Tahukah anda ia juga boleh menyerlahkan hidangan Malaysia yang lazat seperti Cheesy Pizza Roti Canai Sarang Burung? Ya, siapa kata piza tidak boleh disesuaikan mengikut cita rasa Malaysia yang tersendiri!
Untuk hidangan yang dibakar bersama keju yang masih menggelegak dari ketuhar, Perfect Italiano Perfect Bakes ialah pilihan terbaik anda. Cheddar berperisa penuh dicampurkan dengan Mozzarella untuk regangan (stretchiness) yang cantik, dan penambahan Parmesan memberikan hidangan yang penuh dengan rasa yang lazat. Sesuai untuk semua makanan yang dibakar, Perfect Bakes membantu anda memperoleh kerak coklat keemasan yang menyelerakan.
Jika anda ingin mencipta sesuatu yang baharu, cubalah Perfect Bakes dan buat sendiri hidangan pai yang lazat dan menyelerakan dengan inti tradisional Malaysia seperti Rendang Ayam. Bakar dengan hirisan kentang dan hidangkan sebagai pai. Keluarga atau tetamu anda akan kagum dengan hidangan unik yang lazat.
Menginginkan sesuatu yang penuh dengan rasa yang menyelerakan? Sediakan makanan Mexico yang enak dengan mudah bersama Perfect Italiano Mexican Style. Gabungan sempurna tiga jenis keju cepat cair – Mozzarella, Red Cheddar dan Colby – meningkatkan rasa masakan ala Mexico dari dapur anda sendiri. Campuran keju ini sesuai untuk hidangan Mexico seperti burrito, taco, nacho dan tortilla. Anda juga boleh mencipta hidangan setempat dengan memasukkan keju ini dalam Cheesy Ikan Bilis dan Tempe Taco Bowl! Itu akan menukarkannya menjadi snek berkeju untuk dinikmati di rumah bersama rakan dan keluarga anda!
Keju Perfect Italiano Perfect Pizza, Perfect Bakes dan Mexican Style (RM12.50, 150g) kini terdapat di pasar raya utama dan pasar raya hiper di seluruh negara. Produk Perfect Italiano yang sedia ada – Parmesan, Mozzarelly, Perfect Pizza (250g) masih laris dijual di pasaran. Dapatkan lebih banyak resipi menyelerakan menampilkan produk-produk Perfect Italiano di Dairylicious Malaysia di Facebook dan @dairyliciousmalaysia di TikTok!
Kay’s Steak & Lobster yang sudah sedekad mengukuhkan kedudukan sebagai restoran 'semi fine dining' yang menyajikan menu stik dan udang kara premium kini melebarkan...