Sotong Masak Kicap Pedas, bau pun dah buat kita tergoda. Ada hari-hari tertentu, kita cuma nak masak sesuatu yang ringkas tetapi tetap buat satu rumah berselera. Tak perlu menu rumit atau bahan mahal, cukup satu lauk yang pedas, manis, berkuah pekat dan penuh aroma.
Walaupun nampak simple, sebenarnya ada beberapa teknik kecil yang membezakan hasil yang biasa-biasa dengan hasil yang betul-betul padu. Resipi ini bukan saja sesuai untuk makan tengah hari atau makan malam, tetapi juga kegemaran ramai yang suka lauk berwarna gelap berkilat dengan rasa pedas yang membangkit selera.
Sotong yang lembut, kuah pekat manis pedas daripada gabungan cili kisar dan kicap, ditambah pula bawang Holland yang wangi, semua elemen ini bersatu menghasilkan hidangan yang memang susah nak berhenti makan.
SOTONG MASAK KICAP PEDAS
Bahan-bahan:
500gm sotong
2 sudu besar cili kisar
2 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar kicap pekat
1 biji bawang holland | dihiris
5-7 biji cili padi | hiasan
Bahan Kisar:
3 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia
5 biji cili padi | campur merah hijau
Cara Memasak:
Kisar bawang merah, bawang putih, halia dan cili padi.
Di dalam kuali, masukkan sotong dan masak hingga air sotong keluar. Jangan lama sangat, nanti sotong keras.
Menggunakan kuali yang sama, masukkan minyak masak dan tumiskan bahan kisar tadi hingga naik bau.
Masukkan cili kisar dan gaul sebati. Tumis hingga cili masak.
Masukkan sos cili, sos tiram serta kicap pekat dan gaul sebati.
Masukkan sotong, bawang holland dan cili padi. Gaul rata.
Ramai yang suka sotong, tapi ramai juga yang frust bila sotong jadi liat. Kuncinya mudah: sotong tak boleh dimasak lama. Sotong hanya ada dua pilihan masa, masak kurang dari 2 minit atau masak lebih 20 minit. Jika berada di tengah-tengah tempoh itu, sotong akan menjadi keras.
Untuk masakan kicap pedas yang memasak sotong menggunakan tumisan, pilihan terbaik ialah masak yang cepat. Dalam resipi ini, sotong dimasak sekejap sahaja pada awalnya, sekadar untuk keluarkan air sotong. Kemudian, sotong diketepikan dan hanya dimasukkan semula di bahagian akhir bersama sos dan bawang Holland.
Teknik ini memastikan sotong kekal lembut, tidak mengecut berlebihan dan rasa manis semulajadinya masih terjaga. Jika anda mahu elakkan sotong melepaskan terlalu banyak air, boleh taburkan sedikit garam pada sotong, gaul dan bilas cepat untuk mengurangkan bau hanyir serta menjaga tekstur.
Ads
Menumis Hingga Pecah Minyak: Kunci Kuah Pekat Berperisa
Walaupun hidangan ini menggunakan sedikit bahan sahaja, kekuatan rasanya datang daripada teknik menumis. Bahan kisar seperti bawang merah, bawang putih, halia dan cili padi memberikan asas aroma yang wangi dan pedas. Apabila ditumis hingga naik bau, ia menghasilkan kuah yang lebih berperisa dan tidak hanyir.
Bahagian paling penting ialah apabila cili kisar dimasukkan. Pastikan cili ditumis hingga pecah minyak atau sekurang-kurangnya masak sepenuhnya. Jika bahagian ini tergesa-gesa, rasa masakan akan sedikit “mentah” dan kurang seimbang. Lagi lama cili kisar ditumis (tanpa hangus), lagi sedap kuah kicap pedas anda nanti.
Gabungan tiga sos iaitu sos cili, sos tiram dan kicap pekat memberi keseimbangan rasa yang lengkap. Sos cili menambah rasa pedas manis, sos tiram menambah umami serta sedikit kemasinan, manakala kicap pekat memberikan warna gelap cantik dan kuah yang lebih pekat.
Bawang Holland & Cili Padi: Finishing Yang Wangi
Ads
Bawang Holland lebih manis dan rangup berbanding bawang biasa. Apabila dimasukkan di akhir masakan, ia tidak terlalu lembik dan masih memberi tekstur segar serta aroma yang sedap. Cili padi yang ditambah sebagai hiasan pula memberikan ‘kick’ pedas tambahan, sesuai untuk penggemar lauk pedas.
Siap Dalam 10 Minit, Tetapi Rasa Macam Hidangan Premium
Keistimewaan Sotong Masak Kicap Pedas bukan sekadar pada rasa, tetapi pada kecepatan penyediaannya. Dengan bahan yang ringkas dan teknik memasak yang mudah, hidangan ini boleh siap dalam 10 minit sahaja. Ini menjadikannya pilihan ideal untuk mereka yang sibuk bekerja, atau ibu-ibu yang mahu masak cepat tetapi tetap hidangkan lauk yang nampak ‘mahal’ di meja makan.
Hidangan ini sangat sesuai digandingkan dengan nasi putih panas, telur dadar, sambal belacan atau sayur tumis ringkas. Ia juga sedap dijadikan lauk tambahan dalam menu harian keluarga. Bila hidangan ini terhidang, bau dan warna kuahnya sahaja sudah cukup untuk membuat ramai tambah nasi.
Ads
TONTON VIDEO PENUH DI SINI:
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Setiap minggu Aunty Aini dan Adam Didam berkongsi tiga resipi sedap, mudah dan senang dicuba oleh para penonton. Malah ianya dihasilkan mengikut cita rasa serta selera masyarakat Malaysia yang berbilang kaum. Pada episod ke 11 ini, kedua-dua pengacara ini sekali lagi berkongsi tiga hidangan terbaik yang boleh anda hasilkan buat keluarga tercinta.
Resipi Uncang Udang Bersama Sos Manis, Pasta Angelhair Sotong Bersama Herba dan Roti Epal Crumble adalah yang menjadi pilihan. Oleh itu jika anda tidak sempat nak tonton atau salin resipi-resipi tersebut dalam Rasa: Ketuhar Kuali episod ke 11, tidak mengapa…RASA kongsikan kembali resipi penuh kesemua hidangan yang Adam Didam dan Aunty Aini kongsikan ni. Nanti bolehlah cuba ya.
<<Klikdisiniuntuk resipi penuh RASA: Ketuhar Kuali Ep 10>>
1. UNCANG UDANG BERSAMA SOS MANIS
BAHAN-BAHAN:
Udang Cincang
Daging Ayam Cincang
1 Sudu Besar Serbuk Lada Hitam
5 Ulas Bawang Putih
3-5 Batang Akar Ketumbar
1 Sudu Besar Sos Soya Cair
1 Sudu Besar Sos Ikan
Kulit Popiah
Daun Bawang
1 Cawan Sos Manis Thai
3 Ulas Bawang Putih
1 Biji Cili Merah (Dicincang)
1 Sudu Besar Daun Ketumbar (Diracik)
CARA MEMASAK:
Campurkan isi udang dan isi ayam yang telah dikisar.
Masukkan sos ikan, kicap cair dan serbuk lada hitam, kemudian gaul rata.
Tumbuk akar ketumbar sehingga halus dan campurkan kedalam bahan mentah.
Isikan bahan mentah keatas kulit popiah dibahagian tengah.
Ikat uncang dengan menggunakan daun bawang yang telah dicelur.
Goreng uncang didalam minyak penuh yang telah panas sehingga kuning keemasan.
Untuk sos, campur sos manis Thai dengan bawang putih, cili dan daun ketumbar yang telah dicincang kesemuanya.
Siap untuk dihidang.
2. PASTA ANGELHAIR SOTONG BERSAMA HERBA
BAHAN-BAHAN:
1 Pek Pasta Angelhair
300g Sotong
1 Biji Bawang Besar
4 Ulas Bawang Putih
½ Pek Daun Basil
½ Pek Daun Oregano
Mentega
Minyak Zaitun
Garam
Serbuk Lada Hitam
Cheese Parmesan
Chilli Flakes
CARA MEMASAK:
Rebus pasta selama 8minit sehingga el dente.
Tumis minyak bersama mentega, masukkan bawang besar, bawang putih, dan chilli flakes.
Masukkan sotong dan perasakan dengan garam dan serbuk lada hitam.
Masukkan pasta yang telah direbus.
Potong daun basil dan masukkan ke dalam kuali bersama daun oregano.
Taburkan keju diatas hidangan setelah siap masak.
Siap untuk dihidang.
3. ROTI EPAL CRUMBLE
BAHAN-BAHAN:
50g Mentega
150g Tepung Serbaguna
40g Gula Perang
15g Mentega
Epal (dipotong dadu)
50g Gula Perang
½ Sudu Kecil Serbuk Kayu Manis
25g Cashew Nuts
25g Kranberi Kering
Roti
200g Mentega Cair
CARA MEMASAK:
Mesinkan tepung, gula perang dan mentega hingga berderai.
Masak epal dengan mentega dan gula perang sehingga lembut.
Apabila lembut, masukkan serbuk kayu manis, kranberi kering dan cashew nuts.
Potong roti menjadi bersaiz dadu kecil.
Gaul roti dengan mentega cair.
Dalam bekas pembakar, lapiskan lapisan pertama dengan roti.
Lapiskan lapisan kedua dengan epal yang siap dimasak.
Lapiskan lapisan ketiga dengan tepung berderai yang telah disiapkan.
Bakar pada suhu 180’C selama 15minit.
Siap untuk dihidang.
LINK RESIPI PENUH SETIAP EPISOD RASA: KETUHAR KUALI
Wow… Nampak sedap Siput Sedut Masak Kicap ni. Bias akita makan Siput Sedut Masak Lemak Cili Padi je kan? Saudari Wie Wien’s kongsikan resipi yang selalu dimasak oleh ayahnya sewaktu kecil. Katanya, masa sedut tu memang nikmat. Terasa manis isi siput. Jom cuba! Anda pun pasti sukakan rasanya.
CARA MASAK SIPUT SEDUT MASAK KICAP YANG SANGAT SEDAP
BAHAN-BAHAN:
1/2kg siput sedut (potong hujung & bersihkan)
2-3 biji bawang merah – tumbuk
1-2 biji bawang putih – tumbuk
1 inci halia – tumbuk
1 keping kulit kayu manis – beli online disini
1-2 kuntum bunga cengkih – beli online disini
1 kuntum bunga lawang (letak sedikit sahaja sebab tak nak over flavour)
Kicap manis secukupnya – beli online disini
Garam, aji, seckup rasa, gula secukup rasa
Air secukupnya
Minyak masak secukupnya
CARA MEMASAK:
1. Tumis bahan tumbuk hingga wangi dan masukkan rempah 3 sekawan. Masak seketika.
2. Renjis sedikit kicap terlebih dahulu.
3. Masukkan siput yang telah dibersihkan. Kemudian gaul.
4. Masukkan kicap lagi dan masukkan air hingga paras siput.
5. Bila sudah mendidih, masukkan semua bahan perasa.
6. Bila air kat kuali makin susut, tandanya siput sudah masak.
7. Siput Sedut Masak Kicap sedia untuk dinikmati.
Kredit resipi & foto: Wie Wien’s
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Cuba Kerabu Maggi Thai yang sedap dan menggiurkan dengan resipi mudah ini. Tekstur mi yang sempurna bersama gabungan rasa pedas, masam dan manis pasti memikat selera.