
Biasa makan cencaluk, letak cili padi dan perah asam limau. Nak lagi power kita buat cencaluk goreng ikut resipi ni Sesuai sangat nak simpan stok untuk bulan puasa nanti.Makan ni memang payah nak berhenti, pembuka selera. Kepedasannya juga ikut cita rasa masing-masing.Boleh dijadikan pes nasi goreng atau sayur juga, memang sedap. Rugi kalau tak cuba. Menurut Norislinah Mahfar resipi ini adalah dari sahabat mak dari Filipina.
CENCALUK GORENG
Bahan-bahan:
Cili padi (cili bergantung pada kepedasan yang kita suka)-dihiris
Lada hidup merah/hijau -dihiris
1 labu bawang putih-dihiris
3-4 biji bawang besar-dihiris
3 sudu besar cuka makan
2 botol cencaluk
2-3 sudu besar gula
Cara membuat:
1.Tumis kesemua bahan yang dihiris hingga layu.
2.Dah layu masukkan cencaluk yang ditapis airnya.Masukkan cuka makan.Kacau selalu supaya tak hanggit, api sederhana.
3.Cencaluk yang siap ditapis buang airnya.
4.Hampir kering masukkan 2-3 sudu makan gula sesuaikan rasa.Kacau hingga kering.Tak perlu letak garam sebab dah masin semulajadi.
5.Siap. Dah sejuk simpan dalam bekas kedap udara.Boleh tahan sebulan dekat luar.
Kredit utk Hazelyn Navarro & Norislinah Mahfar
Manis & Crunchy, Mudah Je Nak Buat Nutella Bites Ala Cinnamon Roll
Resipi Pau Goreng Lembut Gebu. Adun Guna Mixer Sekejap Je Dah Kembang
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Cara Buat Pes Kari, Rendang & Sambal Tumis. Jimat Masa Memasak

Ibu-ibu berkerjaya atau yang tak cukup masa nak dok lama-lama memasak di dapur, bolehlah siapkan awal awal stok pes untuk memasak lauk pauk kegemaran famili nanti.
Ni dia min kongsikan resipi cara nak buat pes kari, pes rendang dan pes sambal tumis dari Suhaidah Ahmad . Resipi asal daripada Asrimah Bakri.
Kalau tetamu datang secara mengejut, ni pes ini sangat berguna. Buat stok lebih sikit boleh simpan dalam freezer. Nak masak nanti boleh defrost dan terus tumis. Boleh pelbagai gunakan dengan bahan utama seperti ayam dan daging atau pun ikan.
1. PES KARI
BAHAN-BAHAN:
- 5 biji bawang besar *
- 10 biji bawang kecil*
- 6 ulas bawang putih*
- 5 inci halia*
- 6 sudu besar Rempah kari daging Faezah (Pek kuning)*
- 5 sekawan rempah
- 1 sudu halba
CARA MEMASAK :
1. Blender semua bahan kecuali rempah 5 sekawan.
2. Tumiskan rempah 5 sekawan terlebih dahulu. Kalau yang suka light,tak payah gunakan rempah ini ya. Kemudian dah naik bau,bolehlah masukkan bahan blender tadi. Tumis hingga pecah minyak.
3. Masukkan rempah kari yang dibancuh dengan sedikit air dan tumis lagi 2 minit. Akhir sekali, perasakan dengan garam gula dan perasa.
4. Siap. Bekukan.
5. Bila nak makan, ambil pes dan masukkan dalam kuali. Masukkan air, asam jawa dan tambahkan ayam / daging / ikan segar bersama sayur pilihan. Boleh juga dibuat makan dengan mi kari. Bubuh ayam yang dipotong kecil.
2.PES RENDANG
BAHAN-BAHAN :
- 5 biji bawang besar
- 10 biji bawang kecil
- 6 ulas bawang putih
- 3 inci halia
- 2 inci lengkuas
- 2 inci kunyit hidup(optional)
- 6 batang serai
- 2 genggam cili kering( rebus dulu )
- 2 kotak santan kecil
- Daun kunyit dan daun limau purut | hiris halus.
CARA MEMASAK :
1. Blend dan tumis semua bahan di atas sampai pecah minyak dan naik bau.
2. Masukkan santan, garam, gula, perasa, daun limau purut, dan daun kunyit.
3. Dah siap, macam biasa boleh bekukan dalam freezer.
4. Bila nak makan, ambil pes dan masukkan dalam kuali dengan air secawan. Masukkan ayam, masak sampai kering atau hingga ayam empuk.
3. PES SAMBAL TUMIS
BAHAN-BAHAN :
- 2 biji besar besar
- 2 biji bawang besar (hiris bulat)
- 5 ulas bawang putih
- 4 genggam cili kering (potong, rebus, basuh, kisar)
- Asam jawa
- Garam, gula, perasa
CARA MEMASAK :
1. Tumis semua serentak sampai pecah minyak dan naik bau.
2. Masukkan asam jawa, garam, gula, perasa dan hirisan bawang. (seimbangkan rasa)
3. Apabila siap, biarkan sejuk. Boleh bekukan.
4. Bila nak makan nanti boleh defrost dan goreng ikan bilis untuk masukkan ke dalam sambal tumis itu. Boleh juga digunakan untuk memasak mi goreng, bihun goreng dan sebagainya.
Resepi asal :Puan Asrimah Bakri
Dicuba oleh: Suhaidah Ahmad
JIKA ANDA SEDANG MENCARI PERKAKAS DAN PERALATAN DAPUR DAN RUMAH YANG TERBAIK, BOLEH MELIHAT PELBAGAI PILIHAN MENARIK DI SINI.
ANDA MUNGKIN JUGA MEMINATI RESIPI INI :
DAN JUGA RESIPI INI :
6 Sambal Sesuai Ganti Rendang, Sedap Dimakan bersama Lemang & Ketupat.
SERTA RESIPI RESIPI INI :
Set Beriani Istimewa Ayah.. Gulai & Kurma Daging, Lengkapkan Sajian Raya.
Sos Perapan Ayam, Kambing, Daging & Sate. Resipi Jimat Pelbagai Hidangan
Nak Beli Sos Ikan Tapi Ragu-Ragu Dengan Status Halalnya? Kini Anda Boleh Hasilkannya Secara Homemade.

Sos ikan atau nampla pula adalah sejenis penambah perisa makanan seperti di dalam menu nasi goreng, mi goreng dan tomyam. Diperbuat daripada ikan yang dijerukkan dengan garam dan diambil jusnya sahaja. Lebih besar ikan yang digunakan lebih mahal harga sos ikannya.

Bahan penambah rasa ini boleh dikatakan sebagai bahan masakan yang tidak asing lagi bagi masyarakat yang tinggal di Asia Tenggara dan kawasan pantai Asia Timur serta digunakan secara meluas dalam masakan Kemboja, Filipina, Thailand, Laos and Vietnam.
Cecair berwarna kuning gelap yang diekstrak daripada pemeraman ikan dengan garam laut ini biasanya digunakan sebagai penambah perasa di dalam pelbagai jenis masakan. Selain ditambah kepada hidangan semasa proses memasak, sos ikan juga digunakan dalam penyediaan kuah celupan yang sesuai dinikmati bersama hidangan ayam, daging dan juga makanan laut.
Rasanya agak masin dan ada masanya resipi yang menggunakan sos ikan di dalamnya tidak memerlukan garam. Sos ikan atau sos sotong mempunyai haruman yang lebih kurang sama tetapi rasanya agak berbeza. Sos sotong lebih ‘berlemak’ manakala sos ikan agak masin. Campuran sos ikan di dalam resipi kerabu juga boleh membangkitkan rasanya. Walaupun begitu, pengambilannya tidaklah digalakkan kerana rasanya yang masin.
Nak belajar cara buat sos ikan sendiri? Ini resipinya. Dengan menghasilkan sendiri secara homemade, anda mampu mengawal jumlah garam yang digunakan. Malah kebersihan serta status halalnya lebih terjamin dan menyakinkan.

RESIPI SOS IKAN NAMPLA
BAHAN-BAHAN:
- 600gm ikan tenggiri
- 5 ulas bawang putih | dicincang kasar
- 1 biji limau nipis | diambil jusnya
- 5 helai daun salam
- 2 sudu kecil lada hitam
- 2 cawan air masak
- 1 sudu besar garam kasar
CARA MEMBUAT:
- Potong kecil ikan tenggiri. Ketepikan,.
- Kemudian dalam satu bekas kedap udara, campurkan air masak bersama garam. Larutkan.
- Masukkan semua bahan ke dalam bekas dan tutup rapat. Biarkan selama 2-3 minggu.
- Selepas tempoh mengawet, tapis air dan simpan di dalam botol. Simpan di dalam peti ais untuk tahan lama.
INFO YANG ANDA PERLU TAHU:
- Sos ikan ini boleh bertahan selama 4-6 bulan sahaja. Ini kerana ia dibuat secara homemade tanpa ada penambahan bahan pengawet.
- Biarkan ada sedikit ruang pada bekas kedap udara anda ketika memerap ikan kerana jumlah air akan bertambah semasa proses mengawet. Ia bagi mengelakkan sos ikan yang anda hasilkan keluar dari bekas.
Di Thailand, penggunaan sos ikan boleh dikatakan digunakan di dalam setiap jenis hidangannya seperti tomyam, sup, hidangan kacau goreng dan juga kerabu. Ia memberikan rasa enak yang luar biasa dan mempunyai rasa berbeza dengan sajian yang sama tetapi hanya menggunakan bahan perasa yang biasa.
Berikut RASA kongsikan beberapa resipi kerabu yang menggunakan sos ikan sebagai bahan perasanya. Selamat mencuba!
1. KERABU SOTONG BERSUHUN
BAHAN-BAHAN:
- 500gm sotong | dibersihkan
- 6 biji limau kasturi
- 1 sudu teh kicap cair
- 1 sudu teh sos ikan
- 1 sudu teh gula
- 1 tangkai daun ketumbar | dicincang kasar
- 5 biji cili api |hiris
- 2 kuntum bunga kantan | dihiris nipis
- 150gm suhun | dicelur
- 200ml air
- 1 batang serai | dititik
- Sedikit garam
CARA MEMASAK:
- Sotong yang siap dibersihkan, dibuang kulit dan dipotong bunga.
- Panaskan air dan celurkan sotong bersama serai, halia serta sedikit garam. Angkat dan toskan airnya.
- Masukkan kesemua bahan ke dalam mangkuk bersesuaian. Gaul rata.
- Perasakan denagn menambah gula, sos ikan dan kicap cair dengan secukupnya. Gaul hingga sebati.
- Sedia untuk dinikmati.
2. KERABU PERUT
BAHAN-BAHAN:
- 1 kg perut lembu | dibersihkan
- Kacang panjang secukupnya | dihiris halus
- 3 ulas bawang merah | hiris halus
- 10 biji cili padi | dihiris halus
- 3 biji limau nipis | ambil jusnya
- 1 biji tomato | hiris
- 2 batang serai |hiris halus
- 5cm halia | hiris tipis
- Daun kesum | dihiris halus
- 1 sudu teh sos ikan
CARA MEMASAK:
- Rebus perut lembu bersama garam dan halia sehingga empuk. Toskan airnya dan hiris nipis.
- Masukkan perut ke dalam bekas dan masukkan bahan-bahan yang dihiris. Gaul rata.
- Kemudian masukkan jus limau nipis dan gaulkan hingga semua bahan sekata.
- Masukkan sos ikan dengan secukup rasa dan gaul lagi sekali biarkan sekata .
- Sedia untuk dihidang.
Sambal Bilis Belimbing Buluh, Rasa Masam Penambah Selera

Sambal bilis belimbing buluh ini cukup serasi dan jadi pembuka selera bila makan nasi. Ada rasa masam, pedas dan masinnya. Memang mantap.
Nak buatnya pun bukan susah. Tambahan pula, resipinya pun cukup mudah. Cubalah ye. Ikut je resipi yang dikongsikan oleh puan Nanie Rosnani ini ye.
Selain sambal, belimbing buluh boleh dimasakkan di dalam pelbagai masakan lain seperti masak lemak cili padi, masak sardin dan macam-macam lagi. Ia memberikan rasa masam yang membuatkan hidangan itu lagi sedap.
Sambal Bilis Belimbing Buluh
Bahan-bahan:
Ikan bilis – boleh beli online di sini
Cili merah
Cili padi (terpulang pada tahap kepedasan nak dikehendaki) – boleh beli online di sini
Bawang merah – boleh beli online di sini
Belacan (pilihan) – boleh beli online di sini
Belimbing buluh – hiris bulat2, klau suka masam boleh lebihkn..
Petai – hiris-hiris je (kalau ada)
Minyak masak
Cara Membuat:
Tumbuk ikan bilis, cili, bawang merah dan belacan (optional). Boleh tumbuk kasar qtau lumat. Ikut selera masing-masing ye.
Panaskan minyak. Tumis bahan tumbuk, masukkan belimbing yang dah dihiris tadi. Kalau nak masukkan petai, masa ni boleh lah masukkan sekali.
Masak sehingga belimbing lembut dan sambal elok pecah minyak, siap!
SERTAI TELEGRAM GENG RASA SHARE RESIPI
Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:
Sambal Udang Kering Pedas Homemade. Sedap, Mudah & Pelbagai Guna
Resipi Sambal Tempe Basah, Sangat Sedap & Cara Masak Pun Mudah
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @RASA dan Youtube Majalah RASA Official