Bila dah PKP ni , masa terluang pun ada . Jadi boleh kita buat biskut raya sementara nak menanti berbuka. Jom kita buat Biskut Casablanca Delight dan Suji Kristal.Biskut ni gerenti ramai yang suka. Boleh cuba buat nanti.
Casablanca Delight Cookies Bahan A: 130gm mentega 20gm shortening 70gm gula kastor
Bahan B: 30gm nestum diramas 30gm oat – panggang dan kisar 30gm serbuk badam 20gm bijan hitam
Cara memasak: 1.Sebatikan bahan A 2.Kemudian masukkan bahan B ke dalam bahan A. Kacau/ uli 3.Kemudian masukkan bahan C dan uli hingga menjadi doh 4.Terap dengan acuan, sapukan kuning telur dan hiaskan dengan ceri merah dan hijau 5.Bakar pada suhu 170 darjah celcius selama 20 minit (ikut oven masing-masing)
Ads
Biskut Suji Kristal Bahan-bahan: 2 cwn tepung gandum disangai 3/4 cawan gula halus 1 tin kecil minyak sapi / sis guna minyak sapi sayuran Sedikit serbuk almond /tak letak pun tak apa
Cara memasak: 1.Gaul gula dan tepung hingga sebati dan masukkan minyak sapi sikit-sikit hingga jadi doh. 2.Bahagikan kepada tiga bahagian dan letak pewarna yang disukai. 3.Gentel kecil-kecil 4. Bakar pada suhu 150 selama 20 minit. Dah sejuk salut dengan gula. Kredit:Yatiyati
Haaa kat peti sejuk tu ada ayam dan daging. Malas nak ulang resipi yang sama, jom kita try lauk Ayam Masak Cendawan Shiitake dan Kuzi Daging. Bunyi tajuk resipinya sahaja dah cukup padu kan.
Shitake memberikan ‘flavour’ cendawan yang sedap lagi menyihatkan. Bercerita pasal kuzi daging ni pulak,menurut Zulfaza Loves Cooking ZLCdalam FB nya lauk ini ada macam-macam versi. Versi Pantai Timur ada, Johor pun ada. Menariknya ada yang suka letak kerisik dan ada juga resipi menggunakan yogurt. Apa pun versinya janji sedap dan memuaskan hati.
AYAM MASAK CENDAWAN SHIITAKE @ ZLC
.
BAHAN-BAHAN :
CARA MEMASAK ; 1. Panaskan minyak. Tumis bawang putih, halia dan cili kering sehingga naik bau. Masukkan sos tiram dan ayam. Masukkan air (ikut citarasa nak kuah banyak ke sikit) supaya ayam lebih cepat masak. 2. Tunggu hingga ayam empuk dan kuahnya mendidih.Masukkan cendawan, kicap pekat, kicap cair dan bawang yang dipotong bulat. Kemudian, masukkan lada putih dan minyak bijan. 3. Gaul hidangan agar sekata. Sedia untuk dihidang. * Ayam masak cendawan ni empunya resipi tak letak garam sebab dah pakai sos tiram dan kicap.
KUZI DAGING
.
BAHAN-BAHAN :
Bahan Tumis
CARA MEMASAK : 1. Panaskan minyak dan tumiskan semua bahan tumis hingga naik baunya.
2. Masukkan rempah kari dan rempah briyani. Tumis hingga pecah minyak. Kemudian masukkan tomato puri dan juga susu cair.
3. Masukkan daging dan masak sehingga empuk. Masukkan garam dan gula secukup rasa.
4. Bila sudah masak dan daging empuk, masukkan daun pudina, daun ketumbar, cili merah, cili hijau tan taburkan gajus goreng dan kismis.
Bagi penggemar sajian Steam Tofu @ Tofu Lembut, resipi perkongsian saudara Wan LuQman ni pastinya anda perlu cuba. Sangat mudah, ringkas dan sedap. Pastinya kena dengan selera. Persis rasa seakan sajian dari restoran nasi ayam ternama atau restoran Chinese muslim. Lepas ni bolehlah cuba masak sendiri. Pasti puas hati.
2. Mula-mula keluarkan tofu dari bekas. Letak dalam pinggan bersesuaian dan kukus dalam 10-15 minit. Cendawan shitake tu pilihan sahaja. Boleh abaikan jika tiada.
3. Sambil tunggu tofu dikukus, goreng sekaligus halia, bawang putih dan udang kering sehingga garing.
4. Bila sudah garing, angkat. Bau memang wangi dan menyelerakan.
5. Untuk buat kuah, ambik dalam 2 sudu minyak lebihan goreng tadi, masukkan kicap cair dengan secukupnya dan sedikit sos tiram.
6. Masukkan air 50ml lebih kurang dan masukkan sedikit gula. Didih sehingga larut dan rasa yang mengikuti selera anda. Kalau terlalu masin, tambah air. Kalau kurang masin, tambahlah kicap cair atau sos tiram. Bila sudah tutup api, titiskan sedikit minyak bijan.
7. Tofu yang sudah dikukus perlu dibuang air kukusannya.
8. Kemudian tuang kuah yang telah dimasak tadi atas tofu.
9. Seterusnya tuang semua bahan yang digoreng garing tadi (halia, udang kering, bawang putih). 10. Tabur daun bawang dan bawang goreng untuk lebih meriah.Kalau nak pedas, hiris cili padi merah.Siap untuk dinikmati.
Tercari-cari resipi Ayam Bakar Black Pepper yang sedap dan mudah untuk dimasak? Resipi perkongsian saudari Dani J Thangni antara yang boleh dicuba. Sangat mudah resipinya dan tidak renyah. Paling penting, rasanya juga enak. Memang berselera makan. Jom cuba! Anda dan keluarga pasti sukakannya.
MASAK SENDIRI AYAM BAKAR BLACK PEPPER SEDAP
BAHAN A:
BAHAN B (KISAR @ TUMBUK):
BAHAN C (KUANTITI SESUAI SELERA):
BAHAN D:
CARA MEMASAK:
1.Sediakan mangkuk, gaul sebati semua bahan C.
2.Masukkan bahan B dan gaul sebati kemudian perap pada ayam sekurangnya 30 minit.
3.Untuk bahan D, ia adalah pilihan. Boleh abaikan jika tidak suka. Empunya resipi letak madu supaya nanti ayam tidak rasa masin sahaja.
4.Jika guna gula, terus masukkan dan kacau bersama dalam bahan perap tadi.
5.Jika guna madu, sapu pada ayam bila dalam 10-15 minit ayam nak masak supaya nampak cantik berkilat.
6.Bakar dalam oven ikut suhu masing-masing ye. Empunya resipi guna suhu bawah 180C, atas 150C dan bakar lebih kurang 1 jam 30 minit.
Ketahui cara buat Popia Sira Sambal yang berkilat cantik, pedas manis dan kekal rangup sampai petang. Lengkap dengan resipi, teknik menyira dan tip daripada peniaga.