Lauk singgangsangat ringkas dan mudah dimasak. Bagi anda yang gemarkan lauk pauk berkuah yang tidak menggunakan santn atau rempah, singgang ni memang sesuai dan kena dengan selera. Nak cuba? Ni ada resipi mudah. Resipi Singgang Ikan Selar ini adalah perkongsian dari saudari Nana Sabrina Sarsan yang diambil dari ibunya sendiri. Bila dah resipi mak-mak ni, memang padu rasanya. Dapat pula makan bersama dengan budu, sambal belacan, ulam-ulaman dan ikan goreng. Memang tak ingat dunia la jawabnya. Jom cuba!
RESIPI SINGGANG IKAN SELAR SEDAP & MUDAH
BAHAN-BAHAN: 2 ekor ikan selar – belah dua Garam secukupnya Perahan air asam jawa secukupnya – beli online disini Air secukupnya 1 biji bawang merah saiz besar – hiris – beli online disini 2 ulas bawang putih – hiris – beli online disini 1 batang serai – ketuk 1 inci halia 1/2 inci kunyit Serbuk kunyit secukupnya – beli online disini 1 sudu teh minyak masak Tomato (optional) Cili merah dan cili padi (optional)
CARA MEMASAK:
1. Bersihkan ikan dan potong dua.
2. Dalam periuk bersesuaian, campur semua dan didihkan guna api perlahan selama 20 minit.
3. Bila ikan kelihatan masak, angkat dan Singgang Ikan Selar sedia untuk dihidang.
Bila tiba bulan Ramadan kaum-kaum ibu sudah mula berfikir tentang aneka biskut yang boleh dihasilkan untuk hari raya nanti. Malah kalau nak buat niaga, inilah masanya. Salah satu resipi biskut yang popular adalah Biskut Semperit Susu perkongsian saudari Leeina Qaliena ni. Mudah, guna bahan yang ringkas tapi rasanya sedap! Anda boleh cuba.
RESIPI BISKUT SEMPERIT SUSU 4 BAHAN
BAHAN-BAHAN:
250gm mentega @ buttercup
1 cawan susu pekat manis
400gm tepung jagung
3 sudu makan tepung kastard
CARA MEMASAK:
1. Satukan susu pekat manis dan mentega. Pukul atau gaul hingga sebati dan tidak berketul.
2. Masukkan tepung kastard dan tepung jagung. Gaul sebati dan uli.
3. Uli campuran mentega dan tepung hingga menjadi doh. Jika adunan terlalu lembik, tambahkan tepung jagung sedikit demi sedikit hingga dapat tekstur doh yang sempurna.
4. Dengan menggunakan acuan pecah 15, tekan doh diatas dulang pembakar dan hias menggunakan cip coklat atau hirisan ceri.
5. Biarkan doh biskut selama 10 minit sebelum dimasukkan ke dalam ketuhar. Pastikan ketuhar telah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 190C selama 10 minit.
6. Bakar biskut pada suhu yang sama selama 15-20 minit. Sejukkan dan boleh disimpan dalam bekas kedap udara.
INFO: Jika doh lembik, tambahkan tepung jagung sedikit demi sedikit dan uli sehingga doh tidak melekat pada bekas. Elakkan letak tepung dalam jumlah banyak sekaligus bagi mengelakkan doh menjadi keras.
Sambal ni memang sama naik sedapnya. Ni kalau makan memang tak pandang kiri kanan lah. Min suka versi sambal sotong kembang ini sebab ada ramuan kacang di dalamnya. Dua jenis makanan laut ini sotong dan kerang bila dibuat sambal memang terbaiklah.
Apa pun jenis sambal yang dipilih, pastikan bahan-bahan ditumis hingga pecah minyak dan naik bau cilinya. Barulah tahan lama dan merecik rasa bila memakannya.
SAMBAL SOTONG KEMBANG BERKACANG
BAHAN-BAHAN :– ● 1 kg sotong kembang – dipotong kecil ● 1 mangkuk kacang – ditumbuk(ikut kepekatan yg dikehendaki) ● 1 mangkuk cili kering – rendam dan kisar ● 2 ulas bawang putih ● 5 ulas bawang merah ● 1 biji bawang besar – potong bulat besar ● 2 inc halia ● sedikit air asam jawa ● garam dan gula secukup rasa
CARA-CARA :-
1. Tumbuk atau kisar bawang putih, bawang merah & halia. 2. Panaskan minyak dah tumis bahan yg telah ditumbuk hingga garing, masuk kan cili kering yg telah di kisar dan biarkan hingga nek minyak. masukkan garam dan gula. 3. Masukkan hirisan bawang besar dan air asam jawa. 4. Bila sedikit pekat,masukan kacang yg telah ditumbuk. masuk kan sotong kembang dan biarkan seketika. biarkan air sotong sedikit kering dan boleh padamkan api..
Like & Share Rasa Share Resepi
SAMBAL TUMIS KERANG
Bahan-bahan: 3 kg kerang (direbus dan ambil isinya) 3 ulas bawang putih (ditumbuk/kisar) 2 biji bawang besar ~ ditumbuk/kisar 3 sudu(kurang atau lebih) cili yg telah dikisar 2 biji bawang besar ~ dihiris 1 cm (sedikit saja) belacan(jika suka) ~ kisar/tumbuk bersama bawang 1 sudu besar air asam jawa Garam dan gula secukup rasa Minyak untuk menumis Sedikit air ~ jika perlu.
Cara penyediaan: 1. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar sehingga masak dan pecah/terbit minyak. 2. Masukkan kerang, hirisan bawang besar dan air asam jawa. Gaul rata. 3. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. Jika inginkan kuah, tambahkan air. 4. Apabila kerang sudah sebati dengan sambal, bawang sudah masak bolehlah diangkat.
Resipi udang butter garlic ini hidangan paling sesuai kalau mencari lauk yang mudah dan cepat siap.Walaupun ringkas saja resipinya tapi rasa dan aromanya mewah...