Orang kita cukup suka dengan menu yang bertemakan ala Thai. Rasanya yang masam-masam pedas memang menyelerakan.

Nah, kami kongsikan resipi Gulai Nenas & Udang Ala Thai oleh Khairul Abdullah yang sangat sedap dan mudah disediakan.

Ini bukan masak lemak, bukan kari, tak guna rempah kari pun. Khairul menggunakan pes Thai (anda boleh buat sendiri atau beli siap dalam botol). Cara buat pes Thai tu ada dalam gambar terakhir.

 

GULAI NENAS & UDANG ALA THAI

Resipi Gulai Nenas & Udang Ala Thai Yang Menyelerakan 

BAHAN-BAHAN:

1 sudu besar minyak masak – beli online di sini
2-3 sudu besar Pes Kari Merah Thai (boleh beli dalam botol atau boleh buat sendiri lagi sedap)
1 cawan/kotak santan – beli online di sini
1 cawan air
2-3 helai daun limau purut | dititik
12 ekor udang saiz besar (dibuang kulit, tinggalkan ekor)
2 cawan nenas | dipotong kiub @ baji (boleh juga kalau nak guna yang dalam tin)
2 sudu besar sos ikan – beli online di sini
1 sudu besar gula @ gula melaka – beli online di sini
Sedikit perahan jus limau nipis
Sedikit garam (jika perlu sebab sos ikan dah masin)

 

Dapatkan My Qalam Elite Digital Kids Set dengan HARGA ISTIMEWA DI SINI! Masukkan code RASGSP5 sebelum buat pembayaran untuk dapatkan  DISKAUN EXTRA RM5!

IKLAN

 

CARA MEMASAK:

1. Panaskan minyak dan masukkan pes kari merah Thai dan kacau sehingga naik bau. Sentiasa kacau pes tu,, takut hangit nanti.
2. Masukkan santan, air dan daun limau purut dan biarkan mendidih.

Resipi Gulai Nenas & Udang Ala Thai Yang Menyelerakan 

[Jangan Terlepas Resipi Menarik Di Channel Rasa]

3. Masukkan nenas dan biarkan masak selama kira-kira 5 minit atas api sederhana.
4. Masukkan udang kemudian tambahkan sos ikan, gula, dan jus limau nipis, kacau dan gaul sebati.
5. Kacau dalam seminit, terus tutup api. Siap dah. Hias dan hidangkan dengan nasi kukus.

IKLAN

PES GULAI MERAH THAI

Resipi Gulai Nenas & Udang Ala Thai Yang Menyelerakan 

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

BAHAN-BAHAN:

20 cili kering | dibuang biji & rebus – beli online di sini
4 sudu biji ketumbar – beli online di sini
2 batang serai – beli online di sini
1 sudu biji lada hitam
1 inci lengkuas – beli online di sini
3-4 helai daun limau purut
1 pokok daun ketumbar bersama akar
5 ulas bawang merah – beli online di sini
5 ulas bawang putih – beli online di sini
5-10 biji cili padi ikut kepedasan (optional, tak nak pun tak apa) – beli online di sini
1 sudu kecil garam
Sedikit belacan – beli online di sini

CARA MENYEDIAKAN:

IKLAN

Boleh kisar semua, atau nak tumbuk. Paling best kalau dapat giling. Kalau nak kisar, lada hitam tu tumbuk dulu ye.

Kredit resipi & gambar: Khairul Abdullah

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa

Resipi Lontong Mek Kelate, Sedap & Mudah Je Nak Buat!

Menu Cheesekut Coklat Nestum Yang Mudah, Hanya Masuk Peti Sejuk Saja

Kek Yang Tak Jemu Dimakan, Resipi Mudah Kek Oren Lembut & Sedap

Tonton lebih banyak video masakan mudah dan sedap Dailymotion @Rasa dan YouTube @Majalah Rasa Official

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI