Koleksi resipi masakan berasaskan ayam khas untuk ibu-ibu semua! Bila anak-anak dah mula bersekolah, ibu-ibu pastinya asyik berfikir menu yang mudah dan sedap untuk disajikan buat si kecil. Antara lauk yang menjadi pilihan tentulah yang berasaskan ayam. Jika setiap hari masak lauk yang sama, pastinya jemu. Jadi RASA kongsikan aneka resipi lauk pauk berasaskan ayam yang sangat mudah dan sesuai masak setiap hari. Selamat mencuba.
1. AYAM BBQ MADU
BAHAN-BAHAN:
3 keping dada ayam | potong kecil
1 sudu teh serbuk bawang putih
1/2 sudu teh gula
1/2 sudu teh serbuk paprika
1/2 sudu teh serbuk lada hitam
Garam secukup rasa
Minyak masak secukupnya
BAHAN SOS:
1/2 cawan sos BBQ | sebarang jenama
3 sudu makan madu
1 sudu makan sos tomato
1 sudu makan sos cili
2 sudu makan mentega
1 sudu teh serbuk bawang putih
CARA MEMASAK:
Basuh bersih ayam dan toskan airnya. Kemudian perapkan bersama serbuk bawang putih, gula, serbuk paprika, serbuk lada hitam dan garam. Biar selama 30 minit.
Panaskan minyak dan goreng ayam tadi hingga garing. Guna api sederhana supaya ayam tidak hangus. Angkat dan toskan.
Untuk sos, satukan semua bahan dan didihkan dalam kuali menggunakan api kecil.
Masukkan ayam yang digoreng tadi. Gaul hingga semua sos sebati.
Angkat dan sedia untuk dinikmati.
INFO CHEF: Selain goreng, ayam juga boleh dibakar pada suhu 180C selama 35-40 minit sebelum dicelup ke dalam sos dan dibakar kembali selama 5 minit.
2. AYAM HONEY MUSTARD
BAHAN-BAHAN:
4 keping dada ayam tanpa tulang
2 sudu makan minyak zaitun
2 sudu makan mentega
3 ulas bawang putih | dicincang
1 sudu makan Dijon mustard
1 sudu makan Grainy mustard
3 sudu makan madu
1/2 cawan heavy cream
1/2 cawan air rebusan ayam
Garam dan serbuk lada hitam secukup rasa
CARA MEMASAK:
Panaskan kuali bersama minyak dan mentega.
Goreng ayam hingga keperangan. Jika isi tebal, potong isi ayam supaya sedikit nipis. Angkat dan ketepikan.
Kecilkan api dan dengan guna kuali yang sama, tumis bawang putih hingga keperangan.
Tambahkan sedikit air rebusan ayam dan mustard. Kacau sebati.
Kemudian masukkan heavy cream, lebihan air rebusan ayam dan madu. Perasakan denagn garam serta serbuk lada hitam secukupnya.
Bila kuah mendidih, masukkan ayam yag telah dimasak tadi. Biarkan mereneh selama 5-10 minit sebelum diangkan dan dihidangkan.
INFO CHEF: Jikan tiada grainy mustad, boleh juga guna sos mustard biasa.
3. AYAM PANGGANG MAYONES
BAHAN-BAHAN:
1 ekor ayam saiz sederhana
1 biji bawang Holland | dipotong bulat
2 labu bawang putih | potong dua
2-3 tangkai thyme segar
BAHAN PERAPAN:
IKLAN
1 cawan mayones
1/4 cawan cuka epal (apple cider vinegar)
1 sudu makan pes cili
1 sudu teh sos Worcestershire
1/2 sudu teh jintan manis | ditumbuk
1/4 sudu teh emping cili
1/4 sudu teh serbuk cili cayenne
Garam dan serbuk lada hitam secukup rasa
CARA MEMASAK:
Bersihkan ayam dan keringkan airnya menggunaka n tisu. Kemudian lumur garam secukupnya pada keseluruhan ayam (luar dan dalam). Perap selama 1 jam dalam peti sejuk.
Dalam mangkuk besar, satukan kesemua bahan perapan. Gaul rata. Ketepikan.
Ambil ayam tadi dan lumurkan dengan bahan perapan. Perap lagi selama 30 minit. Simpan lebihan bahan perapan dan jagan dibuang.
Panaskan ketuhar pada suhu 210C dan sapukan sedikit minyak pada dulang pembakar.
Susun bawang putih, hirisan bawang besar dan daun thymedi dasar dulang dan juga di dalam perut ayam.. Letakkan ayam tadi.
Bakar selama 50-60 minit atau sehingga ayam masak. Masa mungkin berbeza mengikut saiz ayam dan juga jenis ketuhar.
Sapu lebihan sos perapan pada ayam setiap 15 minit sekali.
Bila ayam telah masak, biarkan selama 20 minit sebelum dinikmati.
INFO CHEF: Lebihan sos perapan boleh didihkan seketika dan dijadikan sos pencicah.
4. AYAM PESTO
BAHAN-BAHAN:
3 keping dada ayam | hiris nipis memanjang
2 sudu makan pesto basil
2 sudu makan minyak zaitun
2 cawan tomato ceri | dipotong dua
Garam secukup rasa
BAHAN SOS:
1 sudu makan tepung gandum
2 ulas bawang putih | dicincang
1/2 sudu makan pesto basil
1 cawan susu cair
Garam dan serbuk lada hitam secukup rasa
CARA MEMASAK:
Bersihkan ayam dan perapkan dengan garam serta pesto basil selama 10 minit.
Panaskan kuali non-stick dengan sedikit minyak dan masak ayam tadi hingga keperangan. Angkat.
Untuk sos, satukan tepung, bawang putih, pesto, susu cair, garam dan serbuk lada hitam di dalam mangkuk. Kacau hingga sebati dan tidak berketul.
Dengan menggunakan kuali gorengan ayam tadi, masukkan tomato. Tambah sedikit minyak jika perlu.
Bila tomato sudah mula lembut, masukkan bancuhan sos tadi. Biar hingga mendidih.
Masukkan kembali ayam yang telah digoreng tadi dan teruskan memasak selama 3-4 minit hingga sebati dengan kuha.
Angkat dan sedia untuk dinikmati.
INFO CHEF: Hidangan ini sesuai dimasak menggunakan kuali non-stick supaya sosnya tidak cepat hangus dan tidak melekat.
5. AYAM SOS BAWANG PUTIH
IKLAN
BAHAN-BAHAN:
12 ketul kepak ayam
10 ulas bawang putih | dipotong 2
1/2 cawan air rebusan ayam
2 sudu makan minyak masak
1/3 cawan sos pasta perisa Cheese & Herbs
Secubit serbuk paprika
Garam dan serbuk lada hitam secukup rasa
CARA MEMASAK:
Perapkan kepak ayam bersam agaram serta serbuk lada hitam.
Panaskan kuali non-stick dan masukkan 1 sudu makan minyak. Goreng kepak ayam hingga masak dan keperangan. Angkat.
Dengan menggunakan kuali yang sama, masukkan lebihan minyak dan tumis bawang putih hingga keperangan.
Masukkan kembali ayam yang dimasak tadi dan gaul rata.
Kemudian masukkan air rebusan ayam dan sos pasta Cheese & Herbs. Gaul sebati.
Kecilkan api dan biarkan kuah mereneh.
Tambahkan garam, lada hitam dan paprika. Gaul sekali lagi dan biar hingga kuah sedikit pekat.
Panaskan kuali dan masukkan mentega. Masak ayam tadi (masukkan bahagian kulit dahulu) sehingga keperangan. Angkat.
Letak ayam di atas dulang pembakar dan masak di dalam ketuhar pada suhu 180C selama 25-30 minit hingga masak sepenuhnya. Masa mungkin berbeza mengikut jenis ketuhar masing-masing.
Untuk menyediakan sos, cairkan mentega dan tumis bawang putih bersama hirisan cendawan hingga keperangan.
Masukkan sos carbonara dan sedikit air. Kacau hingga sos sebati dan tidak berketul.
Tambahkan emping cili dan garam jika perlu. Biarkan sos sehingga sedikit pekat.
Hidangkan bersama ayam yang telah siap dipanggang tadi.
7. DRUMMET AYAM SOS PERANG
BAHAN-BAHAN:
IKLAN
400gm drummet ayam
2 sudu makan mentega
6 ulas bawang putih | ditumbuk halus
Sedikit air
12 biji tomato ceri | dibelah 2
3 sudu makan sos perang Demi-Glace
1/2 cawan sup cendawan segera
CARA MEMASAK:
Panaskan mentega dan goreng drummet ayam hingga masak dan sedikit keperangan. Ketepikan.
Dengan menggunakan kuali yang sama, tumis bawang putih hingga keperangan.
Masukkan sedikit air dan sos perang. Kacau rata sehingga tidak berketul.
Bila dah sebati, masukkan sup cendawan segera. Kacau lagi hingga sos memekat.
Panaskan kuali dan masukkan sedikit mentega. Kemudian tumis tomato ceri hingga sedikit lembut.
Masukkan kembali drummet ayam dan sos perang tadi secukupnya. Gaul rata hingga bersalut sepenuhnya.
Angkat dan sedia untuk dinikmati.
8. AYAM PERI-PERI
BAHAN-BAHAN:
500gm kepak ayam | dibersihkan
1/2 cawan sos peri-peri
4 ulas bawang putih | ditumbuk halus
1 hiris halia | ditumbuk halus
Sedikit garam dan serbuk lada hitam
CARA MEMASAK:
Bersihkan ayam dan toskan airnya hingga kering.
Dalam mangkuk besar, satukan sos peri-peri, bawang putih, halia, garam serta serbuk lada hitam secukupnya. Gaul rata.
Masukkan kepak ayam tadi. Lumur hingga rata dan perap selama 2 jam.
Panaskan ketuhar pada suhu 220C selama 10 minit.
Susun ayam diatas dulang pembakar yang telah dialas dengan kerajang timah (aluminium foil) dan bakar selama 10-15 minit.
Sapu lebihan sos perapan pada ayam dan balikkan supaya ia masak secara menyeluruh. Bakar lagi selama 10-15 minit.
Setelah ayam keperangan dan garing, angkat dan hidangkan.
9. AYAM SOS PLUM
BAHAN-BAHAN:
10 ketul paha ayam
1 hiris halia
Sedikit garam
2 ulas bawang putih | ditumbuk halus
1 sudu makan sos Worcestershire
2 sudu makan kicap
1 sudu teh minyak bijan
1 cawan sos plum
1/4 cawan air rebusan ayam
1 sudu makan minyak masak
CARA MEMASAK:
Didihkan 2 liter air bersama halia dan sedikit garam. Rebus paha ayam hingga separuh masak. Angkat dan toskan.
Dalam kuali lain, panaskan minyak masak dan tumis bawang putih hingga wangi.
Kemudian masukkan bahan-bahan lain (kecuali ayam). Kacau sebati dan biarkan mendidih.
Setelah sos hampir pekat, padamkan api dan masukkan ke dalam mengkuk berisi ayam yang direbus tadi.
Perap ayam seketika supaya rasa sos menyerap pada isinya.
Panaskan kuali non-stick dan susun paha ayam tadi didalamnya.
Masak seketika ayam sehingga sedikit keperangan. Sapu sos beberapa kali jika perlu.
Angkat dan boleh dinikmati.
INFO CHEF: Selain dimasak dalam kuali, ayam juga boleh dipanggang di dalam ketuhar pada suhu 180C selama 10-15 minit.
10. AYAM TERIYAKI
BAHAN-BAHAN:
2 keping dada ayam | potong dadu
100gm brokoli | potong kecil
1/3 biji lada benggala merah | hiris
1/3 biji lada benggala hijau | hiris
1/2 biji bawang Holland
Sedikit air
Sedikit bijan panggang
2 sudu makan air bancuhan tepung jagung | jika perlu
4 sudu makan sos teriyaki
1 sudu makan minyak bijan
Minyak masak secukupnya
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak dan tumis bawang hingga keperangan. Kemudian masukkan hirisan lada benggala. Masak hingga layu. Angkat.
Dengan menggunakan kuali yang sama, goreng hirisan ayam hingga masak dan keperangan. Tambah sedikit minyak jika perlu. Angkat.
Masukkan brokoli. Goreng kilas hingga lembut. Angkat.
Seterusnya masukkan sos teriyaki dan air ke dalam kuali. Kacau sebati dan biarkan mendidih.
Tambahkan kesemua bahan-bahan yang digoreng tadi. Gaul rata.
Tuang minyak bijan dan bancuhan tepung jagung jika perlu. Adun sebati dan angkat.
Sedia untuk dinikmati.
INFO CHEF: Hidangan yang tidak pedas. Jika sukakan rasa hidangan yang pedas, tambahkan hirisan cili padi.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi. Download seeNI sekarang!
Kadang-kadang nak juga bertukar selera bila dah muak mengadap menu yang sama nasi dan lauk pauk. Boleh saja kita pesan dari grab atau foodpanda tetapi harganya jauh lebih mahal. Nak jimat bolehlah cuba buat resipi ini. Rasanya sama sedap macam yang dijual . Ikut langkah membuat pasti menjadi. Resipi ini lengkap dengan cara membuat kentang putar, coleslaw dan sosnya. Jadi memang berbaloi cuba.
CHICKEN CHOP Bahan-bahan: 1 ekor ayam – potong 4 Tepung bestari Minyak untuk menggoreng
Untuk Sos Blackpepper: 1 biji bawang Holland – potong dadu 3 ulas bawang putih – dicincang halus 1 kiub pati ayam 2 sudu besar tepung gandum -bancuh dengan sedikit air dulu 4 -5 sudu besar kicap pekat 2 sudu besar sos cili-BELI ONLINE DI SINI 1 sudu besar sos tiram-BELI ONLINE DI SINI 2 sudu besar butter 1 sudu besar serbuk lada hitam-BELI ONLINE DI SINI 2 cawan air – kalau nak kuah banyak tambah air Garam dan sedikit gula
Untuk Coleslow: 1/2 biji kubis -hiris halus 2 biji karot – disagat 4 sudu besar mayonis – agak-agak ikut banyak mana kita punya sayur Sedikit lada sulah, garam dan gula
Cara memasak: 1.Ayam dibuang tulang, basuh dan toskan airnya. 2.Gaulkan ayam dengan tepung dan sedikit air. 3.Panaskan minyak, masa nak goreng celupkan lagi ayam ke dalam tepung bestari. 4.Goreng dengan api sederhana. 5.Untuk sos pula panaskan butter. 6.Tumiskan bawang hingga layu. 7.Masukkan air. 8.Masukkn kicap, sos tiram, sos cili kalau nak hitam letakkan kicap lebih. 9.Masukkan kiub pati ayam dan bancuhan tepung gandum ( kalau nak kuah pekat boleh tambahkan tepung gandum lagi) 10.Perasakan dengan garam dan gula. 11.Kacau dan masak hingga pekat. 12.Tapiskan dan bawang yang kita tapis nanti kisarkan semula dan masukkan ke dalam kuah sos tadi.
Coleslow 1.Untuk coleslow pulak campurkan semua bahan-bahan tadi dan gaul rata. 2.Boleh letakkan sedikit susu segar jika suka. 3.Dah siap simpan dalam peti sejuk.
Kentang putar 1.Untuk kentang putar pula rebuskan kentang sampai empuk. 2.Lenyekkan dan campurkan dengan bahan-bahan lain. 3.Perasakan dengan garam. ** ayam kalau nak goreng dengan bread crumb pun boleh, salutkan ayam dengan tepung bestari, celupkan dalam telur dan salut dengan bread crumb. Kredit: Hidayati Hana
Bila nak masak tomyam, mestilah kena ada pes. Tapi macam mana pula bila nak masak, tapi pes pula habis. Nak keluar ke kedai semata-mata nak beli satu barang, agak kurang rajin. Jadi, cuba buat tomyam tanpa pes ni. Rasanya sedap dan lebih senang nak masak. Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.
TOMYAM AYAM CENDAWAN TANPA PES
BAHAN-BAHAN:
1 keping isi dada ayam
2-3 ulas bawang putih – diketuk
3 batang serai – diketuk
3 helai daun limau purut
4 sudu makan sos cili
200gm bunga kobis
100gm cendawan
1 tangkai daun ketumbar
2-3 akar ketumbar – dibersihkan
2-3 batang baby corn
1-2 biji limau nipis – ambil jusnya
3-4 biji cili padi
5-6 biji tomato ceri
Gula dan garam secukup rasa
Air secukupnya
CARA MEMASAK:
Panaskan air dan masukkan bawang putih, serai, akar ketumbar, daun limau purut dan cili padi. Biarkan mendidih seketika.
Masukkan isi ayam yang telah dipotong dadu. Masak hingga ayam empuk.
Kemudian masukkan sos cili. Kacau rata hingga sebati.
Bila kuah mendidih, masukkan bunga kubis dan baby corn. Masak seketika hingga lembut.
Seterusnya masukkan cendawan dan tomato.
Perasakan dengan garam serta jus limau nipis. Lebihkan jika suka rasa kuah yang masam.
Bila tiba bulan puasa, pasti ibu-ibu buntu memikirkan menu untuk sahurdan berbuka lebih-lebih lagi jika ada anak-anak kecil yang baru nak belajar berpuasa. Menu yang dimasak haruslah menambat selera mereka. Khas untuk anda, RASA kongsikan 30 resipi aneka lauk pauk mudah yang sesuai disajikan sewaktu sahur sepanjang bulan puasa nanti. Paling penting, sedap dan mudah dimasak.
1. AYAM PANDAN
BAHAN-BAHAN:
5 ketul paha ayam
1/2 sudu makan serbuk lada putih
1 sudu makan serbuk paprika
1 sudu teh serbuk kunyit
Garam secukup rasa
Daun pandan secukupnya
Minyak untuk menggoreng
CARA MEMASAK:
Bersihkan ayam dan gaulkan bersama serbuk lada putih, serbuk paprika, serbuk kunyit dan garam dengan secukupnya. Perap selama satu jam.
Kemudian balut ayam menggunakan daun pandan. Ikat kemas.
Akhir sekali, panaskan minyak dan goreng ayam sehingga kuningkeemasan. Angkat dan tos.
2. AYAM KICAP CILI PADI BERSERAI
BAHAN-BAHAN:
1kg ayam | potong kecil, cuci bersih dan tos
3 batang serai | titik
12 biji cili padi | hiris memanjang
2 biji bawang besar | hiris bulat
3 ulas bawang putih | titik
3cm halia muda | hiris memanjang
2 sudu makan kicap pekat
2 sudu makan kicap manis
1 sudu makan air asam Jawa
Garam,gula dan perasa secukupnya
4 sudu makan minyak masak
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak dalam kuali.
Tumiskan hirisan bawang merah, bawang putih,halia, cili padi dan serai hingga wangi.
Masukkan ayam kacau rata. Tunggu ayam kecut dan tambah sedikit air.
Biarkan isi ayam empuk dan air ayam kering sedikit baru masukkan kicap pekat dan air asam Jawa.
Seterusnya masukkan kicap manis, diikuti dengan garam, gula dan perasa secukupnya.
Setelah timbul minyak dan kuah kering, tutup api.
Ayam sedia dihidangkan.
3. TELUR HANCUR SIMPLE
BAHAN-BAHAN:
2 biji telur
1/ 2 biji bawang merah besar | dicincang
100gm sayur campur
20gm isi ayam
10gm daun sup | dicincang
1 sudu makan mayones
Garam secukup rasa
Sedikit minyak masak untuk menumis
CARA MEMASAK:
Pecahkan telur ke dalam mangkuk dan pukul hingga sebati. Ketepikan seketika.
Panaskan minyak dan tumiskan bawang merah, sayur campur dan isi ayam sehingga masak.
Kemudian masukkan telur diikuti dengan daun sup. Masukkan sedikit garam.
Kacau telur sehingga menjadi ketulan kecil. Angkat dan hidangkan mengikut citarasa anda.
4. DAGING GORENG KAILAN
BAHAN-BAHAN:
Bahan Perapan Daging:
300gm daging | hiris nipis
1 sudu teh kicap
2 sudu teh minyak sayur
1 sudu teh tepung jagung
Sedikit garam dan gula
Bahan Sos:
2 sudu makan air
1 sudu teh minyak bijan
1 sudu teh tepung jagung
Bahan Tumis:
3 pokok anak kailan | potong 3-4cm & celur angkat
2 sudu makan minyak
1 biji cili merah | hiris serong
2 biji bawang merah | hiris
6 ulas bawang putih | cincang kasar
3 sudu minyak masak
Garam dan perasa secukupnya
CARA MEMASAK:
Masukkan daging bersama semua bahan perapan ke dalam mangkuk. Gaul dan perap lebih kurang 30 minit.
Sambil itu sediakan sos. Di dalam mangkuk kecil campurkan semua bahan sos. Kacau rata dan ketepikan.
Panaskan air dalam periuk, kemudian celur anak kailan lebih kurang satu minit, angkat dan toskan.
Untuk menumis daging, panaskan sedikit minyak masak, Masukkan bawang putih, bawang merah hingga wangi.
Kemudian masukkan daging yang telah diperap tadi.
Gaul rata, sehingga daging masak dan bertukar warna keperangan.
Seterusnya, masukan hirisan cili dan kailan yang telah dicelur tadi, kacau seketika.
Masukkan sos yang telah disediakan tadi, sos tiram, garam dan gula secukup rasa.
Angkat dan sedia dihidangkan.
5. DAGING GORENG KICAP BERCILI
BAHAN-BAHAN:
400gm daging |hiris nipis
30ml kicap manis
10gm sos tiram
8 biji cili padi |ditumbuk kasar
4 ulas bawang putih|dicincang
3cm halia |dihiris nipis
1 labu bawang besar |potong bulat
1 tangkai daun bawang |dipotong seinci
Garam secukup rasa
Lada sulah secukup rasa
CARA MEMASAK:
Tabur sedikit garam, lada sulah dan serbuk kunyit ke atas daging. Goreng garing dan ketepikan.
Panaskan sedikit minyak di dalam kuali, tumis bawang putih dan halia sehingga wangi.
Masukkan cili padi, bawang besar, kicap dan sos tiram.
Masukkan daging yang telah digoreng bersama daun bawang, garam dan lada sulah secukup rasa.
6. IKAN DORY MASAK BERSAMA FAT CHOY
BAHAN-BAHAN:
Bahan Perapan Ikan:
300gm filet ikan Dorry | potong 3X3cm
½ sudu teh garam
½ sudu teh serbuk lada hitam
1 sudu makan tepung jagung
Bahan Lain:
1 pokok Fat Choy | potong panjang
1 biji bawang besar | hiris
3 ulas bawang putih | hiris
2cm halia |hiris memanjang
1/2 biji cili benggala hijau | hiris memanjang
1 biji cili merah | hiris memanjang
1 sudu makan sos tiram
Minyak masak untuk menggoreng
Garam dan gula secukup rasa
CARA MEMASAK:
Masukkan ikan dalam mangkuk bersama bahan perapan yang lain. Gaul rata dan perap 10-15 minit.
Panaskan minyak, goreng ikan hingga garing. Ketepikan.
Keluarkan minyak, tinggal sedikit. Kemudian tumiskan bawang merah, putih dan halia hingga wangi.
Masukkan Fat Choy, cili benggala dan cili merah. Kacau rata.
Seterusnya masukkan ikan, sos tiram, kacau seketika.
Perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
Tutup api, dan hidangkan panas-panas bersama nasi putih.
7. TAUFU TELUR MASAK SOS HAILAM
BAHAN-BAHAN:
2 paket taufu telur | dipotong
1/ 2 ulas bawang merah besar | dicincang
20gm cendawan | dihiris
20gm isi ayam
2 sudu makan kicap pekat
40ml air
1/ 2 sudu makan minyak bijan
Sedikit daun ketumbar
Garam secukup rasa
Minyak masak secukupnya
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak dan goreng tao foo telur hingga garing. Ketepikan.
Tumis bawang merah, isi ayam dan cendawan hingga wangi. Kemudian masukkan sedikit air.
Seterusnya masukkan kicap pekat dan garam secukup rasa. Kacau hingga sebati.
Susun taufu yang telah digoreng tadi diatas pinggan dan tuangkan sos keatasnya. Sedia untuk dinikmati.
8. DAGING GORENG SOS TIRAM BERSAMA KACANG PIS
BAHAN-BAHAN:
Bahan Perapan Daging:
500gm daging | hiris nipis
1 sudu teh garam
1sudu teh gula
1 sudu teh kicap
1sudu teh minyak bijan
1 sudu teh tepung jagung
Bahan Sos:
1 sudu makan kicap pekat
3 sudu makan air rebusan stok ayam
2 sudu makan sos tiram
2 sudu makan gula
1 sudu teh minyak bijan
1 sudu teh tepung jagung
Tumis:
4 ulas bawang putih | cincang halus
1 biji bawang besar | dadu kecil
3cm halia | hiris halus memanjang
Bahan-Bahan Lain:
3 sudu makan minyak masak
400gm kacang pis | bersihkan
1/2 biji cili benggala
Garam gula secukupnya
CARA MEMASAK:
Untuk perapan daging, campurkan semua bahan, daging, garam, gula, kicap, tepung jagung, dan minyak bijan. Gaul rata dan perapkan lebih kurang 15-20 minit.
Untuk bahan sos: Campurkan kicap, stok ayam, sos tiram dan minyak bijan dalam mangkuk kecil dan ketepikan.
Panaskan minyak dalam kuali, tumiskan bahan tumis hingga wangi.
Seterusnya masukkan daging yang diperap, kacau rata sehingga keperangan ( lebih kurang 4-5 minit).
Kemudian masukkan kacang pis dan hirisan cili benggala, kacau hingga kacang layu (2-3 minit).
Tuangkan bahan sos dan kacau rata. Jika kurang masin, tambahkan sedikit garam dan gula secukup rasa.
Akhir sekali tutup api, angkat dan hidangkan panas-panas.
9. IKAN TONGKOL KICAP BEREMPAH
BAHAN-BAHAN:
4 ketul ikan tongkol
45ml kicap manis
20gm serbuk ketumbar
20gm serbuk jintan manis
1 batang kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga
5 ulas bawang putih|cincang halus
1 labu bawang besar|dibelah empat
1 biji cili merah |dipotong serong
Garam secukup rasa
Lada sulah secukup rasa
CARA MEMASAK:
Lumur ikan tongkol dengan sedikit garam dan digoreng sehingga garing. Ketepikan.
Panaskan sedikit minyak di dalam kuali. Tumis bawang putih, kulit kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga sehingga wangi.
Masukkan serbuk ketumbar, serbuk jintan manis dan kicap. Didihkan seminit.
Masukkan ikan tongkol yang telah digoreng bersama bawang dan cili merah.
Tambah garam dan lada sulah secukup rasa.
Info Chef: Ikan tongkol amat enak dimakan apabila ia digoreng bersama rempah
10. UDANG GORENG BERSAMA TELUR DAN DAUN BAWANG
BAHAN-BAHAN:
Bahan Perapan Udang:
300gm udang saiz sederhana | buang kulit dan cuci bersih
1 sudu teh garam
1 sudu teh minyak bijan
½ sudu teh serbuk lada sulah
Hirisan:
4 ulas bawang putih | cincang
1 biji bawang besar | cincang
3cm halia muda | hiris halus memanjang
Lain-lain:
4 biji telur
1/2 sudu teh serbuk lada putih
50gm daun bawang | potong 3cm
1 sudu makan susu segar
Garam secukup rasa
2 sudu makan minyak masak
CARA MEMASAK:
Bersihkan udang dan toskan, kemudian gaulkannya dengan garam, minyak bijan dan serbuk lada sulah. Perapkan 5-10 minit dan ketepikan.
Pecahkan telur dalam mangkuk dan campurkan dengan susu segar, serbuk lada sulah dan sedikit garam. Kacau rata sehingga sebati.
Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumiskan bahan hirisan hingga wangi.
Kemudian masukkan udang, kacau rata hingga udang kemerahan (lebih kurang dua minit). Angkat dan ketepikan.
Seterusnya panaskan sedikit minyak dalam kuali, masukkan telur dan kacau rata, lebih kurang satu minit.
Kecilkan api dan masukkan daun bawang dan udang yang telah digoreng tadi.
Kacau rata dan tutup api.
Sedia dihidangkan panas-panas.
11. ASAM PEDAS TELUR MASIN
BAHAN-BAHAN:
2 biji telur masin
1 sudu teh halba
4 sudu makan cili kering kisar
5 biji bawang merah | kisar
2 ulas bawang putih |kisar
½ inci halia |kisar
½ inci kunyit hidup |kisar
Sedikit air asam jawa
2 tangkai daun kesum
Minyak untuk menumis
Garam secukup rasa
1 mangkuk air
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak di dalam kuali. Tumiskan halba dan terus masukkan bahan kisar serta cili kering kisar. Bila cili sudah garing dan pecah minyak, masukkan air dan perahan air asam jawa. Kacau sebati.
Bila kuah mendidih, pecahkan telur masin satu persatu. Apabila telur sudah keras, masukkan daun kesum. Kacau perlahan untuk menggelakkan telur hancur. Biar ia mereneh dan perasakan dengan garam secukup rasa.
Angkat dan sedia dihidangkan.
12. KUNG PAO FILET IKAN BERSAMA CILI KERING DAN DAUN BAWANG
BAHAN-BAHAN:
Bahan Perapan ikan:
300gm isi ikan dory | potong 2-3cm
1 sudu makan putih telur | pukul perlahan
1/4sudu teh serbuk lada sulah
2 sudu makan tepung jagung
Bahan Sos:
1/2 sudu teh serbuk cili
1 sudu makan kicap
3 sudu makan air
1 sudu makan tepung jagung
1 sudu teh gula
Sedikit garam jika perlu
Bahan-bahan lain:
4 ulas bawang putih | cincang kasar
4 pokok daun bawang | potong 2-3cm
5 tangkai cili kering | potong 2cm
1/2 sudu teh perasa ikan bilis
CARA MEMASAK:
Untuk perapan ikan, masukkan ikan bersama bahan perapan yang lain dalam mangkuk.
Gaul rata dan perap lebih kurang 10-15 minit.
Sementara itu masukkan semua bahan sos ke dalam mangkuk, kacau rata dan ketepikan.
Panaskan minyak, goreng ikan sehingga bertukar warna kuning keemasan. Angkat dan toskan di atas tisu dapur.
Menggunakan kuali lain, panaskan sedikit minyak masak. Goreng cili kering bersama bawang putih hingga wangi.
Masukkan bahan sos, kacau rata hingga sos sedikit pekat.
Kecilkan api, masukkan isi ikan yang telah digoreng tadi bersama daun bawang.
Tutup api, dan gaul rata.
Angkat dan sedia dihidangkan panas-panas.
13. SUP TELUR CENDAWAN TIRAM
BAHAN-BAHAN:
2 biji telur
5 biji bawang merah | dikisar
2 ulas bawang putih | dikisar
10 tangkai cendawan tiram |potong
Sedikit bunga kubis |potong
Sedikit daun sup |racik kasar
Sedikit suhun
1 mangkuk air
Garam secukup rasa
Minyak masak secukupnya
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak di dalam kuali dan masukkan bahan kisar. Tumis hingga terbit wangi. Apabila sudah naik baru, masukkan air. Kacau perlahan.
Apabila kuah sudah mendidih, masukkan cendawan tiram, bunga kubis dan suhun.
Kecilkan api untuk masukkan telur satu persatu. Biarkan kira-kira tiga minit.
Angkat dan sedia dihidangkan.
14. DAGING GORENG TUMIS
BAHAN-BAHAN:
Bahan Perapan Daging:
500gm daging | hiris kecil, cuci dan tos
1/2 sudu teh biji sawi
4 sudu makan minyak masak
tangkai daun kari | lurut dari tangkai
4 tangkai cili kering | hiris halus
1sudu teh serbuk lada hitam
1 sudu teh serbuk kari
Bahan Tumis:
4 biji bawang besar | buang kulit dan cincang
4cm halia muda | hiris memanjang
6 ulas bawang putih | cincang halus
Bahan-bahan lain:
1 biji cili hijau | hiris halus
3 tangkai daun kari | lurut dari tangkai
1 sudu makan serbuk cili
1 pokok daun ketumbar | hiris halus
1 sudu makan serbuk lada hitam
1 sudu teh serbuk kari daging
1/2 sudu teh serbuk kunyit
1 sudu makan cuka makan
Garam & gula secukup rasa
Minyak secukupnya
CARA MEMASAK:
Masukkan daging dalam periuk, gaulkannya dengan bahan perapan yang lain.
Perap daging sekurang-kurangnya 30 minit.
Masukkan 1 cawan air dalam daging yang telah diperap dan didihkan di atas api sederhana. Kacau selalu sehingga air daging kering. Angkat dan ketepikan.
Panaskan 2-3 sudu minyak masak dalam kuali, tumiskan bahan hirisan hingga wangi.
Masukkan daun kari dan kacau seketika.
Seterusnya masukkan serbuk cili, serbuk kari, serbuk lada hitam dan serbuk kunyit yang telah dibancuh dengan sedikit air. Kacau lagi.
Kemudian masukkan daging yang telah direbus hingga kering tadi.
Perasakan dengan cuka, garam dan gula secukup rasa.
Kecilkan api, masukkan hirisan daun ketumbar dan hirisan cili hijau.
Terus kacau daging supaya sebati dengan bahan tumisan.
Tutup api, dan hidangkan daging bersama nasi putih atau capati.
15. SOTONG MASALA
BAHAN-BAHAN:
Bahan perap sotong:
500 sotong saiz besar | cuci bersih dan potong kecil
1/2 sudu teh garam
1/2 sudu teh serbuk kunyit
1/2 serbuk lada sulah
Bahan tumisan:
4 ulas bawang putih | cincang halus
1 biji bawang besar | dadu kecil
3cm halia muda | hiris halus memanjang
3 tangkai daun kari | lurutkan dari tangkai
Bahan-bahan lain:
2 biji cili hijau | hiris bulat
1 pokok daun ketumbar | hiris halus
1/2 sudu teh serbuk lada hitam
1/2 sudu makan serbuk kunyit
1 sudu teh rempah masala
1 biji tomato | potong dadu
2 sudu makan air asam jawa
Garam dan gula secukup rasa.
2 sudu makan minyak masak
CARA MEMASAK:
Masukkan sotong dalam kuali bersama bahan perapan. Kacau rata.
Kemudian panaskan di atas api dan kacau lebih kurang 3-4 minit. Angkat dan ketepikan.
Menggunakan kuali lain, panaskan minyak dan tumis bahan hingga wangi.
Seterusnya masukkan serbuk kunyit, lada hitam dan rempah masala, kacau 1-2 minit.
Masukkan sotong, air asam jawa, hirisan cili hijau dan tomato. Kacau seketika.
Perlahankan api dan perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
Selepas 1-2 minit, tutup api dan sotong sedia dihidangkan.
16. AYAM GORENG BERSAMA CILI BENGGALA
BAHAN-BAHAN:
Bahan Perap Ayam:
500gm isi ayam | hiris nipis, cuci dan tos
1 sudu teh serbuk kunyit
1 sudu teh garam halus
1/2 sudu teh serbuk lada sulah
Bahan Hirisan:
1/2 biji cili benggala hijau | hiris memanjang
1/2 biji cili benggala merah | hiris memanjang
2 tangkai cili merah | hiris
Bahan Tumis:
4 ulas bawang putih | cincang
1 biji bawang besar | hiris
3cm halia muda | hiris halus
Bahan-Bahan Lain:
1 sudu teh serbuk lada hitam
1 sudu makan sos tiram
1/2 sudu teh perasa ayam
Garam, gula dan perasa secukupnya
Minyak masak secukupnya
CARA MEMASAK:
Masukkan isi ayam dalam mangkuk bersama bahan perapan yang lain. Gaul rata dan perap sekurang-kurangnya 15 minit.
Panaskan minyak dalam kuali, goreng ayam yang telah diperap tadi hingga kekuningan. Angkat dan ketepikan.
Keluarkan minyak, tinggal sedikit dan tumis bawang merah, bawang putih dan halia hingga wangi.
Masukkan ayam goreng, bahan hirisan. Kacau rata 1-2 minit.
Kemudian perasakan dengan sos tiram, perasa ayam, garam dan gula secukup rasa.
Kacau seketika, kemudian tutup api.
Sedia dihidangkan.
17. AYAM LADA HITAM
BAHAN-BAHAN:
500gm isi ayam | hiris kecil
50gm daun bawang
Rempah penumis | bunga lawang, kulit kayu manis dan buah pelaga
3 biji cili merah | hiris memanjang
1 biji bawang besar | dadu kecil
5ulas bawang putih | cincang
3cm halia mudah | hiris halus
1 sudu teh lada hitam | kisar kasar
1 sudu makan tomato sos
1 sudu makan sos lada hitam
1 sudu makan kicap pekat manis
Minyak untuk menumis
Garam dan gula secukup rasa
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak, tumiskan rempah penumis bersama bawang besar, bawang putih dan halia hingga wangi.
Masukkan ayam, kacau hingga ayam kecut dan airnya agak kering.
Seterusnya masukkan sos tomato, sos lada hitam, kicap pekat manis.
Kacau lagi lebih kurang 2-3 minit.
Kemudian perasakan dengan garam, gula secukupnya.
Sebelum angkat, masukkan daun bawang, hirisan cili merah dan taburkan dengan serbuk lada hitam.
Tutup api, angkat dan hidangkan panas-panas.
18. TELUR MASAK ROS MASAM MANIS
BAHAN-BAHAN:
6 biji telur | direbus dan dibuang kulit
200gm bawang merah | dikisar
20gm bawang putih | dikisar
10gm halia | dikisar
50gm serai | dikisar
1 sudu makan cili giling
1 batang kulit kayu manis
3 biji buah pelaga
2 kuntum bunga lawang
1 tin puri tomato
50gm sos cili
50ml air
Garam dan gula secukup rasa
Minyak masak untuk menumis
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak dan tumis kesemua bahan kisar sehingga wangi.
Kemudian masukkan puri tomato, kulit kayu manis, buah pelaga dan bunga lawang. Kacau rata.
Seterusnya masukkan sedikit air dan juga garam serta gula secukup rasa.
Akhir sekali, masukkan telur dan biarkan didih seketika. Sedia untuk dinikmati.
Info Chef: Boleh juga menggunakan telur itik segar untuk resipi ini.
19. TELUR GORENG KUNYIT
BAHAN-BAHAN:
4 biji telur | digoreng mata
1 biji bawang besar | dihiris
100gm lobak merah | dihiris
6 biji kacang pis
1/2 biji lada benggala | dihiris
Garam dan gula secukup rasa
Minyak untuk menumis
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak dan tumis bawang besar, lobak merah, kacang pis dan lada benggala sehingga wangi dan separuh masak.
Kemudian perasakan dengan garam serta gula secukup rasa.
Untuk menghidang, susun telur yang digoreng di dalam pinggan hidangan dan letakkan sayur tadi diatasnya. Sedia untuk dinikmati.
Info Chef: Elakkan dari menggoreng sayur terlalu lama bagi mengekalkan khasiatnya.
20. TELUR DADAR GULUNG
BAHAN-BAHAN:
4 biji telur
1 ulas bawang merah besar
2 sudu makan sos cili
1 sudu makan mayones
50gm sayur campur
Sedikit minyak untuk menggoreng
CARA MEMASAK:
Pecahkan telur dan pukul menggunakan garfu hingga kembang.
Masukkan hirisan bawang besar, sos cili dan mayones. Kacau lagi hingga semua bahan sebati.
Panaskan kuali dan goreng bancuhan telur tadi hingga masak. Gulungkan.
Sedia untuk dihidangkan.
Info Chef: Boleh juga menggunakan hirisan makanan laut untuk rasa lebih enak.
21. NASI GORENG BIASA
BAHAN-BAHAN:
175gm nasi putih
2 ulas bawang putih – ketuk
3 sudu makan cili boh
1 biji telur
100gm isi ayam – potong nipis
100gm udang – bersihkan
100gm sotong – hiris
100gm sawi – potong
100gm kubis cina – potong
Garam secukupnya
Minyak untuk menumis secukupnya
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak di dalam kuali, tumis bawang putih yang telah diketuk bersama cili boh sehingga naik bau.
Pecahkan dan masukkan telur, garam , isi ayam, sotong, udang, hirisan sawi dan kubis cina. Gaul seketika.
Setelah itu masukkan nasi gaul hingga rata.
Angkat dan sedia dihidangkan.
22. NASI GORENG CINA
BAHAN-BAHAN:
175gm nasi putih
2 ulas bawang putih – ketuk
1 biji telur
100gm isi ayam – potong nipis
100gm isi udang – bersihkan
100gm isi sotong – hiris nipis
50gm sayur campur
Garam secukupnya
Minyak untuk menumis secukupnya
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak, tumis bawang putih yang telah diketuk.
Masukkan telur, garam , isi ayam, udang dan sotong serta sayur campur.
Setelah itu masukkan nasi gaul hingga rata.
Sedia dihidangkan panas-panas.
23. NASI GORENG SRI BAGAN
BAHAN BAHAN:
175gm nasi putih
2 ulas bawang putih – diketuk
4 biji cili padi ( bahan A )
1 sudu rempah sup ( bahan A )
1 sudu rempah kurma ( bahan A )
1 biji telur
100gm isi ayam – potong nipis
100gm udang – bersihkan
100gm sotong – hiris
100gm kacang hijau
Garam secukupnya
Minyak untuk menumis secukupnya
CARA MEMASAK :-
Kisar bahan A hingga halus. Ketepikan.
Panaskan minyak dalam kuali, tumis bawang putih yang telah diketuk dan Bahan A yang telah dikisar sehingga naik bau.
Masukkan telur, garam , isi ayam, udang dan sotong serta kacang hijau.
Masukkan nasi gaul hingga rata.
Sedia dihidangkan.
24. NASI GORENG AYAM
BAHAN-BAHAN:
175gm nasi putih
2 ulas bawang putih – ketuk
3 sudu cili boh
1 biji telur
100gm sawi – potong
100gm kubis cina – potong
garam secukupnya
1 ketul ayam ( paha / dada )
Minyak untuk menggoreng secukupnya
CARA MEMASAK
Untuk memasak nasi goreng; Panaskan minyak, tumis bawang putih yang telah diketuk bersama cili boh sehingga naik bau.
Masukkan telur, garam, sawi dan kubis cina.
Masukkan nasi gaul hingga rata. Angkat dan ketepikan.
Untuk memasak ayam, panaskan minyak dan goreng ayam yang telah diperap bersama serbuk kunyit dan garam. Angkat dan sedia dihidangkan bersama nasi goreng.
23. DAGING GORENG HALIA
BAHAN-BAHAN:
300gm daging rebus | hiris nipis & ketuk
Sedikit hirisan cili Benggala merah
Sedikit hirisan cili Benggala hijau
4 biji cili padi | hiris memanjang
3cm halia muda | hiris halus memanjang
1 biji bawang besar | hiris
3 ulas bawang putih | ketuk
Garam dan gula secukup rasa
Minyak masak secukupnya | untuk menggoreng dan menumis
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak, goreng daging seketika, angkat dan toskan.
Keluarkan minyak, tinggal sedikit untuk menumis.
Tumis, hirisan bawang merah, bawang putih dan halia hingga wangi.
Masukkan daging, masukkan hirisan cili padi dan cili Benggala.
Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. Kacau rata.
Tutup api dan daging sedia dihidangkan.
25. SUP IKAN SIAKAP
BAHAN-BAHAN
1 ekor ikan siakap | dibersihkan dan dikelar
1 batang kulit kayu manis
1 butir bunga lawang
4 ulas bawang putih | dihiris nipis
4 biji bawang merah | dihiris nipis
1 biji lada merah | dihiris nipis
1/2 biji lobak merah | dihiris
1 biji tomato | dibelah enam
1/2 cawan air asam jawa
Bawang goreng secukupnya
Air secukupnya
Minyak masak untuk menumis
Garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak di dalam kuali dan tumiskan kulit kayu manis, bunga lawang dan bahan yang dihiris nipis sehingga naik bau.
Tuangkan air secukupnya dan biarkan menggelegak. Kemudian, masukkan pula ikan, lobak merah, air asam jawa dan renehkan sehingga ikan masak sempurna.
Seterunya, masukkan pula tomato dan perasakan dengan garam secukup rasa. Biarkan reneh seketika dan padamkan api.
Akhir sekali, masukkan sup ke dalam mangkuk dan taburkan bawang goreng secukupnya.
Sedia untuk dihidangkan.
Info Chef: Air asam jawa berfungsi untuk menyeimbangi rasa dan menyedapkan lagi sup.
26. AYAM GORENG CILI MASALA
BAHAN-BAHAN:
1 keping isi dada ayam | potong dadu
1 sudu teh garam masala
1 sudu makan serbuk cili
1 sudu teh serbuk lada sulah
1 sudu teh serbuk kunyit
2 ulas bawang putih | kisar halus
2cm halia | kisar halus
Minyak masak secukupnya | untuk menggoreng
3 batang kacang panjang | potong 3cm
1/2 batang lobak merah | potong memanjang 3cm
1/2 biji cili Banggala
1/2 biji bawang Holland
1 sudu makan tepung gandum
BAHAN SOS CILI:
3 biji cili merah
3 biji cili padi merah
1 ulas bawang putih
1 biji limau nipis | ambil jusnya sahaja
Garam dan gula secukup rasa
CARA MEMASAK:
Gaulkan isi ayam bersama garam masala, lada sulah, serbuk cili, serbuk kunyit, bawang putih dan halia. Kemudian tambahkan tepung gandum dan gaul lagi.
Seterusnya panaskan minyak kemudian goreng ayam hingga garing, kemudian masukkan kacang panjang, lobak merah,cili Benggala. Kacau seketika dan angkat dan tapiskan minyaknya.
Kemudian sediakan bahan sos. Masukkan semua bahan dalam mesin pengisar dan kisar hingga sebati.
Masukkan dalam mangkuk, kemudian hidangkan bersama ayam goreng dan nasi putih.
27. SAYUR FAT CHOY TUMIS TOFU
BAHAN-BAHAN:
5 tangkai sawi hijau | dicuci bersih
1 keping tauhu telur | dipotong tebal dan goreng
1/2 biji lobak merah | dihiris nipis
4 ulas bawang putih | dicencang
1 sudu teh tepung jagung | dibancuh air
1 sudu makan minyak bijan
Air secukupnya
Minyak masak untuk menumis secukupnya
Garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak di dalam kuali, tumiskan bawang putih sehingga naik bau. Masukkan hirisan lobak merah dan tambahkan air. Kacau dan biarkan mendidih.
Setelah itu, tambahkan pula minyak bijan dan sawi. kacau dan masak sehingga layu.
Perasakan dengan garam secukup rasa dan kacau sebati.
akhir sekali, masukkan tauhu telur yang telah digoreng dan kaup balikkan. Padamkan api dan sedia untuk dinikmati.
Info Chef: Jika ingin menggunakan sos tiram, elakkan penggunaan garam sebagai perasa kerana sos tiram sudah cukup menerbitkan rasa masin yang sempurna.
28. AYAM GORENG CILI BUNGA KANTAN
BAHAN-BAHAN:
500gm isi dada ayam | hiris kecil, bersih dan tos
2 batang bunga kantan | hiris
1 biji bawang besar | potong dadu
3 ulas bawang putih | cincang halus
3cm halia muda | hiris halus
2 batang serai | hiris halus
8 biji cili padi | hiris halus
Garam, gula dan perasa secukupnya
Minyak masak secukupnya | untuk menggoreng dan menumis
CARA MEMASAK:
Gaulkan ayam dengan sedikit garam, serbuk kunyit dan lada sulah. Perap 10 minit.
Panaskan minyak dalam kuali, goreng ayam hingga garing. Angkat dan ketepikan.
Keluarkan minyak, tinggal sedikit untuk menumis.
Tumiskan hirisan bawang merah, bawang putih, halia dan serai hingga naik bau.
Kemudian masukkan ayam yang telah digoreng, hirisan bunga kantan dan cili.
Perasakan dengan garam, gula dan perasa secukupnya. Kacau rata.
Tutup api, hidangkan panas-panas.
29. TELUR BUNGKUS SARDIN
BAHAN-BAHAN
1 tin sedang ikan sardin | asingkan dari kuah
Sedikit cili benggala | dadu halus
1 pokok daun bawang | hiris halus
1/2 biji buah tomato | dadu halus
1/2 biji bawang Holland | dadu halus
1 biji bawang putih | cincang halus
1 sudu makan pes cili kering
Garam dan gula secukup rasa
1 sudu makan minyak masak
BAHAN TELUR DADAR:
2 – 3 biji telur
Secubit garam
Secubit serbuk lada sulah
CARA MEMASAK:
Hancurkan isi sardin dalam mangkuk, kemudian ketepikan.
Panaskan minyak, tumis bawang putih dan bawang Holland hingga layu.
Masukkan pes cili, kacau hingga pecah minyak.
Seterusnya masukkan sardin, cili benggala dan tomato, kacau rata.
Kemudian perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
Setelah kuah kering, tutup api.
Sediakan pula telur dadar, pecahkan telur dalam mangkuk.
Masukkan sedikit garam dan lada sulah, kacau rata.
Panaskan kuali non stick dengan sedikit minyak.
Tuang telur dan dadarkan ikut saiz sesuai dengan isi sardin tadi.
Setelah garing, letakkan isi sardin di tengahnya, kemudian lipat bahagian tepi hingga menjadi bentuk empat segi sama.
Angkat dan sedia dihidangkan.
INFO CHEF: Cara mudah untuk terbalikkan telur dadar, tekapkan telur dengan piring atau pinggan di atasnya kemudian terbalikkan kuali. Telur akan masuk dalam piring dengan cantik.
30. IKAN MACKEREL ASAM PEDAS
BAHAN-BAHAN:
1 tin besar ikan mackerel | asingkan isi ikan dari kuah
4 biji bendi
1 biji tomato | belah empat
1 kuntum bunga kantan | belah dua
3 pucuk daun kesum
1/2 cawan air asam Jawa
Air secukupnya
2 sudu makan pes cili kering
Garam dan gula secukup rasa
4 sudu makan minyak masak
BAHAN KISAR:
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
2 cm halia
2cm lengkuas
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak, tumis bahan kisar hingga wangi.
Masukkan pes cili, kacau lagi hingga pecah minyak.
Masukkan pula air asam Jawa, biarkan mereneh seketika baru masukkan ikan.
Seterusnya masukkan kacang bendi, bunga kantan dan daun kesum .
Akhir sekali perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
Biarkan mereneh seketika sehingga timbul minyak. Tutup api,
Sedia dihidangkan.
INFO CHEF: Jangan kacau selalu untuk mengelakkan isi ikan hancur.