![Untitled design - 2022-05-24T145625.799](https://cdn.rasa.my/2022/09/Untitled-design-2022-05-24T145625.799.jpg)
Bagi penggemar hidangan Pais Ikan, boleh cuba resipi perkongsian saudari Umiehanie Aziz ni. Sangat ringkas namun membuka selera. Sesuai bagi anda yang tak punya banyak masa di dapur. Nak masaknya pun mudah. Boleh bakar guna kuali je. Guna pun ikan Talapia. Sedap! Tapi kalau nak guna Ikan Patin atau ikan lain pun tiada masalah. Terpulang pada cita rasa masing-masing nak menikmatinya dengan cara bagaimana. Jom cuba! Anda pasti sukakan rasanya.
CARA MASAK PAIS IKAN TALAPIA SEDAP & MUDAH
BAHAN-BAHAN:
Ikan talapia sangkar
Bunga kantan
Daun kesum
Petai
Daun kunyit
2 senduk tempoyak
1/2 cawan air
Cili padi merah
Cili padi hijau
1/2 inci kunyit hidup
Garam, gula & ajinomoto secukupnya
CARA MEMASAK:
1. Untuk membuat pes tempoyak, tumbuk cili padi merah, cili padi hijau dan kunyit hidup.
2.Bancuh tempoyak dengan air dan gaulkan dengan bahan tumbuk tadi. Kemudian masak sampai mendidih.
3. Perasakan dengan gula, garam ajinomoto dengan secukupnya.
4. Letak pes tempoyak di bahagian atas dan bawah ikan. Sapukan juga dalam perut ikan denga rata.
5. Hiris bunga kantan, daun kesum, petai dengan banyak. Taburkan.
6. Balut ikan dengan kemas menggunakan daun pisang. Empunya resipi balut ikan sedikit tebal kerana tiada aluminium foil.
7. Bakar ikan di dalam kuali atau pemanggang. 5 minit pertama, bakar guna api sederhana dan 15 minit seterusnya, bakar guna api perlahan sampai masak.
8. Pais Tempoyak Ikan Talapia sedia untuk dihidangkan.
Kredit resipi & foto: Umiehanie Aziz
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Resipi Telur & Tauhu Masak Kicap Cili Padi. Lauk Mudah, Super Sedap!
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Koleksi Resipi Lauk Sedap Boleh Masak Guna Taucu
![Koleksi Resipi Lauk Sedap Boleh Masak Guna Taucu](https://cdn.rasa.my/2023/06/Untitled-design-50.jpg)
Taucu adalah berupa kacang soya yang telah direbus dan diperam. Ia digunakan sebagai rencah dan penyedap dalam masakan. Kalau nak tahu, banyak lauk pauk sedap yang boleh dihasilkan menggunakan taucu ni. Bagi yang nak cuba, boleh jadikan koleksi masakan taucu ni sebagai panduan. Selamat mencuba!
1.TAUCU KELANTAN
BAHAN-BAHAN:
- 2 senduk taucu – beli online disini
- Air asam jawa (1 sudu asam jawa+ segelas air)
- 4 sudu besar gula
- Secubit garam
- 5 senduk santan – beli online disini
- Secekak kecil kacang panjang – potong pendek
BAHAN KISAR:
- 4 biji bawang merah
- 3 ulas bawang putih
- 3tangkai cili padi
- 3 batang serai
- 1 inci lengkuas
- 2 hiris nipis halia
- 2 sudu besar udang kering – beli online disini
- 1 sudu besar belacan – beli online disini
BAHAN LAUK:
- Segenggam hati ayam
- Segenggam pedal
- 4 kaki ayam
- 6 kepak ayam
- 6 ketul bahagian ayam yang bertulang
- (semua bahagian diats ini dipotong kecil. Kemudian rebus separa masak bersama serbuk kunyit dan garam secukupnya. Ketuk 2 batang serai dan sehiris halia untuk menambahkan rasa.)
- Segenggam udang
BAHAN HIASAN:
- 1 1/2 biji bawang besar Holland – belah dadu
- 4 tangkai cili hijau
- 2 tangkai cili merah – dipotong bulat
- 2 biji tomato kecil – belah 8
CARA MEMASAK:
- Tumis bahan kisar sehingga naik bau.
- Lecekkan taucu dalam lesung batu sebelum ditumis sekali.
- Masukkan air asam jawa (1 sudu asam jawa+ segelas air) setelah bahan tumis garing.
- Tambahkan gula dan secubit garam. Kuantiti gula terpulang pada citarasa sendiri. Garam tak perlu banyak sebab rencah taucu sudah cukup masin.
- Boleh masukkan potongan ayam yang telah direbus tadi. Udang dimasukkan selepas ini.
- Tutup dengan penutup. Renehkan sehingga ayam sedikit empuk.
- Selepas ayam masak, masukkan santan. Kuah taucu tidak perlu banyak.
- Boleh masukkan udang setelah semuanya mula sebati.
- Apabila kuah mula mendidih, masukkan bahan hiasan kecuali tomato. Setelah bawang mula layu, barulah masukkan tomato kecil.
- Akhirnya boleh masukkan kacang panjang yang dipotong pendek.
- Balik-balikkan 1-2 minit. Boleh tutup api supaya kacang tidak terlebih masak dan warna kacang panjang tetap hijau cantik.
- Siap. Boleh dihidangkan.
Kredit resipi & foto: Afy Al Habibi
2. UDANG MASAK TAUCU
BAHAN-BAHAN:
- Udang
- 2 biji bawang merah – dihiris
- 2 ulas bawang putih – dicincang
- 1/2 inci halia – dihiris
- 1 batang cili merah – dihiris
- 2 tangkai cili api – dihiris
- Tauchu
- Sedikit pes asam jawa – beli online disini
- Sedikit gula
- Air
CARA MEMASAK:
1.Tumis bawang merah, bawang putih, halia dan cili hingga naik bau.
- Kemudian masukkan taucu dan kacau seketika.
- Kemudian, masukkan pes asam jawa dan tambah sedikit air. Bila air mendidih masukkan sedikit gula dan udang. Tak perlu tambah garam kerana taucu sudah masin.
- Biar kuah memekat. Siap.
Kredit resipi & foto: Mohd Nubli Kumkum Bin Mohd Nor
3. AYAM MASAK TAUCU
BAHAN-BAHAN:
- Ayam – potong kecil & goreng
- 60gm taucu
- 2 batang serai – diketuk
- Bawang besar – potong bulat
- Cili merah – hiris
- Daun sup & daun bawng secukupnya
BAHAN KISAR:
- 3 biji bawang besar saiz sederhana
- 5-6 ulas bawang putih
- 10 tangkai cili kering – beli online disini
- Halia
- 1-2 sudu kecil asam jawa (ambil airnya)
CARA MEMASAK:
1.Tumis bahan kisar bersama taucu sampai pecah minyak.
- Masukkn air asam jawa dan juga serai. Tambah sedikit air jika suka berkuah.
- Bila sudah menggelegak, masukkan ayam yang telah digoreng. Masak ikut kepekatan yang disukai.
- Tak perlu perasakan kerana taucu sudah masin. Tambah andai perlu sahaja.
- Akhir sekali masukkan hirisan bawang besar, cili merah, daun sup dan daun bawang.
- Siap dan sedia untuk dinikmati.
Kredit resipi & foto: Aida Akashahfitri
4. TAUCU PETAI
BAHAN-BAHAN:
- Petai
- 1 biji bawang besar – hiris
- 10 biji cili api hijau – tumbuk
- 2 biji cili merah – tumbuk
- 2 sudu makan taucu
- Sedikit belacan – beli online disini
- Gula dan perasa secukupnya
CARA MEMASAK:
- Tumis bawang besar, cili-cili tumbuk dan belacan.
- Setelah layu, masukkan taucu.
- Seterusnya masukkan sedikit air, perasa, gula dan petai. Tak perlu letak garam kerana taucu dah rasa masin.
- Gaul rata dan angkat. Sedia untuk dinikmati.
Kredit resipi & foto: Ida Filzati
5. IKAN BILIS SAMBAL TAUCU
BAHAN-BAHAN:
- 1 genggam ikan bilis – pilih yang saiz sederhana atau kecil. Basuh & tos. – beli online disini
- 3 biji bawang merah – dipotong
- 3-4 ulas bawang putih – dipotong halus
- 1/2 biji bawang holland – dipotong kasar – beli online disini
- 1/2 mangkuk kecil air asam jawa
- 2 biji cili hijau – dipotong
- 2 biji cili merah – dipotong. Tak nak letak pun boleh.
- 4 biji cili padi merah – potong halus
- 4-5 sudu makan taucu – sebaiknya guna taucu yang tak hancur untuk elakkan rasa masin yang melampau.
- Minyak untuk menumis
- Gula dan perasa secukupnya
CARA MEMASAK:
- Tumis ikan bilis dengan sedikit minyak. Setelah ikan bilis separuh garing, masukkan semua bawang dan cili.
- Setelah naik bau, masukkan air asam jawa dan tambah sedikit air agak-agak hingga tenggelam separuh bahan-bahan tadi. Tunggu ia mereneh dan lembut sekejap.
- Masukkan taucu danperasakan dengan sedikit gula serta Tak perlu letak garam.
- Biarkan mereneh sekali lagi dan sedia untuk diangkat.
Kredit resipi & foto: Nina Lee Daud
6. AYAM KUKUS MASAK TAUCU PEDAS
BAHAN-BAHAN:
- 6 ketul paha ayam – bersihkan dan potong kecil
- 1 biji bawang holland – dicincangkan
- 1 labu bawang putih – dicincangkan
- 6 cili merah dicincangkan – nak pedas boleh guna cili api
- 1 sudu besar taucu
- 1 sudu besar gula perang- boleh ganti gula putih – beli online disini
- 4 sudu besar kicap cair – beli online disini
- 1 sudu besar minyak bijan – beli online disini
- 1 sudu besar sos tiram – beli online disini
- 2 sudu kecil serbuk pati ayam – beli online disini
- Sedikit lada sulah – beli online disini
- Garam secukup rasa – jika perlu
- 1 batang daun bawang – hiris kecil
CARA MEMASAK:
- Gaulkan ayam bersama bahan-bahan lain ( kecuali daun bawang) hingga rata.
- Panaskan kukusan dan kukus ayam selama 30 minit.
- Buka kukusan dan taburkan hirisan daun bawang. Gaul rata dan kukus kembali selama 10 minit.
- Angkat dan sedia untuk dinikmati.
Kredit resipi & foto: Mary Teo Lee Na
7. TIMUN MASAK TAUCU
BAHAN-BAHAN:
- 1 batang timun – hiris panjang
- 3-4 biji cili padi
- 2 ulas bawang putih – hiris
- 3 biji bawang merah – hiris
- 1-2 sudu makan taucu
- Minyak untuk menumis
- Sedikit ikan bilis – beli online disini
- 1 keping asam keping/ gelugor – beli online disini
- 1 sudu makan cuka
- Gula secukup rasa
- Air secukupnya
CARA MEMASAK:
- Panaskan minyak dan tumis bawang merah, bawang putih bersama ikan bilis. Masukkan taucu.
- Kemudian masukkan timun dan cili padi. Tambah air sedikit.
- Seterusnya tambahkan asam keping, cuka dan gula secukup rasa.
- Tumis sampai timun sedikit lembut. Jika nak kuah lebih, tambahkan air.
- Angkat dan enak dinikmati bersama ikan bakar atau ikan goreng.
Kredit resipi & foto: Fizah Nasir
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Resipi Daging Masak Merah, Ini Rahsia Masak Sedap Macam Dekat Kedai
Resipi Cucur Bilis Tambah Kucai & Cili Kering Tumbuk, Sangat Sedap!
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official
Hidangan Pajeri Terung Yang Sedap & Pekat, Confirm Puas Makan
![Hidangan Pajeri Terung Yang Sedap & Pekat, Confirm Puas Makan](https://cdn.rasa.my/2022/07/Untitled-design-2022-07-20T153208.635.jpg)
Masak apa ye untuk tengah hari nanti? Dah lama tak masak pajeri terung. Pajeri terung ni sedap dimakan bersama gelama masam, pergh.. padu rasa.Pastikan pajeri ni manis sikit baru sedap, kalau tak rasanya macam kari biasa saja.Tapi jangan sampai manis sangat.Udang kering buatkan pajeri lagi sedap, tapi kalau tak ada pun tak apa.
Pajeri Terung
Bahan-bahan:
4 biji terung panjang, setiap satu belah dua, kemudian belah tengah jangan sampai putus.
Bancuhan pes kari:
2 ulas bawang putih*
2 ulas bawang merah*
1/2 inci halia*
3 sudu makan serbuk kari daging/ayam
Tumbuk bahan * kemudian campurkan dengan serbuk kari, letak air sikit jadikan bancuhan.
Bahan tumis:
2 ulas bawang putih dihiris
2 ulas bawang merah dihiris
1 inci halia dipotong mancis
Daun kari
4 sekawan
1 sudu makan udang kering ditumbuk halus
Bahan lain:
1 sudu makan kerisik
Air asam jawa
2/3 sudu makan santan kotak/ suku cawan santan segar pekat
1/2 ketul gula melaka
1/2 sudu makan gula pasir
1 sudu teh garam
Cara memasak:
1.Panaskan minyak lebih kurang setengah cawan
2.Tumis bahan tumis sampai garing.
3.Masukkan bancuhan kari paste dan kacau sampai garing dan pecah minyak.
4.Masukkan terung, air sikit, masak sampai terung agak lembut
5.Masukkan gula melaka/gula merah, air asam jawa sikit je jangan sampai masam (lebih kurang 2sdm air asam yang cair)
6.Masuk garam, kerisik, santan.
7.Biarkan api kecil sampai terung cukup masak, siap!
Kredit: Khas Fena
30 Makanan Popular Rakyat Kelantan & Wajib Cuba Kalau Ke Negeri Cik Siti Wan Kembang.
![30 Makanan Popular Rakyat Kelantan & Wajib Cuba Kalau Ke Negeri Cik Siti Wan Kembang.](https://cdn.rasa.my/2018/07/Untitled-design-4-4.png)
Kelantan; sebuah negeri yang terletak di timur laut semenanjung Malaysia, berhadapan dengan Laut China Selatan serta bersempadan dengan Thailand. Ia memang cukup terkenal dengan aneka makanannya yang enak serta pelbagai. Dari lauk pauk hinggalah ke kuih muih. Semuanya memang sedap dan unik.
Kalau nak disenaraikan, memang panjang listing makanan asli Kelantan ni. Tapi yang ada di bawah ni antara hidangan-hidangan yang wajib cuba jika berkunjung ke sana. Jika anda orang Kelantan dan pernah cuba semua ni, perghhh…korang memang ore Kelate pure. Hebakkk! Jom lihat apa makanan yang best dan wajib cuba di Kelantan.
1. NASI KERABU HITAM, KUNING & PUTIH
![30 Makanan Popular Rakyat Kelantan & Wajib Cuba Kalau Ke Negeri Cik Siti Wan Kembang.](https://cdn.rasa.my/rasa/RzcQY.jpg)
![30 Makanan Popular Rakyat Kelantan & Wajib Cuba Kalau Ke Negeri Cik Siti Wan Kembang.](https://cdn.rasa.my/rasa/hvjCM.jpg)
![30 Makanan Popular Rakyat Kelantan & Wajib Cuba Kalau Ke Negeri Cik Siti Wan Kembang.](https://cdn.rasa.my/rasa/IMG_20161111_115435.jpg)
2. NASI DAGANG BERAS MERAH
![30 Makanan Popular Rakyat Kelantan & Wajib Cuba Kalau Ke Negeri Cik Siti Wan Kembang.](https://cdn.rasa.my/rasa/CeTa1.jpg)
3. LAKSA LEMAK & LAKSAM
![30 Makanan Popular Rakyat Kelantan & Wajib Cuba Kalau Ke Negeri Cik Siti Wan Kembang.](https://cdn.rasa.my/rasa/20130201_082822.jpg)
![30 Makanan Popular Rakyat Kelantan & Wajib Cuba Kalau Ke Negeri Cik Siti Wan Kembang.](https://cdn.rasa.my/rasa/Untitled-design-13-5.jpg)
4. NASI TUMPANG
![30 Makanan Popular Rakyat Kelantan & Wajib Cuba Kalau Ke Negeri Cik Siti Wan Kembang.](https://cdn.rasa.my/rasa/image.jpg)
5. PULUT TANAK GAUL NYOR
![30 Makanan Popular Rakyat Kelantan & Wajib Cuba Kalau Ke Negeri Cik Siti Wan Kembang.](https://cdn.rasa.my/rasa/DSC02797.jpg)
6. PULUT PAGI
7. AYAM PERCIK KUAH PUTIH
8. TERESEK
![30 Makanan Popular Rakyat Kelantan & Wajib Cuba Kalau Ke Negeri Cik Siti Wan Kembang.](https://cdn.rasa.my/rasa/DSC_0466.jpg)
9. BUDU DURIAN
![30 Makanan Popular Rakyat Kelantan & Wajib Cuba Kalau Ke Negeri Cik Siti Wan Kembang.](https://cdn.rasa.my/rasa/tumblr_o72jcsWAU01qb9lb8o1_1280.jpg)
10. ETOK SALAI
![30 Makanan Popular Rakyat Kelantan & Wajib Cuba Kalau Ke Negeri Cik Siti Wan Kembang.](https://cdn.rasa.my/rasa/29251610853_897a9f4b33_b.jpg)
11. KERABU SAREA
![30 Makanan Popular Rakyat Kelantan & Wajib Cuba Kalau Ke Negeri Cik Siti Wan Kembang.](https://cdn.rasa.my/rasa/IMG_4633.jpg)
12. SINGGANG DAGING
13. SOLOK IKAN
![30 Makanan Popular Rakyat Kelantan & Wajib Cuba Kalau Ke Negeri Cik Siti Wan Kembang.](https://cdn.rasa.my/rasa/resepi-solok-ikan.jpg)
14. SOLOK LADA
![30 Makanan Popular Rakyat Kelantan & Wajib Cuba Kalau Ke Negeri Cik Siti Wan Kembang.](https://cdn.rasa.my/rasa/IMG_1157.jpg)
15. NASI MANIS
![30 Makanan Popular Rakyat Kelantan & Wajib Cuba Kalau Ke Negeri Cik Siti Wan Kembang.](https://cdn.rasa.my/rasa/20150630_185606.jpg)
16. KETUPAT SOTONG
![30 Makanan Popular Rakyat Kelantan & Wajib Cuba Kalau Ke Negeri Cik Siti Wan Kembang.](https://cdn.rasa.my/rasa/DSC_1853a.jpg)
17. KATUR
18. JALA MAS
![30 Makanan Popular Rakyat Kelantan & Wajib Cuba Kalau Ke Negeri Cik Siti Wan Kembang.](https://cdn.rasa.my/rasa/Jala-Mas.jpg)
19. ASSAM GUMPAL
![30 Makanan Popular Rakyat Kelantan & Wajib Cuba Kalau Ke Negeri Cik Siti Wan Kembang.](https://cdn.rasa.my/rasa/P_20160623_215139.jpg)
20. KUIH TOPI
![30 Makanan Popular Rakyat Kelantan & Wajib Cuba Kalau Ke Negeri Cik Siti Wan Kembang.](https://cdn.rasa.my/rasa/30216060466_4ee18892d4_b.jpg)
21. TEPUNG SERUNAI
![30 Makanan Popular Rakyat Kelantan & Wajib Cuba Kalau Ke Negeri Cik Siti Wan Kembang.](https://cdn.rasa.my/rasa/YosriTepongPasong.jpg)
22. SIRA LABU
23. AKOK KEDUT
![30 Makanan Popular Rakyat Kelantan & Wajib Cuba Kalau Ke Negeri Cik Siti Wan Kembang.](https://cdn.rasa.my/rasa/akok.jpg)
24. TAHI ITIK
![30 Makanan Popular Rakyat Kelantan & Wajib Cuba Kalau Ke Negeri Cik Siti Wan Kembang.](https://cdn.rasa.my/rasa/DSC01098_picnik.jpg)
25. PULUT PANGGANG INTI SAMBAL IKAN
26. PULUT BAKAR
![30 Makanan Popular Rakyat Kelantan & Wajib Cuba Kalau Ke Negeri Cik Siti Wan Kembang.](https://cdn.rasa.my/rasa/Pulut-Bakar-DSC_0093a.jpg)
27. LOMPAT TIKAM
![30 Makanan Popular Rakyat Kelantan & Wajib Cuba Kalau Ke Negeri Cik Siti Wan Kembang.](https://cdn.rasa.my/rasa/kuihlompattikam.jpg)
28. BUNGA TANJUNG
![30 Makanan Popular Rakyat Kelantan & Wajib Cuba Kalau Ke Negeri Cik Siti Wan Kembang.](https://cdn.rasa.my/rasa/IMG_6094.jpg)
29. NEKBAT
![30 Makanan Popular Rakyat Kelantan & Wajib Cuba Kalau Ke Negeri Cik Siti Wan Kembang.](https://cdn.rasa.my/rasa/nekbat.jpg)
30. CEK MEK
![30 Makanan Popular Rakyat Kelantan & Wajib Cuba Kalau Ke Negeri Cik Siti Wan Kembang.](https://cdn.rasa.my/rasa/cek-mek.jpg)