Ramai ke peminat Ayam Goreng Korea di sini? Kalau tengok dalam drama Korea, wah, bukan sedap lagi tengok mereka makan kan.
Tapi, nak buat Ayam Goreng Pedas ala Korea mudah je sebenarnya. Menerusi perkongsian saudara Mohamad Arymin, ada teknik rahsia untuk kekalkan tekstur crispy ayam tersebut. Teknik ini dipanggil double frying, orang Korea selalu buat.
Jom tengok resepi Ayam Goreng Korea by Abam Jambang Korea ni.
1. Potong ayam kepada 2, perap dengan sebiji telur, serbuk blackpepper dan sedikit perasa. Perap dalam 30 minit pun dah okay.
2. Bedak-bedakkan ayam tu dengan tepung bestari. Biar salut semuanya.
3. Gorengan pertama ni guna api sederhana je, sampai ayam nampak kuning keemasan dan isi dalamnya masak. Angkat dan rehatkan dalam 15-20 minit.
4. Ini rahsianya ayam kekal rangup, iaitu dua kali goreng. Goreng kali kedua ni guna api yang besar dan suhu minyak yang lagi tinggi. Goreng dalam 2-3 minit saja dan warnanya keperangan.
5. Sediakan bahan untuk sos pedas. Boleh adjust sukatan ikut tahap kepedasan korang.
6. Kisar bawang putih dalam chopper. Sekejap dah beres.
Ads
7. Masukkan sedikit minyak dalam kuali dan tumis bawang putih tadi.
8. Lepastu masukkan cili boh, kacau sampai agak garing. Masukkan sos cili dan sos cili & cendawan. Kacau rata.
9. Masukkan madu dan bahan perasa secukupnya. Akhir sekali masukkan ayam dan biji bijan. Gaul rata semuanya. Siap dan sedia untuk dihidang.
Bagi penggemar sajian Ayam Bakarsedap dan suka buat BBQ, resipi perapan perkongsian saudari Cik Merpati Putih ini tentunya anda kena simpan dan cuba. Kalau resipi-resipi lain, sos perapannya menggunakan banyak bahan dan rempah, tapi yang ini cukup mudah. Hanya guna 8 bahan yang sememangnya ada di dapur anda. Kos tak banyak tapi rasa sedap. Memang berbaloi. Jom cuba!
CARA MEMBUAT PERAPAN AYAM BAKAR @ GRILL SEDAP HANYA GUNA 8 BAHAN
3. Apabila sudah garing seperti dalam gambar, boleh angkat dan toskan. Ketepikan.
4. Baki minyak tadi kurangkan sikit, tumiskan bawang merah dan bawang putih yang dihiris nipis.
5. Masukkan sos tiram. Kalau tak ada pun tak apa. Bubuh ikan bilis pun sedap. 6. Masukkan air sesuai dengan citarasa. Saya suka berkuah jadi bubuh banyak sikit airnya.
7. Bila kuah mendidih, masukkan brokoli. Kalau nak bubuh sayur lain pun boleh tau. Ikut selera ya.
8. Masukkan tauhu telur goreng tadi.
9. Masukkan serbuk lada sulah. Masa ini dah bau sedap sangat dah.
10. Masukkan cili hiris. 11. Masukkan bancuhan air tepung jagung. Biarkan mendidih terus tutup api. Saya tak bubuh garam sebab dah cukup rasa dah. Sos tiram tu masin tau.
Selain sambal belacan, sambal pauh muda juga adalah salah satu sambal yang sedap sungguh dan sesuai untuk menambah selera makan. Nak membuatnya pun senang. Cuma kena rajin menumbuk menggunakan lesung batu. Jangan kisar guna blender pula ya. Tak jadi kalau buat sambal guna blender ni.
SAMBAL PAUH MUDA
BAHAN-BAHAN
Bawang merah (dibakar)
Cili merah
Cili hijau
Belacan
Ikan bilis
Pauh muda
Garam
Gula
CARA MEMBUAT
1. Tumbuk bawang merah, cili merah dan cili hijau. Jangan lumat sangat.
2. Tumbuk belacan dan ikan bilis.
3. Masukkan pauh muda. Tumbuk sikit-sikit.
4. Perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
5. Sedia dimakan.