Sedapnya kuih Apam Balik panas-panas ni. Sekeping je tak cukup. Tapi ramai yang tak berani nak cuba masak secara homemade sebab tak ada dapur khas. Usah risau sebab walau tak ada dapur khas untuk apam balik, anda masih boleh masak kuih ni. Guna kuali non stick je. Jom cuba resipi perkongsian saudari Sapura Pua ni. Memang best! Boleh letak banyak inti.
RESIPI APAM BALIK HOMEMADE
BAHAN DOH APAM ( HASIL ANGGARAN 5 KEPING):
2 cawan tepung gandum
1/4 cawan gula
1 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh baking powder
1 biji telur
1 1/2 cawan susu cair / full cream
1/2 sudu teh garam
Sedikit pewarna kuning
CARA-CARA:
Ayak tepung, baking powder dan soda bikarbonat.
Pukul telur dan gula sehingga sebati. Gula tidak perlu larut sangat.
Masukkan susu dan pewarna. Teruskan kacau sehingga sebati.
Masukkan campuran tepung yang telah diayak tadi dan kacau sebati sehingga adunan licin dan tidak berketul. (jika nak lagi mudah, tapis adunan).
Perap adunan selama 1 jam.
BAHAN TABUR / INTI:
Kacang tanah | digoreng tanpa minyak dan dikisar
1 tin jagung manis
Mentega / marjerin secukupnya
Gula secukupnya
IKLAN
CARA MEMASAK:
1. Panaskan kuali tak melekat dan sapukan sedikit marjerin. 2. Masukkan 2 senduk adunan tepung dan ratakan sekeliling.
3. Tabur gula ( anggaran 2 sudu makan) dan tutup kuali. Biar hingga adunan masak. Jika mahukan apam yang rasa lebih manis, lebihkan gula. Kalau apam ada lubang-lubang halus diatasnya, bermakna adunan tersebut menjadi. 4. Tabur kacang tanah rata-rata diikuti mentega dan jagung.
5. Lipat apam dan balikkan. Angkat. 6. Sedia untuk dinikmati.
IKLAN
Petua:
Kalau kuali melekat, ambil kuning telur sahaja dan masak dalam kuali tersebut sehingga masak. Ambil tisu dan tonyoh telur tersebut di permukaan kuali. Telur jadi hangit pun tak apa. Insya-Allah kuali jadi tak melekat dah.
Jom cuba resipi Sambal Bilis Petai Campur Tempoyak perkongsian saudari SuiSan Aliezsha ni. Sangat ringkas dan mudah tapi rasanya begitu membuka selera.
Bagi anda yang wajib ada hidangan sambal bila setiap kali waktu makan, resipi yang dikongsikan ini wajiblah dicuba. Memang sangat sedap rasanya.
Jadi jom kita lihat bahan-bahan yang diperlukan untuk menyediakan menu ini dan juga cara masaknya. Selamat mencuba!
CARA MASAK SAMBAL BILIS PETAI CAMPUR TEMPOYAK
BAHAN-BAHAN:
Minyak masak
Ikan bilis – beli online disini
4 ulas bawang merah kecil – ditumbuk
5 ulas bawang putih – ditumbuk
Sos tiram – beli online disini
1 keping asam gelugur – beli online disini
Petai
10 tangkai cili api – dihiris
3 labu bawang merah besar – dihiris
2 sudu besar tempoyak
CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak masak. Goreng ikan bilis. Angkat dan ketepikan.
2. Kurangkan sedikit minyak goreng ikan bilis tadi. Tumis bawang kecil dan bawang putih. Masukkan sos tiram dan asam keping.
3. Masukkan petai, cili api dan bawang besar. Kacau sebati. Biarkan bawang besar layu.
4. Masukkan tempoyak dan garam. Masukkan ikan bilis yang sudah digoreng tadi. Gaul sebati. Boleh dihidang.
Menu Ayam Goreng Berempah ni memang digemari ramai. Makan panas-panas, memang layan! Biasanya ia dinikmati bersama hidangan nasi lemak. Makan dengan nasi putih panas-panas pun layan! Ada pula sambal kan, lagilah berselera. Nak cuba? Jom lihat resipi perkongsian saudari Norwati Che Kar ni.
AYAM GORENG BEREMPAH ( 1 EKOR AYAM)
BAHAN-BAHAN:
1 ekor ayam – potong kecil
1 sudu makan kari ayam
1 sudu makan serbuk cili atau cili blender (mana satu yang ada)
1 sudu makan serbuk kunyit
1 sudu makan minyak masak
3 sudu makan tepung jagung
Daun kari.
Garam dan gula secukup rasa
BAHAN KISAR HALUS:
1 biji bawang besar
4 biji bawang putih
1 inci halia
1 inci kunyit hidup
1 batang serai – potong saiz seinci setiap keratan
BAHAN KISAR KASAR & KERING:
2 sudu besar ketumbar
2 sudu besar jintan kasar
2 sudu besar jintan halus
CARA MEMASAK:
Satukan semua bahan dan gaulkan pada ayam. Perap seketika.
Panaskan minyak dengan banyak dan goreng ayam hingga masak dan garing.
Angkat dan sedia untuk dinikmati.
Tip:
Untuk mendapatkan serdak ayam, masa potong serai, hiris anggaran seinci-seinci untuk setiap keratan.
Jika perap ayam dalam jumlah yang banyak, kisar serai secara berasingan. Tapis dan buang air kisaran serai dan ambil seratnya sahaja.
Menu lauk pauk pantai timur memang menggoda. Orang pantai timur nak merentas negeri pun tak boleh di kala ini. Jadi untuk mengubati rindu dengan masakan di kampung halaman bolehlah buat gulai ikan tongkol ni untuk makan tengah hari nanti. Gerenti membuka selera.
GULAI IKAN TONGKOL Bahan-bahan:
1ekor ikan tongkol sederhana besar potong ikut suka rebus dengan asam keping masuk garam gula secukup rasa. 1/2kg santan pekat
Bahan kisar 10 biji cili kering-BELI ONLINEDI SINI 2 biji bawang merah besar 2 ulas bawang putih-BELI ONLINE DI SINI 2 cm lengkuas 3 cm kunyit hidup Cili merah hijau dan cili padi-BELI ONLINE DI SINI
Cara membuat: 1.Santan pekat tadi campur dengan 5 gelas air rebus hingga mendidih. 2.Masukkan piring @ sudu dlm tu supaya tidak meruap. Simpan 1/2 gelas untuk kisar, bahan kisar tadi tak payah masuk air masa kisar nanti takut bergentel kuahnya tak cantik. 3.Santan tadi dah mendidih naik minyak, masuk bahan kisar kacau rata. 4.Masuk garam gula secukup rasa.Biarkan dia mereneh. Masukkan ikan yang dah direbus bersama kuahnya sekali tadi biar dia mereneh hingga naik minyak dan berkilat. 5.Masuk cili besar dan cili padi. Makin lama reneh makin cantik kuahnya. Sumber : Azizah Daud