Sedapnya steamboat homemade ni! Bagi anda dan keluarga yang bercadang nak buat hidangan ini di hari cuti ni, ini ada resipi terbaik perkongsian saudari Saba Natasha yang boleh dicuba. Buat sendiri ni bolehlah makan puas-puan. Malah, boleh jimat banyak. Jika ada adik beradik atau teman rapat nak datang ke rumah, sesuai sangat buat steamboat ni. Kalau makan di restoran, harganya boleh tahan mahal.  Nak cuba? Ini resipi sos yang anda kena cuba.

 

RESIPI SOS STEAMBOAT ALA JOHNNY’S

 

Cara Mudah Buat Sos & Sup Steamboat Homemade.

BAHAN-BAHAN:

  • 10 biji cili merah (cili besar)
  • 4 ulas bawang putih
  • 5 sudu besar minyak bijan
  • 5 sudu besar sos ikan
  • 5 sudu besar cuka epal – tak ada cuka biasa pun ok
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 2 sudu besar kicap – sis guna kicap kipas udang manis
  • 1 sudu besar pati sunquick
  • 1 sudu kecil tepung jagung
  • 1 cawan air
  • garam dan gula secukup rasa
  • 2 sudu besar bijan – digoreng tanpa minyak
  • Sedikit daun ketumbar – dihiris halus

 

CARA MEMASAK:

1. Kisar cili merah dengan bawang putih hingga halus.

2. Masukkan bahan kisar, minyak bijan, sos ikan, cuka, sos tiram, kicap dan sunquick ke dalam periuk

3. Masak hingga mendidih. Kemudian masukkan bancuhan tepung jagung dengan 1 cawan air.

IKLAN

4. Masak hingga kuah agak pekat dan berkilat. Rasa garam dan gula secukupnya.

5. Sebelum tutup api,masukkan sedikit bijan yang telah digoreng tanpa minyak dan hirisan daun ketumbar.

Cara Mudah Buat Sos & Sup Steamboat Homemade.

Cara Mudah Buat Sos & Sup Steamboat Homemade.

 

 

BAHAN SUP STEAMBOAT ( STOK AYAM)

IKLAN

Cara Mudah Buat Sos & Sup Steamboat Homemade.

3 ulas bawang putih – ditumbuk

Sedikit minyak untuk menumis

2 ketul kiub pati ayam

Tulang ayam

Garam secukup rasa – jika perlu

IKLAN

Hirisan daun ketumbar

 

CARA MEMASAK:

1. Panaskan sedikit minyak dalam periuk.

2. Tumiskan bawang putih hingga naik bau. Kemudian masukkan airdengan secukupnya.

3. Bila dah mendidih,masukkan kiub pati ayam dan tulang ayam (kalau ada).

4. Akhir sekali masukkan hirisan daun ketumbar. Bila stok ayam ni dah masak,boleh la masukkan bahan-bahan steamboat ya.

5. Sedia untuk dinikmati.

Cara Mudah Buat Sos & Sup Steamboat Homemade.

Kredit resipi & foto: Saba Natasha

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI