kacang siap

Aneka kacang goreng tidak kira apa cara olahan, ia antara kudapan wajib ada atas meja setiap kali menjelang perayaan. Selain sedap dan rangup kudapan ini paling senang disediakan dan ramai menyukai dan tidak ada istilah jemu mengunyaknya. Apa kata dari membeli korang cuba buat sendiri, lebih jimat dan boleh buat lebih. Baru puashati.

5 Resipi Kacang Goreng Sedap & Rangup, Sesuai Ni Untuk Kudapan Aidil Adha .

KACANG TANAH GORENG TEPUNG RANGUP
BAHAN-BAHAN:

  • 1 kg kacang tanah
  • 4 biji telur
  • 1 cawan gula
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 sudu teh esen vanilla
  • 1 labu bawang putih
  • Garam secukup rasa
  • Minyak secukupnya untuk menggoreng

CARA MEMASAK:

  1. Kisar bawang putih bersama sedikit garam.
  2. Pukul telur putih hingga kembang, kemudian masukkan bawang putih.
  3. Kacau dan masukkan kacang tanah, gaul rata.
  4. Masukkan tepung gandum, gaul hingga tepung melekat pada kacang sepenuhnyaa.
  5. Panaskan minyak, kemudian masukkan adunan kacang, biarkan seketika jangan kaacau.
  6. Apabila nampak sedikit garing, kacau supaya adunan kacang tadi terpisah.
  7. Atas api sederhana sentiasa kacau hingga adunan kacang berwarna keperangan.
  8. Angkat dan toskan minyaknya. Setelah sejuk baru hidangkan atau masukkan dalam bekas kedap udara.

5 Resipi Kacang Goreng Sedap & Rangup, Sesuai Ni Untuk Kudapan Aidil Adha .

KACANG TELUR
BAHAN-BAHAN:

IKLAN
  • 600 gm kacang tanah | kupas kulit ari sangai.
  • 150 gm gula halus
  • 2 biji telur
  • 4 sudu makan margarin | cairkan
  • 500 gm tepung gandum
  • 1 sudu teh garam
  • 6 ulas bawang putih | kisar
  • Minyak masak | untuk menggoreng

CARA MEMASAK:

  1. Campurkan telur, margarin, gula halus, bawang putih, dan garam, kacau rata.
  2. Kemudian tuangkanlah dua sudu makan adonan telur ke dalam kacang, aduk hingga rata,
  3. Seterusnya masukkan kacang ke dalam bekas berisi tepung gandum.
  4. Golek-golekkan dalam tepung sehingga kacang tanah bersalut tepung sepenuhnya.
  5. Ulang kaedah salutan sehingga dua atau tiga kali untuk medapatkan ketebalan saluran yang cantik dan rangup.
  6. Panaskan minyak banyak atas api sederhana hingga kacang bertukar warna kecoklatan
  7. Angkat dan toskan minyaknya.
  8. Setelah sejuk boleh hidanghkan atau simpan dalam bekas kedap udara.

5 Resipi Kacang Goreng Sedap & Rangup, Sesuai Ni Untuk Kudapan Aidil Adha .
.

KACANG BAWANG PUTIH RANGUP
BAHAN-BAHAN:

IKLAN
  • 1 kg kacang tanah tanpa kulit
  • 2 sudu teh pes bawang putih
  • 6 ulas bawang putih | hiris nipis
  • 2 sudu the garam
  • 1 liter santan
  • Minyak masak untuk menggoreng

CARA MEMASAK:
1. Reneh santan hingga mendidih, jangan sampai pecah santan. Kemudian matikkan api.
2. Campurkan kacang dengan santan, bawang putih dan garam dalam bekas besar. Gaul rata.
3. Rendam kacang selama lebih kurang dua jam. Kemudian tapis dan toskan kacang,
4. Goreng kacang dalam minyak panas sehingga masak dan kering.
5. Angkat dan toskan.
6. Seterusnya goreng bawang putih yang sudah dikisar hingga wangi, kemudian campurkan dengan kacang yang telah digoreng tadi. Gaul rataa.
7. Setelah sejuk dan simpan dalam bekas kedap udara.

5 Resipi Kacang Goreng Sedap & Rangup, Sesuai Ni Untuk Kudapan Aidil Adha .
.

KACANG TELUR PEDAS MANIS
BAHAN-BAHAN:

IKLAN
  • 500gm kacang tanah, cuci sampai bersih dan tos hingga kering
  • 4 biji telur, kacau rata
  • 8 ulas bawang putih | kisar halus
  • 100gm gula pasir
  • 2 sudu teh serbuk cili
  • 1 sudu teh garam halus
  • 400gm tepung gandum | ayak
  • 100gm tepung sagu | ayak
  • Minyak masak secukupnya

CARA MEMASAK:
1. Telur, serbuk cili, gula pasair, bawang putih dan garam, digaul rata.
2. Kemudian masukkan kacang tanah, gaul rata, kemudian toskan.
3. Seterusnya masukkan dalam campuran tepung gandum dan sagu.
4. Ratakan, kemudian ulang langkah yang dua atau tiga kali sehingga mendapat ketebalan yang diinginkan.
5. Panaskan minyak atas api sederhana hingga kacang masak dan berwarna kecoklatan.
6. Angkat dan tos, setelah sejuk, sedia dihidangkan atau simpan dalm bekas kedap udara.


5 Resipi Kacang Goreng Sedap & Rangup, Sesuai Ni Untuk Kudapan Aidil Adha .
.

KACANG GORENG ALA THAI
BAHAN-BAHAN:

  • 1kg kacang tanah | kupas kulit ari
  • 3 sudu makan gula pasir
  • 2 sudu teh cuka
  • 1 sudu teh garam
  • 3 sudu makan udang kering | rendam, sangai dan kisar halus
  • 20 helai daun limau purut| buang tulangnya
  • 20 ulas bawang putih | hiris nipis, goreng dan cincang halus
  • Minyak masak secukupnya | untuk menggoreng

BAHAN KISAR HALUS:

  • 10 tangkai cili kering
  • 8 batang serai ambil batang muda

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak, goreng kacang hingga kuning keperangan. Angkat dan tos.
  2. Panaskan tiga sudu makan minuak masak, tumis bahan kisar halus hingga wangi.
  3. Tambah gula, garam dan cuka. Kacau rata , baru masukkan kacang goreng dan udang kering sangai, daun limau purut.
  4. Goreng dengan api kecil sambil terus kacau.
  5. Angkat dan tambahkan bawang putih goren.
  6. Tuang kacang ke dalam loyang, ratakan dan panggang dalam ketuhar dengan suhu 130C hingga kacang dan daun limau purut kering.
  7. Biarkan sejuk, kemudian sedia dihidangkan atau simpan dalam bekas kedap udara.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI