Teringin makan samosa tetapi tak tau macam mana nak buat? Kami kongsikan cara buat samosa menggunakan kulit popia yang cukup mudah. Jika anda ikut step-by-step ini, gerenti jadi. Boleh juga buat lebih dan frozenkan. Bila nak makan, boleh terus goreng sahaja. Boleh juga dijual kepada rakan-rakan sebagai pendapatan tambahan.
1. Panaskan minyak, tumis bawang putih dan bawang merah hingga kekuningan, kemudian masukkan daging kisar.
Ads
2. Masukkan lobak merah dan kubis, kacau hingga sayur layu.
3. Perasakan dengan sos tiram, lada sulah, garam dan gula secukup rasa. Tutup api dan sejukkan.
4. Lipatkan kulit popia dengan tiga lipatan, kemudian lipat tiga segi di hujung dan masukkan inti seperti ditunjukkan. Setelah isi dikemaskan dengan balutan bentuk tiga segi, kemaskan lipatan dengan menyapu sedikit putih telur supaya lilitan kulit popia melekat.
Ads
5. Panaskan minyak dengan api sederhana, goreng samosa hingga kuning keperangan.
6. Siap.
Ads
Jika anda mencari KUALI NON STICK, boleh klik DISINI.
Mi dan bihun simple ini memang sedap untuk berbuka dan sahur. Kadangkala bosan juga asyik makan nasi kan? Empat jenis mee dan bihun ini antara yang paling popular.
Lamanya tak merasa mexican bun atau roti boy ni. Bau roti kalau dibakar memang harum semerbak. Makan panas-panas memang layan. Buat roti tak yah beria nak menguli, pakai tangan uli pun menjadi elok.Bila dah siap roti dimasak jangan lupa sapu majerin di atasnya. Perlu diingat juga jangan over bake kerana roti boleh jadi keras.
MEXICAN BUN Bahan-bahan: 200g tepung roti/tepung hp-BELI ONLINE DI SINI 110ml susu/air 25g gula 4g yis)-BELI ONLINE DI SINI 1/2 sudu kecil(secubit garam) 1 biji telur 30g butter/majerin 5g bread improver-BELI ONLINE DI SINI Adun macam nak buat donut,rounding dah kembangkan
Topping kopi 3g nescafe/kopi/3in1 pun boleh 10ml air suam 50g butter/majerin 50 gula 65g tepung gandum 1 biji telur Sedkit emulco mocha (tak letak pun tak apa)
Cara membuat: 1.Pukul majerin dengan gula sampai sebati. 2.Letak telur pukul sampai kembang. 3.Satukan air suam dengan nescafe/kopi.Masukkan air nescafe tadi dalam adunan.Kacau sebati kemudian masukkan tepung. 4.Kacau sebati jadi pekat dan likat.
5.Letak dalam piping bag dan paipkan atas doh yang dah kembang,jangan sampai bawah paip suku saja.Nanti topping akan meleleh ke bawah. 6.Bakar 160 api atas, 170 api bawah dalam 20-25 minit ikut oven masing-masing.Nak tahu roti masak, saya check bawah roti dah garing atau perang-perang. *Inti dalam saya letak buttercup ketul potong petak-petak letak dalam doh. Tak letak pun tak apa, rasa topping kopi tu pun dah sedap
Ramai mak-mak merungut anak tak suka makan sayur, ini mungkin idea yang bagus dan boleh dicuba buat sayur goreng rangup. Sangat sedap dijadikan kudapan ringan yang lebih sihat untuk anak-anak berbanding makan ringan yang dibeli. Tiga menu yang dikongsikan ini memang mudah disediakan, comfirm sedap, siapa tahu percubaan ini membantu anak-anak korang mula menyukai sayur yang kaya dengan khasiat ini. Tak percaya cuba tiga menu sayur goreng yang RASA kongsikan.
Thai Omelette viral yang rangup di luar dan gebu di dalam. Ikuti resipi lengkap bersama Sos Prik Nam Pla asli Thailand untuk rasa yang lebih sedap dan padu.