Nak makan pisang goreng homemade? Ini cara bancuh tepung beras yang mudah dan dijamin menjadi. Petang-petang begini, memang sedap kalau makan pisang goreng atau cempedak goreng. Tepung salut rangup ditambah pula dengan pisang dan cempedak yang manis. Hmm…memang terbaik! Nak try? Guna tepung beras dan beberapa bahan mudah je. Boleh cuba resipi perkongsian saudari Suriati Abd Aziz ni. Memang terbaik!
CARA BANCUH TEPUNG UNTUK MASAK PISANG, CEMPEDAK GORENG & IKAN CELUP TEPUNG
BAHAN-BAHAN:
Ads
1 bungkus tepung beras cap gajah
5 sudu makan tepung ubi
2 biji telur – dipukul
2 sudu teh serbuk kunyit
3 sudu teh garam
2 sudu makan gula
Sedikit air kapur
Air secukupnya
CARA PENYEDIAAN:
1. Satukan semua bahan diatas dan tuang air sedikit demi sedikit sambal dibancuh.
2. Pastikan adunan tidak terlalu cair. Adunan terbaik adalah yang mempunyai tekstur sedikit pekat supaya pisang / cempedak mudah disalut tepung.
Ads
3. Panaskan minyak dengan banyak dan goreng hingga garing dan kekuningan.
Golden Fries Ball ni kelihatan enak dan mudah disediakan. Sesuai dijadikan kudapan buat anak-anak. Menurut empunya resipi saudari Nor Hafizah Yazid, kudapan ini rangup di luar, ‘melting’ bila dimakan. Wow… Pasti ramai yang gemarkannya. Bagi anda yang nak mencuba, resipi mudah lengkap dengan bahan serta cara pembuatannya ada disertakan di bawah ini. Selamat mencuba!
RESIPI GOLDEN FRIES BALL (Anggaran 30 biji / ikut saiz)
1.Didihkan air dan rebus kentang yang telah dikupas kulitnya bersama sedikit garam. Kalau boleh, jangan rebus terlampau masak. Nanti bila digigit, tiada rasa ketulan kentang.
2. Bila kentang sudah siap direbus, toskan airnya. Masukkan ke dalam bekas bersama telur, mix herbs, marjerin, kiub pati ayam dan tepung gandum.
3. Lenyekkan semua bahan hingga sebati.
4. Cubit doh dan bulatkan. Kalau melekat di tangan, guna tepung. (empunya resipi guna tepung jagung)
5. Bila sudah siap dibulatkan, celup ke dalam bancuhan telur.
6. Seterusnya golekkan dalam pinggan berisi kepingan cornflakes yang siap diramas.
7. Rehatkan Golden Fries Ball sekejap dalam 5 – 10minit.
8. Golden Fries Ball yang sedia untuk digoreng.
9. Panaskan minyak dan goreng guna minyak sederhana panas. 10. Balik-balikkan bebola perlahan-lahan supaya masak sekata. 11. Angkat dan toskan minyaknya. Sedia untuk dinikmati.
INFO: Untuk membuat Golden Fries Ball , boleh juga tambah keju @ sayuran kalau anak-anak suka. Cornflakes juga boleh boleh digantikan dengan breadcrumbs atau apa-apa bahan yang boleh buat salutan rangup.
Petang-petang kalau tak tahu nak buat kuih apa, tak ada idea, kamu boleh lah cuba resipi dari utara ni. Cucuq atau Cucur Balak ia lebih kurang macam cucur udang cuma cara masaknya sahaja yang berbeza. Ikut suka jika nak masukkan kucai dan taugeh pun boleh, sedap dimakan bersama kuah kacang atau sambal,. Jika anak tak suka makan sayur gantikan dengan sosej mesti laju jer makan. Mak-mak mesti cuba!
RESIPI CUCUQ BALAK
Bahan-Bahan:
Tepung gandum
Telor sebiji
Serbuk kunyit
Garam @ perasa ikut suka.
Daun kucai
Cara-Cara:
Semua bahan di blend..bancuhan agak2 jgn terlalu cair atau pekat.mcm nk buat roti jala bancuhannya
Kemudian dilenggang dan digulung..barulah digoreng sehingga garing.
Dah siap!
Siap digulung…tunggu nak goreng je.Siap digoreng, kemudian toskan minyak nyerSiap!
Peminat lasagna boleh try buat lasagna guna biskut cracker ni. Nampak macam senang nak buat. Rasanya pun mesti rangup-rangup sikit kan? Jom try. Tak susah pun.
LASAGNA BISKUT CRACKER
BAHAN PERAP INTI
1 tiub daging cencang
3 ulas bawang putih
1 inci halia
4 sudu serbuk kari
Sedikit lada sulah
Garam secukup rasa
Sedikit minyak masak untuk menumis
1 biji bawang Holland (untuk menumis nanti)
CARA PERAP INTI DAGING
1. Satukan semua bahan inti (kecuali minyak masak dan bawang holland) dalam sebuah bekas.
2. Perapkan sekejap dalam lebih kurang 5 minit.
3. Sediakan kuali dan panaskan sedikit minyak untuk menumis.
4. Potong dadu bawang Holland. Tumis sekejap dan masukkan inti daging perap tadi.
5. Masak hingga garing. Bila dah masak ketepikan.
BAHAN UNTUK DILAPIS
1 cawan susu cair
1 cawan santan
1 cawan air
Marjerin | untuk sapu pada loyang
1 pek biskut cracker
10 biji telur ayam | pecahkan dan kacau
Sedikit daun bawang / daun sup
Hirisan cili
Parutan keju
CARA CELUP & LAPISKAN BISKUT
1. Siap buat inti, kita nak melapis pula. Lebih kurang macam buat cheesekut.
2. Satukan susu cair, santan dan air dalam periuk. Panaskan.
3. Sementara itu, boleh lapik loyang dengan aluminium foil. Sapukan marjerin keliling loyang 8 inci.
4. Celup biskut cracker dalam adunan susu dan santan tadi. Jangan lama nanti biskut lembik. Susun dalam loyang.
5. Letak inti daging. Ratakan telur di atas inti daging. Tambahkan daun bawang atau daun sup dan cili yang dihiris.
6. Letakkan sedikit parutan keju jika suka.
7. Letak telur lagi.
8. Ulang langkah 4 hingga 7 sampailah habis biskut dan inti daging.
9. Bakar pada suhu 170 selama 40 minit atau ikut kapasiti oven masing-masing.
10. Selesai membakar, hiasilah topping lasagna ikut kreativiti masing-masing.
Tauhu Wrap Daging ialah pilihan high protein low carb yang mudah, cepat dan sedap. Ketahui cara membuat wrap sihat ini dengan langkah ringkas dan rasa penuh padu!