Nak buat BBQ kecil-kecil di rumah? Boleh je ya, tak perlu halaman yang luas, tempat memanggang atau menggril luas dan berbelanja besar. Cukup sekadar di dapur atau meja makan, yang penting korang boleh menikmati BBQ santai bersama keluarga. Kalau takda menu, ini RASA kongsikan resipi dan korang boleh cuba, simple tapi sedap.
AGING BAKAR BBQ & SOS LADA HITAM
BAHAN-BAHAN
500gm daging lembu | hiris nipis dan lebar
6 ulas bawang putih | cincang halus
2cm inci halia |kisar
2 sudu sudu makan sos tiram
1 sudu makan kicap manis
1 sudu makan sos lada hitam
1 sudu makan lada hitam
1 sudu teh jintan manis
1 sudu besar daun rosemary
½ sudu kecil garam
1 sudu teh gula
BAHAN SOS LADA HITAM:
Ads
1 sudu makan mentega
1 ulas bawang putih
1 sudu makan tepung gandum
1 sudu makan serbuk lada hitam kasar
2 sudu makan sos lada hitam
1 sudu makan kicap
1/2 kiub pati ayam
CARA MEMASAK:
1. Cuci bersih daging kemudian toskan airnya.
2. Masukkan daging dalam mangkuk, kemudian campurkan semua bahan lain.
3. Gaul rata dan masukkan dalam bekas bertutup, simpan dalam peti sejuk sekurang-kurang 30 minit.
4. Sementara itu sediakan sos lada hitam.
5. Panaskan mentega dalam kuali, tumis bawang putih hingga keperangan dan masukkan tepung gandum, kacau rata dengan whisker.
6. Kemudian masukkan susu, kacau lahi dan masukkan pula serbuk lada hitam dan kiub pati daging.
7 Seterusnya masukkan kicap dan sos lada hitam. Kacau sebati di atas api kecil.
8. Setelah pekat tutup api. Ketepikan.
9. Panaskan kuali pemanggang, kemudian letakkan sedikit mentega.
10. Panggang hirisan daging hingga masak.
11. Setelah masak hidangkan bersama sos lada hitam.
KAMBING BBQ BAHAN-BAHAN:
500gm daging kambing | hiris kecil, cuci dan toskan
2 ulas bawang putih | kisar
3cm halia | kisar
2 sudu makan sos BBQ
1sudu makan sos tiram
2 sudu makan madu
1 sudu teh serbuk paprika
1 sudu teh herba campur
CARA MEMASAK:
1. Masukkan daging kambing bersama bahan perapan dalam mangkuk.
2. Gaul rata, kemudian tutup mangkuk dengan plastik wrap .
3. Simpan dalam peti sejuk sekurang-kurangnya 30 minit.
4. Kemudian sedia dan panaskan pemanggang .
5. Setelah cukup panas, panggang daging lebih kurang 10-15 minit.
6. Setelah masak anda boleh sajikan dengan sos lada hitam atau sos kegemaran anda.
FILLET IKAN DORY PANGGANG BAHAN-BAHAN:
500gm fillet ikan dory | dadu sederhana, bersih dan tos
1 sudu makan cuka
1 sudu makan sos ikan
1 sudu makan minyak zaitun
1 sudu makan paprika
1 sudu makan madu
1 sudu teh serbuk lada sulah
2 ulas bawang putih | cincang halus
2cm halia mudah | cincang halus
CARA MEMASAK:
1. Masukkan ikan dalam mangkuk bersama bahan perapan yang lain.
2. Gaul rata, kemudian tutup mangkuk dengan plastik wrap.
3. Simpan dalam peti sejuk lebih kurang 30 minit.
4. Sedia dan panaskan pemanggang,
5. Panggang fillet ikan lebih kurang 10-15 minit (semasa memanggang sentiasa balik-balikkannya).
6. Setelah masak, angkat dan hidangkan dengan sos yang sesuai.
Ads
KEBAB AYAM PANGGANG MADU BAHAN-BAHAN:
500gm isi dada ayam | potong dadu
3 sudu makan madu
1 sudu makan paprika
1 sudu makan sos tiram
2 sudu makan minyak zaitun
1 sudu makan yogurt
1 sudu teh herba campur
1 sudu teh serbuk lada sulah
2 ulas bawang putih | kisar
2cm halia kisar
Sedikdit hirisan cili benggala merah dan kuning
Tomato ceri secukupnya
Garam | jika perlu
Lidi pencucuk secukupnya
CARA MEMASAK:
1. Masukkan ayam dalam mangkuk bersama bahan perapan lain.
2. Tutup mangkuk dengan plastik wrap dan simpan dalam peti sejuk sekurang-kurangnya 30 minit.
3. Keluarkan dari peti sejuk, kemudian cucu isi ayam berselang seli dengan cili benggala dan akhiri dengan tomato ceri.
4. Panaskan pemanggang, kemudian panggang lebih kurang 10-15 minit.
5. Sentiasa balik-balikkanya.
6. Kebab sedia dihidangkan dengan sos kegemaran anda.
Ads
SEAFOOD GRILL:
BAHAN-BAHAN
10 ekor udang | bersihkan
5 ekor sotong | bersihkan dan potong dadu
1/2 biji cili benggala merah | potong dadu
2 ulas bawang putih | kisar
2cm halia muda | kisar
1 sudu makan madu
1 sudu makan paprika
1 sudu makan sos tiram
2 sudu makan minyak zaitun
1 sudu makan jus lemon
1 sudu teh herba campur
1 sudu teh serbuk lada sulah
Lidi pencucuk secukupnya
CARA MEMASAK:
1. Masukkan udang dan sotong dalam mangkuk bersama bahan perapan yang lain.
2. Gaul rata, kemudian tutup permukaan mangkuk dengan plastik wrap dan simpan dalam peti sejuk.
3. Perap sekurang-kurangnya 30 minit.
4.. Cucuk udang dan sotong menggunakan lidi pencucuk. Lakukan hingga habis.
5. Panaskan pemanggang dan panggang lebih kurang 10-15 minit atau hingga masak.
6. Setelah masak bolehlah hidangkan dengan sos pencicah pilihan anda.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi. Download seeNI sekarang!
Antara lauk kampung yang menambat selera ketika menjamahnya. Menu paling mudah dan sedap bila mak-mak yang buatkan. Kamu boleh cuba saat teringatkan masakan kampung nanti. Selamat mencuba!
RESIPI MASAK LEMAK SEPAT MASIN DAN NENAS
BAHAN-BAHAN:
Bahan tumbuk
1 biji Bawang Besar
3 biji Bawang Putih
6 biji Cili Padi
1 inchi Kunyit Hidup
Bahan utama
1/2 biji Nanas
3 ekor Ikan Sepat Masin
150 gram Santan Pekat
300 ml air kosong
2 keping Asam Gelugur
1 batang Serai
Ajinomoto secukup rasa
CARA MEMASAK:
1) Masukan air kosong dalam periuk dan masukan bahan ditumbuk masak sehingga mendidih
2) Masukkan asam gelugur dan buah nanas masak sekejap
3) Masukkan ikan sepat masin yang dibasuh dan dipotong
4) Masukkan serai dan baru masukkan santan masak sekejap jangan kacau selalu nanti ikan akan hancur
5) Akhir masukan ajinomoto untuk rasa lebih lemak dan sedap.
*Tidak perlu garam kerana masin dari ikan sepat kalau nak letak boleh juga.
Bosan dengan menu yang sama untuk sarapan, cuba gabungkan pilihan resipi timur dan barat ini. Yang penting cara memasaknya mudah dan cepat. Jika mahu cepat lagi siapkan bahan-bahannya di sebelah malam. Sajian sarapan paling penting untuk memulakan hari anda dan anak-anak. Dengan menu ringkas ini, pasti anda ada masa untuk memasaknya.
POPIA LADA HITAM
BAHAN-BAHAN:
250 gm sengkuang } disagat halus memanjang
150 gm lobak merah }disagat halus memanjang
5 gm bawang putih
25 gm udang kering } disangai dan ditumbuk
15 gm serbuk lada hitam
Garam dan gula secukupnya
Sedikit minyak untuk menumis
Sedikit tepung gandum dan air } satukan untuk dijadikan ‘gam’
Kulit popia secukupnya
CARA MEMASAK:
Tumis bawang putih hingga terbit wangi.
Masukkan udang kering, garam, gula, serbuk lada hitam dan teruskan menggoreng hingga sebati.
Masukkan sengkuang dan lobak merah. Gaul sebati dan tutup api.
Toskan supaya tiada air lebihan di dalam inti tersebut.
Ambil sekeping kulit popia,letakkan sedikit inti di tengah-tengah kulit popia, tutup penjuru kiri dan kanan.
Kemudian gulung dari hujung atas ke bawah. Gunakan campuran air dan tepung sebagai gam untuk mengemaskan lipatan gulungan. Ulangi langkah hingga selesai.
Setelah itu, panaskan minyak di dalam kuali dan bolehlah menggoreng popia. Angkat setelah cukup masak dan kulitnya bertukar kekuningan.
Toskan dan sedia dihidangkan.
INFO CHEF: Jangan masak inti terlalu lama setelah memasukkan sengkuang dan lobak merah ke dalam kuali kerana ianya akan melayukan sengkuang dan lobak merah serta tidak rangup.
NASI GORENG TOM YAM
BAHAN-BAHAN :
2 sudu besar minyak masak
1 biji telur
1/4 bawang besar
75 g isi ayam
5 ekor udang
3 sudu besar sayur campuran
1/2 sudu besar pes tom yam
250 g nasi sejuk
1 sudu kecil sos ikan
Sedikit perahan jus limau
CARA MEMASAK:
Panaskan ½ sudu minyak dalam kuali dan goreng telur yang dipukul cara dadar.
Potong telur dadar dalam kepingan kecil. Ketepikan.
Panaskan baki 1 ½ sudu besar minyak dalam kuali. Masukkan bawang ke dalam kuali dan tumis sehingga wangi.
Masukkan ayam, udang dan kacau sehingga ia separuh masak, diikuti dengan sayur campuran.
Masukkan pes tom yam dan kacau sebati sebelum masukkan nasi sejuk.
Tambah sos ikan dan telur ke dalam kuali. Kacau secara berterusan untuk rasa yang sebati dengan semua bahan-bahan.
Sendukkan nasi goreng yang telah siap dan masukkan perahan jus limau.
Siap untuk dihidangkan.
SPAGHETI KEJU
BAHAN-BAHAN :
340g spagheti
2 sudu besar minyak zaitun
3 ulas bawang putih dicincang
200ml krim berat
200ml sup ayam
300g keju Itali dicincang
Secubit Garam
lada hitam secukup rasa
2 sudu besar parsley segar dicincang
CARA MEMASAK :
Didihkan air dalam periuk besar dengan sedikit garam untuk merebus spagheti.
Buang sebahagian air yang direbus, tinggalkan sedikit dalam anggaran satu cawan air, di dalam periuk.
Sementara itu, dalam kuali yang lain dengan api yang sederhana, panaskan minyak. Tumis bawang putih hingga harum, kemudian tambah krim berat, sup ayam, dan 1/2 cawan air.
Tambah spagheti dan gaul sebati. Biarkan seketika.
Padam api dan tambah keju. Kacau atau kiraikan, tambah lebih banyak spagheti sehingga sos mencapai rasa yang diinginkan.
Perasakan dengan garam dan lada hitam, hiaskan dengan pasli, dan siap untuk dihidangkan.
FRITTATA BERKEJU
BAHAN-BAHAN :
5 biji telur
30 gram susu segar
25 gram cendawan butang (dihiris)
25 gram bawang merah (dipotong dadu)
25 gram lada benggala merah (dipotong dadu)
25 gram lada benggala kuning (dipotong dadu)
10 gram daun bawang
25 gram keju Cheddar (diparut)
25 gram keju Mozzarella (diparut)
10 gram mentega
Garam
Lada putih
CARA MEMASAK :
Pukul telur bersama susu segar, garam dan lada putih hingga sebati.
Kemudian, panaskan kuali dan cairkan mentega. Tumis bawang merah, cendawan, lada benggala merah dan kuning sehingga naik bau.
Seterusnya, masukkan adunan telur tadi dan kacau bersama bahan tumisan berserta sayuran tadi.
Apabila sekata, masak campuran telur berisi sayur dan taburkan dengan hirisan daun bawang hingga separa masak.
Akhir sekali, taburkan parutan keju Cheddar dan Mozzarella di atas permukaan telur dan bakar di dalam ketuhar selama 10 minit dengan suhu 170 darjah Celsius.
Sedia untuk dihidang.
VOLCANO BEEF CHEEZY ONION
BAHAN-BAHAN:
200 gram keju Mozzarella (dipotong dadu kecil)
400 gram daging cencang
3 biji bawang Holland (dibelah dua)
5 helai daun oregano (dicencang halus)
½ kg serbuk roti
2 biji telur
300 gram tepung gandum
1 sudu teh paprika
Serbuk perasa
Keju krim (untuk sos)
Minyak masak (untuk menggoreng)
CARA MEMASAK :
Gaul daging cencang bersama daun oregano, paprika dan serbuk perasa.
Belah bawang Holland kepada dua bahagian dan leraikan.
Kemudian, masukkan daging yang telah siap digaul tadi ke dalam bawang dan sumbatkan bersama keju Mozzarella.
Bulat-bulatkan dan gaul di dalam tepung gandum.
Sesudah itu, celupkan ke dalam telur dan serbuk roti.
Akhir sekali, goreng hingga berwarna keemasan.
Boleh dihidangkan bersama keju krim.
KACANG POOL
BAHAN-BAHAN :
1 tin kacang parang
300 gram daging cencang
1 tin kecil tomato puri
3 ulas bawang putih – kisar
5 biji bawang merah – kisar
Satu biji telur – digoreng
3 sudu minyak
Garam dan gula secukup rasa
Hiasan:
1 biji limau kasturi – potong dua
1 biji cili hijau – hiris
1 biji bawang merah – potong kecil
Cara Membuat:
Panaskan minyak di dalam kuali. Tumis bawang putih dan bawang merah hingga naik bau.
Masukkan daging cencang, masak hingga kekuningan
Kemudian, masukkan tomato puri. Kacau seketika.
Selepas itu, masukkan kacang parang, garam dan gula secukup rasa.
Kacau dan masak sehingga kuah menjadi pekat.
Angkat dan masukkan ke dalam pinggan.
Di atas pinggan, letakkan telur mata, kemudian hiaskan dengan hirisan limau kasturi, cili hijau dan bawang merah.
Siapa tak suka makan cheesy wedges, lagi banyak curah soo cheezy lagi sedap weii. Resipi perkongsian dari Farisha Sofea yang membahasakan dirinya Mama Sofea ni boleh dicuba, siap dengan resipi sos cheezy wedges.
Sos ni memang sedaplah makan dengan cheezy wedges garing dan lembut di dalam… Selamat menggoreng.
CHEEZY WEDGES MAMA SOFEA
Bahan Bahan Untuk Batter :
Kentang secukupnya
1 1/4 cawan tepung gandum
1 cawan tepung beras
1 sudu makan membukit tepung jagung
1 biji telur
1 sudu makan herba campuran ( optional )
1 sudu makan serbuk cili
1 sudu makan serbuk kari
Garam secukup rasa
2 cawan air
CARA MEMASAK :
1. Basuh kentang bersih bersih dan kupaskan kulitnya .
2. Kemudian sebiji kentang potong kepada enam bahagian .
ketepikan .
3. Di dalam bekas lain , satukan bahan bahan batter tadi dan aduk rata .
adunan memang cair ya , kalau suka pekat boleh kurangkan kuantiti air .
4. Celupkan kentang tadi ke dalam adunan batter dan goreng sehingga garing .
ulang sehingga habis .
5. Kemudian angkat dan toskan .
6. Sedia dimakan bersama sos cheezy , sos cili dan juga mayonis .
SOS CHEEZY
Bahan Bahan Sos Cheezy :
2 sudu makan mentega
1 1/2 sudu makan tepung gandum
2 cawan susu segar / susu penuh krim
1 sudu teh serbuk lada hitam
1 sudu teh serbuk lada putih
1 sudu makan serbuk cili ( suka pedas letak lebih )
Pewarna kuning telur
garam / serbuk perasa secukupnya
5 keping keju
CARA MEMASAK :
1. Panaskan periuk dan cairkan mentega .
2. Masukkan tepung gandum , kacau sebati .
3. Masukkan pula susu segar.Kacau rata .
4. Kemudian masukkan bahan serbuk , garam / serbuk perasa dan pewarna . kacau sebati .
5. Masukkan pula kepingan keju sekeping demi sekeping sambil dikacau hingga keju mencair .
masak sehingga adunan pekat .
6. Jika adunan terlalu pekat tambahkan sedikit susu .
7. Siap sejukkan sebelum disimpan di dalam bekas kedap udara