
Teringin nak makan Kuih Lopes tapi tercari-cari resipi yang paling mudah? Ye…Ini resipi yang paling senang yang anda boleh cuba. Jika guna cara ni anda tak perlu kukus dan tak payah gulung dalam daun pisang dah. Boleh siap dalam masa yang singkat. Jom cuba resipi perkongsian saudari Shahera Ilani. Anda pasti puas hati.
RESIPI KUIH LOPES MASAK GUNA RICE COOKER
BAHAN PULUT:
- 2 cawan beras pulut
- 1 cawan santan cair
- 1 cawan air
- 1 cawan air daun pandan
- Sedikit garam
- Sedikit pewarna hijau – jika perlu
- Kelapa parut secukupnya
BAHAN AIR GULA MELAKA
- 1 keping gula melaka
- 1 cawan gula perang
- 5 cawan air
- 1 helai daun pandan
CARA MEMASAK:
1. Basuh beras pulut dan masukkan santan cair, air, air daun pandan, garam dan sedikit pewarna hijau jika suka. Adun rata dan letak dalam periuk nasi elektrik. Masak pulut seperti masak nasi biasa.
2. Sementara tunggu pulut masak, kukus kelapa parut seketika. Bila dah sejuk, gaulkan dengan sedikit garam. Ketepikan.
3. Setelah pulut masak, keluarkan dan padatkan pulut dalam bekas bersesuaian. Kemudian bentukkan bulat. ( boleh guna cawan)
4. Golekkan kepingan pulut tadi ke dalam bekas berisi kelapa parut.
5. Untuk menyediakan air gula melaka, masak gula melaka, gula perang, air dan daun pandan hingga mendidih dan sedikit pekat. Ketepikan.
6. Sedia untuk dinikmati bersama pulut tadi.
Kredit resipi & foto: Shahera Ilani
Cara-Cara Buat Bahulu Cermai Secara Homemade.

Bahulu adalah antara kuih tradisional yang sentiasa menjadi kegemaran ramai. Jika dulu-dulu, kuih ni dibakar menggunakan sabut namun sekarang anda boleh hasilkannnya hanya dengan menggunakan ketuhar elektrik. Memang sedap kalau dapat makan panas-panas. Jom cuba!
BAHULU CERMAI HOMEMADE
BAHAN-BAHAN:
- 1 cawan tepung gandum
- 1/2 cawan gula
- 5 biji telur – gred A, B atau C
- Sedikit esen vanilla
CARA MEMASAK:
1. Satukan telur dan gula. Kemudian pukul guna pengadun selama 5 minit hingga kembang pekat.
2. Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan pukul lagi selama 2 minit. Masukkan juga esen vanilla. Kacau rata.
3. Panaskan ketuhar dan acuan terlebih dahulu pada suhu 200C selama 10 minit. Acuan perlu dipanaskan buat kali pertama sahaja bagi tujuan supaya bahulu tidak melekat.
4. Sapu minyak masak pada acuan dan tuang adunan bahulu tadi.
5. Bakar pada suhu 200C selama 12 minit. Letak acuan di atas tray pemanggang pada bahagian tengah ketuhar. Bakar guna api atas bawah.
6. Bila masak, keluarkan bahulu dan sejukkan. Sapu minyak pada acuan dan tuang kembali adunan. Ulang langkah sampai habis. Satu adunan akan dapat dalam 48 biji bahulu.
7. Sedia untuk dihidangkan.
Kredit resipi & foto: Nor Afidah Puan Fida
4 Resipi Mudah & Sedap Untuk Minum Petang & Makan Malam

Di hari cuti begini anda pastinya tercari-cari resipi mudah & sedap untuk disajikan untuk keluarga. Bagi yang belum ada idea nak masak apa untuk minum petang dan makan malam, RASA kongsikan empat resipi mudah, ringkas dan enak inspirasi dari negara jiran; Singapura dan Indonesia yang boleh dicuba. Pasti suami dan anak-anak suka.
1. BAKWAN JAGUNG
BAHAN-BAHAN:
- 5 biji jagung | hiris keluar isi
- 3 cawan tepung gandum
- 1 biji bawang | mayang halus
- 4 biji bawang putih | hiris halus
- 1 biji buah keras | tumbuk halus
- 2 tangkai daun ketumbar | hiris halus
- 3 biji cili merah | hiris halus
- 1 biji telur
- 100 gram isi udang | hiris halus
- 2 tangkai daun bawang | hiris halus
- 1 tangkai daun saderi | hiris halus
- 1 sudu teh garam
- Air secukupnya
- Minyak untuk menggoreng
CARA MEMASAK:
- Campurkan kesemua bahan dalam mangkuk besar.
- Gaul rata dan sebati, seperti membuat cucur.
- Panaskan minyak dalam kuali.
- Apabila minyak betul-betul panas sudukan bancuhan tadi ke dalam kuali.
- Goreng sehingga keperangan. Angkat dan toskan.
- Bakwan Jagung sedia dihidangkan dengan sos kegemaran anda.
INFO CHEF: Bakwan sama seperti cucur cara membuat dan rasanya, selain jagung anda boleh gunakan bawang atau sayur-sayuran kesukaan anda.
2. SINGAPORE CHAR KWAY TEOW
BAHAN-BAHAN:
- 450gm kuey teow
- 10 ekor udang | bersih dan dibuang kulit
- 6 ulas bawang putuh | cincang halus
- 2 cawan tauge
- 1 cawan kucai
- 2 biji telur
- 3 sudu makan minyak
BAHAN SOS:
- 3 sudu makan sos tiram
- 1 sudu makan kicap pekat
- 3 sudu makan kicap biasa
- 1 sudu makan cili kering kisar
- 1 sudu teh gula
- 1 sudu teh garam
- 1 sudu teh serbuk pati ikan bilis
- 1 sudu teh serbuk lada putih
CARA MEMASAK:
- Campurkan kesemua bahan-bahan sos. Ketepikan
- Panaskan minyak dan masukkan bawang putih. Masak sehingga terbit bau.
- Masukkan udang dan masak sehingga sedikit kemerahan,
- Masukkan kuey teow, kucai dan tauge dan kacau sebati,
- Tuang sos dan masak selama satu minit.
- 6.Buat lubang di tengah-tengah. Pecahkan telur.
- Biar sebentar dan kacau rata.
- Setelah cukup rasa, angkat dan hidangkan panas-panas.
INFO CHEF: Untuk anda yang ingin rasa lebih kicap, kurangkan garam dan lebihkan kicap.
3. MURTABAK SINGAPURA
BAHAN KULIT MURTABAK:
- 3 cawan tepung gandum
- 1 cawan air suam
- 1/2 cawan minyak
- 1 sudu teh garam
- 1 sudu makan minyak sapi
BAHAN INTI:
- 400gm daging kisar
- 2 biji bawang Holland | potong dadu
- 2 ulas bawang putih | cincang halus
- 2 sudu teh halia | cincang halus
- 2 sudu makan daun ketumbar | cincang halus
- 1 1/2 sudu makan rempah kari daging
- 1/2 cawan air
- 4 biji telur
- 4 sudu makan minyak masak
- Garam dan gula secukup rasa
- 1 sudu makan minyak sapi | untuk menggoreng
CARA MEMASAK:
- Untuk membuat kulit murtabak,masukkan tepung,minyak sapi dan garam ke dalam mangkuk.
- Gaul menggunakan tangan sehingga rata.
- Masukkan air sedikit demi sedikit dan uli sehingga menjadi doh.
- Uli lagi selama 10 minit.
- Bahagikan doh kepada beberapa bebola kecil.
- Perap doh bersama minyak masak sekurang-kurangnya selama satu jam.
- Untuk menyediakan inti, panaskan minyak dan tumis bawang holland ,bawang putih dan halia sehingga wangi.
- Masukkan serbuk kari yang dibancuh dengan sedikit air, kacau rata hingga pecah minyak.
- Seterusnya masukkan daging cincang dan masak sehingga airnya keluar.
- Perasaan dengan garam, gula secukupnya.
- Setelah cukup rasa, tutup api dan masukkan hirisan daun ketumbar dan gaul rata. Ketepikan.
- Untuk membuat kulit, canaikan doh murtabak dan leperkan menggunakan tangan. Sambil itu renjis-renjiskan minyak di atasnya.
- Ambil inti murtabak dan pecahkan telur di dalamnya.
- Gaul sebati dan tuangkan ke atas kulit murtabak
- Lipat keliling dan kemaskan lipatan menjadi empat persegi.
- Panaskan kuali dengan sedikit minyak dan letakkan di atas kuali.
- Gorenglah hingga kekuningan.
- Angkat dan hidangkan bersama kuah kari atau kuah dal.
INFO CHEF: Untuk rasa lebih sedap, lebihkan daging kisar dan tebal intinya.
4. SINGAPORE CURRY LAKSA
BAHAN-BAHAN:
- 5 sudu makan rempah kari
- 1 sudu makan serbuk cili
- 1/3 cawan minyak
- 3 tangkai daun kari | lurut dari tangkai
- 4 batang serai |titik
- 3 cawan santan
- 8 cawan air
- 250gm ikan bilis | rendam dan kisar
- 250gm isi dada ayam
- 2 sudu makan stok ayam
- 10 biji bebola ikan
- 10 biji tauhu Pong
- 1 sudu teh garam
- 250gm mi kuning
BAHAN KISAR:
- 4 ulas bawang putih
- 3 biji bawang merah
- 1 inci halia
- 1/3 cawan air
BAHAN SAMPINGAN:
- Sedikit tauge
- 2 biji cili merah | hiris
- 2 biji limau nipis
- 3 batang kacang panjang | potong 3-4cm kemudian celur
- 2 biji telur rebus | buang kulit dan belah dua
- 2 keping tauhu | digireng dan hiris nipis
CARA MEMASAK:
- Untuk menyediakan kuah, campurkan bahan-bahan kisar bersama rempah kari dan serbuk cili. Gaul sebati dan ketepikan.
- Panaskan minyak dan tuangkan kesemua bahan tadi bersama daun kari dan serai. Tumis sehingga terbit bau.
- Masukkan santan, air, ikan bilis, isi ayam, pati ayam , bebola ikan, tauhu pong dan garam.
- Masak sehingga kuah mendidih, kemudian renehkan sehingga kuahnya pekat.
- Keluarkan isi ayam, Carik-carikkannya, kemudian ketepikan untuk diletakkan atas mi,
- Untuk menghidangkan mi, anda masukkan mi kunin ke dalam mangkuk. Susun bahan sampingan di tepinya dn tuangkan kuah di atasnya.
- Taburkan isi ayam di atasnya, dan sedia dihidangkan.
INFO CHEF: Jika ingin rasa lebih pedas boleh tambah hirisan cili padi.
Resipi Cucur Bilis Kentang Yang Gerenti Buat Tak Cukup Sepinggan

Kali ini RASA ingin kongsikan resipi cucur bilis kentang. Ya, cucur bilis kentang adalah hidangan yang biasa-biasa saja. Tapi dengan cara buat yang betul, cucur bilis kentang tak cukup sepinggan. Sebab apa? Sebab teksturnya rangup di luar dan lembut di dalam.
Cucur bilis kentang sesuai dimakan pada waktu pagi sebagai sarapan dan juga untuk minum petang. Namun ada juga yang membuat cucur bilis kentang sebagai selingan pada waktu malam sambil-sambil mengopi seisi keluarga.
Melalui lama facebook Suzana Othman, wanita ini kongsikan resipi cucur bilis kentang yang mungkin boleh buat anda bersemangat untuk memasak.
Sesuai dimakan dengan sambal kicap. Boleh juga dicecah bersama sos cili. Ikut selera anda.
Selain dipanggil cucur, ada juga tempat yang menamakan hidangan ini sebagai jemput-jemput. Tak kisah apa namanya, hidangannya sama saja ya.
CUCUR BILIS KENTANG
BAHAN A
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
1 genggam ikan bilis
CARA MEMBUAT BAHAN A
1. Tumbuk semua BAHAN A.
2. Boleh juga dikisar kasar-kasar.
BAHAN B
2 cawan tepung gandum
1½ cawan air panas
2 biji kentang (disagat)
Daun bawang (dihiris)
Garam secukupnya
BAHAN C
Minyak masak untuk menggoreng

CARA MEMBUAT CUCUR BILIS KENTANG
1. Satukan BAHAN A dan BAHAN B dalam satu bekas besar.
2. Adun sehingga sebati
3. Panaskan minyak masak secukupnya. Cucurkan adunan ke dalam kuali. Boleh gunakan sudu atau gunakan tangan.
4. Goreng sehingga kekuningan. Angkat, toskan dan sedia dihidang.

Selamat mencuba!
Sumber: facebook Suzana Othman