Sedapnya Kuih Cara Gula ni. Ia adalah salah satu kuih tradisional yang sangat mudah disediakan dan tidak menggunakan banyak bahan. Paling penting, kena ada acuan Kuih Cara. Kalau tiada, mungkin boleh cuba buat guna acuan Takoyaki. Cuma, bentuknya pasti berbeza.
Kuih ini sesuai dinikmati pada bila-bila masa. Kurang gemar rasa manis gula? Boleh sahaja letak inti. Nanti jadilah ia Kuih Cara berlauk. Asas dohnya sahaja yang sama. Kalau nak letak inti coklat pun boleh. Silalah cuba ikut kreativiti masing-masing.
Jom cuba resipi perkongsian saudari Miza Abdullah ni. Pasti anda puas hati dengan hasilny.

CARA MASAK KUIH CARA GULA YANG SEDAP, MUDAH & TAK GUNA BANYAK BAHAN

Resipi Kuih Cara Manis Sedap & Mudah. Buat Guna 2 Cawan Tepung Je
BAHAN-BAHAN:
2 cawan tepung gandum beli online disini
1 cawan air kisaran daun pandan
1 cawan santan pekat beli online disini
1 cawan air
Sedikit garam
Gula untuk inti
Minyak untuk oles acuan
CARA MEMASAK:
1.Satukan semua bahan kecuali gula dan minyak masak. Kisar hingga sebati. Lebih mudah guna blender untuk mengadun supaya semau bahan bercampur rata.
Resipi Kuih Cara Manis Sedap & Mudah. Buat Guna 2 Cawan Tepung Je2.Ambil acuan dan oles minyak masak dengan secukupnya.
3. Tuang sedikit adunan tepung tadi ke dalam acuan. Biarkan seketika.
4. Bila kuih sudah nampak garing diluar, sudukan gula dengan secukupnya. Jika letak gula awal, gula akan tembus dan melekat pada acuan.
Resipi Kuih Cara Manis Sedap & Mudah. Buat Guna 2 Cawan Tepung Je5.Kuih Cara yang sudah garing dan sedia untuk diangkat. Ulang proses masak hingga habis adunan.
Resipi Kuih Cara Manis Sedap & Mudah. Buat Guna 2 Cawan Tepung Je6. Kuih Cara Gula siap disediakan. Satu adunan boleh dapat 27 biji kuih bergantung pada jenis acuan.

Resipi Kuih Cara Manis Sedap & Mudah. Buat Guna 2 Cawan Tepung Je

Kredit resipi & foto: Miza Abdullah

 

Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

 

IKLAN

Dapatkan pelbagai resipi terkini yang mudah & enak di laman web RASA

Resipi Sup Ayam Tumis Darat Terlajak Mudah

Nasi Beriani Ayam Telur Rebus Sedap, Sebutir-Sebutir Nasinya Memang Gebu

IKLAN

Resipi Tauhu Bergedil Berlauk, Cicah Sambal Kicap Memang Padu

Chicken Chop Crispy & Sos Cendawan Sedap. Langsung Tak Guna Minyak

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

IKLAN

https://www.dailymotion.com/video/x8q4g0f

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI