Cara Masak Kuah Kacang Daging Paling Sedap & Mudah Buat.

Share

Sedapnya Kuah Kacang Daging ni. Sesuai dihidangkan buat tetamu di hari raya. Kalau nak tahu, resipi Kuah Kacang Daging ni mudah dan cepat disediakan. Memang sedap dinikmati bersama nasi impit dan juga sate. Hirisan daging dalam kuah, menaikkan lagi keenakkan dan rasanya. Jom cuba. Anda pasti puas hati.

 

CARA MASAK KUAH KACANG DAGING

10155460144838739

BAHAN-BAHAN:

  • 500gm kacang tanah tumbuk segera | boleh diperolehi di pasaraya utama
  • 150gm daging | hiris nipis
  • 200ml santan
  • 200ml air
  • 4 sudu makan pes cili
  • Satu sudu makan air asam Jawa
  • Garam dan gula secukup rasa.
  • Minyak masak untuk menumis

BAHAN KISAR:

  • 1 biji bawang besar
  • 4 ulas bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • 2 batang serai
  • 2cm lengkuas
  • 2cm halia

CARA MEMASAK:

 1. Panaskan minyak, tumiskan bahan kisar hingga wangi.

2. Masukkan pes cili, kacau rata hingga pecah minyak.

 3. Masukkan pula daging, kacau rata.

4. Seterusnya masukkan kacang kisar, diikuti air.

 5. Kacau rata hingga mendidih.

 6. Tambahkan santan, air asam jawa garam dan gula secukupnya.

7. Kacau hingga kuah pekat dan pecah minyak.

 

IKLAN