Ramadan tiba begitu juga program CSR RASA Bubur Lambuk Warisan.  Setiap kali tiba bulan Ramadan, Bubur Lambuk pasti ada dan menjadi simbolik juadah yang paling dinantikan oleh pelbagai lapisan masyarakat.

Lain orang lain citarasanya. Ada yang menggemari bubur lambuk ayam dan tidak kurang juga yang menyukai daging. Kedua-duanya memang enak bagi menjadi juadah berbuka puasa nanti.

3,500 Bekas Bubur Lambuk dan 8,000 Biji kuih Bakal Diedar Percuma Sempena Program CSR Rasa Bubur Lambuk & Kuih Warisan

3,500 Bekas Bubur Lambuk dan 8,000 Biji kuih Bakal Diedar Percuma Sempena Program CSR Rasa Bubur Lambuk & Kuih Warisan

Program RASA Bubur Lambuk Warisan & Kuih Warisan

Untuk tahun yang keenam, Rasa sekali lagi menganjurkan program Bubur Lambuk Warisan & Kuih Warisan. Program ini bakal diadakan di dua lokasi iaitu pada 16 Mac 2024 di AEON Mall, Shah Alam dan 23 Mac 2024 di Central I-City, Shah Alam.

3,500 Bekas Bubur Lambuk dan 8,000 Biji kuih Bakal Diedar Percuma Sempena Program CSR Rasa Bubur Lambuk & Kuih Warisan

Dan sudah tentu orang ramai dijemput hadir memeriah dan mengambil bubur serta kuih-muih yang disediakan selain banyak aktiviti menarik lain turut dianjurkan seperti demo memasak bersama BABA’S , AJI-SHIO®, FGV Holdings dan Pertunjukan Fesyen Raya Inspirasi Kuih Tradisional.

Berbeza daripada tahun terdahulu, program kali ini turut mengedarkan kuih-muih warisan. Bukan itu sahaja, orang ramai juga berpeluang menikmati bubur lambuk resipi warisan yang direncahkan oleh BABA’S. Bertambah lazat apabila  Lada Berperisa dan Lada Hitam Berperisa  keluaran AJI-SHIO®  serta penggunaan beras wangi iaitu  SAJI Aroma, Beras Wangi Malaysia menjadi bahan utama bubur lambuk kali ini. Sesungguhnya hanya yang terbaik untuk orang ramai.

IKLAN

Program CSR dianjurkan oleh majalah RASA di bawah Nu Ideaktiv Sdn Bhd. dan melibatkan pelbagai pihak dan juga masyarakat setempat. Sebanyak 10 periuk bubur lambuk bersamaan  atau 3,500 mangkuk bubur lambuk dan lebih 8,000 biji kuih akan diagihkan kepada orang ramai secara PERCUMA.

3,500 Bekas Bubur Lambuk dan 8,000 Biji kuih Bakal Diedar Percuma Sempena Program CSR Rasa Bubur Lambuk & Kuih Warisan

Projek dengan kerjasama BABA’S, AJI-SHIO® dan FGV Holdings  serta penaja lokasi, AEON Mall dan Central I-City Shah Alam menyambung tradisi berkongsi rezeki Ramadan dengan menghulurkan Bubur Lambuk kepada sasaran komuniti antaranya golongan asnaf, masjid dan frontliner.

3,500 Bekas Bubur Lambuk dan 8,000 Biji kuih Bakal Diedar Percuma Sempena Program CSR Rasa Bubur Lambuk & Kuih Warisan

Program ini amat dekat dengan masyarakat Malaysia dan Muslim khususnya di bulan Ramadan ini. Ianya turut menjadi simbol penyatuan masyarakat Malaysia melalui aktiviti memasak bubur lambuk secara gotong royong dan diagihkan kepada orang ramai daripada pelbagai peringkat usia dan juga latar belakang.

IKLAN

Program RASA Bubur Lambuk Warisan yang bakal berlangsung pada 16 Mac Di AEON Shah Alam dimeriahkan dengan selebriti Sissy Iman yang merupakan seorang penyanyi, pelakon dan pengacara wanita Malaysia dan Chef Qayyum yang merupakan seorang chef selebriti yang tidak asing lagi di kalangan peminat rancangan memasak.

3,500 Bekas Bubur Lambuk dan 8,000 Biji kuih Bakal Diedar Percuma Sempena Program CSR Rasa Bubur Lambuk & Kuih Warisan

 

Manakala program RASA Bubur Lambuk dan Kuih Warisan pada 23 Mac 2024 bertempat di Central I-City, Shah Alam menyaksikan kehadiran tetamu kehormat iaitu Yang Berbahagia Tuan Haji Ir. Cheremi Haji Tarman Datuk Bandar Shah Alam, Selangor.Bagi menghangatkan lagi acara memasak bubur lambuk selebriti Aznil Haji Nawawi atau lebih dikenali sebagai Pak Nil dan Mila Jirin turut dijemput. Bagi memastikan kelazatan dan keenakkan bubur lambuk, pihak RASA telah bekerjasama dengan Chef Fikri dan Chef Naim yang pakar dalam bidang masakan untuk proses memasak bubur lambuk.

3,500 Bekas Bubur Lambuk dan 8,000 Biji kuih Bakal Diedar Percuma Sempena Program CSR Rasa Bubur Lambuk & Kuih Warisan

IKLAN

Sempena bulan mulia ini, rezeki dikongsi bersama tidak kira apa jua latar belakang anda. Jadi datanglah beramai-ramai ke dua lokasi ini untuk merasai keenakan Bubur Lambuk & Kuih Warisan yang dibawakan khas oleh BABA’S, AJI-SHIO dan FGV Holdings.

Oleh itu, pastikan anda hadir ke lokasi program ini di AEON Mall, Shah Alam, Sabtu, 16 Mac dan Central i-City, Sabtu 23 Mac 2024.

Jumpa anda di sana!

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

Resipi Kerabu Ikan Bilis Rangup, Makanan Pembangkit Selera. Mudah Sangat Nak Buat!

Tip Pilih Ikan Bilis Berkualiti Tinggi, Sedap Bila Digoreng. Kena Tengok Belang

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

https://www.youtube.com/watch?v=6EwfHVuVhtQ

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI