Murtabak daging atau ayam adalah antara makanan jalanan atau ‘street food’ yang popular bahkan tidak asing lagi bagi orang Malaysia. Makan pula dengan kuah bawang cuka, memang sedap tak terkata. Ada juga yang gemar makan dengan kuah kari.
Bagi anda yang tercari-cari resipi Murtabak Daging homemade untuk cuba buat sendiri di rumah, resipi perkongsian saudari Leeina Qaliena ni boleh dicuba. Sama macam yang anda biasa beli di pasar malam tu. Jom cuba!
2 sudu makan mentega – dicairkan dan disejukkan terlebih dahulu
1 biji kuning telur – nak guna sebiji telur pun boleh
250ml air suhu biasa
CARA BUAT DOH: 1. Satukan susu, air, kuning telur dan garam. Kacau sebati. 2. Dalam mangkuk berasingan, masukkan tepung dan mentega cair tadi. Ramas tepung hingga menjadi seakan serbuk roti. 3. Tuang air sedikit demi sedikit dan uli hingga doh tidak melekat di tangan. (empunya resipi uli doh guna bread maker) 4. Bila doh sudah sebati dan tidak melekat di tangan, tutup bekas selama 10-15 minit untuk merehatkan doh sebelum proses seterusnya. 5. Ambil doh, timbang berat 50gm. (akan dapat dalam 17 biji)
6. Bulat-bulatkan doh tadi seperti bola pingpong. Sapukan marjerin atau mentega pada doh dan susu dalam bekas yang telah disapu marjerin.
7. Tutup bekas dan perap doh sekurang-kurangnya 4 jam sebelum ditebar.
8. Prosesnya sama seperti membuat roti canai. Kalau uli malam, esok pagi sudah boleh dicanai. Simpan doh di suhu bilik sahaja.
BAHAN INTI MURTABAK:
1 pek daging kisar – empunya resipi guna 3 keping daging burger saiz besar yang dihancurkan
Telur (empunya resipi guna 2 biji telur untuk sekeping murtabak)
CARA MEMASAK: 1. Panaskan 2 sudu makan minyak dan tumis bahan tumbuk hingga berbau wangi. 2. Masukkan daging. Kacau dan biarkan seketika hingga daging masak.
Ads
3. Masukkan rempah dan sedikit air. Masak hingga rempah pecah minyak. Masukkan juga garam dan serbuk perasa.
4. Seterusnya masukkan kentang dan masukkan sedikit air. Tutup kuali untuk cepatkan kentang menjadi lembut.
5. Bila kentang sudah lembut, masukkan bawang besar, hirisan kobis, daun sup dan daun bawang. Kacau hingga masak. Inti siap dan sejukkan.
CARA MEMBUAT MURTABAK:
Untuk proses ini, ada 2 cara:
Cara 1: Boleh terus tuang inti di atas doh yang siap dicanai dan masak atas api seperti memasak roti telur. Cara ini sesuai jika masak guna kuali besar seperti di kedai. Tebar doh, bentang atas kuali, tuang inti, lipat dan terus dimasak.
Cara 2: Masak dulu inti di atas dapur supaya proses membuat murtabak jadi lebih senang dan inti tidak bocor semasa diangkat ke atas kuali. Cara ini lebih senang untuk kita yang buat di rumah dengan kuali yang kecil.
CARA EMPUNYA RESIPI (UNTUK 1 BIJI MURTABAK) 1. Ambil 2 sudu makan (membukit) inti dan campurkan dengan 2 biji telur. Kacau rata dan tuang atas kuali. 2. Masak inti dan bentukkan segi empat. 3. Ambil doh tadi dan canai @ tebar hingga nipis.
4. Letakkan kepingan telur dan inti yang digoreng tadi di atas doh.
5. Lipat kiri dan kanan, atas dan bawah serta kemaskan. Sedia untuk dimasak.
6. Percikkan sedikit minyak dan terbaikkan murtabak supaya masak sekata.
7. Angkat dan sedia untuk dinikmati bersama Jeruk Bawang.
Roti Peanut Butter Goreng atau Roti Mentega Kacang Goreng perkongsian saudari Aila Syakilani ternyata sangat mudah. Hanya menggunakan 3 bahan, kudapan ringkas tapi enak ini boleh anda sediakan buat anak-anak. Sesuai dinikmati pada bila-bila tidak kira waktu. Jika sebelum ini roti dan mentega kacang hanya disapu begitu sahaja, kali nib oleh cuba goreng bersama marjerin pula. Sedap! Lebih-lebih lagi jika dinikmati panas-panas. Jom lihat cara-caranya.
1.Ambil sekeping roti dan sudukan mentega kacang di tengah-tengah roti dengan secukupnya. 2. Ambil sekeping lagi roti, tangkupkan. 3. Seterusnya untuk membentuk roti, tekan menggunakan bekas kecil berbentuk petak. Boleh juga menggunakan bekas berbentuk bulat. Terpulang pada cita rasa masing-masing.
4. Ulang proses sama hingga habis atau bergantung kepada berapa keping anda nak buat.
5. Panaskan marjerin di dalam kuali. 6. Goreng roti tadi hingga kuning keemasan. Terbalikkan agar masak sekata. 7. Bila sudah garing, angkat dan nikmati segera.
Nak belajar cara-cara membuat Kuih Bulan & Roti Homemade? Jom sertai Kelas Online RASA bersama bersama Chef Shafee Madianuddin, pemilik Restoran Mangkuk.
Kelas Online Kuih Bulan Pandan Lotus & Roti Salted Egg
Tarikh: 8 Oktober 2022 (Sabtu) Masa: 10.30 pagi Medium: Secara online/atas talian (link akan disertakan selepas pendaftaran)
Berminat nak join?FREE je tau. Daftar sekarang DISINI
Bagi penggemar sajian Lasagna, resipi perkongsian saudari Cik Daa ini antara yang mudah dan boleh dicuba. Bahan-bahannya mudah sahaja. Lasagna ini menggunakan roti sandwic sebagai asasnya dan dilapisi dengan sos daging dan juga keju yang enak. Fuhhh..memang memikat. Sangat berbaloi untuk dicuba.
CARA MASAK LASAGNA ROTI DAGING & KEJU
BAHAN-BAHAN:
4 keping daging burger – leraikan
2 biji telur
8 keping roti sandwich
2 sudu besar serbuk lada hitam Maggi – sukatan membukit dan bancuh dengan 2 sudu makan air
1.Panaskan minyak. Tumis bawang putih dan bawang besar hingga naik bau. Masukkan serbuk lada hitam. Kacau dan biarkan seketika. Guna api kecil.
2. Masukkan lobak merah, cendawan, daun sup dan daging burger. Perasakan dengan garam. Masak hingga daging dan sayur tu empuk dan kering.
3. Dalam bekas lain, masukkan susu segar dan pecahkan telur. Kacau sebati.
CARA MELAPIS ROTI:
1. Guna loyang yang sesuai. Sapu marjerin/mentega sebab tak nak bagi melekat.
2. Potong bahagian reja /tepi roti. Jika tak nak potong pun tak apa.
3. Ambil 2 keping roti dan celup ke dalam bancuhan susu segar+ telur tadi. Susun ke dalam loyang. (Bergantung kepada saiz loyang masing-masing. Loyang sayamuat 2 keping)
4. Tabur inti daging hingga tertutup permukaan roti. Letakkan 2 keping keju cheddar slice.
5. Ulang step 2-3 hingga habis roti. Lapisan paling atas adalah lapisan daging.
6. Bila dah siap, tabur mozzarella cheese, cheddar block dan cheddar slice sebanyak mana yang kita suka.
7. Tabur sedikit Italian Herbs. Kalau ada lebihan bancuhan telur tadi, boleh siram ke atas keju.
8. Panaskan dulu oven 180c. Kemudian bakar lebih kurang 40minit/180c hingga perang dan garing.
Sesekali, apa kata buat murtabak? Tapi jangan risau, tak perlu menguli tepung pun. Cuma perlu ada kulit popia sahaja. Ha, simple kan? Jom try. Murtabak ni kalau ada atas meja time buka puasa, memang sedap.
MURTABAK POPIA
BAHAN-BAHAN
Minyak masak
1 labu bawang holand | dikisar
5 ulas bawang putih | dikisar
1 peket daging kisar
Sedikit air
1 peket rempah kari (saiz kecil)
1 batang lobak merah | disagat
1 biji kentang | disagat
Sedikit garam
Sedikit lada hitam
2 biji telur ayam
1 peket kulit popia
CARA MEMBUAT
1. Panaskan minyak masak dan tumis bawang holand dan bawang putih yang telah dikisar sehingga kekuningan
2. Masukkan daging. Gaul dan biarkan seketika serta letakkan sedikit air.
3. Masukkan rempah kari, lobak merah dan kentang.
4. Jika daging belum empuk, tambah sedikit air sampai rempah kari pecah minyak. Masukkan garam dan lada hitam.
5. Angkat adunan asingkan air daging jika banyak. Dalam bekas lain pecahkan telur ayam dan kacau.
6. Masukkan adunan sehingga adunan dengan telur ayam jadi pekat.
7. Sedia dilipat. Masak atas kuali yang diletak dengan sedikit minyak. Siap.