Sedapnya makan cokodok pisang panas-panas. Bagi yang teringin sangat nak makan, ni ada resipi Cokodok Pisang sedap dan mudah perkongsian saudari Cik Pooja yang boleh dicuba. Menurut empunya resipi, resipi ni memang hasilnya lembut dan tak serap minyak. Pendek kata, pasti puas hati. Tengok gambar je pun dah dapat rasa sedap. Rugi kalau tak cuba.
COKODOK PISANG TAK SERAP MINYAK
BAHAN-BAHAN:
5 biji pisang bersaiz besar – jika kecil, boleh guna 8-10 biji. Empunya resipi guna pisang bunga.
2 sudu makan marjerin
5 sudu makan gula pasir
1 sudu teh soda bikarbonat – sukatan tidak terlalu membukit
1 sudu teh garam
2 cawan tepung gandum
CARA MEMASAK:
1. Satukan semua bahan ( kecuali tepung gandum) dan lenyek hingga sebati.
2. Bila dah sebati, masukkan tepung gandum. Gaul lagi hingga sekata bersama adunan pisang tadi.
3. Rehatkan adunan selama 10-15 minit.
4. Panaskan minyak dan jemputkan adunan tadi. Goreng guna api perlahan hingga garing dan masak.
5. Angkat dan sedia untuk dinikmati.
INFO:
1. Tujuan guna marjerin ialah untuk merangupkan tekstur luaran kulit cekodok bila digoreng nanti. Malah ia juga menghalang minyak dari terserap ke dalam isi. 2. Cekodok akan menjadi wangi tetapi masih mengekalkan rasa asli. 3. Jangan goreng cekodok dengan api besar kerana nanti akan hangit dan tidak masak di dalam. 4. Untuk hasil cekodok yang cantik, hanya jemputkan bancuhan ke dalam minyak. Nanti ia akan membulat dengan sendiri ( jika bancuhan tu dibuat dengan baik)
Kuih Tako Sengkungni memang jadi kegemaran ramai. Teksturnya yang lembut, manis dan ada rasa rangup sengkuang menjadikan ia antara kuih yang mendapat permintaan tinggi terutamanya jika di bulan puasa. Nak cuba buat sendiri Kuih Tako ni? Jom cuba resipi perkongsian saudari Maria Bentalib ni. Pasti menjadi dan puas hati.
RESIPI KUIH TAKO
BAHAN BAHAGIAN BAWAH:
100gm tepung jagung
850ml air pandan – (beberapa helai daun pandan dikisar)
400gm gula pasir
5 biji sengkuang cina – dikupas dan dipotong dadu kecil
Sedikit pewarna hijau
Kisaran daun pandanSengkuang cina yang sudah dikupas kulit
CARA MEMASAK:
1. Satukan semua bahan dalam periuk. Kacau atas api hingga pekat dan jernih.
2. Kemudian, tuangkan ke dalam acuan bersesuaian hingga separuh acuan. Sejukkan.
BAHAN BAHAGIAN ATAS:
100gm tepung jagung
2 biji kelapa putih – jadikan 1520ml santan pekat
Daun pandan
Sedikit garam
CARA MEMASAK:
1. Satukan semua bahan dan kacau hingga sebati dan tidak berketul.
2. Kemudian masak atas api hingga pekat.
3. Tuang panas-panas ke atas bahagian hijau yang sudah disejukkan tadi. Buat hingga habis dan sejukkan kuih.
4. Bila kuih telah sejuk, barulah disimpan di dalam peti sejuk.
Bukan Kuih Keria! Tetapi Kuih Badok atau sesetengah orang mengenali dengan nama kuih getas. Perkongsian resipi dari Siti Nadirah merupakan air tangan bondanya yang menjual kuih sebagai sumber pandapatannya. Mesti sedap, kamu juga boleh mencuba!
RESIPI KUIH GETAS ATAU KUIH BADOK
BAHAN-BAHAN:
1 biji kelapa parut
1 peket tepung pulut
3 sudu besar tepung gandum
Garam
CARA MEMASAK:
Gaul semua bahan.. Bancuh dengan air sampai jadi doh.. Buat la bentuk donut..
GULA UNTUK DI SIRA
1 cawan gula
1/2 cawan air
CARA MEMASAK:
Bancuh sampai gula pekat pastu masukkan adunan yg dh digoreng
P/s : ni bukan kuih KERIA..kuih keria guna keledek .. Ni guna KELAPA
Sedapnya Cekodok Roti Gula ni. Selalu dekat rumah ada je roti sandwic yang masih banyak dan dah lepas tarikh luput tapi masih boleh dimakan. Kalau buang, ruginya. Menerusi perkongsian resipi oleh saudara Muhammad Naquib Mokhdzir @ Naqib, beliau kongsikan cara untuk habiskan roti dengan cepat. Resipi cekodok ni jenis yang manis. Cuma tambah tiga lagi bahan dah boleh hasilkan cekodok yang sedap. Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.
CARA MASAK CEKODOK ROTI GULA YANG SANGAT MUDAH & SEDAP
BAHAN-BAHAN:
5 keping roti – kalau guna kulit roti lagi sedap
2 sudu makan gula
1 sudu makan mentega
1 biji telur
Minyak untuk menggoreng
CARA MEMASAK: 1. Carik-carikkan roti jadi kepingan kecil dan masukkan ke dalam mangkuk. 2. Masukkan gula, mentega dan telur. Gaul dan ramas campuran sampai sebati 3. Panaskan minyak dalam kuali dalam kuantiti yang agak banyak. 4. Kaupkan adunan cekodok dan goreng hingga kekuningan. Untuk hasil yang nampak cantik dan sama saiz, boleh guna scoop aiskrim. 5. Angkat, toskan minyak dan sedia untuk dihidangkan.
Kredit resipi & foto: Muhammad Naquib Bin Mokhdzir / Naqib
BACA NI!
Nak gambar dan resipi masakan anda disiarkan di laman web dan facebook Majalah Rasa macam yang saudara Muhammad Naquib ni? Ikut 4 langkah mudah di bawah.
Nak tahu cara hilangkan kerak periuk dan kesan hangus tanpa guna sabun keras? Cuba 6 bahan dapur ini seperti garam, lemon dan soda bikarbonat — mudah, berkesan dan selamat!