Ads

Cara-Cara Masak Sizzling Yee Mee Homemade Tanpa Guna Hot Plate.

Sizzling Yee Mee selalunya dihidang menggunakan hot plate kerana sizzling sedap makan ketika masih panas. Kalau dekat rumah anda tak ada hot plate, pun masih boleh sediakan menu enak ni untuk keluarga. Jom cuba!  

 

SIZZLING YEE MEE

BAHAN-BAHAN:

  • 4 ketul ayam bahagian thigh
  • Yee mee (Tapi kali ini guna mee sanggul)
  • 3 pokok sawi
  • Hirisan brokoli, lobak merah dan kubis bunga secukupnya
  • 2 tin cendawan butang
  • 1 inci halia
  • 10 tangkai cili kering
  • 8 ulas bawang putih
  • 2 sudu makan lada hitam
  • 4 sudu makan tepung jagung
  • 6 cawan air
  • Kicap pekat (ikut warna gelap yang anda suka)
  • 3 sudu makan sos tiram
  • 3 kali percik kicap cair
  • 4 kali percik minyak bijan

Cara-Cara Masak Sizzling Yee Mee Homemade Tanpa Guna Hot Plate.

Cara-Cara Masak Sizzling Yee Mee Homemade Tanpa Guna Hot Plate.

Ads

CARA MEMASAK:

1. Cincang bawang putih, potong halus halia & potong serong cili kering. Tumis dengan 2 sudu makan minyak masak.

2. Tumis sampai naik bau  dan masukkan ayam yangg dipotong kecil.  Gaul hingga keluar air ayam anggaran masa dalam 5 minit.

3. Masukkan air dan semua sos perasa kecuali minyak bijan. Perasakan dengan sedikit garam.

Ads

4. Tumbuk lada hitam dan masukkan ke dalam kuah tadi. Biar menggelegak dalam 10 minit.

5. Masukkan cendawan dan biar dalam 3 minit. Kemudian masukkan tepung jagung yang dibancuh dengan sedikit air. Tuang sedikit-sedikit sambil dikacau sampai kuah kelihatan memekat. Percikkan minyak bijan. 

Cara-Cara Masak Sizzling Yee Mee Homemade Tanpa Guna Hot Plate.

Ads

6. Akhir sekali,  didihkan mee sanggul hingga lembut dan tos air. Celur sayur sekejap dalam air panas dan goreng telur tapi biar separuh masak. Hidang dalam pinggan dan tuangkan kuah. Siap untuk dinikmati.

Cara-Cara Masak Sizzling Yee Mee Homemade Tanpa Guna Hot Plate.

INFO: Sukatan resepi ini cukup untuk sajian makan 4 – 5 orang.

 

Kredit resipi & foto: Mazliyani Abu Bakar

Dapatkan resipi, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi. Download sekarang!

KLIK DI SEENI
∞
∞
Ads

Menu Lain

Pesta Seri Rasa x RASA Meriahkan Festival Budaya Malaysia 2026, Pelbagai...

Buat penggemar makanan, budaya dan aktiviti keluarga, jangan lepaskan peluang untuk memeriahkan Pesta Seri Rasa sempena Festival Budaya Malaysia (FBM) 2026 yang bakal berlangsung dari 11 hingga 16 September 2026 di Taman Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur.