Sedapnya Char Kuetiau Kerang ni. Kalau dapat makan panas-panas memang puas hati. Kalau beli, sepinggan pun dah harga berapa ringgit. Letak extra udang atau kerang, lagi mahal. Jadi meh cuba masak sendiri guna resipi perkongsian saudari SuiSan Aliezsha. Bahan-bahan simple je tapi rasa sedap macam beli dekat kedai tau. Makan dengan cili jeruk memang padu.
Pernah cuba Terung Goreng Crispy? Biasanya makanan laut, ayam atau sayuran seperti cendawan dan bendi biasanya digoreng begini namun rupanya kalau guna terung pun sedap tau. Saudari Zaharah Mazrul ada kongsikan resipinya. Jom cuba!
Taucu adalah berupa kacang soya yang telah direbus dan diperam. Ia digunakan sebagai rencah dan penyedap dalam masakan. Kalau nak tahu, banyak lauk pauk sedap yang boleh dihasilkan menggunakan taucu ni. Bagi yang nak cuba, boleh jadikan koleksi masakan taucu ni sebagai panduan. Selamat mencuba!
1. TAUCU TENGGIRI
BAHAN-BAHAN:
Ikan Tenggiri yang dah digoreng
1 inci halia – dihiris
4 biji bawang merah – dihiris
1 biji bawang holland – dihiris
Lada besar – dihiris panjang
Cili api
Air ikut citarasa masing-masing
BAHAN PES ( GAUL SEBATI):
3 sudu makan taucu
6 sudu makan kicap pekat
1 sudu makan serbuk kari ikan
2 sudu makan sos tomato
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak dan tumis bawang merah, halia dan bawang putih hingga wangi.
Kemudian masukkan bancuhan taucu dan air. Biarkan mendidih sedikit.
Seterusnya masukkan ikan, lada, cili api dan bawang holland.
Perasakan dengan gula dan garam secukupnya ( jika perlu.)
Jika suka pedas, masa nak makan baru picit cili api.
1 genggam ikan bilis – pilih yang saiz sederhana atau kecil. Basuh & tos.
3 biji bawang merah – dipotong
3-4 ulas bawang putih – dipotong halus
1/2 biji bawang holland – dipotong kasar
1/2 mangkuk kecil air asam jawa
2 biji cili hijau – dipotong
2 biji cili merah – dipotong. Tak nak letak pun boleh.
4 biji cili padi merah – potong halus
4-5 sudu makan taucu – sebaiknya guna taucu yang tak hancur untuk elakkan rasa masin yang melampau.
Minyak untuk menumis
Gula dan perasa secukupnya
CARA MEMASAK:
Tumis ikan bilis dengan sedikit minyak. Setelah ikan bilis separuh garing, masukkan semua bawang dan cili.
Setelah naik bau, masukkan air asam jawa dan tambah sedikit air agak-agak hingga tenggelam separuh bahan-bahan tadi. Tunggu ia mereneh dan lembut sekejap.
Masukkan taucu danperasakan dengan sedikit gula serta Tak perlu letak garam.
Biarkan mereneh sekali lagi dan sedia untuk diangkat.
Sesekali pekena pecal memang membuka selera, tapi dengan sedikit kreativiti korang boleh pelbagaikan menu yang boleh dipadankan dengan kuah pecal. Apa yang korang perlu lakukan hanyalah menyediakan lebih sambal pecal untuk disimpan kerana sambal pecal tahan lama jika betul cara simpannya. Bila teringin makan kuah pecal, korang ciptalah isiannya ikut selera keluarga. Kalau tak ada idea, ini RASA kongsikan menunya.
BAHAN KUAH KACANG:
BAHAN-BAHAN:
600gm kacang tanah | goreng tanpa minyak
12 sudu besar gula perang atau pasir
20 biji cili padi
8 ulas bawang putih | dihiris
10 ulasbawang merah | dihiris
3cm halia | dihiris
2cm isi | cekur
3cm belacan
2 sudu makan air asam jawa
Garam secukup rasa
Air panas secukupnya | untuk membancuh
CARA MEMASAK:
Goreng kacang tanah tanpa minyak hingga keperangan. Angkat dan ketepikan.
Panaskan sedikit minyak, goreng bawang merah, putih, halia, cili merah dan cili padi hingga kekuningan. Angkat dan toskan minyaknya.
Goreng pula belacan, angkat dan ketepikan.
Kacang yang telah digoreng tadi buangkan kulitnya, kemudian tumbuk hingga hancur, ketepikan.
Selepas kacang, tumbuk pula bahan goreng tadi hingga sebati. Tambahkan sedikit air asam, gula dan garam secukupnya.
Masukkan bahan ini dalam bekas berisi kacang tumbuk tadi. Gaul rata hingga sebati.
Setelah siap simpan dalam bekas kedap udara,
Bancuh kuah sambal pecal hanya bila perlu digunakan.
PECAL SAYUR CAMPUR
BAHAN-BAHAN:
200gmsambal pecal | resipi di atas
5 batang kacang panjang | dicelur dan potong 3cm
5 pucuk kangkung | dicelur dan potong 3cm
50gm timun |dihiris memanjang
50gm lobak merah |dihiris memanjang
50gm sengkuang |dihiris memanjang
CARA MEMASAK:
Bancuh kuah pecal dengan sedikit air suam. Kacau rata
Pastikan bancuhan tidak terlalu cair atau pekat. Ketepikan.
Masukkan bahan yang telah dicelur dan dihiris dalam mangkuk.
Kemudian tuangkan kuah pecal dalam campuran sayur campur tadi..
Pecal sedia dihidangkan.
PECAL MI CAMPUR SAYUR
BAHAN-BAHAN
200gm sambal pecal | resipi di atas
200gm mi kuning | dicelur
50gm tempe | dihiris dan goreng
50gm tauhu | digoreng dan hiris nipis
1 biji telur rebus | digoreng dan belah empat
1 biji kentang | digoreng dan dihiris nipis
Sedikit tauge | dicelur
Sedikit kangkung | dicelur dan potong 3cm
CARA MEMASAK:
Bancuh sambal pecal dengan air panas sehingga menjadi kuah yang tidak terlalu cair atau pekat.
Masukkan mi dalam pinggan dan taburkan di atasnya dengan hirisan tampe, kentang, tauhu, tauge,dan kangkung.
Tuangkan kuah pecal yang telah dibancuh tadi di atasnya.
Pecal mi sedia dihidangkan.
PECAL AYAM GORENG
BAHAN-BAHAN:
200gm sambal pecal | resipi di atas
200gm dada ayam goreng | dihiris nipis
50gm lobak merah | diparut halus
50gm sengkuang | diparut halus
CARA MEMASAK:
Bancuh sambal pecal dengan air panas sehingga menjadi kuah yang tidak terlalu cair atau pekat. Ketepikan.
Seterusnya, masukkan mi dalam pinggan dan taburkan di atasnya dengan hirisan tampe, kentang, tauhu, tauge,dan kangkung.
Tuangkan kuah pecal yang telah dibancuh tadi di atasnya.
Pecal mi sedia dihidangkan.
PECAL NANGKA MUDA
BAHAN-BAHAN:
200gm sambal pecal | resipi di atas
200gm nangka muda | dipotong dadu dan rebus
2 batang pucuk kangkung | dicelur dan potong 3cm
Sedikit hirisan timun
CARA MEMASAK:
Bancuh sambal pecal dengan air panas sehingga menjadi kuah yang tidak terlalu cair atau pekat. Ketepikan.
Seterusnya, masukkan nangka muda dengan kangkong yang telah direbus tadi dalam pinggan.
Tuangkan kuah pecal di atasnya.
Pecal nangka muda sedia dihidangkan.
PECAL TELUR KENTANG GORENG
BAHAN-BAHAN:
200gm sambal pecal | resipi sama di atas
3 biji telur rebus | digoreng dan belah empat
2 bji kentang rebus | digoreng dan belah empat
50gm lobak merah | diparut kasar
50gm timun | diparut kasar
CARA MEMASAK:
Bancuh sambal pecal dengan air panas sehingga menjadi kuah yang tidak terlalu cair atau pekat. Ketepikan.
Seterusnya, masukkan hirisan telur, kentang, hirisan lobak merah dan timun dalam pinggan.
Tuangkan kuah pecal di atasnya.
Pecal sedia dihidangkan..
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Nak masak Char Kuey Teow Sedap gaya kedai? Ini resipi lengkap, mudah dan padu untuk hasil yang lebih pekat, wangi dan puas hati. Semua bahan ringkas dan langkah memasak jelas!