Jom belajar cara-cara hasilkan Serikaya secara homemade. Bila buat sendiri ni, manisnya boleh diubahsuai mengikut citarasa masing-masing. Buat banyak-banyak dan simpan dalam peti sejuk. Selain disapu pada roti, boleh juga guna serikaya ni untuk buat kek, inti pau dan sebagainya. Banyak guna. Nak cuba? Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.
BAHAN A:
60gm gula pasir
125ml air panas
CARA MEMASAK 1:
Masak gula hingga warna perang. (Amber colour atau warna sepertiminyak masak dalam botol).
Tuang air panas dan masak hingga gula larut.
BAHAN B:
3 biji telur saiz besar
300ml santan pekat
190gm gula pasir (resipi asal 240gm)
Daun pandan
2 titik pewarna kuning (boleh abaikan)
Sedikit tepung jagung (optional. Empunya resipi tidak letak)
CARA MEMASAK 2:
Ads
1. Setelah gula tadi menjadi karamel ( berwarna amber), satukan kesemua bahan lain dan masak menggunakan kaedah ‘double-boiler’ untuk mengelakkan adunan terlalu panas dan menjadi bergentel. Teruskan mengacau tanpa henti.
2. Adunan akan mula likat seperti ini. Jika tidak menggunakan tepung jagung sebagai ejen pemekat, perlu terus masak serikaya sehingga mendapat kelikatan yang diingini.
Ads
3. Tapis serikaya untuk mendapatkan tekstur yang lebih halus.
Ads
4. Beginilah rupa serikaya yang masih panas. Ia akan menjadi lebih pekat bila sudah sejuk atau dimasukkan ke dalam peti sejuk.
Info: Gunakan santan asli dari kelapa parut untuk menghasilkan serikaya yang cantik berkilat.
Biskut Sarang Semut adalah salah satu biskut raya tradisional yang menjadi kegemaran ramai sejak dari dulu sampai sekarang. Suatu ketika dulu biskut Sarang Semut dianggap cukup moden. Boleh dikatakan biskut ini diwarisi sehingga ke anak cucu. Raya ini jom kita hidangkan biskut Sarang Semut. Ini resipi yang dikongsikan oleh Zulena Ismail
Lamanyatak buat KuihGegetas! Kadang-kadangbahansemuaada, tapi ‘mood’ nak buat tutakmuncul-muncul juga, kan? Tapibila dah sekaliterbayangdalamkepala, selagitak buat – selagitulah rasa teringin. Jom buat KuihGegetas! ResipiperkongsianPnHabsahNgah kali niringkas je, sesuai sangat untukminumpetangataunakberbagirezekidenganjiran-jiran. Sekali buat satuadunan, puasmakan.
1.Satukan semuabahandalammangkukbesar.
2.Uli hinggamenjadi doh yang bolehdibentuk.
3.Bentukkan doh ikutsaiz dan bentuk yang diingini.
4.Panaskan minyak, goreng kuihdenganapisederhana.
5.Bila kuihmulabertukarwarnakeperangan, angkat dan toskan.
6.Untuk buat air gula, masukkansemuabahankedalamkuali, masakgunaapiperlahan. Kacauhinggapekat dan likat.
7.Bila air gula dah likat, curahkankeataskuih yang digorengtadi. Gaul cepat-cepathingga gula menyelaputikuih dan nampakberkilatsertakering.
Tip: Selalubalik-balikkankuihsupayamasak rata dan takhangus.Unuk buat kuihni, boleh goreng kuihterlebihdahulu, baru buat air gula.
Menu kali ini cukup sesuai dijadikan sarapan dan sajian petang yang enak. Idea roti, pastri, bun roti serta pencuci mulut dari meringue memang cukup popular dan menepati selera penggemar bakeri dan pastri.
Hebat-hebat idea bakeri dan pastri dari tenaga pengajar KDU Universiti College iaitu Chef Fami Taufeq Fakarudin, Chef Adrian Pinto dan Chef Ahmad Azfar Zikri Ahmad Zaini. Jom cuba , korang boleh ceriakan sambutan Kemerdekaan dengan menu ini nanti tau.
.
1. PAI AYAM PASTRI LAPIS
.
BAHAN-BAHAN :
CARA MEMASAK :
1. Gaulkan dada ayam dengan tepung sehingga sebati
2. Panaskan minyak masak d idalam periuk
3. Tumis bawang putih, bawang besar, lobak merah dan batang saderi selama 5 minit dengan api yang sederhana
4. Masukkan pes tomato dan masak sehingga pecahkan minyak
5. Masukkan dada ayam dan gaul rata, masukkan cendawan butang
6. Tuangkan air rebusan ayam dan renehkan selama 20 minit
7. Masukkan garam, lada hitam secukup rasa
8. Sejukkan inti pai tersebut dan sudukan inti pai tersebut ke dalam loyang pai.
9. Alaskan loyang tersebut dengan pastri lapis dan pastikan dikepilkan bahagian tepi dengan rapat
10. Sapukan lapisan telur diatas lapisan pastry rapuh tadi
11. Panaskan ketuhar pada 190”C
12. Bakarkan adunan tadi di dalam ketuhar selama 25 – 30 minit
Saiz hidangan : 4 orang
Waktu memasak : 25-30 minit
Cara memasak : Tumis dan bakar
Jenis masakan : Pastri
Keistimewaan : Pai berlemak dengan inti ayam dan cendawan berperisa
Anggaran kos : RM15
INFO CHEF : Bagi menaikkan rasa lemak di dalam sos ayam, masukkan krim cair sebanya 100ml sebelum atau semasa dimasukkan garam dan lada hitam.
2. PAI DURIAN
.
BAHAN-BAHAN : Bahan doh pastri bergula :
Bahan inti durian :
CARA MEMASAK : Cara membuat doh pastri bergula (kulit pai) :
Cara membuat isi durian :
Saiz hidangan : Satu loyang pai berukuran 10 inci @ 25 sm
Waktu memasak : 30 minit
Cara memasak : Bakar
Jenis masakan : Pastri
Keistimewaan : Kaya dengan rasa dari isi durian sebenar
Anggaran kos : RM30
INFO CHEF : Untuk rasa lebih lemak berkrim paipkan krim putar dan taburkan gula aising di atas pai tersebut.
3. PAVLOVA BERI BERKRIM
.
BAHAN-BAHAN :
CARA MEMASAK :
Saiz hidangan : 10 orang
Waktu memasak : 30 minit
Cara memasak : Bakar
Jenis masakan : Meringue
Keistimewaan : Manis dan enak dengan potongan buah-buahan serta cair dalam mulut
Anggaran kos : RM20
INFO CHEF : Selain buah-buahan beri boleh juga digantikan dengan buah mangga, nangka dan pisang dan juga boleh dihiaskan dengan kepingan coklat.
4. BUN MANIS SUSU MENTEGA
.
BAHAN-BAHAN :
Bahan inti susu mentega:
CARA MEMASAK :
Cara memasak inti susu mentega :
Saiz hidangan : 20 buku bun, 30gm setiap satu
Waktu memasak : 1 jam – 2 jam
Cara memasak : Bakar
Jenis masakan : Roti
Keistimewaan : Lembut dan gebu dan berkrim dengan inti susu mentega.
Anggaran kos : RM23
INFO CHEF : Boleh juga menggunakan inti coklat.
5.ROTI PANDAN KACANG MERAH
.
BAHAN-BAHAN :
Bahan inti :
500gm pes kacang merah | sudah siap dijual di pasaraya @kedai bakeri
CARA MEMASAK :
Saiz hidangan : 4 buku roti
Waktu memasak : 1 jam – 2 jam
Cara memasak : Bakar
Jenis masakan : Roti
Keistimewaan : Lembut dan gebu berperisa pandan dan inti kacang merah yang enak.
Anggaran kos : RM25
INFO CHEF: Resepi yang sama boleh digunakan untuk inti coklat, kastad, kaya ikut citarasa masing-masing.
RESIPI : FAMI TAUFEQ FAKARUDIN, ADRIAN PINTO & AHMAD AZFAR ZIKRI AHMAD ZAINI TERIMA KASIH : KDU UNIVERSITI COLLEGE, Jalan Kontraktor U1/14, Seksyen U1, Glenpark U1, Shah Alam. www.kdu.edu.my
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Musim perayaan Hari Raya ni ramai yang ambil kesempatan buat biskut dan kuih raya sendiri di rumah untuk dihidangkan buat para tetamu yang datang nanti. Namun, nak buat biskut perlu ada ilmu dan caranya yang tersendiri. Kena tahu panduan asas barulah biskutnya elok menjadi, lebih rangup dan tahan lama.