Siapa saja yang tidak menggemari piza. Tambah-tambah dapat perisa yang digemari. Buat untuk makan malam pun sungguh mengenyangkan.
Resipi untuk doh piza: 1/2 cawan air suam 1 sudu besar yis 1 sudu kecil gula 2 cawan tepung gandum 2 sudu besar minyak masak 1 sudu teh garam
Topping piza: Sos bolognese – masak dulu macam sos spagheti tu Keju mozarella/ parmesan Crabstick Capsicum hijau/merah Bawang Holland
Ads
Cara memasak: 1.Campurkan air suam dengan yis dan gula. 2.Biarkan dalam 10 minit hingga yis kembang. 3.Dalam mangkuk yang lain, masukkan tepung, garam dan minyak. 4.Gaul rata dan masukkan yis yang sudah kembang tadi. 5.Uli seketika hingga doh tak lekat di tangan dan perap selama 1 jam 6.Bila dah 1 jam, ambil doh tadi dan tumbuk-tumbukkan biar keluar angin. 7.Taburkan tepung atas papan pencanai dan bahagikan kepada dua bahagian 8.Canaikan doh tadi, bentuk bulat dan letakkan dalam loyang yang sudah dilenser dengan sedikit mentega/minyak. 9.Ambil garfu dan cucukkan doh tadi. 10.Letakkan cheese di keliling piza dan gulung. 11.Gunting tepi dan keliling piza agak-agak dalam 1 inci jarak . 12.Letakkan sos bolognese atas doh. 13.Taburkan sedikit cheese. 14.Letakkan crabstick, bawang Holland dan capsicum 15,Taburkan cheese lagi. 16.Dah siap biarkan seketika dalam 15 minit hingga doh naik semula. 17.Panaskan oven suhu 180 dan bakar selama 30 minit 18.Siap untuk dihidangkan.
Bihun goreng masakan paling simple yang boleh dipelajari oleh anak-anak dara. Apa kata hujung minggu boleh masakkan menu bihun goreng ni untuk hidangan sarapan pagi bersama keluarga tercinta.
RESIPI BIHUN GORENG CAP MERAK STEP BY STEP
BAHAN-BAHAN:
1 plastik bihun cap merak
2 sudu besar cili kering kisar
1 keping dada ayam & 3 ekor sotong
1 1/2 sudu besar garam
4 sudu besar gula
1 sudip sos cili dan 1 sudu besar sos tiram.
hirisan ‘fishball’
2 genggam taugeh segar.
1 gelas air kosong.
BAHAN KISAR: (kisar dengan sedikit air)
3 biji bawang merah saiz bola ping pong
8 ulas bawang putih
2 tangkai cili padi
1 sudu besar udang kering
CARA MEMASAK:
Rendam 1 plastik bihun terlebih dahulu selama satu jam dengan air paip.
Sebelum tos, lalukan dengan air terlebih dahulu.
Tumis bahan kisar tadi dengan minyak yang cukup.
Setelah naik bau, masukkan 2 sudu besar cili kering kisar. Tumis hingga pecah minyak.
Kemudian masukkan lauk.
Rasa Nostalgia Ramadan Musim Kedua, Episod Keenam gamat dan kelakar tadi. Didie Alias sama kecoh dengan Datuk Chef Wan, macam-macam cerita dan tip masakan menarik yang disembangkan bersama.
Didie Alias lengkap berkebaya merah jambu menyala, menyerlah berseri pelakun dan pelawak handalan ni.
Resipi yang dikongsikan Didie memang cukup istimewa warisan dari ibunya, Asam Pedas Daging Tetel Mak Kiah dan kuih tradisional olahannya sendiri iaitu Keria Keladi Gula Melaka. Memang terbaiklah.
Untuk pengetahuan Didie memang hebat memasak kerana selalu menolong ibunya yang berniaga makanan. Sebut apa aje boleh aje masak untuk keluarga. Resipi keria ni biasanya guna keledek kan, tapi Didie olah semula gunakan keladi. Sedap weii.
Didie bagi tip masak keria menggunakan keladi disebabkan ia melekit jadi gaulkan tepung sedikit. Asam Pedas Daging Tetal pulak dari warisan ibunya. Maklumlah orang Melaka memang terror bab masakan asam pedas ni.
Nak resipi lauk dan kuih yang dimasak tadi, jom catat resipi yang dikongsikan RASA ini, jangan lupa mencuba ya. Selamat Berbuka.
1. ASAM PEDAS DAGING TETEL MAK KIAH
BAHAN-BAHAN
1 kg daging tetel
4 sudu besar pes cili kering
1 sudu makan belacan bakar
5 tangkai daun kesum
2 batang bunga kantan
2 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
1/2 cawan air asam jawa
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa
1 liter air rebusan daging
Minyak CARA MEMASAK : 1. Panaskan minyak. 2. Kisar bawang besar,bawang putih dan belacan bersama air. 3. Tumiskan bahan-bahan yang telah dikisar (5-7 minit). 4. Kemudian masukkan cili kering. 5. Seterusnya, masukkan daun kantan bersama daun kesum.Masukkan air asam jawa. 7. Masukkan air rebusan daging. 8. Masukkan daging tetel yang telah direbus. 9. Akhir sekali, masukkan garam dan gula secukup rasa.
2. KERIA KELADI GULA MELAKA MUMMY
BAHAN-BAHAN :
400gm keladi | dikupas dan direbus
150gm tepung gandum
Garam secukup rasa
Garam secukup rasa
Minyak masak secukupnya Bahan untuk sira:
¾ cawan gula melaka | telah dihiris
1-2 sudu besar gula pasir
¼ cawan air CARA MEMASAK : 1. Rebuskan keladi sehingga lembut sebelum melenyekkannya. 2. Campurkan keladi yang telah dilenyek bersama tepung gandum dan secubit garam. 3. Bentukkan adunan keladi menjadi bulat dan buat lubang ditengahnya seperti donut. 4. Panaskan minyak. 5. Masukkan keladi yang telah dibentuk ke dalam minyak yang panas. 6. Goreng keria keladi sehingga menjadi kuning keemasan. 7. Angkat dan biarkan sehingga sejuk.
Cara membuat kuah Sira: 1. Panaskan periuk. 2. Masukkan gula Melaka dan air. 3. Kacau sehingga larut. 4. Masukkan gula. 5. Kacau sehingga menjadi pekat. 6. Kemudian gaulkan kuah sira bersama keria keladi yang telah digoreng.
AKSI SEBALIK TABIR :
TERUSKAN MENONTON RASA NOSTALGIA RAMADAN MUSIM KEDUA SEPANJANG RAMADAN INI.
Teruskan menonton Rasa Nostalgia Ramadan dengan resipi yang menarik dan menyelerakan dari Datuk Chef Wan bersama artis dan selebriti jemputan yang lain berkongsi masakan yang menjadi nostalgia Ramadan masing-masing.
Rancangan Rasa Nostalgia Ramadan musim kedua bersiaran dari Isnin hingga Jumaat, setiap jam 5 petang di Astro Prima di saluran 125 dan Prima HD di 105.
Kalau masakan berasaskan cili padi, memang ramailah peminatnya. Sebut je sambal cili padi tidak kiralah untuk apa masakan apa sekalipun, memang sedap dan terbaik.
Apa lagi kalau dipadankan dengan ikan goreng. Cukup asam garamnya, memang terangkat sedap, biarpun pedas tetap menjadi pilihan!
Jom kita cuba 4 resipi ikan dan cili padi sebagai hidangan pemikat selera.
KERISI GORENG CILI PADI
BAHAN-BAHAN:
5 ekor ikan kerisi | buang sisik dan bersihkan 1 sudu makan air asam jawa Garam dan gula secukup rasa Minyak untuk menggoreng dan menumis 20 biji cili padi | hiris – beli online di sini
1. Gaulkan ikan kerisi yang telah dibersihkan dengan garam dan serbuk kunyit. Ketepikan. 2. Panaskan minyak goreng ikan hingga garing. Angkat dan ketepikan. 3. Keluarkan minyak, tinggalkan sedikit untuk menumis.
4. Tumiskan bahan kisar hingga wangi, kemudian masukkan hirisan cili, kacau rata. 5. Masukkan pula air asam jawa, kecilkan api dan terus kacau. Akhir sekali perasakan dengan garam dan gula secukupnya. 6. Tutup api dan masukkan ikan dan gaul rata. Ikan sedia dihidangkan panas-panas.
SAMBAL KERING IKAN SELAR
BAHAN-BAHAN:
8-10 ekor ikan selar | siang dan bersihkan 1 sudu teh serbuk kunyit 1 sudu makan air asam jawa Garam dan gula secukup rasa Minyak masak secukupnya untuk menggoreng dan menumis
BAHAN KISAR KASAR:
1 biji bawang besar 3 ulas bawang merah 3 ulas bawang putih 3 biji cili merah 15 biji cili padi 1 batang serai
CARA MEMASAK:
1. Gaulkan ayam dengan garam halus dan serbuk kunyit. Ketepikan. 2. Panaskan minyak, goreng ikan hingga garing. Angkat dan ketepikan. 3. Keluarkan minyak, tinggal sedikit untuk menumis.
4. Tumiskan bahan kisar hingga garing, kemudian masukkan air asam jawa. 5. Kacau rata dan perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. 6. Akhir sekali tutup api, masukkan ikan dan gaul rata. Ikan sedia dihidangkan panas-panas.
IKAN TONGKOL SAMBAL CILI PADI
BAHAN-BAHAN:
4-5 ketul ikan tongkol yang telah direbus
BAHAN KISAR:
15 biji cili padi 1 biji bawang besar 2 ulas bawang putih 1 batang serai
CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak, goreng ikan hingga garing. Angkat dan ketepikan. 2. Keluarkan minyak, tinggalkan sedikit untuk menumis. 3. Tumis bahan kisar kasar hingga wangi dan pecah minyak. 4. Masukkan air asam jawa, garam dan gula secukup rasa. 5. Akhir sekali masukkan ikan tongkol yang telah digoreng tadi. 6. Gaul rata dan tutup api. Ikan tongkol sambal sedia dihidangkan.
IKAN BILIS BESAR GORENG CILI BAWANG
BAHAN-BAHAN:
200gm ikan bilis besar | basuh & toskan 1 biji bawang besar | hiris 2 ulas bawang putih titik 2 biji cili merah 8 biji cili padi Sedikit gula Garam jika perlu Minyak masak secukupnya | untuk menggoreng & menumis
CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak, goreng ikan bilis hingga garing. Angkat dan ketepikan. 2. Keluarkan minyak, tinggal sedikit, tumis bawang putih, bawang merah serta cili merah dan cili padi. 3. Tumis hingga wangi dan layu. Masukkan ikan masin. Kacau rata. 4. Jika kurang masin tambahkan sedikit garam bersama gula secukupnya.
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa:
Bagi yang suka makan Cina salah satu yang selalu dipesan jika makan di restoren ini adalah Ma Po Tofu. Tekstur tauhu yang lembut dan dimasak bersama kuah pekat memang cukup enak sekali untuk dimakan dengan nasi.