Suka makan Taufu Fa? Seronoknya kalau dapat buat sendiri manisan ni kan? Sekali buat, memang puas makan. Ni ada resipi mudah yang boleh dicuba. Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan dan cara membuatnya.
CARA BUAT TAUFU FA HOMEMADE
BAHAN A:
440 gm kacang soya – basuh dan rendam 5 jam. ( nak guna 500 gm kacang soya pun boleh, lagi terasa soyanya )
3200 ml air
CARA MEMASAK:
Ads
1. Kedua bahan diatas dikisar dan ditapis. Sebaiknya tapis guna kain cotton. 2. Sukat 3 liter air soya dan masukkan ke dalam periuk. Masukkan 3 helai daun pandan dan didihkan. 3. Sentiasa kacau air soya supaya tidak hangit dan melimpah. 4. Setelah air soya dirasakan cukup masak, tapis dalam satu bekas yang senang untuk dipegang. Contohnya; jug air.
BAHAN B ( CAMPURAN GDL):
1 1/2 sudu teh GDL
1 sudu besar + 1 sudu teh tepung jagung
3 sudu besar air soya yang belum dimasak
CARA MEMBUAT:
1.Sementara tunggu air soya mendidih, campurkan bahan B. Kacau rata hingga sebati. 2.Sudu yang digunakan untuk menyukat bahan adalah sudu untuk sukatan kek. Boleh diperolehi di bakeri.
CARA MEMBUAT TAUFU FA:
Ads
1. Sediakan satu bekas . Tangan kiri pegang campuran GDL, tangan kanan pegang air soya panas dalam jug.( seeloknya air soya ditapis terlebih dahulu supaya hasil Taufu Fa halus) 2. Tuang kedua-dua bahan secara serentak ke dalam bekas. 3. Biarkan. Jangan kacau atau goyang bekas yang dah siap campur tu. 4. Biarkan selama 2 jam atau hingga suam barulah Taufu Fa boleh diceduk. 5. Sebelum dinikmati, bila dah agak sejuk, buang bahagian atas Tau Fu Fa. Ini kerana bahagian atas berbuih dan agak kering.
6. Hidangkan bersama air gula atau air gula melaka.
BAHAN AIR GULA – kuantiti agak-agak
Ads
Air
Gula/gula melaka
Daun pandan
CARA MEMASAK:
1. Satukan semua bahan dan didihkan. Pastikan air gula agak manis. 2.Tapis dan sejukkan.
INFO:
Pastikan air soya cukup masak. Jika tidak, taufu fa akan jadi kurang sedap.
Bahan utama untuk membuat Tau Fu Fa ni adalah GDL ( glucono-delta-lactone). Fungsinya untuk membekukan air soya.
Boleh dibeli di sesetengah kedai bakery. Tanya pada pekerja mereka GDL atau serbuk nak buat Tau Fu Fa.
Ada yang berhasrat nak buat rumah terbuka? Mungkin ada menu yang mahu dibuat dari air tangan sendiri seperti kek jantung pisang. Kek ni tak guna oven,goreng guna kuali kecil yang dalam. Hasilnya sangat memuaskan.
Kek Jantung Pisang
Bahan-bahan:
5 biji telur
3/4 cawan gula
1/2 cawan marjerin
1/2 cawan tepung kek bluekey
1 cawan tepung gandum
3/4 cawan susu cair
sedikit esen vanila
Cara memasak:
1.Putar marjerin dengan gula hingga kembang.
2.Kemudian masukkan telur,putar sehingga betul-betul kembang.
3.Akhir sekali, masukkan semua bahan-bahan yang lain .
Idea kek kukus kali ini memang cukup istimewa. Tanpa membakar dalam ketuhar kek kekal lembut dan sedap. Malahan kek yang dikukus tanpa oven ini mempunyai tekstur yang lembab ‘moist’ yang cukup enak.
Pastikan periuk pengukus dididihkan terlebih dahulu airnya, dan tutup kek dengan aluminium foil agar tidak menitik di atas kek.Jom semak idea kreatif Norbaini Rahwi yang juga penulis dan pengajar resipi kek.
1. KEK KUKUS LOBAK
BAHAN-BAHAN :
Bahan A:
4 biji telur
200gm gula kastor
270gm minyak masak/jagung
½ sudu teh garam
1 sudu teh vanilla essen
Bahan B:
240gm tepung gandum | diayak
2 cawan lobak merah | disagat
1 ½ sudu teh serbuk kayu manis
1 sudu teh serbuk penaik
½ sudu teh baking soda
Bahan-bahan untuk filling dan topping:
600gm whipping cream/fresh cream
200gm krim keju
CARA MEMASAK : Cara pembuatan kek kukus : 1. Sediakan periuk kukusan. Sediakan 2 loyang bersize 8 inci dan di alas dengan kertas. Tidak perlu di sapu mentega. 2. Pukul Bahan A hingga sebati 3. Masukkan Bahan B. Gaul hingga rata. 4. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian. 5. Panaskan periuk kukusan dan kukuskan kek selama 25 minit atau sehingga masak. 6. Setelah masak sejukkan kek.
Cara-cara pembuatan filling dan topping : 1. Pukul krim keju hingga lembut. Ketepikan. 2. Pukul whipping cream hingga kental. 3. Masukkan krim keju ke dalam whipping cream dan kacau sebati. 4. Sapukan krim di setiap lapisan. 5. Akhir sekali sapukan semua bahagian kek dengan krim dan hias mengikut citarasa masing-masing.
Saiz hidangan : 12 orang Waktu memasak : 25 minit Cara memasak : Kukus Keistimewaan : Kelazatannyasama seperti yang dibakar dengan aroma kayu manis yang harum Jenis masakan : Kek Anggaran kos : RM 30
INFO CHEF : Lobak yang disagat hendaklah digoreng kering tanpa minyak supaya lobak kering sedikit dan rasa lebih enak.
2. KEK KUKUS RED VELVET
BAHAN-BAHAN :
Bahan A :
4 biji telur
120gm gula kastor
½ sudu makan ovalete
Bahan B (diayak):
80gm tepung gandum
30gm susu tepung
10gm kopi 3 in 1
1 sudu teh serbuk penaik
Bahan C :
100gm yogurt
Bahan D :
50ml minyak jagung/masak
Bahan E :
1 sudu kecil red velvet emulco
Sedikit pewarna merah jika mahu
Bahan-bahan untuk filling dan topping: 600gm whipping cream/fresh cream 200gm krim keju
CARA MEMASAK : Cara pembuatan kek kukus : 1. Sediakan periuk kukusan. Sediakan loyang bersize 8 inci dan dialas dengan kertas. Tidak perlu di sapu mentega. 2. Pukul bahan A hingga kembang 3. Masukkan bahan B dan diselang selikan dengan bahan C. Gaul hingga sebati 4. Masukkan bahan D, dikacau hingga rata dan akhir sekali masukkan bahan E. 5. Panaskan periuk kukusan dan kukuskan kek selama 30 minit atau sehingga masak. 6. Setelah masak sejukkan kek. Setelah sejuk bahagikan/potongkan kepada 3 atau 4 bahagian.
Cara pembuatan topping: 1. Pukul krim keju cheese hingga lembut. Ketepikan. 2. Pukul whipping cream hingga kental. 3. Masukkan krim keju ke dalam whipping cream dan kacau sebati. 4. Sapukan krim di setiap potongan. Lakukan sehingga bahagian atas. 5. Akhir sekali sapukan semua bahagian kek dengan krim dan hias mengikut citarasa masing-masing
Saiz hidangan : 12 orang Waktu memasak : 30 minit Cara memasak : Kukus Keistimewaan : Kek ini lebih lembab berbanding daripada yang dibakar, enak dengan krim keju Jenis masakan : Kek Anggaran kos : RM 30
INFO CHEF : Tidak perlu menyapu minyak atau mentega/marjerin di bawah dan di sekeliling loyang. Ini kerana ia akan menyebabkan kek mengecut.
3. BROWNIES KUKUS
BAHAN-BAHAN :
Bahan A :
6 biji telur
220gm gula kastor
1 sudu makan ovalete
Bahan B :
160gm tepung gandum | diayak
50gm serbuk koko | diayak
1 sudu makan nescafe | diayak
1/2 sudu kecil garam
Bahan C:
100ml susu pekat
Bahan D :
100gm dark chocolate compound/cooking chocolate di cairkan
Bahan E :
175gm minyak jagung/masak
1 sudu kecil vanilla essen
CARA MEMASAK :
Cara pembuatan brownies kukus : 1. Sediakan periuk kukusan. Sediakan loyang bersize 9 inci dan di alas dengan kertas. Tidak perlu disapu mentega. 2. Pukul bahan A hingga kembang. 3. Masukkan bahan B. Gaul hingga sebati 4. Kemudian masukkan bahan C dan D, gaul rata. 5. Akhir sekali masukkan bahan E dan esen vanila, dikacau hingga rata. 6. Panaskan periuk kukusan dan kukuskan selama 30 minit atau sehingga masak. 7. Setelah masak sejukkan brownies. Hias ikut citirasa masing-masing. Sedia untuk di makan.
Saiz hidangan : 16 orang Waktu memasak : 25 minit Cara memasak : Kukus Keistimewaan : Brownies kukus mempunyai rasa coklat yang enak dan lembut. Jenis masakan : Brownies Anggaran kos : RM 15
INFO CHEF : Cucuk brownies dengan lidi sate untuk memastikan ia sudah masak, sekiranya masih lagi ada adunan yang masih melekat bermakna brownies belum masak.
4. KEK KUKUS LAPIS MASAM MANIS
BAHAN-BAHAN : Bahan A :
8 biji kuning telur
135gm gula kastor
1 sudu teh ovalete
Bahan B :
300gm mentega/marjerin
70gm horlick
½ cawan susu pekat manis
1 sudu teh esen vanila
Bahan C : 165gm tepung gandum 1½ sudu teh baking powder
Kepingan asam Hwa Flakes secukupnya
CARA MEMASAK : Carapembuatan kek kukus : 1. Sediakan periuk kukusan. Sediakan loyang bersize 8 inci dan dialas dengan kertas. Tidak perlu disapu mentega. 2. Pukul bahan A hingga kembang 3. Pukul bahan B hingga putih. Masukkan bahan B ke dalam bahan A. Kacau rata 4. Kemudian masukkan bahan C. Gaul hingga sebati. 5. Bahagian adunan kepada 2 bahagian. Satu bahagian diwarnakan warna hijau dan satu bahagian lagi diwarnakan kuning. 6. Panaskan periuk kukusan, ambil ¾ cawan bahagian hijau dan ratakan di dalam loyang, kukuskan selama 8 minit. Kemudian ambil ¾ cawan bahagian hijau dan ratakan di dalam loyang dan susunkan asam hwa flakes, ulang langkah melapis sehingga habis. 7. Setelah masak sejukkan kek. Sedia untuk di makan.
Saiz hidangan : 20 orang Waktu memasak : 50 minit Cara memasak : Kukus Keistimewaan : Rasa masam manis asam menyedapkan lagi kek yang sangat lembut dan lembab ini Jenis masakan : Keks Anggaran kos : RM 30
INFO CHEF :Tutup bahagian atas loyang dengan aluminium foil agar air tidak menitis di lapisan kek lapis.
5. KEK KUKUS LAPIS COKLAT RICE
BAHAN-BAHAN : Bahan A:
8 biji kuning telur
200gm gula kastor
1 sudu makan ovalete
Bahan B :
200gm mentega/marjerin
3 sudu makan susu pekat manis
1 sudu teh esen vanila
Bahan C (diayak) :
200gm tepung gandum
50gm susu tepung
½ sudu teh serbuk penaik
Bahan D :
2 sudu teh coklat emulco
*Chocolate Rice secukupnya
CARA MEMASAK : Cara pembuatan kek kukus : 1. Sediakan periuk kukusan. Sediakan loyang bersize 8 inci dan di alas dengan kertas. Tidak perlu disapu mentega. 2. Pukul bahan A hingga kembang 3. Pukul bahan B hingga putih dan ketepikan. 4. Campurkan bahan A dan B. Kacau rata. 5. Masukkan bahan C. Gaul hingga sebati. Ketepikan 6. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian. Satu bahagian dibiarkan warna asal dan satu bahagian lagi dicampurkan dengan bahan D (jadi warna coklat). 7. Panaskan periuk kukusan, ambil ¾ cawan warna asal dan ratakan di dalam Loyang, kukuskan selama 8 minit.Kemudian ¾ cawan bahagian warna coklat, ratakan di dalam loyang taburkan coklat rice, ulang langkah melapis sehingga habis. 8. Setelah masak sejukkan kek. Sedia untuk dimakan.
Saiz hidangan : 25 orang Waktu memasak : 50 minit Cara memasak : Kukus Keistimewaan : Kaya dengan rasa coklat dan tekstur yang lembut Jenis masakan : Kek Anggaran kos : RM 30
INFO CHEF : Alaskan loyang dengan kertas atau plastik tahan panas supaya kek mudah dikeluarkan.
Nak beli ketuhar dengan harga mampu milik? Boleh pilih DISINI mengikut bajet anda. Lepas ni boleh cuba buat kek guna oven pula.
Untuk membuat kulit creampuff; Masukkan air dan marjerin dalam periuk, Masak sampai marjerin tu larut dalam air dan mendidih.
Bila dah mendidih, tutup api dan masukkan tepung kacau laju-laju sampai tepung dah tak lekat pada periuk. Biarkan sampai tepung suam, lepas itu masukkan telur dan esen vanilla. Pukul guna mixer sampai semua sebati.
Sapukan loyang dengan marjerin. Masukkan adunan tadi dalam piping plastik, ( kalau ada acuan pakai lah acuan). Paipkan dan susun ke dalam loyang serta jarak-jarakkan. Sebabnya nanti creampuff akan mengembang. Akhir sekali, sembur dengan air.
Bakar suhu 180C selama 35 minit. Warnanya akan bertukar jadi kekuningan. Bila dah masak, keluarkan dan sejukkan.
Untuk membuat filling/inti; masukkan susu, gula, tepung kastard dan esen vanilla ke dalam satu periuk. Kacau dan buka api perlahan.
Masak sampai filling tu mendidih dan kental. Sejukkan sebentar dan boleh masukkan dalam kulit creampuff. Nak cantik boleh bubuh snow powder, itu untuk hiasan je.
Sayur lemak putih ini antara gulai sayur yang biasa kita sajikan. Makan dengan ikan goreng dan sambal memang ngam.Cuma kali ini resipi yang dikongsi...