Dadih memang sedap lebih-lebih lagi kalau makan sejuk-sejuk. Menerusi perkongsian saudari Yang Ku Rodzmah, beliau menunjukkan cara-cara menyediakan dadih susu yang diletak topping mangga. Rasanya seakan manisan yang dibeli di restoran. Wow…Bolehlah cuba nanti. Mudah dan pastinya kena dengan selera. Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.
RESIPI DADIH SUSU TOPPING MANGGA
BAHAN-BAHAN:
1 liter air
20gm agar-agar – bagikan kepada 3 bahagian. Guna 1 bahagian sahaja (anggaran 7gm)
Gula secukup rasa
Sedikit garam
1 liter susu full cream
BAHAN TOPPING:
Ads
Buah mangga ranum secukupnya
Pes jus mangga
CARA MEMASAK:
1. Satukan air, agar-agar, gula dan sedikit garam di dalam periuk. Masak hingga semua bahan larut.
2. Bila semua bahan sudah hancur, masukkan susu. Tunggu susu naik wap kemudian barulah padamkan api. Jangan biarkan susu mendidih nanti tekstur jadi tidak cantik.
Ads
3. Isikan ke dalam bekas bersesuaian dan bekukan.
4. Bila sudah kental, bolehlah dimasukkan topping dengan secukupnya.
Ads
5. Bagi membuat topping, campuran buah mangga yang dipotong dadu bersama pes jus mangga. Gaul sebati dan sedia untuk digunakan tanpa perlu dimasak.
Kuih tradisional tetap menjadi pilihan walaupun pelbagai makanan unik dan yang telah diolah muncul dari sehari ke sehari. Antara yang mendapat tempat di hati dan menjadi pembuka selera adalah kuih ketayap, kuih peria dan kuih bakar pandan.
Tiga jenis kuih tradisional hasil perkongsian resipi Rahmah Rosmin ini pastinya menggamit kenangan saat ibu atau nenek kita membuat kuih ini dahulu.
Jom kita cuba buat.
KUIH KETAYAP
BAHAN-BAHAN:
2 cawan tepung gandum (saya guna cap Ros)
2 sudu besar minyak masak
Sedikit garam
2 ¼ – 2 ½ cawan air pandan / secukupnya
Sedikit pewarna hijau epal – jika perlu
CARA MEMASAK:
Bancuh semua bahan di atas, kemudian kisar hingga halus.
Panaskan kuali non stick. Pastikan pan telah panas, baru tuang adunan.
Tuang sedikit adunan, kemudian lenggangkan.
Bila dah masak, angkat kulit ketayap dan isikan inti kelapa. Kemudian, gulungkan kemas-kemas.
(INTI KELAPA)
BAHAN-BAHAN:
1 biji kelapa parut
½ cawan gula merah
2 sudu besar gula pasir (ikut tahap manis yang dikehendaki)
½ cawan air
2 helai daun pandan
1 sudu besar tepung gandum (agar inti tak berderai)
Secubit garam
CARA MEMASAK:
Masak gula bersama air dan daun pandan hingga gula larut. Tapis air gula.
Masukkan kelapa. Kacau hingga air kering dan kelapa masak.
Akhir sekali, masukkan tepung gandum dan kacau sebati.
*Kalau suka inti warna hitam, masukkan sedikit kicap pekat.
KUIH PERIA
BAHAN-BAHAN:
2 cawan tepung pulut
2 sudu besar tepung gandum
Sedikit garam
1 cawan @ secukupnya santan cair / air
Pewarna makanan hijau
Minyak masak
Inti kacang merah
Sarung buah – untuk membentuk jalur
CARA MEMASAK:
Masukan tepung pulut, tepung gandum, garam, santan cair dan pewarna makanan ke dalam sebuah bekas dan uli sehingga membentuk doh.
Kemudian, oles sedikit tangan dengan minyak. Ambil sedikit doh kecil dan bentukkan membulat. Kemudian, leperkan dan letak di atas sarung buah.
Isikan inti kacang merah di tengahnya dan tutup kemas. Setelah itu, gulung bersama sarung buah. Tekan sedikit untuk membentuk corak.
Apabila sudah siap semuanya, kukus selama 8 hingga 10 minit dengan api sederhana kuat.
KUIH BAKAR PANDAN
BAHAN-BAHAN:
2 cawan tepung gandum
½ cwn gula pasir (manis ikut cita rasa)
½ sudu kecil garam
2 ¼ cwn santan
1 cawan jus pandan
3 biji telur
2 sudu besar marjerin
Sedikit pewarna hijau
1 sudu kecil esen vanila
Bijan secukupnya
CARA MEMASAK:
Bancuh semua bahan di atas kecuali bijan. Kemudian, Kisar hingga halus.
Sapu acuan dengan sedikit minyak. Panaskan sekejap atas dapur gas. Kemudian, tuang adunan dan taburkan bijan.
Jika ada lebihan roti keping di rumah, jom kita buat beberapa menu menarik ini. Antaranya roti telur sardin, roti telur madu, roti bawang putih, dan roti piza.
Resipinya cukup mudah dan cepat disediakan. Memang sesuai buat sarapan mahupun minum petang. Juga sesuai untuk dijadikan bekal anak sekolah ataupun snek untuk dibawa bekal dalam perjalanan mahupun acara jamuan. Jom kita buat resipi hasil perkongsian daripada Nora Yusof ini. Memang sedap dan menyelerakan.
Biskut cornflakes antara biskut raya yang mendapat tempat di hati semua. Selain Cornflakes Madu, Cornflakes Coklat ini juga mudah untuk menghasilkannya. Cuma guna tiga bahan.
Jika dihidangkan, inilah biskut raya yang selalu ‘licin’ dahulu. Kanak-kanak pasti menggemarinya.
Ikuti perkongsian resipi biskut Cornflakes Coklat ini daripada Norhayati Ahmad. Sangat mudah dan sedap.
Ketahui cara memilih kerang segar yang manis, berisi dan berkualiti. Ikuti 7 tip penting untuk memastikan kerang yang dibeli masih hidup, selamat dimakan dan lebih sedap dimasak.