
Biasa kita sering dihidangkan dengan pulut durian malah rata-rata menyukainya. Tak salah kalau kita tukar selera dengan menikmati pulut nangka yang tidak kurang enaknya. Rasa lemak manis memang buat korang suka , tak percaya boleh cuba nikmatinya sendiri.
NANGKA PULUT LEMAK BERKUAH
Bahan-bahan:
10-12 ulas nangka – buang biji tapi jangan belah habis, belah bahagian atas saja untuk keluarkan biji
2 cawan pulut – rendam & toskan
1 1/4 cawan santan cair
2 helai daun pandan – siat & simpul
1 sudu makan gula
1 sudu teh garam
Cara memasak:
1. Satukan semua bahan kecuali nangka di dalam periuk lalu tanak hingga masak. Buang daun pandan. Sejukkan pulut kemudian kepal-kepalkan.
2. Pulut yang dah dikepal sumbat dalam nangka. Jika suka boleh kukus nangka tersebut dalam lima minit. Kalau suka nangka rangup tak perlu kukus.
Bahan-bahan kuah:
2 cawan santan pekat
1 cawan nangka – kisar halus
1 cawan gula (boleh kurangkan jika tak suka manis)
1/2 sudu teh garam halus
2 helai daun pandan – siat & simpul
Cara memasak:
1. Satukan semua bahan dalam periuk lalu didihkan hingga pekat. Sentiasa kacau kuah masa memasak supaya santan tak pecah.
2. Tuang kuah atas nangka pulut tadi. Enjoy!
Kredit: Sue M Arukin
ANDA SEDANG MENCARI PERALATAN DAN PERKAKAS DAPUR DAN RUMAH YANG MEMUDAHKAN KERJA ANDA DI RUMAH, JOM LAYARI DI SINI.
Ini Idea Untuk 4 Menu Sayur Yang Senang, Mak-Mak Sibuk Boleh Cuba.

Empat menu sayur ini memang memancing selera. Paling penting selain sedap, ia mudah disediakan. Sesuai untuk anda yang sentiasa dikejar masa tapi nak masak sendiri, inilah idea terbaik. Lagi pun sayur kaya dengan serat, jadi kena cuba dan masukkan dalam list menu diet keluarga. Cuba jangan tak cuba ye..
PAK CHOY BERSAMA FISH CAKE TUMIS SOS TIRAM
BAHAN-BAHAN:
- 2 pokok sawi Pak Choy | potong dua
- 2 batang fish cake | potong dua hiris memanjang
- 2 sudu makan sos tiram
- 1 biji cii merah | hiris memanjang halus
- 2 ulas bawang merah | hiris
- 2 ulas bawang putih | titik
- Garam dan gula secukup rasa
- 2 sudu makan minyak
CARA MEMASAK:
- Panaskan minyak, tumiskan bawang putih dan merah hingga wangi.
- Masukkan hirisan fish cake, kacau seketika, masukkan Pak Choy, kacau rata tambahkan hirisan cili dan sos tiram.
- Kacau rata dan perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
- Tutup api, sayur sedia dihidangkan.
TERUNG GORENG SAMBAL DAGING KISAR
BAHAN-BAHAN:
- 3 biji terung panjang
- 250 gm daging kisar
- 3 sudu makan pes cili kering
- 1 sudu makan sos tiram
- 1 sudu makan sos tomato
- 1/2 biji bawang besar | potong dadu
- 2 ulas bawang putih | cincang halus
- Garam dan gula secukup rasa
- Minyak masak secukupnya untuk menggoreng dan menumis
CARA MEMASAK:
- Terung dipotong dua kemudian belah empat.
- Panaskan minyak, goreng terung dan ketepikan.
- Keluarkan minyak, tinggal sedikit untuk menumis.
- Tumiskan bawang besar dan bawang putih hingga wangi.
- Masukkan pes cili kering, kacau rata hingga pecah minyak.
- Tambahkan sos tomato dan daging kisar.
- Setelah tumisan kering perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
- Akhir sekali masukkan terung, kacau rata agar terung sebati dengan tumisan daging kisar.
- Tutup api dan sedia dihidangkan.
TUMIS KACANG PANJANG BERSAMA DAGING KISAR
BAHAN-BAHAN:
- 10 batang kacang panjang | potong 4cm
- 150gm daging kisar
- 1/2 biji bawang besar | hiris
- 2 ulas bawang putih | cincang halus
- 1 sudu makan sos tiram
- 3 biji cili padi | hiris
- Sedikit hirisan cili benggala merah
- Sedikit minyak masak untuk menumis
CARA MEMASAK:
- Panaskan minyak, tumiskan bawang besar, bawang putih dan cili padi hingga wangi.
- Masukkan daging kisar, kacau rata hingga bertukar warna.
- Seterusnya masukkan kacang panjang dan cili benggala, kacau hingga kacang layu.
- Perasakan dengan sos tiram.
- Setelah cukup rasa. Tutup api dan sedia dihidangkan.
TUMIS KACANG BOTOL BERSAMA DAGING
BAHAN-BAHAN:
- 6 batang kacang botol | hiris serong
- 150gm hirisan daging rebus
- Sedikit hirisan cili Benggala Merah
- 1/2 biji bawang besar | hiris
- 2 ulas bawang putih | cincang halus
- 1 sudu makan sos tiram
- Minyak masak untuk menumis
CARA MEMASAK:
- Panaskan minyak, tumiskan bawang besar dan bawang putih hingga wangi.
- Masukkan daging, kacau rata diikuti dengan kacang botol dan hirisan cili Benggala.
- Apabila sayur layu, perasakan dengan sos tiram.
- Setelah masak, tutup api dan sedia dihidangkan.
Cara-Cara Membuat Kerepek Bawang Yang Sedap & Rangup.

Kerepek Bawang adalah antara snek ringan yang menjadi kegemaran ramai tidak kiralah tua atau muda. Kalau jumpa yang sedap tu, mulut pasti tak boleh berhenti mengunyah. Sebenarnya nak buat snek ni tak susah mana kalau tahu cara dan resipinya. Nak cuba? Jom lihat resipi yang dikongsi oleh saudari Noor Fais ni.
RESIPI KEREPEK BAWANG
BAHAN DOH TEPUNG:
- 2 biji bawang besar ( saiz sederhana)
- 1 ulas bawang putih
- 1 1/4 cawan tepung gandum
- 1 sudu makan tepung beras
- 1 sudu makan serbuk udang kering (optional)
CARA-CARA:
- Kisar bawang besar dan bawang putih tanpa guna air hingga lumat. ( boleh guna pengisar kering).
- Masukkan bahan kisar ke dalam bekas dan masukkan tepung gandum serta tepung beras sedikit demi sedikit sambil diuli hingga menjadi doh. Tak perlu tambah air sebab bawang besar sudah mengeluarkan air sendiri semasa kisar.
- Jika doh masih lembik, boleh tambahkan tepung gandum sedikit demi sedikit sambil diuli sehingga doh jadi bulat.
BAHAN DOH MARJERIN:
- 1 1/2 cawan tepung gandum
- 1 sudu makan tepung beras
- 80gm marjerin
- 1/2 sudu teh garam
- Air secukupnya
CARA-CARA:
- Satukan tepung gandum, tepung beras, garam dan marjerin. Gaul hingga sebati dan berderai seperti serbuk roti.
- Masukkan air sedikit demi sedikit dan uli sehingga menjadi doh yang bulat.
CARA MENYEDIAKAN KEREPEK BAWANG:
1. Ambil doh marjerin dan doh bawang. Bahagikan setiap satu kepada 3 bahagian atau ikut keselesaan sendiri.
2. Canaikan doh bawang dan marjerin yang dipotong tadi secara berasingan.
3. Letak kepingan doh bawang diatas doh marjerin yang telah dicanaikan tadi.
4. Gulung doh dengan kemas. Ulangi langkah untuk semua doh yang ada. Simpan gulungan doh di dalam peti sejuk selama 2-3 jam.
5. Hiris gulungan doh nipis-nipis. Lebih mudah jika menggunakan pisau tajam.
6. Panaskan minyak menggunakan api sederhana dan goreng berwarna keperangan.
7. Untuk dapatkan kerepek yang mempunyai effect seperti tudung saji, semasa menggoreng masukkan doh sekeping demi sekeping ke dalam minyak panas. Kacau sentiasa dan jangan goreng terlalu lama. Nanti bawang akan menjadi pahit.
8. Angkat dan toskan minyak. Sedia untuk dinikmati. Simpan dalam bekas kedap udara supaya kerepek kekal rangup dalam tempoh masa yang lama.
Kredit resipi & foto: Noor Fais
Tofu Telur @ Tofu Jepun Homemade Segar, Bahan Utama Air Soya Pekat Aje

Nampak macam ais krim Malaysia kan tapi inilah tofu telur atau tofu Jepun yang sedap dibuat lauk ni. Nak beli yang dah siap tentulah tak segar dan buatan homemade.Buat sendiri lagi jimat kan

.
Jom tengok resipi yang dikongsikan dalam FB:Resepi Isteri Viral ni. Korang boleh cuba memang terjamin kelazatan dan kesegarannya.
.
TOFU JEPUN @ TOFU JEPUN
.
BAHAN-BAHAN :
- 2 cawan air soya | yang pekat
- 4 biji telur
- Garam secukup rasa
- 3 sudu makan tepung jagung | untuk kentalkan tofu
- Lada sulah secukup rasa | opsyen jika suka
CARA MEMASAK:
- Telur dipukul sedikit tetap tidak perlu sampai kembang.
- Kemudian masukkan air soya dan tepung jagung, kacau sampai rata.
- Tapiskan bancuhan, kemudian masukkan bancuhan dalam plastik ais krim.
- Tinggalkan sedikit ruang udara sebelum mengikat.
- Masukkan dalam pengukus dan kukus dengan api perlahan selama 30 minit atau sehingga masak.
Mudah sangat buatnya, cubalah ya.
Kredit FB : Resepi Isteri Viral
Ni respi bonus untuk penggemar tofu atau disebut jugak tau foo .
STEW TAU FOO MERAH
.
BAHAN-BAHAN :
- 5 peket tau foo | potong bulat dan disalut dengan tepung jagung
- 2 batang saderi
- 1 peket sayur campuran
- 2 biji bawang merah besar | dipotong kiub
- 6 ulas bawang putih | dicincang
- 120gm halia | dimayang
- 4 sudu makan sos tiram
- Sedikit tepung jagung | larutkan dengan sedikit air
- 1 biji telur
- Garam secukup rasa
- Gula secukup rasa
- Sedikit serbuk perasa
- Minyak masak secukupnya
- Air secukupnya
CARA MEMASAK :
1. Pijarkan minyak dan tumiskan semua bahan bawang diikuti halia hingga naik bau, dan masukkan air secukupnya.
2. Masukkan sayur campuran, batang saderi.Campur sos tiram, garam, sedikit gula dan perasa .
3. Pekatkan sup dengan tepung jagung. Tuangkan telur dan kacau perlahan. Padamkan api.
4. Tau foo digoreng terlebih dahulu dengan tepung jagung, dan letakkan dalam satu bekas
5. Titiskan sedikit minyak bijan di atas stew/kuah ini tuangkan ke atas tau foo tadi.
Saiz hidangan : 5 orang
Waktu memasak : 15 minit
Cara memasak : Tumis dan reneh
Jenis masakan : Lauk utama, stew
Keistimewaan : Sup tau foo sesuai untuk mereka yang mengelakkan protein daging
Anggaran kos : RM 8
INFO CHEF : Boleh menggunakan pelbagai jenis tau foo. Sesuai dijadikan juadah untuk mereka yang tidak mahukan juadah yang berat atau vegetarian.