Ikan atau ayam goreng yang dimasak menggunakan pes kunyit homemade memang lebih enak. Aromanya yang wangi, sangat membuka selera. Jika di rumah anda ada tanam atau beli kunyit hidup dalam jumlah yang banyak, boleh cuba buat stok pes untuk masakan perkongsian saudari Linda Mokhtar ni. Boleh tahan lama tanpa berubah warna dan rasanya. Berbaloi untuk dicuba.
CARA MEMBUAT: 1.Bersihkan kunyit dan kikis kulitnya menggunakan sudu atau pisau.
2. Potong kecil kemudian masukkan ke dalam pengisar.
3. Tambah sedikit air supaya mudah untuk dikisar. 4. Kisar halus kemudian masukkan masukkan ke dalam balang bersih.
5. Masukkan beberapa keping asam gelugur dan tabur sedikit garam. Ia bertujuan untuk menjadikan pes kunyit tahan lama, warna kekal cantik, dan bau asli kunyit terpelihara. 6. Tutup bekas dan simpan dalam peti sejuk. Pes sedia untuk digunakan pada bila-bila masa.
Daun pandan sememangnya antara daun herba beraroma yang sangat banyak gunanya dalam masakan. Bermula dari penyediaan kuih muih, minuman hinggalah ke penghasilan lauk pauk, daun ini banyak digunakan sebagai penambah rasa, penyedap sajian dan memberikan warna pada masakan.
Nigella Lawson
Terbaru, chef selebriti terkemuka antarabangsa, Nigella Lawson menjangkakan bahawa daun pandan akan menjadi trend makanan terbaru dan bakal menjadi kegilaan penduduk di United Kingdom dan Amerika Syarikat.
Menurut beliau, trend penggunaan daun pandan dalam masakan dilihat semakin popular di kalangan pengusaha restoran juga suri rumah di Amerika Syarikat. Malah bahan ini juga hanya menunggu masa untuk menceroboh ke dapur-dapur di Britain.
Daun pandan yang dijangkakan bakal menjadi bahan masakan popular di UK & AS foto: thai-food-online.co.uk
Chef ini juga berkata semakin ramai tukang masak di Amerika yang mula memasukkan pandan ke dalam masakan roti dan kek mereka kerana baunya yang wangi seakan vanilla.
Di Amerika dan UK, daun pandan kini dilihat semakin popular dan mungkin akan menggantikan avokado untuk menjadi trend global terbaru. Saya rasa ia akan menjadi Matcha yang baru. Saya mungkin silap, tapi kita nampaknya berminat kepada benda itu (daun pandan). – Nigella Lawson.
Ia suatu yang tidak mustahil. Menurut The Independent, Nigella sememangnya terkenal sebagai seorang trensetter kerana sebelum ini beliau pernah menyebabkan hasil jualan avacado mencanak naik sebanyak 30% apabila beliau membawanya ke kaca TV.
Jika benar apa yang dijangkakan ini, rakyat Malaysia patut berbangga kerana kita terlebih dahulu kenal dan guna daun pandan ni. Malah ia juga boleh menjadi satu permulaan bagi usahawan-usahawan Malaysia untuk mengkomersilkan daun pandan ke peringkat antarabangsa.
Manisan yang boleh dihasilkan menggunakan daun pandan. Foto: Blog Nina Mahdar.
Bila tahu mat salleh pun dah hargai herba tempatan ni, rasa bangga pula kan? Naik semangat nak masak pun ada. Ha…Jom admin belanja resipi Ayam Pandan Thai. Mudah & Sedap!
AYAM PANDAN
BAHAN-BAHAN:
1/2 ekor ayam | potong 6-8 ketul
4 biji bawang putih | kisar halus
1 biji bawang besar | kisar halus
3cm halia | kisar halus
3cm lengkuas | kisar halus
6 tangkai cili padi | kisar halus
2 batang serai dihiris halus | kisar halus
1/2 sudu teh serbuk kunyit
1 sudu teh serbuk ketumbar
1/2 sudu teh serbuk jintan manis
1 sudu teh serbuk pati ayam
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa
Daun pandan secukupnya
Minyak masak untuk menggoreng
CARA MEMASAK:
Gaulkan ayam bersama kesemua bahan kisar, serbuk ketumbar, serbuk jintan manis, serbuk kunyit, serbuk pati ayam, garam dan gula.
Perap semalaman bagi mendapatkan rasa yang lebih enak.
Setelah itu bungkuslah ayam tersebut dengan daun pandan seperti membungkus ketupat palas.
Goreng di dalam minyak yang banyak dengan api yang agak sederhana besar agar ayam masak sekata.
Ayam pandan siap untuk dihidangkan.
Info chef: Jika hendak cepat, ayam bolehlah diperap selama dua jam.
Apam yang dimasak gebu memang selalunya mencuit selera. Lagi-lagi kalau dimakan dengan kelapa parut. Lemak manis jadinya. Ini apam yang sangat basic. Nama pun kampung. Tapi kalau dah makan, memang teringat-ingat. Apam yang manis dimakan dengan kelapa parut masin, memang amat mengasyikkan.
APAM KAMPUNG
Ermmmm sedapnya
BAHAN-BAHAN
1/2 cawan gula merah
1/2 cawan gula pasir
Sehelai daun pandan
1 1/2 cawan air
3 cawan tepung gandum
1/2 peket mauripan (mauripan + air setengah cawan kembangkan)
Kelapa parut putih + garam
CARA MEMBUAT
1. Masak gula merah, gula pasir, daun pandan bersama air 1 1/2 cawan tadi. Sejukkan.
2. Sediakan loyang, masukkan tepung, mauripan yg direndam tadi dan air gula yang disejukkan.
3. Kemudian bancuh rata. Perap 1 jam.
4. Panaskan pengukus sehingga air mendidih. Kukus adunan selama setengah jam. Siap.
5. Hidangkan dengan kelapa parut.
Tauhu sumber protein yang sangat bermanfaat untuk kesehatan. Kandungan protein yang tinggi pada produk yang dihasilkan dari pati kacang soya ini kaya dengan pelbagai khasiat. Sumber nutrisi dalam tauhu diakui ramai, kaya dengan sumber zat besi, protein, kalsium dan mineral yang sangat diperlukan tubuh dan membantu anda mencegah pelbagai penyakit. Ia termasuklah sakit jantung dan diabetes, mengelakkan osteoporosis, menurunkan berat badan dan banyak lagi.
Maka ada baiknya, mulai hari ini kita jadikan tauhu sebagai salah satu bahan masakan dalam menu harian anda di rumah. Ia bukan hanya mudah disediakan tetapi harganya juga murah. Berikut dua resipi tauhu yang dikongsikan dan boleh anda cuba di rumah.
TOFU AYAM CINCANG SOS TIRAM
BAHAN-BAHAN:
1 paket tauhu lembut | kukus
Sedikit isi dada ayam | cincang
4 ulas bawang putih | cincang
Sedikit hirisan daun bawang
Sedikit daun ketumbar | hiris
100gm sos tiram
5gm minyak bijan
Sedikit kicap cair
Sedikit minyak masak
Garam dan gula secukup rasa
CARA MEMASAK:
Panaskan sedikit minyak dan goreng ayam yang dicincang sehingga garing. Ketepikan.
Gunakan minyak yang sama, goreng bawang putih hingga wangi.
Masukkan sos tiram, kicap dan minyak bijan. Biarkan mendidih.
Kemudian perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
Setelah masak, siram di atas tauhu lembut tadi dan taburkan isi ayam cincang yang telah digoreng tadi.
Kemudian hiaskan dengan daun bawang dan ketumbar.
TAUHU GORENG NYONYA
BAHAN-BAHAN:
2 keping tauhu biasa | hancurkan
2 biji telur | pecahkan dan kacau rata
1/2 biji bawang Holland | hiris
1 biji cili merah | hiris
Sedikit timun
1 sudu makan kacang tanah kisar
2 sudu makan Sos Thai
1 sudu makan kicap pekat
Minyak masak untuk menggoreng
CARA MEMASAK:
Tauhu dicampurkan dengan telur yang telah dikacau.
Panaskan minyak dalam kuali, kemudian masukkan tauhu tadi ke dalam kuali.
Kemudian kacau hingga sebati.
Setelah tauhu bertukar warna kekuningan angkat dan ketepikan.
Hiaskan dengan timun, hirisan bawang dan cili.
Taburkan kacang tanah kisar di atasnya, kemudian tuangkan sos Thai dan kicap pekat di atasnya.
Berita gembira buat semua pencinta makanan! Jabatan Warisan Negara secara rasmi telah mewartakan 117 jenis makanan Malaysia sebagai Warisan Kebangsaan di bawah Deklarasi Objek...