Bila makan di restoran Mamak, hidangan Peria Goreng Crispy pastinya antara yang wajib diambil dan dinikmati. Tak lengkap tanpanya. Nikmati pula bersama nasi dan kari, waduh, memang enak tak terkata.
Bagi anda yang nak cuba saudari Sheena Supramaniam ada kongsikan resipinya. Lihatlah masakannya tu Nampak sangat sedap. Rupanya mudah je nak masak Peria Goreng Crispy ni.
Bahan-bahannya tidak banyak. Malah memang sedia ada di rumah. Istimewanya beliau juga kongsikan tip supaya peria ni kekal rangup sampai ke malam. Wow… Bolehlah cuba kan? Jom lihat cara-caranya.

RESIPI PERIA GORENG CRISPY SEDAP MACAM RESTORAN MAMAK

Cara Buat Peria Goreng Crispy Sedap Macam Dekat Kedai Mamak

BAHAN-BAHAN:
Peria katak
Garam
Air
1½ sudu teh serbuk kunyit beli online disini
1½ sudu makan serbuk cili beli online disini
2 sudu teh serbuk lada putih beli online disini
1½ sudu makan jintan manis – tumbuk kasar beli online disini
2 sudu makan tepung jagung beli online disini
2 sudu makan tepung berasbeli online disini
Minyak masak secukupnya

 

CARA MEMASAK:
1.Ambil peria dan hiris nipis. Kemudian cuci dan rendam dalam air garam selama 20 minit. Kemudian bilas lagi sekali.
Cara Buat Peria Goreng Crispy Sedap Macam Dekat Kedai Mamak2.Letak dalam mangkuk dan masukkan garam dengan secukupnya. Kacau sebati.
Cara Buat Peria Goreng Crispy Sedap Macam Dekat Kedai Mamak3. Kemudian masukkan serbuk kunyit, serbuk cili, serbuk lada putih dan jintan manis. Gaul sebati sekali lagi. Biarkan selama 30 minit.
Cara Buat Peria Goreng Crispy Sedap Macam Dekat Kedai Mamak Cara Buat Peria Goreng Crispy Sedap Macam Dekat Kedai Mamak4. Bila cukup masa, masukkan tepung jagung dan juga tepung beras. Gaul hingga semu bahan bersalut rata.
Cara Buat Peria Goreng Crispy Sedap Macam Dekat Kedai Mamak Cara Buat Peria Goreng Crispy Sedap Macam Dekat Kedai Mamak5.Panaskan minyak masak yang banyak dalam kuali. Biarkan hingga minyak betul-betul panas.
Cara Buat Peria Goreng Crispy Sedap Macam Dekat Kedai Mamak6.Bila minyak sudah benar-benar panas, tukar api kepada sederhana besar dan masukkan peria. Ini adalah tip untuk dapatkan peria yang betul-betul rangup dan tahan lama.
Cara Buat Peria Goreng Crispy Sedap Macam Dekat Kedai Mamak7. Bila sudah masak, angkat dan toskan minyaknya.
Cara Buat Peria Goreng Crispy Sedap Macam Dekat Kedai Mamak8.Sejukkan peria terlebih dhulu sebelum dimasukkan ke dalam bekas kedap udara.

Cara Buat Peria Goreng Crispy Sedap Macam Dekat Kedai Mamak

NOTA: Pastikan peria betul-betul sejuk baru disimpan dalam bekas. Boleh tahan rangup sampai malam. Jangan simpan peri yang masih panas waima suam sekalipun. Nanti ia akan jadi lemau.

 

Kredit resipi & foto: Sheena Supramaniam

 

IKLAN

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

Jom Cuba! 24 Resipi Sambal Pelbagai Jenis Citarasa Orang Malaysia

Asam Pedas Daging Tetel Sedap, Resipi Mudah Boleh Masak Hari-Hari

Resipi Telur Bistik Sedap & Mudah Macam Dekat Restoran

IKLAN

Cara Buat Kuih Lopes Gula Melaka Sedap Guna Lemang Segera

Resipi Bingka Kelapa Muda, Kuih Tradisi Banjar Paling Sedap!

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

IKLAN

 

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI