Wow..Nampak sedap nuget ayam homemade ni. Menurut saudari Habibah Badar Bajrai, resipi yang beliau kongsikan ini memang best malah lebih enak berbanding yang dibeli. Malah bila buat sendiri ni, tentunya lebih bersih, berkhasiat dan ditambah dengan kasih sayang. Anak-anak pun seronok bila dapat makan. Jadi nanti bolehlah cuba. Sesuai sangat dijadikan stok snek anak-anak.
CARA MEMASAK: 1. Kisar isi ayam. Masukkan dalam mangkuk yang besar, campurkan kesemua bahan-bahan utama. Sebatikan hingga semua bahan sebati.
2. Canai ikut ketebalan yang disukai kemudian cetak guna bentuk yang anda sukai. Jika guna pencetak (acuan), basahkan dulu pencetaknya setiap kali sebelum diterap pada ayam supaya tidak melekat.
3. Ambil kepingan ayam tadi dan salut dengan serbuk roti berwarna oren.
Ads
4. Panaskan minyak dan goreng nuget hingga masak.
5. Jika mahukan nuget yang berkeju, boleh tambah kepingan keju ketika mengisar isi ayam.
INFO: 1.Resipi nuget ini menggunakan telur kerana ia akan menjadikan nuget jadi lebih lembut.
2. Lada putih dan garam harus diletakkan dengan secukup rasa. Barulah rasanya lebih enak seakan menggunakan stok ayam.
Ads
3. Letak baking powder untuk bagi kesan gebu menggelembung seakan nuget ayamas.
4. Letak serbuk roti dalam adunan nuget supaya supaya tekstur nuget tidak terlau mampat.
5. Nuget boleh dibentuk ikut cita rasa masing-masing.
Ada yang nak mencuba masakan kari istimewa ni. Dikongsikan resipi oleh Aslyna Nor Hassan. Menurut pemilik, resipi ini dipelajarinya daripada abang ipar yang berasal dari Nepal. “Dia ada ajar saya masak kari yang berasal dari negaranya.Nama masakan itu ialah Kukkra Curry atau kari ayam.Memang sedap sebab kari ini lain dari yang lain dan tak pakai santan.Kari ni bukan makan dengan nasi saja sedap,makan dengan roti arab pun sedap.
KUKKRA CURRY
Bahan-bahan:
Ayam seekor
*5 biji bawang merah
*3 ulas bawang putih
*1 inci halia
(kisar bahan yang bertanda*)
4 biji tomato (potong dadu)
Ubi kentang (terpulang)
1 pokok daun ketumbar (letak lebih lagi sedap)
5 sudu yogurt ori (yang tak ada perisa)
6 sudu penuh serbuk kari
Cara membuat:
1.*Tumis semua bahan blend,masukkan tomato,masukkan serbuk kari dan kacau hingga naik minyak.
2.Kemudian masukkan ayam dan kentang.
3.Masukkan sedikit air.Biarkan mendidih hingga ayam masak.
4.Kemudian masukkan yogurt.
5.Akhir sekali masukkan daun ketumbar yang sudah dipotong-dipotong.
Udang kering antara rencah yang mampu menaikkan rasa serta menyedapkan lagi masakan. Ia bukan sahaja sesuai ditambah dalam penyediaan sos, malah boleh ditambah dalam hidangan nasi goreng, sambal dan sebagainya. Jika masak sayur, sesuai sangat kalau guna udang kering sebagai rencah. Rasanya sama sedap seperti ikan bilis. Hari ni RASA kongsikan beberapa resipi yang menggunakan udang kering sebagai rencahnya. Jom cuba!
1. KACANG PANJANG GORENG BERTELUR BERSAMA TAUHU
BAHAN-BAHAN:
1 ikat kacang panjang | dihiris
Sedikit ikan bilis halus/udang kering – ditumbuk sedikit
3 sudu makan cili kisar
3 ulas bawang putih | dihiris nipis
1/2 biji bawang besar | dihiris nipis
1 keping tauhu | dipotong kecil dan digoreng seketika
1 biji cili merah | dihiris
Sedikit air
Garam dan gula secukup rasa
Sedikit minyak masak
CARA MEMASAK: 1. Panaskan minyak di dalam kuali, kemudian tumis bawang putih dan bawang besar yang dihiris sehingga terbit bau harum. 2. Masukkan cili kisar. Tumis lagi sehingga pecah minyak. 3. Kemudian masukkan sedikit air dan juga udang kering. Gaul rata. 4. Seterusnya masukkan kacang panjang, cili merah dan tauhu. Masak sehingga lembut. Perasakan dengan garam serta gula dengan secukupnya. 5. Sedia untuk dihidangkan.
2. TERUNG BERCILI UDANG KERING
BAHAN-BAHAN:
2 biji terung panjang | dihiris
4 sudu makan cili kisar
1 sudu teh serbuk belacan
1/2 biji bawang besar | dihiris
2 ulas bawang putih
2 sudu makan sos cili
Sedikit udang kering | ditumbuk kasar
Sedikit minyak untuk menumis
Sedikit air
Garam dan gula secukup rasa
CARA MEMASAK: 1. Panaskan minyak dan tumis bawang besar dan bawang putih hingga kekuningan. 2. Kemudian masukkan cili kisar, serbuk belacan dan udang kering. Tumis hingga pecah minyak. 3. Seterusnya masukkan sos cili. Jika kelihatan terlalu kering, tambah sedikit air. 4. Masukkan terung dan perasakan dengan garam serta gula dengan secukupnya. Gaul hingga terung masak. 5. Angkat dan hidangkan.
Info chef: Jika kurang menggemari tekstur terung yang lembik, goreng terung terlebih dahulu.
3. PAK CHOI BERSOS TIRAM BAWANG PUTIH
BAHAN-BAHAN:
4 pokok sayur pak choi
5 sudu makan sos tiram
3 ulas bawang putih | dihiris
1cm halia | dicincang
1 sudu teh udang kering halus
Serbuk perasa dan gula secukupnya
Sedikit tepung jagung | dibancuh dengan sedikit air
Air secukupnya | untuk mencelur
Minyak masak secukupnya
CARA MEMASAK:
1. Didihkan air dan celur sayur pak choi seketika. Toskan air dan susun di atas pinggan. 2. Panaskan minyak dan tumis bawang putih serta halia hingga kekuninggan. 3. Masukkan udang kering, sos tiram dan sedikit air. Tambah sedikit gula dan serbuk perasa dengan secukupnya. 4. Tambahkan bancuhan tepung jagung dan biarkan memekat seketika. 5. Siram sos diatas sayur. Sedia untuk dinikmati.
Info Chef: Tabur bawang goreng diatas sayur untuk rasa yang lebih enak serta manis.
4. TUMIS AIR BAYAM MERAH BERSAMA UDANG KERING
BAHAN-BAHAN:
3 ikat bayam merah | dibersihkan
1 sudu makan udang kering
1 biji lada merah | dihiris
2 ulas bawang putih | dihiris
2 ulas bawang merah | dihiris
Garam secukup rasa
Sedikit minyak masak
Air secukupnya
CARA MEMASAK: 1. Panaskan minyak dan tumis bawang merah seerta bawang putih seketika. 2. Kemudian masukkan udang kering. Tumis sehingga naik bau. 3. Masukkan air secukupnya dan biarkan mendidih. 4. Seterusnya masukkan bayam. Kacau seketika dan masak sehingga lembut. 5. Perasakan dengan garam secukup rasa. Angkat dan nikmati segera.
Info Chef: Selain bayam merah, boleh juga menggunakan bayam hijau ataupun sawi.
5. LEEK GORENG BAWANG PUTIH BERSAMA UDANG
BAHAN-BAHAN:
2 batang leek | dihiris serong
10 ekor udang segar | dibersihkan
3 ulas bawang putih | ditumbuk kasar
1 sudu teh udang kering | tumbuk halus
1 biji cili merah | dihiris serong
1 sudu makan kicap manis
1 sudu makan sos tiram
Garam dan gula secukup rasa
Sedikit air
Minyak untuk menumis
CARA MEMASAK: 1.Panaskan minyak dan tumis bawang putih, udang ekring serta cili merah hingga wangi. 2. Kemudian masukkan udang segar. Goreng lagi hingga isi udang separa masak. 3. Tambahkan kicap, sos tiram, gula, air dan sedikit garam jika perlu. 4. Akhir sekali, masukkan leek. Gaul seketika dan angkat. Sedia untuk dinikmati. Info Chef: Leek tidak perlu dimasak lama kerana ia akan menjadi terlalu lembik.
6. BUAH KUNDUR TUMIS AIR
BAHAN-BAHAN:
1 biji buah kundur | dibuang kulit dan dipotong kecil
2 ulas bawang merah | dihiris halus
2 ulas bawang putih | dihiris
1 biji cili merah | dihiris memanjang
Sedikit udang kering
2 kiub pati ikan bilis
Air secukupnya
Sedikit minyak masak
CARA MEMASAK: 1. Panaskan minyak dan tumis bawang merah serta bawang putih hingga wangi. 2. Kemudian masukkan udang kering. Goreng seketika dan masukkan air secukupnya. 3. Tambah buah kundur dan masak sehingga lembut dan empuk. 4. Seterusnya masukkan kiub pati ikan bilis dan hirisan cili merah. 5. Sedia untuk dihidangkan.
Ketahui 10 kuasa luar biasa halia, superfood semula jadi yang bukan sekadar bumbu masak! Dari melawan kanser hingga membantu pencernaan, halia memberi 1001 manfaat kesihatan untuk tubuh anda.