Ads

Ordinary Kopitiam TTDI Kini Dibuka! Tarikan Nostalgia Klasik Dengan Menu Istimewa

Kalau sebut tentang kopitiam, pasti ramai terbayangkan suasana yang santai sambil menikmati secawan kopi panas, roti bakar rangup dan pelbagai hidangan tempatan yang cukup dekat dengan selera rakyat Malaysia.

Membawa kembali nostalgia tersebut, Ordinary Kopitiam TTDI kini membuka pintunya kepada pelanggan apabila jenama ini melebarkan sayap perniagaan dengan memperkenalkan cawangan kedua di Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur, selepas kejayaan pembukaan cawangan pertama di Bandar Tun Hussein Onn, Selangor.

Menariknya, kopitiam ini bukan sekadar menawarkan makanan dan minuman, malah mengetengahkan konsep tempat makan yang menyatukan masyarakat berbilang kaum menerusi hidangan tradisional, suasana mesra dan pengalaman menjamu selera yang penuh nostalgia.

Ordinary Kopitiam TTDI Kini Dibuka! Tarikan Nostalgia Klasik Dengan Menu Istimewa

Ordinary Kopitiam TTDI Labur RM1.5 Juta Untuk Cawangan Kedua

Pembukaan cawangan baharu Ordinary Kopitiam di TTDI melibatkan pelaburan hampir RM1.5 juta, merangkumi kerja pengubahsuaian premis, kos sewaan, kelengkapan operasi dapur serta penyediaan penginapan untuk kakitangan.

Pengasas Ordinary Kopitiam, Mohd Shafiq Kamaruddin, 39, berkata pemilihan TTDI dibuat berdasarkan lokasinya yang strategik serta potensi kawasan tersebut sebagai destinasi makanan dan tempat pertemuan masyarakat setempat.

Berbekalkan pengalaman lebih 20 tahun dalam industri makanan dan minuman (F&B), beliau mahu menjadikan Ordinary Kopitiam sebagai jenama tempatan yang mempunyai identiti tersendiri.

Sebelum membangunkan jenama ini, Shafiq pernah terlibat dalam operasi pelbagai perniagaan makanan dan minuman, termasuk membantu pembukaan premis serta pengurusan operasi di dalam dan luar negara.

Pengalaman tersebut menjadi asas untuk beliau membangunkan konsep kopitiam yang menggabungkan elemen tradisional dengan keperluan pelanggan masa kini.

Ordinary Kopitiam TTDI Kini Dibuka! Tarikan Nostalgia Klasik Dengan Menu Istimewa

Hidangan Nostalgia Jadi Tarikan Utama

Bagi penggemar makanan tempatan, Ordinary Kopitiam menawarkan pelbagai pilihan menu yang cukup sinonim dengan cita rasa masyarakat Malaysia.

Antara hidangan istimewa yang diketengahkan ialah Signature Nasi Lemak Ayam Goreng Whole Leg, iaitu nasi lemak yang dihidangkan bersama ayam goreng bahagian paha penuh.

Selain itu, pelanggan juga boleh menikmati Signature Wok-Fried Char Kuey Teow, Mi Kari, Asam laksa dan Cantonese Mun Fun. Tidak ketinggalan, pilihan roti bakar, hidangan mi bersama ayam dan ladu serta gyoza turut melengkapkan menu yang disediakan.

Ads

Bagi yang gemarkan pencuci mulut, donat Perancis yang menjadi antara menu popular jenama ini juga boleh dicuba. Pelbagai pilihan minuman termasuk kopi pracampur premium turut ditawarkan untuk melengkapkan pengalaman menikmati hidangan ala kopitiam.

Menurut Shafiq, setiap menu dipilih berdasarkan makanan yang sudah biasa dinikmati masyarakat Malaysia, namun diberikan sentuhan tersendiri supaya mempunyai keistimewaan dan identiti Ordinary Kopitiam.

Lebih menarik, semua hidangan disediakan segar setiap hari di dapur cawangan masing-masing tanpa menggunakan sistem dapur berpusat. Pendekatan ini bertujuan memastikan kualiti, kesegaran dan rasa makanan sentiasa diberikan perhatian.

Kepelbagaian hidangan tersebut menjadikan Ordinary Kopitiam TTDI antara pilihan yang boleh dipertimbangkan oleh penggemar makanan tempatan, khususnya mereka yang mahu menikmati sajian klasik dalam suasana kopitiam moden.

Ordinary Kopitiam TTDI Kini Dibuka! Tarikan Nostalgia Klasik Dengan Menu Istimewa

Kopitiam Sebagai Tempat Mengeratkan Hubungan

Di sebalik kepelbagaian menu yang ditawarkan, Ordinary Kopitiam turut membawa misi untuk menghidupkan kembali budaya kopitiam sebagai ruang pertemuan masyarakat.

Bagi Shafiq, kopitiam bukan sekadar tempat untuk makan atau minum kopi, sebaliknya menjadi lokasi orang ramai berkumpul, berbual dan meluangkan masa bersama tanpa mengira latar belakang.

Konsep ini juga membuktikan bahawa budaya kopitiam yang sudah lama menjadi sebahagian daripada kehidupan masyarakat Malaysia boleh terus berkembang melalui pendekatan baharu.

Ads

Dengan suasana santai dan pilihan makanan yang pelbagai, Ordinary Kopitiam mahu menjadi destinasi yang sesuai untuk pelanggan menikmati sarapan, makan tengah hari mahupun berkumpul bersama keluarga dan rakan-rakan.

Utamakan Bahan Mentah Halal

Sebagai jenama yang dimiliki usahawan Muslim, Ordinary Kopitiam turut memberikan perhatian terhadap aspek pemilihan bahan mentah dan penyediaan makanan.

Menurut Shafiq, pihaknya mengutamakan pembekal yang mempunyai pengesahan halal bagi memastikan bahan-bahan yang digunakan memenuhi keperluan ditetapkan.

Bagaimanapun, pensijilan halal rasmi Ordinary Kopitiam masih dalam proses permohonan dengan bantuan perunding dan sedang melalui prosedur yang diperlukan, termasuk audit fizikal.

Beliau turut menegaskan bahawa prinsip perniagaan menjadi pertimbangan penting dalam pemilihan rakan kongsi dan pelabur syarikat.

Ordinary Kopitiam TTDI Kini Dibuka! Tarikan Nostalgia Klasik Dengan Menu Istimewa

Sasar Sehingga 10 Cawangan Dalam Tempoh Lima Tahun

Pembukaan cawangan kedua ini merupakan sebahagian daripada perancangan jangka panjang Ordinary Kopitiam untuk mengukuhkan kedudukannya dalam industri F&B tempatan.

Ads

Syarikat menyasarkan jualan bulanan melebihi RM300,000 bagi cawangan TTDI, selain merancang pembukaan antara lima hingga 10 cawangan di Malaysia dalam tempoh tiga hingga lima tahun akan datang.

Anda mungkin berminat dengan

Perancangan tersebut turut membuka peluang untuk jenama ini meneroka pasaran antarabangsa pada masa hadapan.

Dengan gabungan menu tempatan, konsep nostalgia dan suasana mesra komuniti, Ordinary Kopitiam berharap dapat menjadi antara pilihan pelanggan yang mencari pengalaman menikmati makanan klasik Malaysia dalam suasana lebih moden.

Lokasi Ordinary Kopitiam TTDI

Bagi mereka yang ingin berkunjung ke Ordinary Kopitiam TTDI, cawangan baharu ini terletak di kawasan Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur.

Ordinary Kopitiam
No. 31, Lorong Rahim Kajai 13,
Taman Tun Dr Ismail,
Kuala Lumpur.

Cawangan kedua selepas Bandar Tun Hussein Onn.

Buat anda yang gemarkan nasi lemak, mi kari, char kuey teow atau sekadar mahu menikmati secawan kopi sambil bersantai, Ordinary Kopitiam boleh dimasukkan dalam senarai lokasi makan yang ingin dikunjungi.

Daripada sajian klasik hinggalah suasana yang mengimbau kenangan, Ordinary Kopitiam membawa semula keunikan budaya kopitiam yang cukup dekat dengan kehidupan rakyat Malaysia.

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

Resipi Scoopable Cookies Yang Mudah, Gooey & Memang Menggoda!

Kek Span Pandan Paling Gebu & Sedap. Rahsia Mudah Confirm Jadi!

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official:

YouTube video player
Dapatkan resipi, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi. Download sekarang!

KLIK DI SEENI
∞
∞
Ads

Menu Lain

6 Resipi Sihat Umur 30 Tahun Ke Atas, Sedap & Mudah...

Resipi sihat umur 30 tahun ke atas yang sedap dan mudah disediakan. Cuba 6 menu seimbang untuk sarapan, makan tengah hari dan makan malam.