Terung adalah sejenis sayur yang mudah didapati dan banyak digunakan dalam masakan rakyat Malaysia. Tumbuhan ini dipercayai berasal dari India dan Sri Langka serta mempunyai beberapa warna antaranya berwarna ungu, hijau dan putih. Terung merupakan sayuran yang pelbagai guna dan ia mudah diolah dengan pelbagai cara masakan seperti kari, gulai, goreng, sambal, bakar dan bermacam-macam lagi.

7 Manfaat & Khasiat Terung Ungu Terhadap Kesihatan.

7 Manfaat & Khasiat Terung Ungu Terhadap Kesihatan.

7 Manfaat & Khasiat Terung Ungu Terhadap Kesihatan.

Namun tahukah anda bahawa terung terutamanya yang berwarna ungu mempunyai pebagai khasiat yang baik untuk kesihatan? Kandungan nutrisinya sangat luar biasa, ia kaya dengan kalsium, mineral, serat, bioflavonoid serta vitamin K. Malah kajian pakar turut mengakui terung juga baik untuk kesihatan otak dan jantung. Jadi, tidak salah jika terung dijadikan menu sihat anda sekeluarga.

 

KHASIAT TERUNG

1. KAYA ZAT BESI

Dengan kandungan zat besi yang tinggi, ia membantu anda sihat dan kuat. Tidak kiralah dimasak dengan cara apa sekalipun, dipaggang atau dibuat ulam, ia paling baik untuk kesihatan tulang dan mencegah anemia.

2. RENDAH KALORI

Terung adalah sayur yang rendah kalori dan bebas lemak. Jika ingin berdiet, dengan makan terung anda lebih kenyang sepanjang hari.

3. TINGGI SERAT

Kandungan serat yang tinggi baik untuk membantu sistem penghdaman. Pengambilan terung secara rutin dikatakan mampu mencegah risiko kanser usus.

7 Manfaat & Khasiat Terung Ungu Terhadap Kesihatan.

4. MENJAGA KESIHATAN JANTUNG

Terung mengandungi bioflaconoid yang tinggi dan ia baik untuk kesihatan hati, mengawal tekanan darah tinggi dan meredakan stres. Masa yang sama membantu menurunkan kadara kolestrol jahat yang berisiko membahayakan jantung.

5. MENCEGAH DIABETES

Terung juga mempunyai serat yang tinggi, rendah lemak dan karbohidrat. Tidak hairanlah ia membantu mencegah anda dari diabetes.

6. TULANG LEBIH SIHAT DAN KUAT

Kandungan kalsium dalam terung boleh menguat sendi dan tulang.

7. MAKANAN OTAK

Kandungn nutrisi phyti dalam terung adalah salah satu nutrisi yang sangat diperlukan oleh otak. Jadi anda tidak perlu fikir lagi, makan sahaja terung untuk otak yang cergas dan sihat.

IKLAN

 

Teringin nak masak menu terung hari ni? Ini antara hidangan mudah dan sedap yang boleh anda cuba.

 

 

KOLEKSI RESIPI MASAKAN TERUNG

 

Jom kita variasikan menu dengan menggunakan terung..Macam-macam boleh dimasak dan bila dapat hidangan-hidangan ni rasa macam tak perlu lauk lain dah..Nak ratah macam tu je pun sedap! 

 

1. LAWA TERUNG

7 Manfaat & Khasiat Terung Ungu Terhadap Kesihatan. BAHAN-BAHAN:

  • 3 biji terung panjang
  • 1 cawan santan pekat
  • 1 biji limau nipis
  • 3 ulas bawang merah-hiris
  • 5 tangkai cili padi
  • Sedikit garam

CARA MASAK:

  1. Terung belah dia dan bakar
  2. Campurkan garam dalam santan sehingga cecukup rasa.
  3. Letakkan terung dalam pinggan hidang, tuangkan santan di atasnya.
  4. Kemudian taburkan hirisan bawang dan cili.
  5. Sedia dihidangkan.

 

2.  PAJERI TERUNG

7 Manfaat & Khasiat Terung Ungu Terhadap Kesihatan.

IKLAN

BAHAN-BAHAN:

  • 3 biji terung panjang- belah dua
  • 200 ml santan pekat
  • 3 sudu besar rempah kari daging
  • 1 sudu besar kerisik
  • 2sm kulit kayu manis
  • 4.kuntum bunga lawang
  • 4biji buah pelaga
  • 3 ulas bawang putih-kisar
  • 3 ulas bawang merah-kisar
  • 1cm halia-kisar
  • 1 sudu besar undang kering-kisar
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Minyak untuk menumis

 CARA MEMASAK:1.

  1. Potong terung memanjang bersaiz lebih kurang sejengkal.
  2. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan kisar bersama rempah sehingga naik bau.
  3. Kemudian masukkan rempah kari yang dibancuh dengan sedikit air. Kacau hingga pecah minyak.
  4. Masukkan terung, kacau seketika dan masukkan santan.
  5. Masak sehingga kuah menjadi pekat atas api sederhana.
  6. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.

 

3. TERUNG GORENG BERLADA

7 Manfaat & Khasiat Terung Ungu Terhadap Kesihatan.

BAHAN-BAHAN:

  • Terung (dibelah)
  • 1 bawang besar (dipotong)
  • Segenggam udang kering (direndam dulu)
  • 4 biji cili merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 biji bawang besar
  • Asam jawa
  • Garam & gula secukup rasa

CARA MEMASAK:

  1. Gorengkan terung & kemudian ketepikan dulu.
  2. Tumbuk cili, bawang besar & putih & udang kering yg sudah ditoskan airnya.
  3. Tumiskan semua bahan tumbuk tadi.
  4. Masukkan sedikit air & asam jawa serta bawang potong.
  5. Masukkan gula & garam secukup rasa.
  6. Masukkan terung & gaulkan rata..Siap!

Kredit resipi & foto: Tiara Rahman

 

4. TERUNG BAKAR AIR ASAM

7 Manfaat & Khasiat Terung Ungu Terhadap Kesihatan.

BAHAN-BAHAN:

  • Terung (bakar)
  • 2 biji cili padi
  • 2 biji cili besar 
  • Belacan (tumbuk kasar)
  • Santan 
  • Perahan limau
  • Garam gula
  • Bawang besar-di mayang
  • Cili padi-potong

CARA MEMASAK:

IKLAN
  1. Bakar terung (terbakar hitam itu yang buat lagi sedap)
  2. Cili padi, cili merah dan belacan ditumbuk kasar.
  3. Masukkan bahan tumbuk dalam mangkuk kecil.
  4. Selepas itu masukkan terung, santan, bawang besar, cili padi potong dan perahan limau. Gaul hingga sebati.
  5. Jangan lupa perasakan dengan garam dan gula.
  6. Bila rasa sudah sedap boleh makan dengan nasi panas.

Kredit resipi & foto: Arieza Riez

 

5. SAMBAL TERUNG BILIS RANGUP 

7 Manfaat & Khasiat Terung Ungu Terhadap Kesihatan.

BAHAN-BAHAN:
  • 4 biji terung saiz sedang (potong serong, rendam, cuci & tos )
  • 2 sudu besar cili kisar 
  • 3 ulas bawang merah  (hiris)
  • 2 ulas bawang putih  (hiris)
  • Segengam ikan bilis 
  • 1/2 kiub ikan bilis
  • Garam, serbuk perasa & sikit gula 
  • Sikit serbuk kunyit
  • Minyak 
CARA MEMASAK:
  1. Terung digaul dengan garam dan kunyit. Panaskan minyak agak byk. Goreng terung hingga nampak lembut. Angkat dan ketepikan dulu. Goreng pulak ikan bilis hingga garing, angkat dan ketepikan dalam pinggan berasingan. 
  2. Kurangkan minyak dalam kuali tadi untuk menumis. Tumis bahan-bahan mayang hingga bawang layu. Masukkan cili kisar & tumis hingga wangi.
  3. Masukkan kiub bilis, sedikit garam, serbuk perasa dan sikit gula. Masukkan 2, 3 sudu air jika sambal terlalu kering. Kacau hingga sebati. 
  4. Masukkan terung dan gaul sebati. Akhir sekali taburkan ikan bilis dan gaul lagi. Hidang panas-panas semasa ikan bilis masih rangup. (Jika belum mahu makan, masukkan ikan bilis kemudian apabila dah sedia untuk dihidangkan. Hanya masukkan ikan bilis & gaul. Tidak perlu dipasangkan api dapur)

Kredit resipi & foto: MaDiHaA a.k.a Ratna

 

Semua orang suka menu telur dadar ni. Sedap malah sangat mudah nak masak. Bagi yang terasa nak makan telur dadar panas-panas, ni ada resipi yang diolah menjadikan menu ini lebih menarik dan lebih sedap! Salah satu resipi yang best adalah yang dikongsi oleh saudari Jastia Taza ni. Nampak sempoi je tapi memang sedap. Anda boleh cuba.

 

6. TELUR DADAR TERUNG BAKAR

7 Manfaat & Khasiat Terung Ungu Terhadap Kesihatan.

BAHAN-BAHAN:

  • 2 biji terung
  • 2 biji telur
  • Garam dan perasa secukupnya
  • Minyak masak secukupnya

 

CARA MEMASAK:

1. Bakar terung atas api sekali dengan kulit hingga warna ungu bertukar hitam.

2. Biarkan sejuk dan buang kulit terung yang kehitaman tadi.

3. Pecahkan telur dalam bekas dan pukul sekejap. Masukkan garam dan perasa tambahan lain. Boleh juga tambah lada sulah atau lada hitam.

4. Masukkan terung dalam bekas berisi telur tadi, lenyekkan pakai garpu.

5. Masukkan dalam kuali yang berisi minyak panas. Goreng macam buat telur dadar biasa tu.

6. Siap! Sedia untuk dinikmati.

7 Manfaat & Khasiat Terung Ungu Terhadap Kesihatan.

Kredit resipi & foto: Jastia Taza

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI