Biasa bila kita makan di restoran Thai, makan Mee CelupThai sangatlah sedap rasanya. Hidangan mee celup, bihun celup dan maggi celup cukup popular di Pantai Timur dan menggunakan kuah yang sama. Kuah Mee Celup Thai biasanya berwarna gelap dan pekat menjadikan ia cukup sempurna untuk dinikmati. Ayuh kita buat Mee Celup Thai mengikut resipi mengikut resipi yang dikongsikan oleh Faziela Lala
RESIPI MEE CELUP THAI
BAHAN UNTUK KUAH:
Tulang/daging/ayam 1 paket rempah sup Thai (pek oren) – beli online Bawang putih *diketuk – beli online Serai *diketuk Akar ketumbar Daun ketumbar *diblender Halia – beli online Lengkuas – beli online Kicap sotong/ sos ikan – beli online Kicap Mountain Thai Serbuk perasa
CARA MEMBUAT:
1. Tumis bawang putih, akar daun ketumbar, serai, halia, lengkuas dan 1 paket rempah sup thai sehingga naik bau.
2. Kemudian masukkan daun ketumbar yang telah diblender untuk menaikkan lagi aroma kuah, kicap sotong dan kicap Mountain Thai.
Ads
3. Tambahkan air berserta daging/ayam, garam dan serbuk perasa. Rebus sehingga daging empuk. Bila daging sudah empuk, keluarkan dan hiris nipis-nipis.
Lada jeruk Limau nipis Bawang goreng Bawang putih goreng Kacang tumbuk Serbuk lada sulah Minyak cili
*Bahan penambah rasa boleh juga beli yang sudah siap.
Ads
CARA HIDANG:
Masukkan bahan celur dan bahan penambah rasa. Tuangkan sup. Susun juga hirisan daging di atasnya. Boleh juga letak telur separuh goreng separuh masak jika suka.
Untuk membuatnya tak susah hampir sama, cuba ada tambahan bahan-bahan sebagai perisa pedas dan gula hanya sedikit saja digunakan sebagai pelengkap rasa. Kepada anda yang tidak suka manis, boleh cuba resipi yang dikongsikan ini. Kalau kena dengan selera, bolehlah dijadikan hidangan di Hari Raya nanti.
KUIH LOYANG UDANG PEDAS BAHAN-BAHAN: 1/2kg tepung beras | guna cap 3 gajah ½ tepung jagung 2 biji telur 1 kotak (200ml) santan 1 sudu makan gula pasir 1sudu teh garam Sedikit serbuk perasa | jika suka BAHAN KISAR: 8-10 biji cili kering | ikut suka 1 sudu besar jintan manis 1 genggam udang geragau/ udang kering 3 tangkai daun kari 5 ulas bawang putih 1 cawan air Daun kari dan bijan sebagai hiasan sampingan agar nampak lebih menarik..
CARA MEMBUAT:
Dalam bekas masukkan tepung beras, tepung jagung dan bahan kisar, telur dan santan.
Kacau sebati, masukkan pula gula garam dan serbuk perasa (jika suka).
Tambahkan air ikut keperluan (tiada sukatan yang tepat).
Untuk pastikan air cukup. Adunan tidak terlalu cair atau pekat.
Panaskan minyak dalam kuantiti banyak yang boleh menengelamkan acuan.
Panaskan acuan terlebih dahulu dalam minyak panas.
Kemudian celupkan acuan dalam adunan tepung. Dan masukkan bersalut tepung ke dalam kuali berisi minyak panas.
Goyang-goyangakan supaya kuih yang mula mengeras tertanggal dari acuan.
Lakukan hingga habis bancuhan adunan.
Angkat dan toskan. Setelah sejuk, simpan dalam bekas kedap udara.
Enaknya sajian Pajeri Terung perkongsian saudari Umi Watie ni. Lauk yang ringkas tapi cukup padu untuk buat tambah nasi berkali-kali. Padanannya senang sahaja. Cukup sekadar nasi panas dan juga gelama masam goreng. Untuk anak-anak, boleh dinikmati bersama telur dadar atau ayam goreng. Pasti makan bertambah. Kuahnya yang pekat likat, memang enak menjilat jari. Jom cuba!
CARA MEMASAK: 1. Kisar bawang, udang kering dan cili kering. 2. Panaskan minyak masak dalam periuk, tumis bahan kisar, rempah kari, daun kari, bunga lawang, cengkih, kayu manis dan buah pelaga sampai garing dan wangi.
3. Bila bahan tumisan sudah pecah minyak dan garing, masukkan terung dan air. Biarkan mereneh guna api kecil sampai terung empuk. 4. Masukkan gula melaka dan kerisik.
5.Bila semua bahan sudah sekata, masukkan santan kotak. Perasakan dengan garam dengan secukupnya supaya seimbang rasa masin, lemak dan manisnya.
6. Pajeri Terung sedia untuk dinikmati. Enak dinikmati bersama telur dadar atau gelama masam.
Rasa kongsikan resipi dari Jemah Jematul Adawiyah buat Cream Puff 3G Gebu, Gemok dan Gendut. Caranya sangat senang dan mudah, yang puan-puan boleh cuba.
Resipi kek mentega sedap & mudah. 15 variasi moden (pandan, strawberi, lemon, nenas, marble, oreo & banyak lagi). Ikut langkah satu per satu, confirm jadi!