Tiga menu ayam ini memang sedap dimakan tanpa nasi seperti ayam goreng segera yang ada kat mana-mana restoran makanan segera yang ada.  Kena pulak bahagian kepak atau paha, memang boleh layan. Sesuai ni untuk hidangan potluck  anak kat sekolah atau pergi berkelah bersama keluarga. Anak-anak sah suka gila ni.

 AYAM TERIYAKI

BAHAN-BAHAN:

  • 2 keping isi dada ayam | hiris
  • 1/4 cawan kicap cair
  • 2 sudu makan cuka makan
  • 1 sudu makan  parutan halus halia
  • 2 sudu makan minyak bijan
  • 1 sudu makan  gula perang/gula putih
  • 1 sudu makan sedikit minyak masak
  • 1 sudu makan bijan putih | goreng tanpa minyak
  • 1 pokok daun bawang | hiris halus
  • Garam dan gula secukup rasa

CARA MEMASAK:

  1. Bersihkan dada ayam, hiris memanjang setebal anggaran 1/2cm.
  2. Dalam mangkuk, gaulkan dada ayam bersama kicap cair, cuka makan, parutan halia, minyak bijan dan gula. Perap selama 15 minit.
  3. Bakar ayam dalam ketuhar dengan suhu 180C lebih kurang 15 minit. Angkat dan ketepikan.
  4. Sementara itu, campurkan minyak bijan, cuka makan, kicap cair dan gula dalam mangkuk. Kacau rata.
  5. Panaskan minyak, tumiskan parutan halia hingga wangi.
  6. Seterusnya, masukkan campuran sos tadi, kacau rata dan biarkan hingga kuah pekat.
  7. Masukkan ayam dan tutup api.
  8. Taburkan bijan dan gaul rata.
  9. Sebelum dihidangkan taburkan sedikit lagi bijan dan hirisan daun bawang jika suka.

IKLAN

AYAM  GORENG  PERI-PERI

BAHAN-BAHAN:

  • 500gm drummet ayam | bersih dan toskan
  • 2 biji cili merah | cincang halus
  • 3 ulas bawang putih | cincang halus
  • 1 sudu makan sos peri-peri
  • 1 biji perahan lemon
  • 1 sudu makan paprika
  • sehelai daun bay kering
  • 1 sudu teh oregano
  • 1 sudu teh garam
  • 1/2 sudu teh lada sulah
  • Garam dan gula secukup rasa
  • 3 sudu makan mentega | untuk menumis
  • Minyak masak secukupnya | untuk menggoreng ayam

CARA MEMASAK:

IKLAN
  1. Gaulkan ayam bersama serbuk kunyit dan garam halus. Ketepikan.
  2. Panaskan minyak, kemudian goreng ayam hingga kekuningan. Angkat dan ke tepikan.
  3. Menggunakan kuali lain, panaskan mentega, tumiskan bawang putih dan daun bay.
  4. Masukkan cili, paprika, oregano serta sos peri-peri.
  5. Kacau rata dan masukkan ayam , Gaul rata.
  6. Kecilkan api, perah jus lemon dan perasakan dengan garam dan gua secukupnya.
  7. Setelah cukup rasa, angkat dan hidangkan.

 JEJARI AYAM  SOS MADU BAWANG PUTIH

BAHAN-BAHAN:

IKLAN
  •  500gm isi dada ayam | hiris memanjang
  • 3 cawan nestum | kisar kasar
  • 2 biji telur
  • 1 sudu teh lada sulah
  • 1 sudu teh serbuk paprika
  • 1 sudu makan daun ketumbar yang dicincing halus
  • 1 sudu teh garam
  • Minyak secukupnya | untuk menggoreng

BAHAN SOS BAWANG PUTIH MADU:

  • 2 ulas bawang putih | cincang
  • 4 sudu makan madu
  • 2 sudu makan kicap pekat manis
  • 2 sudu makan sos cili Thai
  • 1/2  biji lemon | jus sahaja
  • Secubit garam

 CARA MEMASAK:

  1. Keringkan ayam di atas tisu dapur.
  2. Sementara itu, pecahkan telur di dalam mangkuk dan campurkan lada sulah, garam,serbuk paprika dan daun ketumbar. Kacau rata.
  3. Celupkan ayam dalam telur, kemudian gaulkan dalam serbuk nestum. Ulang cara yang sama hingga ayam habis.
  4. Panaskan kuali, goreng ayam hingga kuning keemasan.
  5. Angkat dan toskan minyak atas tisu dapur.
  6. Sementara itu sediakan sos Honey Garlic
  7. Campurkan semua bahan sos dalam mangkuk, kacau hingga sebati.
  8. Setelah cukup rasa hidangkan bersama dengan jejari ayam tadi.Cara memasak :