Sedapnya Kuih Vadai perkongsian Opah Mas Cotek ni. Nampak menyelerakan. Kalau makan panas-panas, memang berebut ni. Bahan-bahan penyediaannya ringkas sahaja. Lepas ni bolehlah cuba buat untuk minum petang.
RESIPI VADAI / MASALODEH SEDAP, LEMBUT & TAK SERAP MINYAK
BAHAN-BAHAN:
2 cawan kacang dhal – rendam 4 jam, toskan
2 biji bawang besar – cincang @ hiris
2 biji cili merah – cincang @ hiris
2 biji cili hijau – cincang @ hiris
5 tangkai cili kering – cincang @ hiris
2 tangkai daun kari – cincang @ hiris
1 sudu makan jintan manis – tumbuk kasar
Garam & perasa secukupnya
CARA MEMASAK:
Ads
1. Ambil kacang dhal, asingkan 2 genggam kemudian kisar kasar.
2. Kemudian kisar kering lebihan kacang dhal tadi.
3. Tuang semua kacang dhal ke dalam bekas besar. Masukkan juga bahan-bahan lain. Perasakan secukupnya dan gaul sebati.
4. Kepal dan bentukkan adunan kacang dhal tadi membentuk kuih Vadai. Simpan selama 1-2 jam dalam peti sejuk sebelum digoreng.
5. Panaskan minyak masak dan goreng kuih hingga masak serta jadi kekuningan. Masak guna api sederhana.
6. Angkat, toskan minyak dan sedia untuk dinikmati.
Ads
TIP: Kalau tak nak Kuih Vadai hancur masa digoreng, simpan selama 1-2 jam dalam peti sejuk sebelum dimasak.
Emm… enaknya menjamah kuih muih tradisional dan lama ni. Rasa lemak dan manis. Terasa puas tatkala menikmatinya. Walaupun dekat kedai terlalu banyak manisan dan pencuci mulut moden, kuih muih lama tetap ada peminatnya. Jom, kita cuba resipi yang RASA sediakan ini. Pasti memikat selera semua.
1. CARA BERLAUK
BAHAN-BAHAN:
Adunan tepung:
1 cawan tepung gandum
1 biji telur
1 sudu teh minyak sapi
1/ 2 sudu teh garam
2 cawan air
Sedikit pewarna kuning
Inti:
200gm isi ayam kisar
2 labu bawang besar | dicincang halus
3 ulas bawang putih | dihiris
1 1/2 sudu makan rempah rendang segera
1 sudu teh serbuk kari
50ml air
Garam, gula dan serbuk perasa secukupnya
Sedikit minyak untuk menumis
Hiasan:
20gm bawang goreng
20gm daun sup | dihiris
2 biji cili merah | dihiris halus
CARA MEMASAK:
Campurkan kesemua bahan untuk adunan tepung dan bancuh hingga sebati serta tidak berketul. Ketepikan.
Untuk inti, panaskan minyak dan tumis bawang merah serta bawang putih sehingga berbau wangi.
Kemudian masukkan rempah rendang segera dan kari. Masak sehingga pecah minyak.
Seterusnya masukkan isi ayam kisar, bawang besar dan air secukupnya. Biarkan sehingga masak. Perasakan dengan garam, gula serta serbuk perasa dengan secukupnya.
Untuk menghasilkan kuih cara, panaskan acuan dan oleskan sedikit minyak.
Tuangkan adunan tepung, sudukan inti diikuti bawang goreng, daun sup dan hirisan cili.
Tutup acuan menggunakan tudung periuk dan tunggu sehingga kuih cara masak.
Ulang langkah sehingga adunan habis. Sedia untuk dinikmati.
Info Chef: Elakkan dari mengisi adunan terlalu banyak ke dalam acuan bagi mengelakkan inti terkeluar.
2. KUIH KASWI
BAHAN-BAHAN:
300gm tepung gandum
375ml air gula melaka
1/2 sudu teh air kapur
1/2 biji kelapa parut
Garam secukupnya
CARA MEMASAK:
Bancuh tepung gandum bersama air gula melaka. Kacau sebati hingga adunan tidak berketul.
Masukkan air kapur dan kacau sebati.
Tapis adunan dan tuangkan ke dalam loyang kukus.
Kukus selama 30 minit.
Setelah masak, angkat dan biarkan sejuk.
Potong kuih dan golekkan di dalam kelapa parut yang dicampurkan sedikit garam.
Info Chef: Penggunaan kapur memberi rasa lemak dan menstabilkan rasa kaswi. Elakkan meletakkannya pada kuantiti yang banyak.
3. KOLE KACANG
BAHAN-BAHAN:
300gm tepung kacang hijau
480gm gula pasir
500ml santan
750ml air
2 keping manisan
CARA MEMASAK:
Satukan santan bersama air dan gula pasir hingga mendidih dan pekat.
Sementara itu, di dalam bekas berasingan, bancuh tepung kacang hijau bersama air hingga menjadi sebati.
Kemudian masukkan ke dalam kuali berisi santan dan kacau dengan api sederhana sehingga pekat dan berkilat.
Tuangkan adunan ke dalam loyang dan sejukkan.
Apabila sejuk, barulah dipotong dan sedia dihidangkan.
Info Chef: Pastikan adunan sentiasa dikacau dengan penggunaan api perlahan sehingga betul-betul pekat dan berkilat.
4. LEPAT PISANG
BAHAN-BAHAN
1 sikat pisang nangka | dilecek
300gm tepung gandum
100gm tepung beras
100gm kelapa parut
100ml santan1 ketul gula Melaka | dicincang halus
Garam secukup rasa
Air untuk mengukus secukupnya
BAHAN PEMBUNGKUS:
Daun pisang untuk membungkus secukupnya
CARA MEMASAK:
Satukan semua bahan di dalam sebuah bekas dan gaulkan sehingga gula Melaka larut dan semua bahan sebati.
Sediakan daun pisang dan sudu bancuhan di atasnya. Padankan dengan saiz daun dan lipat dengan kemas.
Ulang langkah sehingga bancuhan habis. Kukus selama 25 minit.
Biarkan sejuk dan lepat menjadi pejal. Sedia untuk dihidangkan.
Info Chef: Pastikan adunan tidak terlalu lembik dan boleh gunakan pisang yang lain mengikut kesukaan.
5. KUIH LOMPANG
BAHAN-BAHAN:
360gm tepung beras
2 sudu makan tepung ubi
240gm gula
240gm gula merah
1 liter air
2 sudu teh air kapur
1 helai daun pandan | disimpul
BAHAN INTI:
Kelapa parut putih secukupnya
Garam secukup rasa
1 helai daun pandan | disimpul
CARA MEMASAK:
Di dalam periuk, satukan gula merah, gula pasir dan 500ml air bersama daun pandan. Didihkan sehingga gula larut dengan api kecil. Sejukkan sebentar.
Kemudian satukan tepung beras dan tepung ubi. Tuangkan 500ml air dan air kapur. Gaul rata.
Seterusnya tuangkan air gula tadi. Gaul sehingga sebati. Tapis adunan dan tuangkan ke dalam acuan yang telah disapu dengan sedikit minyak.
Kukus selama 10 minit atau sehingga masak sempurna.
Akhir sekali, taburkan kelapa parut yang telah dikukus tadi.
Sedia untuk dimakan.
Info Chef: Kuih Lompang ini mempunyai rasa yang enak dan lemak manis.
6. BENGKANG UBI
BAHAN-BAHAN:
3 cawan ubi kayu parut | diperah airnya
100gm tepung kastad
50gm kelapa parut
1 biji kelapa |diambil santan
300gm gula pasir
2 biji telur | dipukul sedikit
1 sudu teh esen vanila
125ml minyak kelapa
Sedikit garam
Sedikit pewarna kuning
CARA MEMASAK:
Campurkan kesemua bahan dan masak di atas api sederhana.
Kacau adunan sebati hingga kuih bertukar warna dan menjadi pekat.
Griskan sedikit minyak masak di dalam acuan berbentuk empat segi dan tuangkan adunan ke dalamnya.
Bakar di dalam ketuhar selama 30 minit atau sehingga kuih kelihatan garing.
Info Chef: Gunakan loyang empat segi berukuran 8×8 yang telah digriskan dengan minyak masak di dalamnya.
Tepung gomak merupakan kuih tradisi Melayu yang digemari ramai. Ia adalah salah satu jenis kuih yang menggunakan tepung kacang hijau. Jom kita cuba buat di rumah, resipinya tak susah pun..Boleh lah dihidangkan ketika sarapan atau minum petang nanti..kena pula dengan air kopi panas atau ais..Alahai nikmatya..
TEPUNG GOMAK
BAHAN TEPUNG
300 gm tepung pulut
1 cwn air
Secubit garam
CARA PENYEDIAAN
Campurkan tepung dan garam.
Masukkan air sedikit demi sedikit dan uli sehingga menjadi doh. Sekiranya air tidak mencukupi boleh la di tambah lagi.
BAHAN INTI
200 gm gula merah
1/2 cwn gula putih
1/2 cwn air
1 bj kelapa parut
2 st tepung gandum
2 helai daun pandan
CARA PENYEDIAAN
Campurkan gula merah, gula putih, air dan sehelai daun pandan.
Masak sehingga gula larut. Tapis air gula.
Masukkan semula air gula di dalam kuali.
Campurkan kelapa dan sehelai lagi daun pandan.
Masak sehingga kering.
Akhir sekali masukkan tepung.
TEPUNG KACANG HIJAU
200 gm kacang hijau
CARA PENYEDIAAN
Basuh kacang hijau sehingga bersih.
Goreng tanpa minyak di dalam kuali sehingga kekuningan.
Kemudian dikisar halus.
Ayak tepung sebelum digunakan untuk mendapat hasil tepung yang halus.
CARA MEMBUAT TEPUNG GOMAK
Ambil sedikit adunan tepung, leperkan dan masukkan inti.
Bulatkan dan tekan sedikit sebelum direbus. apabila kuih telah timbul didalam air rebusan, angkat dan salutkan dengan tepung kacang hijau.
INFO: Resipi ini boleh menghasilkan lebih kurang 20 biji kuih tepung gomak.
Resipi apam solo ini sesuai dimakan pada bila-bila masa. Tak kira waktu pagi atau petang. Boleh buat dalam kuantiti yang banyak.
Ikut saja resipi yang diberikan oleh puan Haslindawati Omarini. Resipi ini menggunakan acuan lompang kecil lebih kurang 55 pcs/Cup kertas paling kecil)