Pernah cuba makan Ikan Lengat? Ha…bagi yang biasa, pasti tahu macam mana seleranya kalau makan lauk ni kan? Sangat ringkas tapi ia mampu membuka selera makan. Kalau orang Pantai Timur, Ikan Lengat ni dikenali dengan nama ikan rebus atau ikan kukus. Kalau orang Utara, panggil Temenung lengat. Ada rasa masam-masam masin sikit. Memang sedap! Nak cuba resipi Ikan Lengat sedap perkongsian Chef Sue M Arukin ni? Jom lihat bahan-bahannya.
RESIPI IKAN LENGAT YANG SEDAP SECARA HOMEMADE
BAHAN-BAHAN:
1 1/2 kg ikan temenung segar – boleh juga guna ikan kembung atau sardin
3 sudu makan garam
7-8 keping asam gelugur/ keping
CARA MEMASAK:
1. Siang ikan dan bersihkan. Kemudian perap bahan-bahan diatas bersama ikan selama 1 jam.
IKLAN
2. Susun dalam periuk kukusan dan kukus sehingga ikan masak.
3. Bila dah masak, simpan ikan dalam bekas tertutup. Simpan dalam peti sejuk.Lagi lama disimpan, lagi sedap dan masam. Ikan ini tahan lama.
IKLAN
4. Bila nak digoreng, jangan letak garam atau serbuk kunyit. Panaskan minyak dan goreng sahaja.
Kadang rasa kecewa bila masak sagu jadi berketul-ketul. Dalam laman facebook, Deyana Hatazad berkongsi tip untuk masak sagu dan hasilnya cantik. Dia akui caranya agak renyah sedikit tapi sangat berbaloi untuk dicuba.
Tip ini wajib ikut tau
* Jangan cuci sagu sebelum dimasak.
* Pastikan air betul-betul mendidih baru masukkan sagu.
* Kacau sagu setiap 5 minit supaya sagu tak berketul.
* Masa cuci sagu yang dah masak, masukkan dalam bekas berisi air supaya sagu tak melekat.
* Lepas letak pewarna, kena cuci lagi sebab tak mau warna nanti bercampur dalam kuah.
* Nak makan tapis dulu baru letak dalam bekas dihidang. Baru letak kuah.
SAGU BERKUAH
BAHAN-BAHAN
Sagu
Pewarna (ikut kesukaan)
1 tin susu cair
1/2 cawan air
1 keping gula melaka
2 sudu gula merah
Daun pandan
CARA MEMBUAT
1. Masak sagu sampai sagu jadi betul-betul jernih.
2. Apabila sagu sudah masak, cuci sagu itu.
3. Letak pewarna dan biarkan 20 minit. Cuci lagi. Kemudian masukkan sagu berwarna dalam bekas berisi air.
4. Untuk kuah, masukkan susu cair, air, gula melaka dan gula merah serta daun pandan. Biarkan mendidih. Siap
Sesiapa yang suka Asam Pedas ini resipi Asam Pedas versi berempah campur sawi jeruk. Rasannya memang wau…kena dengan nasi panas, ada ulam dan sambal belacan. Terus kecur air liur dibuatnya. Sesiapa yang nak buat, ini resipinya:-
ASAM PEDAS BEREMPAH TENGGIRI & SAWI JERUK
BAHAN-BAHAN:
4 potong ikan tenggiri papan | cuci bersih dan toskan
1 pokok sawi jeruk | cuci bersih dan hiris kecil-kecil
Daun kesum secukupnya
1/2 cawan air asam Jawa
4 sudu makan pes cili kering
1 sudu makan kerisik
2cm halia | titik
2cm lengkuas | titik
Air secukupnya
Garam dan gula secukup rasa
4 sudu makan minyak masak
BAHAN KISAR HALUS:
6 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
3cm kunyit hidup
1/2 sudu teh lada hitam
1/2 sudu teh lada hitam biji
1/2 sudu makan ketumbar biji
1/2 sudu teh jintan manis
1/2 sudu teh jintan putih
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak dalam periuk, tumis bahan kisar hingga wangi.
Kemudian masukkan pes cili kisar, lengkuas dan halia yang dititik.
Terus kacau hingga pecah minyak, baru masukkan air asam dan sedikit air.
Setelah mereneh masukkan sawi jeruk dan ikan.
Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
Akhir sekali masukkan daun kesum, kecilkan api biarkan mereneh hingga timbul minyak.
Setelah cukup rasa, tutup api dan asam pedas sedia dihidangkan.
Roti Gula Crunchyni memang sedap. Rangup, manis-manis masin, makan macam tu sahaja memang sedap. Nak lagi padu? Cicah dengan Kopi O panas atau sejuk. Rasanya memang lagi terangkat! Senang sahaja cara membuatnya. Jika ada lebihan roti di dapur yang sudah keras atau hampir tamat tempoh, buat sahaja begini. Pasti habis dimakan anak-anak. Saudari Blossoming Flower ada kongsikan resipi beliau yang tersendiri. Katanya resipi ini bukan sekadar roti disapu marjerin dan ditabur gula ya. Pasti lebih enak. Jom cuba!
CARA MEMASAK: 1.Campurkan gula perang, marjerin dan susu pekat manis ke dalam bekas bersesuaian. Sukatan boleh agak-agak mengikut jumlah yang anda suka. 2. Pukul ketiga-tiga bahan sehingga sebati dan gebu (fluffy). 3. Sapukan bahan yang dipukul tadi pada permukaan roti. Potong roti cantik-cantik.
3. Susun roti di atas dulang pembakar yang sudah dialas dengan aluminium foil dan masukkan ke dalam ketuhar.
4. Bakar menggunakan api atas bawah pada suhu 160°c selama 20 minit. Jika mahu lebih perang, lebihkan masa membakar. Tapi pastikan jangan sampai hangus. 5. Waktu keluar dari ketuhar, tekstur roti memang agak lembut. Oleh itu, perlu sejukkan terlebih dahulu sebelum dimasukkan ke dalam bekas kedap udara.
NOTA: Roti Gula Crunchy ini memang rangup dan tahan lama. Rasanya juga sedap. Enak dicicah Kopi O panas atau dimakan begitu sahaja.