Kuih Puteri Ayu ni memang sedap dan lembut sangat. Kalau biasa perasa pandan,  Puteri Ayu Cheese ni terbaik sangat untuk penggemar keju. Sedap berkrim keju.

Biasanya puteri ayu dasarnya ada kelapa parut, tetapi versi yang ini lapisan bawah atau dasarnya adalah berasaskan krim keju,jadilah kuih Puteri Ayu Cheese.

Bagi pencinta keju memang menepati citarasa korang. Boleh dihidang masa minum petang mahupun sarapan.

PUTERI AYU CHEESE


Puteri Ayu Versi BerkejuLah Pulak, Memang Terbaiklah
.

BAHAN-BAHAN :

  • 2 biji telur
  • 1 cawan gula castor – beli online DI SINI
  • 2 cawan tepung gandum – beli online DI SINI
  • 1 cawan santan atau susu cair – beli online DI SINI
  • 1 sudu teh ovalette- beli online DI SINI
  • Pewarna pilihan – beli online DI SINI
  • Sedikit esen vanilla atau perisa pilihan

BAHAN CREAM CHEESE:

  • 250 gm cream cheese
  • 80 gm gula castor – beli online DI SINI
  • 25 ml air
  • 20 gm tepung gandum – beli online DI SINI
  • 1 biji telur

Satukan kesemua bahan-bahan cheese dan pukul hingga licin dan sebati. Ketepikan.

CARA MEMASAK :
1. Pukul telur, esen vanilla dan gula hingga kembang.

2. Masukkan ovalette dan pukul lagi hingga pekat dan gebu.

3. Masukkan santan atau susu cair & tepung dan pukul lagi hingga sebati.

4. Bahagikan kepada beberapa bahagian dan warnakan.

5. Jika nak perisa yang berlainan, boleh letakkan perisa untuk setiap bahagian.

6. Sediakan acuan puteri ayu secukupnya. Oleskan acuan dengan sedikit minyak masak.

7. Didihkan air di dalam kukusan.

8. Isikan adunan cream cheese ke dalam acuan dan kukus selama 2 minit dengan api sederhana.

9. Setelah itu, letakkan adunan berwarna hingga penuh dan kukus lagi lebih kurang 7-10 minit dengan api sederhana. Setelah masak, keluarkan dari acuan.

* Jangan lupa untuk balut tutup kukusan supaya air kukusan tidak menitis atas kuih
*Gunakan api yang sederhana untuk mendapatkan kuih puteri ayu yang lembut, cantik dan gebu.

NOTA dari Aini Binte Madon :
Saya masukkan adunan tepung dan adunan cheese ke dalam piping bag supaya mudah dan cepat untuk isi ke dalam acuan.

Sedap berbaloi untuk dicuba.

Puteri Ayu Versi BerkejuLah Pulak, Memang Terbaiklah
.

Kredit : Aini Binte Madon

ANDA GEMAR MEMBELI BELAH SECARA ONLINE, JOM LAYARI DI SINI UNTUK MENCARI PRODUK PERKAKAS DAPUR DAN BARANGAN ELEKTRIK YANG MEMUDAHKAN KERJA MEMASAK ANDA

ANDA MUNGKIN JUGA MENYUKAI RESIPI INI :

DAN JUGA RESIPI INI :

Apam Pisang Coklat Makan Satu Tak Cukup

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI