Cara buat kuih tepung bungkus, ikut resipi orang lama. Inti balut dengan tepung pulut. Tak dinafikan langkah membuatnya agak banyak. Namun hasilnya memang berbaloi, akan cukup rasa lemak manis masin dan gediknya.
Tapi hari ini ramai yang ambil jalan mudah menyediakannya. Antaranya inti tak lagi dibalut sebaliknya ditepek terus pada tepung lemak. Memang memudahkan tapi rasanya akan sedikit ‘lari’.
Bagaimanapun bagi yang mahu merasai kesedapan kuih tepung bungkus yang asli boleh gunakan resipi perkongsian Nor Al Fatihah Tihah untuk menyediakan kuih ini.
Buat kuih tepung bungkus, cara orang lama
Ads
Bahan inti kelapa
1 biji kelapa parut putih
1 cawan gula melaka
4 sudu besar gula pasir
1/4 sudu teh garam halus
1/2 cawan air
2 helai daun pandan (simpul)
2 sudu besar tepung gandum
Bahan tepung balut inti
2 cawan tepung pulut
1 cawan air
Bahan tepung lemak
5 cawan santan sederhana pekat (2 cwn santan pekat + 3 cwn air)
1 1/2 cawan tepung beras
1 sudu teh garam halus
Daun pisang secukupnya (dibasuh, dipotong dan dilayur atas api)
Cara buat kuih tepung bungkus
1. Sediakan inti kelapa terlebih dahulu. Satukan gula melaka, gula pasir, garam, air dan daun pandan. Masak di atas api hingga gula larut dan mendidih.
2. Masukkan kelapa dan kacau hingga rata. Masak hingga air agak kering.
3. Campurkan tepung gandum, kacau rata hingga tekstur inti sedikit kering tapi masih lembap. Sejukkan inti dan bentuk bulat sebesar guli.
4. Seterusnya buat bebola pulut. Gaul tepung pulut dengan air hingga menjadi doh lembut, sama macam adunan buah melaka.
5. Leperkan doh dan masukkan inti kelapa. Balut nipis dan gentel bulat.
Ads
6. Bagi membuat tepung lemak pula campur santan, garam dan tepung beras. Kacau hingga sebati, kemudian masak di atas api sederhana hingga pekat tetapi masih meleleh apabila diangkat dengan senduk.
7. Sudukan adunan tepung lemak di atas daun pisang, jangan terlalu tebal. Letakkan 2 biji bebola inti dan tutup dengan sedikit tepung lemak. Lipat dan balut kemas.
8. Panaskan pengukus dan kukus tepung bungkus selama 20 minit di atas api sederhana. Hidangkan panas-panas atau sejukkan dalam peti ais, sama sedap!
INFO: Satu adunan akan menghasilkan 36 biji tepung bungkus yang comel!
Kuih Koci antara kuih melayu yang digemari ramai. Kena yang sedap, makan dua tiga biji pun tak cukup. Bagi anda yang suka kuih ni dan nak belajar cara-cara buatnya. Jom lihat resipi di bawah ini.
KUIH KOCI PULUT HITAM
BAHAN INTI:
2 biji kelapa
1 cawan gula merah
1/2 cawan gula pasir
1 sudu teh garam
2 cawan air
2 helai daun pandan
2 sudu makan tepung gandum
CARA MASAK INTI: 1. Satukan kesemua bahan ( kecuali tepung gandum) dan masak sampai hampir kering. 2. Kemudian masukkan tepung. Kacau rata. 3. Setelah inti kering, padamkan api. Setelah sejuk, cubit inti dan bulat-bulatkan. NOTA: Jika suka inti manis, lebihkan gula.
BAHAN DOH KOCI:
100gm pulut hitam (rendam semalaman & kisar dengan air)
500gm tepung pulut
3 sudu makan tepung gandum
Air secukupnya
CARA ADUN DOH: 1.Tapis pulut hitam yang dikisar tadi untuk dapatkan patinya. Kalau nak muda,h guna je tepung pulut hitam tapi rasanya akan jadi lain. Maka ikut citarasa masing-masing. 2.Kemudian campurkan dengan bahan-bahan lain. Uli hingga menjadi doh. Tekstur doh seakan nak buat onde-onde ( buah melaka).
BAHAN SANTAN:
1/2kg santan
2 cawan air
1 sudu teh garam (kalau suka masin lebihkan jumlahnya)
3 sudu makan tepung jagung
3 sudu makan tepung beras
CARA MEMASAK: 1. Satukan kesemua bahan dalam periuk. Kacau sebati. 2. Kemudian masak guna api sederhana hingga pekat.
BAHAN LAIN:
Daun pisang secukupnya – bersihkan dan potong empat segi
CARA PENYEDIAAN KUIH KOCI: 1. Didihkan air dalam periuk dan siapkan daun pisang. 2. Ambil doh dan letak inti yang telah dibulat-bulatkan. Masukkan doh ke dalam air mendidih.
3. Setelah doh timbul, toskan dan letak ke dalam adunan santan yang dah dimasak tadi.
4. Golek-golekkan doh dalam santan hingga rata dan bersalut. 5. Letak doh koci atas daun pisang.
6. Bungkus dengan elok dan buat hingga habis adunan.
Siapa saja yang tidak suka dengan lempeng. Makan panas-panas dicicah pula dengan sambal atau makan begitu saja pun sedap. Adunan lempeng yang sempurna akan menghasilkan lempeng yang gebu. Kalau ada yang rasa nak makan untuk sarapan boleh cuba ikut resipi Kaseh Sery ni. Resepi ini turun temurun dari ibunya.
Lempeng
Bahan-bahan:
3 senduk tepung gandum
1 biji telur
1 sudu kecil mauripan
2-3 sudu gula
Sedikit garam
2-3 cawan air
(adunan tak cair sangat, tak pekat sangat)
Dapatkan Khind 3.5L Air Fryer dengan HARGA ISTIMEWA DI SINI! Masukkan code RASGSP5 sebelum buat pembayaran untuk dapatkan DISKAUN EXTRA RM5!
Cara membuat:
1.Kacau sebati semua bahan dan biarkan adunan lebih kurang 1 jam.
Kuih muih tradisional Melayu memang sedap. Kena pula yang lembut dan cukup lemak manisnya, lagilah tak puas makan. Bagi penggemar sajian Kuih Kaswi,boleh cuba resipi perkongsian saudari Zaimah Zakaria ni.
KUIH KASWI
BAHAN-BAHAN:
2 cawan tepung beras
2 sudu makan tepung ubi
1 cawan santan pekat
2 cawan air
2 cawan gula merah
2 sudu makan air kapur ( jangan terlalu jernih. Ambil pekat sikit)
1/2 sudu teh garam
3 helai daun pandan
CARA MEMASAK:
1. Masak gula merah bersama air. Masukkan daun pandan.
2. Setelah gula larut, biarkan air gula sejuk. Tapis air gula jika perlu.
3. Kemudian masukkan bahan-bahan yang lain. Kacau hingga mendapat adunan yang sebati.
4. Ambil loyang bersesuaian dan sapu sedikit minyak di permukaannya.
5. Panaskan pengukus dan setelah mendidih, masukkan loyang dan kukus kuih selama 45 minit.
6. Setelah masak, sejukkan kuih terlebih dahulu sebelum dipotong.
7. Gaul potongan kaswi bersama parutan kelapa yang telah dicampur dengan secubit garam.
Pepes Dada Ayam hidangan tradisi dari Nusantara ini menggunakan dada ayam yang diperap dengan ramuan rempah lengkap, kemudian dibungkus dalam daun pisang dan dikukus hingga masak. Hasilnya? Ayam jadi lembut, berjus dan menyerap segala rasa bawang, cili dan kunyit yang harum.