Bagi yang inginkan kelainan, boleh cuba buat pankek ini sebagai juadah minum petang. Siti Hajar Masran melalui facebook berkongsi resipi membuat pankek. Menariknya resipi pankek ini dibuat ala pankek dari restoran makanan segera terkenal. Bolehlah cuba. Mana tahu boleh tambat selera anak-anak.
PANKEK GEBU GEBAS
BAHAN A
2 biji kuning telur
1/2 cawan susu segar
2 sudu besar gula
1 sudu teh esen vanilla
1 sudu besar minyak
Secubit garam
1/2 cawan tepung gandum
1 sudu teh serbuk penaik
BAHAN B
2 biji putih telur ayam
1 sudu besar gula
IKLAN
CARA MEMBUAT
1. Asingkan putih dan kuning telur
2. Campurkan semua BAHAN A kecuali tepung gandum dan serbuk penaik. Whisk.
3. Ayak tepung gandum dan serbuk penaik. Campurkan pada bahan yang dipukul tadi dan gaul sebati.
4. Pukul BAHAN B sehingga menjadi meringue (bila terbalikkan bekas, aduan tak jatuh)
5. Masukkan BAHAN B ke dalam BAHAN A sedikit demi sedikit dengan menggunakan teknik kaup balik sehingga sebati.
6. Panaskan non stick pan, sapu sedikit butter.
7. Tuangkan adunan dan terbalikkan bila nampak keperangan.
8. Angkat apabila sudah masak dan hidangkan dengan favourite topping. Misalnya madu, butter, maple syrup atau coklat.
Nak dapatkan peralatan memasak yang baru? Semuanya menarik, jom klik link ni untuk cuci mata. Mana tahu ada yang berkenan kan? Klik sini (saya nak beli periuk baru la)
Bagi anda yang suka makan ikan sardin, menu Ikan Sardin Homemade ni memang kena cuba. Barulah rasa lebih yakin, tanpa pengawet dan tentunya lebih sedap! Caranya mudah sahaja. Jom cuba resipi perkongsian saudari Alia Farhan Said ni.
IKAN SARDIN HOMEMADE
BAHAN-BAHAN:
Ikan selayang/sardin – nak guna mackerel pun boleh
Sos tomato – boleh guna sos tomato readymade atau boleh juga buat sos tomato homemade
Sos Cili – untuk beri rasa pedas.
Air secukupnya
( jumlah sos bergantung pada jumlah ikan dan juga citarasa masing-masing. Boleh ubah suai ikut selera.)
CARA MEMASAK:
1. Bersihkan ikan sardin dan buang kepala, sirip dan perut sebersih-bersihnya.
2. Goreng ikan terlebih dahulu namun jangan sampai terlalu garing. Angkat dan toskan minyaknya.
3. Ambil periuk tekanan ( pressure cooker), masukkan sos tomato dan sos cili.
4. Kemudian masukkan ikan yang digoreng tadi dan masukan air pada paras ikan sahaja. ( Masak guna pressure cooker air tak akan berkurang. Sebab tu kena guna air pada jumlah yang sepatutnya sahaja.)
5. Tutup penutup periuk tekanan dan pulas tombol ke SEAL. Set bahagian pressure dan pilih STEAM.
6. Tekan KEEP PRESSURE dan tambah masa ( tekan MIN) hingga ke 59. ( untuk periuk Phillip, settingnya sampai 59 sahaja. Selepas 59 minit, tambah lagi setting yang sama untuk 30-35 minit lagi.
7. Bila dah siap, bunyi ‘beep’ akan berbunyi. Lepaskan wap tekanan terlebih dahulu. Kemudian buka penutup dan keringkan air pada sardin menggunakan mode BAKE. Jika nak tekan butang CHICKEN pun boleh.
8. Bila agak-agak air dah kering dan berpadanan, boleh padamkan api dan masukkan sardin dalam bekas bersesuaian.
9. Sejukkan sardin terlebih dahulu sebelum disimpan di dalam peti sejuk beku.
Melihatkan senarai pilihan pemanis mulut pilihan Raja Permaisuri Agung sebagai hidangan di Majlis Santapan Diraja ia sungguh autentik dan menarik perhatian tetamu diraja, Ia bagaikan amembangkitkan nostalgia silam di mana kesemua manisan ini sangat sinonim di majlis-majlis keraian di zaman dulu-dulu. Menariknya kesemua manisan ini sangat mudah disediakan, kepada korang yang teringin mencuba dan merasakan aura autentik, ini dikongsikan resipinya yang boleh dicuba.
.
PUDING RAJA
BAHAN-BAHAN:
4 sikat pisang lemak manis | buang kulit
1 cawan biji gajus | goreng
2-3 genggam jala emas
200gram buah prun | potong empat
Buah ceri merah/hijau
2 sudu makan minyak sapi
Minyak untuk menggoreng
BAHAN KUAH PUDING:
1 tin susu cair
3 biji telur | ambil kuning sahaja
1/2 tin air
1-2 cawan gula | ikut citarasa
Daun pandan | simpul
Esen vanilla
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak dan minyak sapi untuk menggoreng dengan minyak yang penuh. Goreng pisang sehingga kuning.
Angkat dan letakkan di atas kertas minyak untuk meresap minyak yang berlebihan. Kemudian goreng biji gajus. Angkat dan ketepikan.
Untuk Kuah Puding. Pukul kuning telur bersama susu cair dan air. Tapis untuk membuang pusat telur putih.
Masukkan gula dan kacau sehingga gula larut.
Masak di atas api kecil bersama daun pandan sehingga sederhana pekat. Masukkan sedikit esen vanila.
Jangan guna api besar dan kacau selalu untuk supaya tidak bergentel. Keluarkan daun pandan bila siap.
Cara Menghidang:Aturkan pisang goreng 2-3 lapis di dalam mangkuk. Taburkan jala emas.
Kemudian aturkan buah prun, ceri dan biji gajus. Tuangkan kuah ke atasnya apabila hendak dimakan.
.
KUIH KACAU KELEDEK BAHAN-BAHAN:
1 kg keledek
1 biji kelapa parut | jadikan santan 2 gelas
500gram gula pasir
2 biji telur ayam
1 sudu teh vanilla
2 helai daun pandan
CARA MEMASAK:
1. Keledek dibersihkan, rebus dan lecek hingga halus
2. Satukan gula dan santan serta garam. Jerangkan atas api sederhana dan dikacau hingga likat.
3. Telur dipukul lalu dimasukkan kedalam adunan santan gula bersama keledek lecek dan esen vanilla.
4. Masukkan pewarna kuning.
5. Kacau hingga cukup kental, tuang dalam acuan.
.
KUIH KACAU LABU
BAHAN-BAHAN:
350 gram gula pasir
400 ml santan
500 ml air
50 gram tepung jagung | dibancuh dengan sedikit air
1.5kg labu
5 biji telur | dipukul kembang
2 helai daun pandan
Garam
CARA MEMASAK: 1.Masak santan bersama gula dan daun pandan hingga pekat. 2. Kemudian, masukkan telur, labu yang telah dibuang kulit, direbus dan dikisar halus bersama garam. 3. Kacau sebati. Sesudah itu, tuangkan bancuhan air tepung jagung ke dalamnya. Apabila sudah pekat, tuangkan adunan ke dalam loyang. Boleh dibekukan dalam peti sejuk jika suka. 4. Bentukkan kuih mengikut acuan yang digemari. Boleh juga dihias dengan hawa.
CARA MEMASAK: 1. Masakkan santan sehingga pecah minyak, masukkan gula. Kacau perlahan-lahan dan biarkan sehingga gula hancur. 2. Biarkan sehingga pekat, kemudian masukkan pulut. 3. Kacau hingga tekstur adunan kental.
.
WAJIK DURIAN
BAHAN-BAHAN:
1 kg beras pulut |rendam
2 cawan santan pekat
2 helai daun pandan
10 ulas durian | isi sahaja
Sedikit kapur
Daun pisang
BAHAN AIR GULA:
500 gm gula melaka
300 gm gula pasir
2 cawan air
1 sudu teh garam halus
CARA MEMASAK:
1. Beras dikukus, setelah masak, angkat dan gaul dengan sedikit santan cair yang dibancuh dengan sedikit garam. 2. Masak gula melaka dan gula pasir dengan dua cawan air. Setelah larut dan mendidih, hendaklah di tapis. 3. Masak semula gula yang ditapis tadi, masukkan daun pandan, secubit garam dan isi durian. 4. Apabila mendidih masukkan santan pekat dan biarkan merenih dalam setengah jam menggunakan api yang kecil. 5. Setelah gula pekat berkilat dan bertali, masukkan pulut yang dikukus tadi. 6. Masukkan kapur yang dibancuh dengan sedikit air dan kacau dalam 30 minit atau sehingga agak kering. 7. Apabila kering dan tak melekat di sudip, keluarkan daun pandan tadi. Tuang ke dalam loyang yang telah di alas dengan daun pisang. 8. Setelah sejuk wajik sedia dihidangkan.
.
BUAH TANJUNG
BAHAN-BAHAN:
10 biji kuning telur
1 kg gula pasir
500ml air
250gm tepung pulut
100gm tepung beras
2 helai daun pandan
5 kuntum bunga cengkih
1 sudu teh pewarna oren | jika suka
CARA MEMASAK:
Satukan tepung pulut dan tepung beras. Kemudian, sangai tanpa minyak hingga ringan. Angkat dan ketepikan.
Masak gula bersama air hingga mendidih, masukkan daun pandan dan bunga cengkih dan biarkan separuh pekat. Keluarkan daun pandan
Pukul kuning telur hingga kembang. Masukkan ke dalam tepung yang disangai sedikit demi sedikit dan uli menjadi doh yang lembut. Cubit adunan menggunakan 3 hujung jari dan bentukkan seperti buah tanjung.
Kemudian masukkan ke dalam air gula sehingga meresap barulah diangkat.
.
KUIH TAHI ITIK
BAHAN-BAHAN:
10 biji putih telur
500ml santan
400gm gula pasir
100gm tepung pulut
150gm tepung beras
Sehelai daun pandan | siat-siat
CARA MEMASAK:
Campurkan semua bahan dan kacau atas api sehingga masak dan nampak sedikit berkilat.
Biarkan sejuk.
Setelah sejuk, bulatkan atau boleh dibentuk mengikut kesukaan sendiri.
Kuih Tahi Itik sedia dihidangkan.
.
KUIH BUNGA TONJET: BAHAN-BAHAN:
15 biji telur gred A | ambil kuning sahaja
1 kg gula
Daun padan | carik dan simpul
5 cawan air
CARA MEMASAK: 1. Masukkan gula bersama daun padan dalam air hingga pekat. Angkat dan tapis. 2. Pukul kuning telur hingga kembang, kemudian titikkan telur dalam air gula panas yang masih di atas api. 3. Jika telur itu tidak boleh dibentuk, Kacau atau pukul lagi. 4. Kemudian ambil sesudu teh adunan telur tadi dan tuangkan perlahan ke dalam air gula yang mendidih. Ia akan berbentuk bulat. 5. Ulang proses yang sama hingga adunan telur habis. 6. Biarkan ia masak seketika di dalam air gula sebelum diangkat. 7. Jika air gula menjadi terlalu pekat tambah air panas.
Masak lemak cili api Negeri Sembilan memang tiada tandingan. Seringkali disebut sebagai masakan yang ringkas namun sedap yang padu, membuatkan ramai yang suka memasaknya.
Menerusi perkongsian resipi daripada Muhamad Muktamin Abdul Karim untuk gulai nangka muda dan ayam masak lemak cili api ini, sangat mudah dan bahan-bahannya mudah didapati.
Bubur lambuk begitu sinonim dengan bulan Ramadan sebagai kelaziman untuk dinikmati sekurang-kurangnya sekali pada setiap Ramadan.Malah, ia menjadi lambang perpaduan dan kesatuan bagi penganut...