Cara buat kuih tepung bungkus, ikut resipi orang lama. Inti balut dengan tepung pulut. Tak dinafikan langkah membuatnya agak banyak. Namun hasilnya memang berbaloi, akan cukup rasa lemak manis masin dan gediknya.
Tapi hari ini ramai yang ambil jalan mudah menyediakannya. Antaranya inti tak lagi dibalut sebaliknya ditepek terus pada tepung lemak. Memang memudahkan tapi rasanya akan sedikit ‘lari’.
Bagaimanapun bagi yang mahu merasai kesedapan kuih tepung bungkus yang asli boleh gunakan resipi perkongsian Nor Al Fatihah Tihah untuk menyediakan kuih ini.
Buat kuih tepung bungkus, cara orang lama
Ads
Bahan inti kelapa
1 biji kelapa parut putih
1 cawan gula melaka
4 sudu besar gula pasir
1/4 sudu teh garam halus
1/2 cawan air
2 helai daun pandan (simpul)
2 sudu besar tepung gandum
Bahan tepung balut inti
2 cawan tepung pulut
1 cawan air
Bahan tepung lemak
5 cawan santan sederhana pekat (2 cwn santan pekat + 3 cwn air)
1 1/2 cawan tepung beras
1 sudu teh garam halus
Daun pisang secukupnya (dibasuh, dipotong dan dilayur atas api)
Cara buat kuih tepung bungkus
1. Sediakan inti kelapa terlebih dahulu. Satukan gula melaka, gula pasir, garam, air dan daun pandan. Masak di atas api hingga gula larut dan mendidih.
2. Masukkan kelapa dan kacau hingga rata. Masak hingga air agak kering.
3. Campurkan tepung gandum, kacau rata hingga tekstur inti sedikit kering tapi masih lembap. Sejukkan inti dan bentuk bulat sebesar guli.
4. Seterusnya buat bebola pulut. Gaul tepung pulut dengan air hingga menjadi doh lembut, sama macam adunan buah melaka.
5. Leperkan doh dan masukkan inti kelapa. Balut nipis dan gentel bulat.
Ads
6. Bagi membuat tepung lemak pula campur santan, garam dan tepung beras. Kacau hingga sebati, kemudian masak di atas api sederhana hingga pekat tetapi masih meleleh apabila diangkat dengan senduk.
7. Sudukan adunan tepung lemak di atas daun pisang, jangan terlalu tebal. Letakkan 2 biji bebola inti dan tutup dengan sedikit tepung lemak. Lipat dan balut kemas.
8. Panaskan pengukus dan kukus tepung bungkus selama 20 minit di atas api sederhana. Hidangkan panas-panas atau sejukkan dalam peti ais, sama sedap!
INFO: Satu adunan akan menghasilkan 36 biji tepung bungkus yang comel!
Hidangan lemang periuk kera memang antara juadah istimewa di hari raya. Namun ramai juga yang tidak biasa dengan sajian ini. Nak membuatnya tidaklah sukar mana. Bagi yang nak cuba, berikut adalah bahan-bahan dan cara penyediaannya.
RESIPI LEMANG PERIUK KERA
BAHAN-BAHAN:
Periuk kera
Beras pulut
Santan sederhana pekat
Garam secukup rasa
Gula secukupnya ( pilihan)
CARA MEMASAK:
1. Gunting tebing di bahagian mulut periuk kera.
2. Bersihkan periuk kera dengan air di bahagian luar dan daam hingga bersih. Boleh guna berus gigi (baru) untuk bersihkannya. Berus perlahan-lahan. Boleh juga guna sebarang berus lain yang bersesuaian.
3. Basuh beras pulut hingga bersih dan toskan. Jumlahnya ikut jumlah periuk kera yang ada.
4. Santan pula dicampur dengan garam dan gula sebagai penambah rasa. Kacau hingga bahan perasa larut.
5. Masukkan beras pulut ke dalam periuk kera hingga memenuhi 2/3 bahagian.
6. Kemudian tuangkan santan ke dalam periuk kera tadi.
7. Kukus selama 30-40 minit hingga masak.
8. Angkat, sejukkan seketika dan sedia untuk dinikmati.
Idea bagus, buat roti jalan coklat, inti pisang dan padankan dengan sos coklat, memang mantap sedapnya. Kepada pengemar coklat rugi kalau tak cuba resipi ni. Cara buat lebih kurang, Cuma tambah inti pisang dan coklat untuk sos dan perasanya. Untuk resipi penuh ada dikongsikan di bawah, bolehlah mencubanya.
ROTI JALA PISANG SOS COKLAT BAHAN-BAHAN: 150gm tepung gandum 20gm gula halus 15gm serbuk coklat/koko 1/8 sudu teh serbuk kulit kayu manis | jika suka 1/4 sudu teh garam halus 1 biji telur 250ml santan /susu cair 1 sudu teh pes coklat 1sudu makan mentega INTI: Pisang Emas | goreng dengan mentega hingga garing BAHAN SOS COKLAT: 1/2 cawan serbuk koko 2 sudu makan susu pekat manis 1 cawan susu cair 1 sudu makan gula pasir 1 sudu mentega Secubit garam
CARA MEMASAK:
Campurkan semua bahan kulit kecuali mentega yang dicairkan.
Kacau rata mengguna mixer atau blender, setelah sebati masukkan mentega. Kacau lagi.
Tapis dan masukkan dalam acuan roti jala.
Panaskan kuali non stick leper.
Jalakan adunan membentuk jaringan biarkan masak.
Letakkan pisang goreng tadi di tengah roti jala dan gulung.
Sementara itu sediakan sos coklat dengan memasukkan semua bahan sos dalam periuk, kacau rata, kemudian renehkan atas api sederhana.
Enaknya andai dapat makan Kuih Talam Sagu. Lemak, lembut, manis yang sedang elok, memang tak jemu. Bagi penggemar sajian kuih tradisional, kuih ini merupakan salah satu yang anda perlu cuba. Memang sedap. Saudari Harum Wangiada kongsikan resipinya. Bolehlah cuba nanti.
CARA MEMBUAT KUIH TALAM SAGU
BAHAN LAPISAN BAWAH: Sagu – rendam bagi kembang seketika & buang airnya Gula halus – gaul dalam sagu ikut agak-agak manis + pewarna merah @ sirap
CARA MEMASAK:
1. Oles loyang dengan sedikit minyak dan ratakan sagu tanpa perlu tekan. Ia bertujuan supaya bagi ruang pada sagu untuk mengembang. 2. Boleh tambah sedikit air dalam sagu supaya bila sejuk, sagu tidak liat. 3. Kukus sagu sehingga masak. Masa kukus tidak lama sangat, cukup hingga sagu bertukar rupa. 4. Sebelum letak lapisan atas, cakar-cakar sedikit permukaan sagu supaya lapisan atas senang melekat.
NOTA: Sukatan sagu agak-agak sahaja ikut saiz loyang yang digunakan. Jangan terlalu penuh nanti tiada ruang untuk letak lapisan atas.
BAHAN LAPISAN ATAS: 1 cawan tepung (tepung gandum + 2 sudu makan tepung ubi) 2 sudu makan tepung jagung 3 cawan santan (santan pekat + air. Lemak terpulang. Nak guna santan sama banyak dengan air pun boleh. Empunya resipi tak suka terlalu lemak. Nisbah yang digunakan adalah 1:2) Sedikit garam- untuk menaikkan rasa lemak
CARA MEMASAK:
1.Satukan semua bahan dan adun hingga larut. Tapis jika tepung berketul. 2. Masak guna api perlahan dan kacau hingga naik wap sedikit. Jangan biarkan tepung berketul. 3. Bila sudah siap, tuang ke atas sagu yang telah dikukus tadi.
4. Kukus sekali lagi dalam 10 minit atau hingga kuih betul-betul masak. Sejukkan sebelum dipotong. 5. Kuih Talam Sagu siap untuk dinikmati.
Ayam sambal untuk makan dengan nasi lemak lain cara memasaknya, tak sama dengan ayam sambal untuk hidangan nasi minyak, nasi tomato dan sebagainya.Ini yang...