Kek Pisang yang lembut gebu dan nampak urat pisang sememangnya sangat sedap dan digemari ramai. Jika resipi tersebut mudah, lagilah ramai yang suka. Bagi anda yang tercari-cari resipi Kek Pisang yang menggunakan sukatan cawan, saudari Zuhaidar Mohd Sofi ada kongsikan resipinya. Sememangnya sangat senang. Beliau juga ada berkongsi tip untuk menghasilkan kek yang berurat cantik. Resipi ini juga sesuai untuk dibakar dan juga dikukus. Jom cuba!
RESIPI KEK PISANG MUDAH & GEBU, SUKAT GUNA CAWAN JE
BAHAN A (AYAK BERSAMA):
- 2 cawan tepung gandum – beli online disini
- 1 sudu teh baking powder – beli online disini
- 2 sudu teh soda bikarbonat – beli online disini
BAHAN B (BLENDER):
- 1 cawan minyak masak
- 1 cawan gula (kalau nak manis) – beli online disini
- 3 biji telur gred A
- 1 sudu teh esen vanilla – beli online disini
BAHAN C:
- 5-7 biji pisang emas masak ranum (dilenyek guna garfu, ini tips bagi kek nampak urat pisang)
CARA MEMASAK:
1.Kisar semua bahan B sampai sebati.
2. Masukkan semua bahan kisar ke dalam tepung yang telah diayak tadi. Kacau guna senduk.
3. Kemudian masukkan pisang yang telah dilenyek. Kacau sampai sebati.
4. Masukkan adunan Kek Pisang ke dalam loyang yang telah disapu sedikit minyak.
5. Bakar pada suhu 160c salama 45 minit. Masa boleh diubah mengikut ketuhar masing-masing.
6. Bila kek sudah masak, angkat, sejukkan dan barulah boleh dipotong serta dihidang.
Kredit resipi & foto: Zuhaidar Mohd Sofi
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Resipi Egg Salad Bell Pepper @ Cucumber Boat. Menu Diet Sedap Giler
Resipi Kerabu Telur Masin Mudah & Sedap. 10 Minit Je Dah Siap.
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI