Suka makan Karipap kosong tanpa inti? Jangan berasa pelik kerana memang ada yang mempunyai kegemaran sebegitu. Memang sedap pun. Menerusi perkongsian saudari Dik Da Aida, beliau kongsikan resipi karipap kosong yang diminta oleh jiran. Pada awalnya agak ‘nervous’ kerana bimbang karipap tidak kembang dan menggelembung seperti biasa. Tapi hasilnya, memang elok. Jom cuba!
Kuih Talam tradisional adalah antara pemanis mulut yang menjadi kegemaran ramai tidak kira tua mahupun muda. Rasanya yang manis, lemak dan pelbagai perisa, memang tak jemu. Anda suka makan kuih ni? Jom cuba buat. Pasti puas hati dan menambat selera.
KOLEKSI RESIPI KUIH TALAM TRADISIONAL MUDAH & SEDAP
1. TALAM LAPIS
BAHAN-BAHAN:
2 cawan tepung beras
1/2 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung jagung
1 cawan gula pasir
4 cawan santan
1/4 sudu teh garam
Sedikit pewarna merah dan perisa ros
CARA MEMASAK:
Panaskan pengukus dan sediakan loyang berukuran 8 inci.
Masukkan santan ke dalam periuk. Panaskan sebentar biar jadi suam-suam kuku. Tutup api.
Masukkan tepung beras, tepung gandum, tepung jagung, gula dan garam ke dalam mangkuk.
Seterusnya masukkan santan. Gaul rata hingga tidak yang bergentel.
Bahagikan adunan kepada dua bahagian.
Warnakan satu bahagian dengan warna merah dan letakkan perisa ros.
Masukkan loyang yang telah disapu sedikit minyak ke dalam kukusan.
Tuang 200 ml adunan tanpa warna ke dalam loyang. Kukus selama lima minit dengan api kuat.
Setelah lapisan pertama masak, tuang 200ml adunan merah. Kukus lagi.
Ulang proses hingga habis dengan diakhiri dengan lapisan merah.
Setelah siap, sejukkan kuih lapis sebelum dipotong.
INFO CHEF: Kuih Talam Lapis yang cantik masaknya, boleh dimakan selapis demi selapis.
2. TALAM LAPIS SAGU
BAHAN SAGU:
1 1/2 cawan sagu
2 cawan air
1 cawan air
BAHAN BAHAGIAN ATAS:
2 biji telur
2 cawan tepung gandum
2 sudu makan tepung jagung
2 cawan santan
2 cawan air
3/4 cawan gula
Sedikit pewarna hijau
1 sudu teh perisa pandan
CARA MEMASAK:
Basuh sagu dan tapis, kemudian ketepikan.
Satukan gula dan air, masak dalam periuk hingga mendidih dan gula hancur.
Masukkan sagu dan kacau hingga pekat.
Pastikan menggunakan api perlahan supaya sagu masih berbiji-biji putih.
Sementara itu, sediakan loyang yang telah disapukan dengan sedikit minyak.
Tuangkan sagu di dalamnya, ketepikan.
Satukan semua bahan bahagian atas dalam periuk, kacau hingga sebati.
Kemudian masak atas api perlahan dan sentiasa kacau hingga tepung tidak berketul-ketul.
Apabila naik wap, tutup api.
Tuang ke dalam bekas berisi sagu.
Akhir sekali masukkan dalam pengukus yang telah dipanaskan. Kukus selama 20 minit.
INFO CHEF: Jika anda mahukan warna pada sagu boleh tambahkan, ikut cita rasa.
3. TALAM BERLAUK
BAHAN-BAHAN:
250gm tepung beras
200gm keladi
100gm udang kering
2 sudu teh garam
1000ml air
500ml santan
BAHAN INTI DAN HIASAN:
200 gm daging kisar
2 biji kentang | dadu kecil
1 labu bawang besar | dipotong dadu
1 ulas bawang putih | dicincang halus
1 paket rempah kari daging
2 biji cili merah
1/2 batang lobak merah | diparut
Daun sup dan daun bawang | dihiris halus
2 sudu makan minyak
Garam dan sedikit gula
CARA MEMASAK:
Untuk menyediakan inti, panaskan minyak dan tumiskan bawang besar dan bawang putih.
Masukkan rempah kari dan masakkan sehingga wangi.
Masukkan daging dan kentang. Kacau rata. Tambahkan sedikit air jika perlu.
Biarkan sehingga semuanya masak empuk.
Sejukkan dan taburkan diatas adunan yg dikukus.
Sekiranya terdapat minyak, toskan.
Untuk menyediakan bahagian talam, keladi direbus dan dikisar bersama air. Ketepikan.
Satukan tepung beras, keladi kisar, garam, santan dan air. Kacau sebati dan tapiskan ke dalam periuk.
Seterusnya masukkan udang kering. Kacau rata di atas api sederhana sehingga naik wap.
Setelah itu, tuangkan ke dalam loyang. Kukus selama 30 minit.
Akhir sekali, apabila hendak dihidangkan, barulah diletakkan bahan inti di atas permukaan sebagai hiasan.
INFO CHEF:Untuk menyediakan bahan inti di atas boleh siapkan awal dan simpan dalam peti sejuk.
4. TALAM SUJI
BAHANLAPISAN BAWAH:
110gm tepung suji
110gm gula pasir
200ml santan pekat
800ml air
1sudu teh pewarna kuning
1 sudu teh garam
LAPISAN ATAS:
3 biji telur
220 gm gula merah
1/2 sudu teh garam
200ml santan pekat
55gm tepung jagung
55gm tepung gandum
500ml air
CARA MEMASAK:
Untuk lapisan bawah, masukkan tepung suji dan air dalam periuk. Kemudian masukkan santan pekat dan gula.
Selepas itu masukkan garam dan pewarna kuning. Kacau rata.
Kemudian letak di atas api sambil dikacau dengan pemukul telur sehingga naik wap.
Masukkan dalam loyang dan kukus lapisan bawah selama lima minit.
Untuk lapisan atas, satukan tepung gandum, gula merah dan santan dalam bekas pengisar.
Masukkan air tepung jagung dan pecahkan telur dan bolehlah dikisar kesemua bahan-bahan tersebut.
Selepas itu, masukkan dalam periuk dan kacau di atas api sederhana besarnya.
Apabila sudah naik wap, bolehlah diangkat dan tuang ke atas lapisan bawah tadi.
Kukus selama 25 minit.
INFO CHEF: Campurkan tepung suji dengan air dan biarkan kembang lebih kurang 10 minit, sebelum dimasukkan dalam periuk bersama bahan lain. Tujuannya untuk mendapata suji yang lembut.
5. TOK AJI SERBAN
BAHAN LAPISAN BAWAH:
2 cawan beras pulut – direndam 1-2 jam
2 1/4 cawan santan cair
Secubit garam
LAPISAN ATAS:
6 biji telur ayam gred A
1 1/2 cawan santan pekat
Secubit garam
3 sudu makan gula perang (*)
1/2 cawan air (*)
1 helai daun pandan – simpul (*)
1/2 cawan gula (*)
(bahan bertanda (*) perlu dimasak terlebih dahulu, tapis dan dibiarkan pada suhu bilik.)
CARA MEMASAK:
Untuk membuat lapisan bawah, didihkan kukusan, cuci beras pulut dan masukkan ke dalam loyang bersaiz 9 inci yang telah dialas dengan dengan plastik di bawahnya.
Masukkan 1 1/4 cawan santan cair dan kukus selama 20 minit. Keluarkan pulut sekejap. 3. Kacau dan tambah baki santan. Kukus kembali selama 20 minit. Kemudian padatkan pulut dan cakar dengan garpu. Kukus lagi selama 10-15 minit.
Untuk lapisan atas, satukan semua bahan dan kisar sebati.
Panaskan kembali loyang berisi pulut selama 10 minit kemudian tuang adunan yang dikisar tadi.
Kukus selama 30-45 minit dan balut penutup periuk kukusan dengan kain bagi mengelakkan air menitis.
Angkat, sejukkan dan sedia untuk dinikmati.
6. TALAM SRI DELIMA
BAHAN-BAHAN:
1 1/2 cawan tepung gandum
1 1/2 cawan tepung beras
1/2 cawan tepung ubi
1 1/2 cawan gula pasir
2 cawan santan pekat
5 cawan santan cair
1 sudu kecil garam
Pewarna merah, kuning dan coklat, putih
CARA MEMASAK:
Gaulkan semua bahan-bahan dan tapiskan.
Bahagikan adunan kepada empat bahagian.
Masukkan pewarna ke dalam tiga bahagian dan satu kekal putih.
Panaskan kukusan dan sapukan sedikit minyak pada loyang.
Masukkan satu senduk adunan merah dan kukus selama lima minit.
Lapiskan pula satu senduk adunan kuning dan kukus lagi selama 5 minit.
Lapiskan warna coklat dan kukus selama lima minit lagi.
Kemudian ulang sekali lagi lapisan.
INFO CHEF:Untuk lapisan terakhir, bungkus penutup kukus dengan kain agar air tidak menitis ke atas permukaan talam.
Sedapnya Kuih Lompang Pandan perkongsian Opah Mas Cotek ni. Ia adalah salah satu kuih tradisional yang mudah disediakan, tak guna banyak bahan dan digemari ramai. Bagi anda yang suka makan kuih-kuih lama sebegini, memang patut cuba. Sesuai dinikmati pada bila-bila masa. Jom kita lihat bahan-bahan yang diperlukamn utuk memasak kuih ini dan juga cara penyediaannya.
CARA MEMBUAT KUIH LOMPANG PANDAN YANG SEDAP & MUDAH
Siapa suka makan apam milo ni? Mungkin ada juga yang mengimbau memori zaman kecil semasa membuat kuih ini seperti #zida2004. Kenangan mengusik jiwa time kecik dulu bila tau mak nak buat bahulu mesti tempah kat mak buatkan kuih raya fav ni, dapat sikit pun jadi la… Nanti hujung-hujung ada la mak kukuskan atas tudung periuk… Kalau baki banyak dapat la sepelengat @ loyang.
Kami panggil roti kukus (bunyi banjar), dulu buat dua warna saja kuning dan pink (letak pencelup merah @ kesumba). Esen-esen pun tak ada time tu, suka bau dan rasa telur. Sekarang orang panggil apam, apam 3 bahan. Warna dan perisa pun dah bermacam-macam. Bahan mudah dan ringkas yang membuat rasa bahagia pada zaman kanak-kanak. Tambahan air tangan mak kita
ROTI KUKUS MILO atau APAM MILO Bahan-bahan: 3 biji telur gred B 3/4 cawan gula (ikut cita rasa) ¼ sudu kecil esen vanilla (optional)-BELI ONLINE DI SINI 1 cawan tepung gandum-BELI ONLINE DI SINI 1/2 cawan milo #zida2004 *Jika nak guna acuan besar gandakan bahan. Saya guna papercup saiz kecil dapat 23 biji.
Cara memasak: 1.Putar telur bersama gula hingga kembang putih dan gebu. 2.Masukkan esen vanilla. Kemudian masukkan tepung sedikit demi sedikit. Putar hingga sebati. 3.Bahagikan adunan kepada dua bahagian. Satu bahagian letakkan milo. Kacau sebati.
4.Panaskan pengukus. Susun papercup ke dalam acuan lompang/muffin/bekas plastik. Sudukan atau paipkan adunan putih dan milo berselang seli. Lorekkan mengikut kreativiti masing-masing. Jika guna acuan, sapukan sedikit minyak pada acuan sebelum masukkan adunan. 5.Kukus selama 20 minit dengan api sederhana kuat. Jika guna acuan besar kukus selama 30-45 minit. Siap untuk dihidang. Kredit: #norfazidagda