Seperti yang dijanjikan chewah, haja nak share resipi cookies yang super duper sedap ni. Nak tahu sedap ke tak korang WAJIB la try.Bahan simple, mudah, Cara buat kalau takde mixer pun takpe. Kita kacau guna senduk kayu je.
Ads
Ads
Ads
BAHAN A
250 gm butter (jenama lurpak)
120-130 gm brown sugar
1 biji kuning telur
2 sudu teh susu segar full cream jenama Dutch lady
1 sudu teh Essen vanilla (imported Essen vanilla lebih wangi)
BAHAN B
300 gm tepung diayak dulu ( haja guna self raising flour) Nak guna tepung gandum pun boleh tapi kena tambah baking powder (serbuk penaik)
BAHAN C
200 gm CHOC CHIP
Cara memasak:
1. Pukul butter yang dah agak lembik( biarkan sekejap suhu bilik) . Pukul butter bersama brown sugar. Kacau adunan sehingga sebati, nampak creamy dan, bertukar warna sedikit. 2. Masukkan telur kuning, esen vanilla dan susu (BAHAN A) Pukul sehingga tiada lagi ketulan gula (sikit2 tu kira halal la). 3. Campurkan BAHAN B (tepung ) ke dalam aduanan tadi. Gaul sehingga sebati. Biar adunan jadi MESRA. 4. Last sekali boleh masukkan semua choc chip. Yumeeeh! Gaul biar sebati semuanya. Senangkan? Ok bab bakar kena kenali oven dulu. Oven jenis built in (my oven) 150 , 30 Minit (ni memang ranggup la) ranggup ye bukan hangit🤣 Kalau oven yang lebih kecil boleh cuba dulu 140 darjah, 30 Minit .Make sure PANASKAN OVEN dulu sebelum Bakar cookies. Katakan nak guna piping beg pun boleh. Rujuk gambar piping beg kat bawah) Lepas tu boleh terus piping atas Loyang. Siap!!! Tunggu sejuk sikit dah boleh makan. Makan ni confirm tak makan sesikit. Nak buat cookies Raya pun boleh.
Terasa nak makan Biskut Makmur tapi oven tak ada? Usah sedih…Anda masih boleh buat biskut yang dihajati. Tak perlu bakar pun malah bahan yang digunakan pun sangat mudah. 4 bahan sahaja uols! Menurut empunya resipi, biskut ni sangat senang dan pastinya cair di mulut. Jom cuba!
RESIPI BISKUT MAKMUR TANPA BAKAR
BAHAN-BAHAN:
3 cawan tepung gandum
1/2 cawan gula kastor
1/2 cawan planta
1/2 cawan minyak sapi
1 cawan susu tepung ( Jika tak ada minyak sapi, boleh guna marjerin)
CARA MEMASAK:
1. Goreng tepung tanpa minyak. Kacau hingga kekuningan namun jangan sampai hangit. Angkat dan letak dalam bekas ata besin bersesuaian.
2. Seterusnya cairkan planta bersama minyak sapi. Bila dah cair, biarkan sejuk.
3. Masukkan gula kastor ke dalam tepung. Gaul rata. Jika rasa kurang manis, boleh tambah jumlahnya. Seterusnya masukkan campuran plantan dan minyak sapi yang telah dicairkan tadi.
4. Gaul rata sampai adunan boleh dikepal bulat-bulat.
5. Bila adunan habis dikepal, salut biskut tadi ke dalam bekas berisi susu tepung hingga rata.
Ada banyak versi kek batik. Tapi kalau dah jumpa yang menjadi favourite, mesti dah tak nak buat yang lain. Contohnya kek batik coklat cheese ini.
Seperti yang dialami wanita ini, Mas Dalina, tidak berpaling dengan resipi kek batik lain selepas dah jumpa yang kena dengan selera.
Lagi-lagi bila kek batik yang dibuatnya, menjadi favourite anak-anak juga.
KEK BATIK COKLAT CHEESE
LAPISAN BAWAH:
2/3 cawan air 1 sudu kecil serbuk agar-agar – beli online di sini 250g mentega (saya guna Anchor) – beli online di sini 250g susu pekat (lebih kurang ½ tin, ikut kemanisan masing-masing) – beli online di sini 125g milo – beli online di sini 3 sudu besar serbuk koko (saya guna callebaut) ½ sudu kecil serbuk nescafe (saya tak letak) Biskut marie (lebih kurang 2 peket sekali dengan lapisan atas nanti) – beli online di sini
1. Alas loyang (saya guna 8″x2″) dengan plastik atau aluminium foil. Saya suka guna aluminium foil sebab lebih stabil. Guna tupperware pun boleh.
2. Masak air dan agar-agar. Kacau hingga larut dan mendidih. 3. Masukkan mentega, gunakan api paling kecil. Apabila sudah cair masukkan susu, milo sedikit demi sedikit, gaul sehingga sebati.
4. Masukkan serbuk koko. Gaul tanpa henti sehingga halus dan tidak berketul. Padam api. 5. Susun biskut marie di dalam loyang sehingga menutupi permukaan dasar dan ceduk adunan coklat kemudian ratakan.
6. Susun lagi biskut marie dan lapiskan dengan adunan coklat. Ulangi langkah sehingga adunan habis lapisan biskut yang terakhir. Boleh simpan dalam peti.
1. Satukan cheese dan gula halus, pukul sebati. Masukkan susu segar (10ml) sedikit demi sedikit, jangan sampai adunan terlalu cair. 2. Pukul lagi hingga kembang dan sebati, ketepikan. Panaskan 200ml susu segar, padamkan api. 3. Keluarkan loyang berisi kek batik tadi. Percikkan sedikit susu suam-suam panas tadi ke atas biskut lapisan atas.
4. Sapukan adunan cheese menutupi lapisan biskut. 5. Ambil sekeping-sekeping biskut dan celup ke dalam susu (suam-suampanas), terus susun dalam bekas (celup 1 saat je) 6. Sapukan adunan cheese di atasnya, ratakan. Boleh kisar lebihan biskut dan taburkan atas lapisan cheese. Saya ayakkan serbuk milo saja. 7. Simpan semula di dalam peti. 1-2 jam dah boleh potong dah. Tak perlu semalaman.
Di musim PKP yang panjang ini luangkan masa untuk mencuba resipi kek yang baru. Kalau buat kek kukus hasilnya lebih lembab, padat dan gebu.
Jadi ceriakan ahli keluarga dengan mencuba 3 sajian kek kukus ini dari Norbaini Rahwi yang juga penulis buku “Kek Mentega Dulu & Kini”, terbitan Alaf 21 dengan tiga lagi resepi kek kukusnya.
1.KEK KUKUS LAPIS MOCHA MOSCOVIC
BAHAN-BAHAN :
Bahan A :
8 biji telur
200 gm gula kastor
1 sudu makan ovalet
Bahan B :
200 gm tepung gandum | diayak
40 gm susu tepung | diayak
½ sudu teh serbuk penaik | diayak
Bahan C :
200 gm mentega
2 ½ sudu makan susu pekat manis
1 sudu kecil pes mocha
200 gm buah-buahan campur (dipotong kecil-kecil)
Serbuk koko untuk di tabur
CARA MEMASAK : 1. Sediakan periuk kukus. Sediakan loyang bersaiz 18 sm dan dialas dengan kertas. Tidak perlu di sapu mentega. 2. Pukul Bahan A hingga kembang 3. Masukkan Bahan B. Gaul hingga sebati. Ketepikan 4. Pukul bahan C hingga putih dan ketepikan.Masukkan pes mocha. 5. Campurkan semua bahan semua bahan, gaul rata. 6. Panaskan periuk kukus, ambil satu cawan adunan dan ratakan di dalam loyang. Ayakkan sedikit serbuk koko dan kukus selama 5 minit. 7. Keluarkan loyang dan tuang 1 cawan adunan, ratakan di dalam loyang, ayak sedikit serbuk koko serta taburkan buah-buahan campur. Kukus lagi selama 5 minit. 8. Ulang sehingga abis adunan. Lapisan terakhir kukus selama 10 minit. 9. Setelah masak sejukkan kek. Sedia untuk di makan.
Saiz hidangan: 1 loyang pembakar bulat 18 sm Waktu memasak: 30 minit Cara Memasak : Kukus Jenis masakan : Kek Keistimewaan : Kek kukus lapis Mocha ini lebih basah, lembut unik rasanya Anggaran kos: RM 25
INFO CHEF :Buah-buahan campur hendaklah dipotong nipis agar rasa buah sekata di dalam kek dan senang di potong.
2.KEK KUKUS PRUN
BAHAN-BAHAN : Bahan A :
6 biji kuning telur
3 biji putih telur
50 gm gula perang
65 gm gula kastor
½ sudu teh ovalet
Bahan B :
100 gm tepung gandum | diayak
½ sudu teh serbuk penaik
Bahan C :
80 gm mentega/marjerin
1 sudu makan susu pekat manis
15 biji buah prun yang telah dilenyekkan
CARA MEMASAK :
1. Sediakan periuk kukus. Sediakan loyang bersaiz 18sm dan dialas dengan kertas. Tidak perlu di sapu mentega. 2. Pukul Bahan A hingga kembang 3. Masukkan Bahan B. Gaul hingga sebati. Ketepikan 4. Pukul bahan C hingga putih dan ketepikan. 5. Campurkan semua bahan, gaul rata. 6 .Bahagian adunan kepada 2 bahagian. 7. Panaskan periuk kukusan. Ambil satu bahagian dan ratakan di dalam loyang dan susunkan prun, kemudian tuangkan baki 1 bahagian dan ratakan. 8. Kukuskan selama 25 minit atau sehingga masak. 9 .Setelah masak sejukkan kek. Sedia untuk di makan.
Saiz hidangan: 1loyang pembakar bulat 18 sm Waktu memasak: 30 minit Cara Memasak : Kukus Jenis masakan : Kek Keistimewaan : Resepi ini tidak terlalu manis, rasa buah prun berkhasiat Anggaran kos: RM 15
INFO CHEF : Bahan-bahan seperti telur, gula dan ovelete hendaklah di pukul hingga kembang sekurang-kurangnya 8 ke 10 minit. Dan kemudian diperlahankan mesin pengadun selama 2 minit. Barulah dicampurkan dengan bahan-bahan lain.
3. KEK KUKUS GULUNG TIRAMISU
BAHAN-BAHAN : Bahan A :
6 biji kuning telur
3 biji putih telur
75 gm gula kastor
1 sudu teh ovalete
Bahan B :
60 gm tepung gandum
20 gm tepung jagung
½ sudu teh serbuk penaik
Bahan C:
30 ml minyak jagung/masak
1 sudu teh coffee emulco
Bahan D :
30 ml minyak jagung/masak
1 sudu teh esen vanilla
Bahan ‘topping’:
200gm whipping cream/fresh cream
20gm gula aising
30gm Nutella
Bahan untuk lapisan:
9 keping keju cheddar
CARA MEMASAK : 1. Sediakan periuk kukus. Sediakan loyang pembakar empat segi 25 sm x 25 sm dan dialas dengan kertas. Tidak perlu di sapu mentega. 2. Pukul bahan A hingga kembang 3. Masukkan bahan B dan di selang selikan dengan bahan C. Gaul hingga sebati 4. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian. 5. Satu bahagian di campurkan dengan Bahan C kacau rata. 6. Satu lagi bahagian di campurkan dengan Bahan D kacau rata. 7. Panaskan periuk kukus, tuang satu bahagian yang di campur dengan Bahan C di atas loyang dan kukuskan kek selama 10 minit. 8 .Setelah masak keluarkan loyang susun cheddar cheese di atas permukaan lapisan kek. Tuang adunan yang di campur dengan Bahan D di atas adunan kek. Kukus kan selama 15 minit. 9. Setelah masak sejukkan kek.
Topping : 1.Pukul whipping cream dan gula aising hingga kental, masukkan Nutella gaul rata. 2.Sapukan krim di atas permukaan lapisan dan gulungkan kek. 3.Siap untuk di hidang.
Saiz hidangan: 1tin empat segi 25 sm x 25 sm Waktu memasak: 40 minit Cara Memasak : Kukus Jenis masakan : Kek Keistimewaan : Rasa kek kopi dan koko yang enak Anggaran kos: RM 20
INFO CHEF : Pastikan kek sejuk sebelum di gulung untuk mengelakkan ia pecah ketika menggulung.
Resipi udang butter garlic ini hidangan paling sesuai kalau mencari lauk yang mudah dan cepat siap.Walaupun ringkas saja resipinya tapi rasa dan aromanya mewah...