Menu tengah hari ni kita masak yang simple, jom buat bubur nasi yang di kongsi oleh Yatie Kitchen ni. Rasanya lain dari kebiasaan, yang pasti ini abah punya ilmu yang diturunkan pada anak daranya satu ketika dulu. Anda yang tidak makan bubur pun sebelum ni, bila pekena bubur ni pasti ketagih nak lagi.
1.Rendam beras semalaman, masukkan ke dalam periuk dan letakkan air jangan pekat sangat atau cair. Masak dengan api perlahan dan sentiasa kacau supaya tidak hangus. Rebus setengah ekor ayam bersama empat sekawan, sup bunjut dan halia yang dihiris nipis.
2.Masukkan kiub pati ayam dan rebus hingga stok menjadi sedikit pekat. Setelah stok masak,masukkan ke dalam periuk bubur tadi perlahan-lahan.Kacau perlahan, jangan masukkan stok terlalu banyak.
3.Keluarkan ayam tadi dan carik-carikkan isinya,kemudian masukkan semula ke dalam bubur tadi dan kacau perlahan. Apabila bubur sudah nampak sedikit likat,masukkan minyak bijan, lada putih,lada hitam,pati ayam dan garam secukup rasa.Kacau sebati dan siap.
4.Untuk kangkung goreng belacan, tumbuk cili padi, bawang merah, bawang putih dan belacan. Tumis dengan minyak dan sedikit sahaja minyak bijan. Hiaskan dalam satu mangkuk bersama bahan sampingan dan sedia untuk dimakan.
Nasi goreng chili flakes ini paling sesuai dibuat waktu pagi. Sebabnya ia paling pantas untuk dimasak. Waktu sibuk bersiap untuk pergi bekerja pun memang sempat sangat untuk masak nasi goreng ini.
Nasi goreng chili flakes ini tak perlu kisar atau tumbuk cili atau bawang. Hanya perlu potong dan tumis saja, yang pasti hasilnya sedap. Cara buat nasi goreng cepat dan sedap ini dikongsi oleh Kamarul Ariffin Nor Sadan.
Cara buat nasi goreng chili flakes, cepat siap dan sedap
Bahan-bahan (2 orang makan)
2 hidangan nasi sejuk
1 kiub ikan bilis / ayam
2-3 sudu besar chili flakes (empingan chili)
2 butir telur
1 biji bawang merah besar
Gula secukup rasa
Cara membuat
1. Potong bawang, guna penyagat pun boleh. Kemudian tumis.
2. Bila warna bawang keemasan, masukkan empingan cili. Kalau tiada empingan cili, gunakan cili kering yang ditumbuk atau dikisar kasar pun boleh.
3. Tumis bawang dan empingan cili sampai warnanya seperti gambar di bawah. Gunakan api sederhana, empingan cili mudah hangus kalau gunakan api besar.
4. Kemudian boleh masukkan nasi. Gaul hingga sebati.
5. Boleh perasakan dengan kiub ikan bilis atau ayam. Masukkan juga sedikit gula. Ia mengharmonikan pedas dan masin.
6. Akhir sekali pecahkan telur. Kemudian gaul rata.
Siap! Nasi goreng cili kering versi mudah. Kalau nak letak bawang putih, ayam atau apa sahaja, silakan.
Hujung minggu semestinya saat yang ditunggu-tunggu oleh para ibu. Waktu cuti beginilah seronok jika nak masak pelbagai hidangan enak buat keluarga tercinta. Khas buat anda, tiga set nasi lengkap yang mudah, sedap dan menjadi pilihan ramai. Selamat mencuba.
1. NASI AYAM
BAHAN-BAHAN
Bahan A – Ayam
1 ekor ayam – bersihkan
3 biji bawang putih- cincang halus atau kisar
4cm halia –hiris nipis
1 kiub pati ayam
Sedikit garam
Bahan B – Sambal Lada
4 biji cili merah
3 biji cili padi merah
2 ulas bawang putih
1/2 biji bawang besar
2sm halia muda
1 sudu kecil minyak bijan
1 sudu besar gula
2 sudu besar sos cili atau sos cili Thai
1 sudu besar cuka makan
Bahan C – Nasi
4 cawan beras
2 sudu besar minyak
2 ulas bawang putih
3sm halia -hiris nipis
1 sudu besar minyak bijan
2 helai daun pandan
(daun pandan beri aroma wangi)
Bahan D – Sup Ayam
1/2 bahagian air rebusan ayam tadi
1/2 bahagian bahan tumis nasi ayam
Daun sup
Bahan E: Hiasan sampingan
Salad
Timun
Tomato
Tauge
CARA MEMASAK:
Ayam:Rebus ayam dalam dlm periuk bersama bawang putih dan halia.
Masukkan air menenggelami ayam, kemudian masukkan garam dan kiub pati ayam.
Rebus ayam hingga masak lebih kurang 1/2 jam. angkat ayam dan ketepikan.
Air rebusan ayam tu bahagi dua, akan digunakan untuk sup dan nasi ayam nanti.
Bila nak makan baru potong dan letakkan sedikit kicap cair, renjis minyak bijan dan hias dengan hirisan daun sup.
Cara buat Sambal Cili: Masukkan semua bahan bahan B dalam pengisar dan kisar.
Masak hingga agak pekat.
Nasi:Panaskan minyak dan tumis bahan C yang relah dikisar bagi Bahan C, setelah agak garing separuh bahan tumis masukkan dalam periuk nasi ayam, separuh lagi akan digunakan untuk sup ayam.
Masukkan separuh air rebusan ayam tadi, masak nasi seperti biasa dan masukkan juga sedikit minyak bijan.
Di dalam periuk lain masak sup ayam hingga mendidih dan masukkan separuh bahagian bahan tumis nasi ayam tadi, akhir sekali masukkan pula daun sup, tutup api.
Hidang bersama daun salad, hirisan timun dan hirisan tomato sebagai pelengkap menu nasi ayam hainan ni.
INFO CHEF: Resipi nasi ayam nampak renyah tetapi mudah disediakan
2. NASI LEMAK PANDAN
BAHAN-BAHAN:
2 cawan beras – cuci bersih dan toskan
1/2 cawan santan pekat
1 cawan air
½ cawan jus pandan (kisar 5 helai daun pandan kisar bersama 1/2 cawan air dan tapis)
1 batang serai -titik
1 helai daun pandan – simpul
3 ulas bawang merah – hiris
1 ulas bawang putih – hiris
1/2 sudu teh halba
1 sudu besar mentega
Sedikit garam
Sedikit pewarna hijau
CARA MEMASAK:
Cairkan mentega dalam periuk elektrik atas dapur biasa.
Tumiskan, bawang merah, bawang putih, serai, daun pandan dan halba.
Masukkan air, air pandan pandan, sedikit pewarna hijau dan santan.
Selepas mereneh, masukkan beras dan garam, kacau rata.
Pindahkan periuk dalam periuk sarang periuk elektrik.
Biarkan nasi masak seperti biasa.
SAMBAL SOTONG KERING
BAHAN-BAHAN:
8 keping sotong kering – rendam hingga lembut dan cuci bersih
1/2 cawan air asam jawa
1 biji bawang besar-hiris bulat
Garam dan gula secukup rasa
Bahan Kisar:
10 -15 tangkai cili kering -rendam lembut
6 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
2cm belacan
CARA MEMASAK:
Sotong direbus sebentar hingga lembut, angkat dan toskan.
Panaskan minyak dan tumiskan bahan kisar hingga garing dan pecah minyak.
Masukkan air asam jawa , perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
Masak hingga sambal hampir kering dan kuahnya pekat.
Kemudian masukkan sotong dan bawang besar. Kacau rata seketika.
Angkat dan hidangkan bersama nasi lemak yang dilengkapi dengan telur rebus, timun dan kacang goreng.
INFO CHEF: Boleh juga hidangkan bersama sambal ikan bilis atau udang
3. NASI MANDY AYAM
AYAM MANDY
BAHAN-BAHAN:
1 ekor ayam – belah 2 dan di cuci bersih
1/2 sudu kecil serbuk ketumbar
1/2 sudu kecil serbuk jintan manis
1/2 sudu kecil serbuk lada hitam
1 sudu kecil serbuk kunyit
1 sudu kecil serbuk kabsa ( lihat di bawah)
2 biji bawang besar-hiris bulat
Sedikit pewarna kuning/saffron
Aluminium foil.
CARA MEMASAK:
Gaul rata ayam dengan semua bahan rempah, garam dan pewarna kuning. Perapkan dalam 15 minit.
Alaskan dulang pembakar dengan aluminium foil. Kemudian susun hirisan bawang besar dan lemon atas foil tadi.
Letak ayam di atas bawang dan lemon tersebut. Tutup ayam tersebut dengan foil aluminium dan bakar pada suhu 250’C selama 1 jam. Pada 10 minit terakhir buka sedikit foil bahagian atas.
NASI MANDY:
BAHAN-BAHAN:
4 cawan beras basmathi – rendam 20 minit dan toskan
3 sudu besar minyak sapi)
4 ½ cawan air atau secukupnya
1 biji bawang besar – hiris halus
3 ulas bawang putih – hiris halus
2.5cm halia – hiris halus
1/3 cawan kismis
Rempah tumis 1 batang kayu manis, 1 kuntum bunga lawang, 3 biji buah pelaga, 5 kuntum bunga cengkih
Sedikit pewarna kuning
Garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak tumis rempah tumis, bawang putih, bawang besar dan halia hingga kekuningan.
Masukkan kismis, goreng sebentar dan masukkan pula air, biar mendidih.
Bila mendidih, padamkan api dan tuang ke dalam periuk nasi elektrik.
Masukkan beras dan garam secukup rasa, kacau rata dan masak seperti biasa.
Bila nasi kering, buat lubang di tengah nasi dan letakkan foil. Masukkan 1 sudu minyak dan seketul arang yang telah dibakar.
Tutup tudung periuk selama 2minit supaya aroma asap arang tadi meresap ke dalam nasi.
Buka semula tudung periuk dan keluarkan foil bersama arang tadi.
Titiskan 2-3 titik pewarna kuning, kacau nasi dan masak nasi sehingga masak.
SOS MANDY
BAHAN-BAHAN:
1 biji tomato -hiris
5 biji cili besar hijau – hiris
1 tangkai batang ketumbar – halus
Garam, gula
JuslePerahan lemon secukupnya
CARA MEMBUAT:
Masukkan semua bahan dalam pengisar.
Kisar, sekejap sahaja. Jangan sampai terlalu hancur.
INFO CHEF: Semasa bakar ayam, ia akan mengeluarkan air. Selepas 45 @ 50 minit, buka foil dan keluarkan air tersebut. Campurkan air dengan saffron atau pewarna kuning.
Pernahkah anda cuba resipi-resipi dari tiktok? Kalau rasa sangsi, anda boleh cuba resipi ni. Menurut saudari Har Ryea resipi Nasi Goreng ini diperolehi dari Tiktok malah tidak tahu namanya. Bila dicuba, ditambah pula dengan sotong, memang enak rasanya. Wow…Lepas ni kalau buka media sosial dan nampak resipi-resipi menarik, jangan ragu-ragu untuk mencuba. Mana tahu kena dengan selera anda.
RESIPI NASI GORENG TIKTOK
BAHAN-BAHAN: 1 mangkuk nasi 2-3 ekor sotong – hiris 2-3 biji bawang merah – beli online disini 1-2 ulas bawang putih – beli online disini 1-2 biji cili merah Sedikit cili padi hijau Segenggam ikan bilis – beli online disini 2 biji telur Garam dan perasa secukupnya Sedikit serbuk kunyit
CARA MEMASAK:
1.Tumbuk bawang merah, bawang putih, lada merah dan sedikit cili padi hijau hingga lumat. Cili boleh diubah ikut kepedasan masing-masing. 2.Panaskan minyak, goreng ikan bilis sampai garing kemudian ketepikan seketika. Pecahkan telur.
3. Bila telur sudah masak sedikit, hancur-hancurkan telur tu. Ketepikan juga.
4. Masukkan bahan-bahan yang sudah ditumbuk, tumis hingga wangi dan sedikit garing.
5. Masukkan garam, serbuk perasa dan sedikit serbuk kunyit.
6. Seterusnya masukkan hirisan sotong yang sudah dikeringkn airnye terlebih dahulu. Gaul rata semua bahan agar Bersatu dengan rencah.
7. Akhir sekali masukkan nasi. Kacau rata hingga nasi berwap dan diadun sempurna.